Anda di halaman 1dari 4

KELEBIHAN BAJA ORGANIK BERBANDING BAJA KIMIA

Penggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran
peladang dan petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan
dengan baja organic. Apakah itu baja organik? Dan apa yang baja organik mampu lakukan? Di
sini, kita akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara
keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang,
rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan
berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah
dikategorikan sebagai organik.
Kelebihan baja organik?

1. Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam
tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah
hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat.

2.. Baja organic juga membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah
dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.

3. Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan
mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman
menerima nutrien semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan perkembangan tanah yang
maksimum.

. Justeru, baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman. Baja bukan
organik, atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan
dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja
organik kerana ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan dan tidak
berlebihan.

5.. Baja organic sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia
yang mampu mencemarkan air bawah tanah.
KEBAIKAN BAJA ORGANIK KEPADA BATAS DAN
TANAMAN.

1. Membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk


tanaman.

2. Kelembapan tanah dan melambatkan kekeringan pada tanah.

3. Sumber nutrient yang tinggi kepada tanaman.

4. Memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada


tanah.

5. Penambahan mikroorganisma yang baik dalam batas


membolehkan ia menguraikan komponen baja organik
seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman.

6. Struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran


kompos.

7. Mesra alam tanpa pencemaran.

Menggunakan baja organik pada tanaman adalah satu tindakan


yang bijak. Pastikan kita mengikut peraturan penggunaan
seperti mana pada label pembungkus. Bukan sahaja penguaran
tanaman organik tetapi ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Faktanya, air beras memiliki banyak manfaat bagi tumbuh-tumbuhan. Di antaranya
adalah meningkatkan kesuburan tanah dan mengendalikan organisme pengganggu
tanaman. Hal ini dikarenakan air beras mengandung karbohidrat, protein, glutein,
selulosa, dan vitamin. Selain itu, air beras juga merupakan pembawa bakteri baik P.
Fluoresens yang dapat membantu tumbuh kembang tanaman dan mengendalikan
patogen penyebab penyakit karat.

Kulit telur ayam terhasil dari kalsium karbonat di mana ia sama kandungan yang
terdapat dalam kapur pertanian dan kaya dengan sumber kalsium serta sedikit
kandungan posforus, megnesium dan sodium. Kulit telur ayam adalah salah satu
yang boleh digunakan untuk membekalkan sumber kalsium kepada tanah atau
batas anda. Kalsium adalah sumber penting kepada tanaman khususnya sayur-
sayuran dan buah-buahan. Membubuh kulit telur ke dalam tanah anda akan
memudahkan akar tanaman anda untuk menyerap nutrient lain dalam tanah dan
akan membantu tumbuhbesaran tanaman dengan lebih baik. Namun perlu diteliti
bahawa nilai ph tanah anda dalam keadaan neutral juga kawal jumlah nitrogen di
dalam tanah bagi keseimbangan zat-zat di dalamnya.
PERBEZAAN BAJA ORGANIK DAN BAJA KIMIA

Baja Bio-Organik Baja Kimia


1 Mengandungi 8 mikroorganisma dan enzim Kurang mikroorganisma dan enzim aktif.
aktif (membantu menghasilkan nutrien).

2 Nutrien seimbang membantu melawan virus Nutrien tidak seimbang.


dan penyakit.

3 Dihasilkan mengunakan bahan semulajadi Dihasilkan menggunakan bahan kimia yang


yang berkualiti dan mesra alam. menjejaskan alam sekitar.

4 Nutrien dapat dikekalkan walaupun pada Nutrien mudah hilang dibawa air terutamanya
musim hujan. apabila musim hujan.

5 Tanah lebih subur pada PH 6-7, mencegah Tanah menjadi berasid dan mudah diserang
penyakit dan serangan serangga. serangga dan penyakit.

6 Baja membekalkan nutrien sehingga 70-100 Baja hanya membekalkan nutrien sehingga 20-
hari. 50 hari.

7 Menjimatkan kos dan meningkatkan kuantiti Kos tinggi dan mengurangkan hasil tanaman
hasil tanaman. dalam jangka masa panjang.

8 Bebas toksik, tidak mempengaruhi kesuburan Mengandungi toksik yang mempengaruhi


dan struktur tanah. kesuburan dan struktur tanah.

9 Meningkatkan warna, rasa dan kualiti Menjejaskan warna, rasa dan kualiti tanaman.
tanaman.

Anda mungkin juga menyukai