Anda di halaman 1dari 15

BENGKEL

PENDIDIKAN
KESENIAN
08/05/2020
JUMAAT
DEFINISI
MUZIK
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan ‘muzik” dan mungkin ramai
juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk
mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah.
Pada amnya, muzik diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi
semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap
memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas
dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagai
muzik juga.
ASAS MUZIK

Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu


nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya, atau
mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.
Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu,
pada hakikatnya tiada orang yang sepatutnya berkata “Saya tidak suka muzik”
Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan
kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan,
kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh
menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan
pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.
OBJEKTIF
- menikmati pelbagai pengalaman muzik;
- memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;
- merasai dan mengenal konsep muzik;
- meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
-mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;
-memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan
gerakan dan permainan alat
-memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
-mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
-mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan
semasa yang sesuai;
LATIHAN SOLFA
Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar menyanyi
mengikut pic yang betul. Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari
England mencipta isyarat-isyarat tangan untuk mengiringi suku kata solfa
(do re mi). Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke dalam metod
pengajarannya.

Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic vokal menggunakan


kedudukan fizikal. Do rendah bermula pada paras tengah (midsection).
Setiap pic yang kemudiannya seharusnya di atas pic yang sebelumnya. Maka,
isyarat tangan akan sentiasa menaik apabila pic menaik. Do tinggi adalah
pada paras mata.
SIMBOL DAN TANDA
REHAT
REKODER
PENJARIAN
(a) Tangan Kiri
•Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. 
•Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. 
•Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. 
•Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) TanganKanan

•Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. 


•Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. 
•Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. 
•Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 
•Padalubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. 
Cara MemegangRekoder
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai