Anda di halaman 1dari 11

Bincangkan kesan baik dan

kesan buruk penggunaan baja


kimia pada pertanian dan alam
sekitar.
Nama : Fung Wei Ying, Tay Wan Yee, Wee Sellee
Pensyarah : Pn Rajeswari
Kebaikan
Mempercepatkan Tumbesaran
Tanaman
• Nutrien yang terkandung dalam baja sebatian adalah tersedia dalam bentuk
yang dapat digunakan terus oleh tumbuhan.
• Tanaman dapat menyerap nutrien yang diperlukan serta merta selepas baja
diberikan. Tanaman akan menampakkan perubahan setelah beberapa hari
sahaja selepas pembajaan dilakukan.
• Kadar nutrien yang selalunya telahpun diketahui di dalam baja sebatian
memudahkan jadual dan sistem pembajaan yang tepat dapat dilakukan untuk
mendapat peningkatan hasil seperti yang dikehendaki.
• Baja sebatian ini juga mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan
seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-
tumbuhan.
• Kandungan asid humik yang terdapat dalam baja ini dapat meningkatkan
kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan dan dengan itu dapat
juga menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.
• Hasil pengeluaran juga boleh ditingkatkan dengan kadar tanaman
sehingga 70%. Di samping itu juga, kualiti buah dan hasil pengeluaran
tanaman dapat ditingkatkan.
• Masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah
melalui pengawalan pengeluaran asid absisik dapat dikurangkan. Baja
jenis ini sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman dan boleh
dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.
• Bekalan nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh
dengan cepat dan bewarna hijau tua.
Keburukan
Tanah menjadi berasid
• Penggunaan baja nitrogen yang berlebihan turut mengakibatkan
tanah menjadi berasid.
• penggunaan baja kimia yang banyak dan tidak terkawal terutamanya
baja seperti baja Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+
• yang meningkatkan keasidan tanah. Bentuk ion adalah Amonium
Sulfat (NH + NO -3 H +) serta ion H+ akan menurunkan pH tanah.
• Tanah yang berasid akan menuntun pertumbuhan akar dan pokok,
mengurangkan penyerapan nutrient pokok, mengurangkan aktiviti
biologikal yang diperlukan dan menambah elemen bertoksik di dalam
tanah.
Pencemaran air bawah tanah
• Racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan
menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk
ke punca air seperti sungai atau parit.

• Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih.


Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan
menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar
dengan sisa kimia.
• Penggunaan baja sebatian yang banyak boleh menambahkan
kemasinan tanah yang dibaja.
• Timbunan garam baja boleh mengakibatkan kandungan zat yang
berlebihan dalam simpanan air tempatan dan menjadi
pemusnah haiwan-haiwan akuatik.
• Keadaan ini akan menjadi lebih buruk apabila hujan turun. Oleh
kerana negeri Johor pesat membangun maka kadar aliran air
larian adalah tinggi membawa bahan-bahan kimia tersebut ke
dalam sungai, mahupun melalui air bawah tanah.
• Hal ini mempercepatkan lagi proses pencemaran air.
Pencemaran udara
• Semburan debu kimia dan racun cecair di dalam kawasan
pertanian yang berskala besar secara kerap akan
menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara.

• Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara,


tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang
boleh menjejaskan semua hidupan sekiranya hujan asid
kerap berlaku.
Menyebabkan Eutrofikasi
• Bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam baja sebatian boleh
meresap ke dalam tanah dan seterusnya bercampur dengan air di dalam
tanah.
• Bahan kimia berbahaya juga boleh mencemar sungai dan kolam. Kehadiran
bahan kimia di dalam air bukan sahaja membunuh hidupan liar, bahkan ia
juga boleh mengakibatkan mutasi atau perubahan sifat-sifat ganjil pada
haiwan dan tumbuhan.
• Eutrofikasi ialah peningkatan nutrien seperti nitrogen dan fosforus secara
beransur-ansur dalam alam sekitar. Eutrofikasi menyebabkan masalah
kehilangan oksigen terlarut dari sumber air seperti tasik, sungai mahupun
laut yang diakibatkan oleh larian permukaan nitrogen ke dalam sumber air.
• Eurtofikasi memaksa perubahan dalam biodiversiti (kepelbagaian
organisma) di dalam suatu kawasan.
• Nitrogen akan menyebabkan pertumbuhan alga yang tinggi dan
mengurangkan jumlah hidupan air seperti ikan kerana oksigen terlarut
yang rendah.
• Air akan kelihatan bewarna hijau, merah atau perang akibat
pertumbuhan alga meliputi permukaan air.
• Nitrogen berlebihan menyebabkan eotrofikasi berlaku dan
mengakibatkan ‘zon mati’ di hujung sungai di Teluk Mexico.
• Zon mati mengandungi sangat sedikit oksigen dan tidak dapat
menampung sebarang kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai