Anda di halaman 1dari 20

TEORI KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY: SOSIAL

Biodata

LEV VYGOTSKY (1896-1934)

 Lahir pada 1896 di Belarus, Rusia


 Vygotsky banyak terlibat dalalm mengkaji perkembangan kognitif di
Institute of Psychology di Moscow.
 Merupakan ahli psikologi Rusia yang terkenal.
 Meninggal pada 1934.

Teori perkembangan kognitif Vygotsy merupakan asas kepada teori ini. Menurut
Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal
serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori
konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks
sosio-budaya.

Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.
penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan
meningkatkan pengetahuan diri.

Pandangan Konstruktivisme Sosial


1. Pelajar mempunyai keunikan kerana berbeza latar belakangnya.
2. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat
mempengaruhi pembelajaran individu.
3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan sendiri.
4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.
5. Guru sebagai fasilitator.
6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan akif.
7. Kolaborasi antara guru, pelajar dan bahan pengajaran penting dalam
pembelajaran.
8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dalam memudahkan pelajar.

Zon Perkembangan Terdekat


ZPD merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh
pelajar, tetapi dapat menguasainya debgan bimbingan orang lain yang lebih
mahir.Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut berada
di zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengam
bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.

Menurut teori Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan pembahagian


antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau
kerjasama dengan teman sebaya.

ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT

Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-


anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif
belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan
antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak.
Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan
potensi membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu,
menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama
dengan teman sebaya.

Teknik Scaffolding
Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada
bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat positif.

Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu, namun


bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu
kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses
perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu
secara lebih sistematik.

Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya


juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan
dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning),
kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) yang mempercepat
perkembangan kanak-kanak. Kesimpulannya, teknik ini :
 Digunakan bagi pelajar menguasai isi pelajaran dalam ZPD
 Proses membimbing dan membantu.
 Mengikut penguasaan murid dan berubah mengikut peringkat
 Antara cara dalam teknik ini ialah penjelasan verbal, soal jawab,
promting,cueing dan tanda isyarat lain

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky


Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina
berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan
pembelajaran individu.
Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh
menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD)
dan bantuan (scaffolding).
2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.
3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran
dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja tersebut sendiri.
4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh
dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.
5. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu
kerja dengan bantuan orang lain.
Teori kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligences
(Howard Gardner)
Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia
dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan
“visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di
Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai
jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang
dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,
Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-
Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.
Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

1. Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap


perkembangan yang berlainan.
2. Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap
yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
3. Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan
bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
4. Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk.

Mengikut teori Gardner, IQ test yg digunakan utk mengukur kecerdasan seseorang adalah tidak
seimbang kerana kecerdasan individu tidak terhad kepada bidang tertentu sahaja. Menurutnya,
kecerdasan manusia terbahagi kpd 9 bahagian, iaitu:

Kecerdasan Visual & Ruang

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Pelajar yg mempunyai kecerdasan ini


cenderung utk berfikir secara visual & perlu membina gambaran imej utk
mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video &
filem.

Kemahiran mereka termasuk: Menyelesaikan 'puzzle', membaca, menulis,


memahami carta & graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat & mewarna,
membina metafora visual & analogi, memanipulasikan imej, membina, memasang &
merekabentuk objek, dan mentafsir imej visual.

Kerjaya/bidang yg mgkin diminati: Pelayar, artis visual, perekacipta, arkitek, pereka


dalaman, mekanik & jurutera.
Kecerdasan Lojikal/ Matematikal
Kebolehan menggunakan sebab, lojik & nombor. Individu yg mempunyai kecerdasan
ini berfikir secara konseptual & corak numerikal serta membuat perkaitan antara
maklumat2 yg ada. Dia sentiasa ingin tahu ttg keadaan persekitaran, banyak soalan
& suka melakukan eksperimen.

Kemahiran mereka termasuk : Menyelesaikan masalah, mengelas & mengkategorikan


maklumat, memahami konsep abstrak & mengaitkannya dgn konsep2 lain, mampu
mengendalikan sebab musabab yg banyak/panjang utk mendptkan kemajuan,
melakukan eksperimen yg terkawal, suka menyoal, ingin tahu lebih dlm ttg
kejadian2 semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan matematik yg
komplex dsb.

Kerjaya yg boleh diceburi : Saintis, jurtera, pengaturcara komputer, pengkaji,


akauntan, ahli matematik.

Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dgn baik.
Individu ini boleh 'menyatakan' atau menyerlah diri melalui pergerakan. Mereka
mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yg baik. Mereka mampu
mengingati & memproses maklumat melalui interaksi dgn ruang di sekeliling.

Kemabhiran mereka termasuk : Menari, koordinasi fizikal, bersukan, ekxperimen,


menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, 'miming', menggunakan
tangan utk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui tubuh badan,
dsb.

Kemungkinan kerjaya : Atlit, guru pendidikan jasmani, penari, pelakon, bomba, artis

Kecerdasan Musikal / Ritma


Kebolehan menghasilkan & menghargai musik melalui bunyi, ritma & corak. Mereka
dgn segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yg
mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhdp bunyi2
persekitaran (spt loceng, cengkerik, titisan air dsb).

Kemahiran termasuklah - menyanyi, bersiul, bermain alat muzik, mengenali corak


tone, menggubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur & ritama muzik.

Kemungkinan kerjaya spt ahli muzik, disc jockey, penyanyi, penggubah

Kecerdasan IntrapersonalKebolehan merefleksi diri & menyedari ttg keadaan dlm


orang lain. Individu ini mampu memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan
dgn org lain, kekuatan & kelemahan diri.
Kemahiran termasuk - mengenalpasti kekuatan & kelemahan diri, merefleksi &
menganalisa diri, menyedari perasaan dalaman, keinginan & impian, menilai corak
pemikiran, memahami peranan dlm perhubungan dgn orang lain, dsb.

Kemungkinan kerjaya - pengkaji, ahli teori, ahli falsafah.

---------------------------------------------------------------
ARTIKEL SEPENUHNYA:
---------------------------------------------------------------

1. Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual
yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ
menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang
mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah
yang dihadapi mereka.

Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang.
Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk
melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut
atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai
yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. “An
intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or
more cultural setting”.(Gardner 1983).

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya


merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ)
dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta


membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa
pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah
mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ
hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau
matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang
membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian
IQ tradisional.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat
mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini
hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat
yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan
kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi
semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang
pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan
perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan
manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun
1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan


seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner,
setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan
kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang
bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk
merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Gardner.

2. Pelopor

Howard Gardner

Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat


pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan
dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang
perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga
sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan
perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an
semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya
Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di
kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu
menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat
akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada
kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk
berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui
sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi
nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di
sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara
ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang
bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang
penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik
permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner
melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh
kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan
berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan
tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau
persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan
oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan
semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa
perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras


kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang
sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan
fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini
digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan.
Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The
Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam
buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan
supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik
semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di
Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju
dengan pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit
terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan
oleh Piaget sebagai “too narrow a notion of how the human mind works.” Beliau
tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk
pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya
tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan
intelektual yang tersendiri.
Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian
kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti
pendidikan, Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori
Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat
perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana
kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut
walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan
tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal memiliki
kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-
cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai
sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah
Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di
Jabatan Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar
penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah
menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The
Mind’s New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences,
Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau


fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau
menolak pendapat yang
mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana
manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang
kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka
menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan
beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner,
penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan
kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner
menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia
menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan
memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah
satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan
satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan “Existential
Intelligence” yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia
menerima “Spiritual Intelligence” sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan
pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-
orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini
untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan
keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan
Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-
kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

3. Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

3.1. Logikal Matematik


Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai
kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan
komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang
penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan
penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan
untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran
bendalir dan keupayaan umum.

Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang
besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang
berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut
penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda
untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki
kecerdasan ini.

3.2. Spatial / Visual RuangKecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan
keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka
dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-
ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada
tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan
menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan
individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek
imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat
ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa
bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat
tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah
individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak
cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara
sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga
termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata
bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca,
mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang
mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa
asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah
salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.

Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca.
Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti
dan berkaitan dengan pemikirannya.

Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah,
A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa
kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-
sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.

Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu


belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan
bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-
aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau
membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan
membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan
melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar
tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah
menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat
perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.

Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit,
juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai
polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka
tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan
perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.
3.5. Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi


dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang
terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa
lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai
kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul
di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam
daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara
yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu,
individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo
muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh
mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan
nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap
ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua
orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik
yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee
dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro,
dan Kenny G.

3.6. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara
pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan
berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal
membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang
lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama
dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki
interaksi yang baik dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan,
fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan
ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan
orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan
belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya
dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor,
jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang
yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri
sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada
mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu,
mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip
dan azam yang kuat serta boleh berdikari.

Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasanintrapersonal yang tinggi


biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama
mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang
yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan
dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang
sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi
yang tertutup.

Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang
sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan
diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang
tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa
harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya,
pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan
persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang
tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih
banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam
sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif
terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.

Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan


dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang
digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya
mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.

Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya


dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli
botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang
sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

3.9. Spiritual / Eksistensialisme


Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung
untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan,
mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia
dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada
tahun 1999.

Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah


kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang
sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca
banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang
membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

4. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi
mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam


pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat
padanan, percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran


dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-
pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti
pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru
tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan
ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun
aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar.
Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.

Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan
pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan
kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam
kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai


dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan
bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru
bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan
persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan
penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh
memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?.
Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat
bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?.

Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-


bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula
bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau
aktiviti ‘hands-on’?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan
bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya,
pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula
bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan
kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa
alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula
jadi?

Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi
persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah
dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid
yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis
terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang
dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami
bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai
masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan
pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui
peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu.
Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan
masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi
alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma,
harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi
interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang
lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid
membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai
masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh
daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil


daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai
sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan
konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan
menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan
kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5. Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai.


Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori
ini dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori
kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di
sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran
sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada


manusia,dan ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan.
Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah
seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana
kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila
guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat
membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya
tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat
mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada
pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang
ada dapat dilahirkan.

Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar
tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang
ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut
kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan
sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini
kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu
kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti
kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan


teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam
mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak
menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru
mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh
pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi
kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri
mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan
yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami
kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi
untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.

Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini
kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-
matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan
logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi
kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian.
Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain
logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar
akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi
keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan
tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini
dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan
lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri
mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti
kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh
memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam
erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia.
Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan
negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan
modal insan.

Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua


kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan
sebagai pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan
menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan
logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka
pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-
masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding
rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan


memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada
pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini
membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat
merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar
akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan
negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan


kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng
sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi
masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia
memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan
itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat
mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri
mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran
demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat
untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem
pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang
amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran
yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan
merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai
dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar
tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk
dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan,
berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan
kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang
diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak
mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard
Gardner ini.

Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu
menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu
masalah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai,
kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat
jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan
logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai
kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu
sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa
hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu
langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan
kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat
adil kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat
dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar
yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik
dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini
masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam
asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain
yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui
kecerdasan pelbagai.

6. Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai.


Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran
dan pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini
ialah:

Guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh
yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar,
supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada
kecerdasan tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan
teori ini dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional
seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana
pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan
yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya
menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti
pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk
belajar.
Boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih.
Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta
sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan
mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi
pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang
pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.

Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu,
merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi
menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat
pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru
tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap
di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini,
seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap
kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.

7. Kesimpulan.
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan
menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu,
wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan
setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan
baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.

Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah
tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan.
Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah
merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini
kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap
individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.

Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding


pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan
kecerdasan logkal-matematik.

Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam
dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai
masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang
diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan
yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai