Anda di halaman 1dari 17

TAJUK TUGASAN : PERTANIAN

ORGANIK

NAMA PENSYARAH : SITI RABIAH BINTI HASAN

Nama No Matriks
MUHAMMAD ZAMARUL AIMAN BIN DM22100021
MOHD SAMSU KAMAL
ABDUL MUAZ BIN MOHD DM22100080
AMIN@ROWA
MUHAMMAD IRFAN HAFIE BIN DM22100077
ZULHUSNI

DIPLOMA SAINS PERTANIAN SEMSTER 1

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


PENGENALAN 3
PERTANIAN ORGANIK
ASAS KONSEP 4-8
PERTANIAN ORGANIK
KEBAIKAN PERTANIAN 9
ORGANIK
KEBURUKAN 10
PERTANIAN ORGANIK
CIRI-CIRI PERTANIAN 11
ORGANIK
KAEDAH PERTANIAN 12-15
ORGANIK
CONTOH GAMBAR 16
PERTANIAN ORGANIK
KESIMPULAN 17

2
PENGENALAN PERTANIAN ORGANIK

"Pertanian Organik", yang ditakrifkan dengan kata-kata yang berbeza seperti biologi, ekologi
dan bio, telah muncul sebagai kaedah alternatif untuk mengatasi kesan negatif penggunaan
baja kimia dan racun perosak terhadap masalah kesihatan dan perdagangan pertanian dan
manusia.

Pertanian organik digunakan mengikut prinsip asas berikut :

- Tiada penggunaan bahan kimia sintetik dalam pengeluaran


-Menggunakan kaedah kawalan bioteknologi, biologi dan mekanikal dalam penyakit dan
kawalan serangga
-Menggunakan bahan semulajadi hanya untuk meningkatkan kesuburan tanah
- Menjadi pengeluaran pertanian tanpa menyebabkan kekurangan sumber asli
Melalui kaedah holistik yang diamalkan secara semula jadi, pertanian organik akan
menyatukan kepelbagaian bio-semulajadi, kepelbagaian bio-pertanian dan juga aspek
pemuliharaan tanah. Ia merupakan teknologi pertanian untuk membuka satu langkah ke
hadapan yang dirancang untuk menghapuskan prnggunaan baja kimia, racun makhluk
perosak dan organisma ubahsuai genetik (GMO). Ini kerana perkara ini bukan hanya
memperbaiki kesihatan manusia tetapi juga flora dan fauna dan alam sekitarnya dan termasuk
kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah.Namun begitu, ia
mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.Kami akan menerangkan tentang Pertanian
Organik ini dengan lebih jauh.

3
ASAS KONSEP PERTANIAN ORGANIK

1.TANAH

Tanah yang sihat akan menghasilkan pokok yang berkualiti. Tanah perlu disihatkan dengan
pemberian unsur udara, air dan nutrisi baja mencukupi. Jika tanah sihat, pokok akan
automatik kebal daripada penyakit dan serangan serangga.jelas tanpa menyebabkan
kekurangan sumber asli.

Petani dahulu merawat tanah dengan mencangkul tanah.Ia akan menggemburkan


tanah.Penggemburan atau penghancuran pori-pori tanah yang keras membantu
mengembalikan keadaan media tanah mini dari tandus menjadi subur.Namun begitu, pada
Ketika ini terdapat kajian yang menggunakan Mikrobes .Mikrobes ini merupakan tentera-
tentera bakteria-bakteria baik.Dia dapat membantu kita merawat tanah dengan sangat
berkesan dan mudah,Tiada lagi peluh-peluh perlu ditumpahkan kerana bajakan tanah.

TANAH YANG
TELAH
DIGEMBURKAN

berikut antara bahan yang boleh


merawat tanah dengan mikrobes:
1. Baja ikan FAA
2. Bacillus
3. EM Effective Microorganism
4. Kitosan
5. Cuka kayu (lebih kepada
penstabil pH)
6. Dolomite (lebih kepada
penstabil pH)

4
2.SEMAIAN POKOK
Biji benih dalam keadaan kering tidak akan bercambah.Hal ini kerana,tidak menepati syarat
asas percambahan iaitu memerlukan air,oksigen dan juga suhu yang sesuai.Biji benih yang
berkualti juga memainkan peranan dalam percambahan biji benih.Antara ciri biji benih yang
berkualti ialah bentuk yang elok,saiz dan juga warna

Digambar tersebut, diberikan


contoh perbezaan diantara benih
yang berkualiti dan benih yang
tidak berkualiti.

5
3.BAJA ORGANIK
baja organik berbaloi digunakan untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan atau
bunga. Kelebihan pertama didedahkan dalam namanya sendiri, iaitu, sifat semula jadi produk
tersebut. Baja yang dihasilkan daripada bahan organik atau sisa boleh mengurangkan
bahagian bahan kimia dalam tanaman, yang tidak ternilai dari sudut persekitaran. Satu lagi
kelebihan baja organik ialah ia tidak menelan kos dan kita boleh menghasilkannya sendiri
menggunakan bahan buangan yang dihasilkan dalam isi rumah.

i.BAJA NPK
Baja juga penting untuk penanaman pokok.Baja organic yang biasa digunakan ialah
Baja NPK,Baja NPK lengkap dengan nitrogen,phosphorus dan juga potassium.Baja organik
ini sihat untuk tanaman pokok kerana tiada bahan kimia sintetik di dalam baja tersebut.

Apa itu NPK?


3 unsur besar yang pokok perlu ini N, P dan K. Ini dalam kimia la, kalau kita translate
mudah dalam bahasa orang kampung, N tu unsur daun, P untuk akar dan K untuk buah.

INI ADALAH KETERANGAN


TENTANG BAJA NPK

6
ii.SISA TANAMAN DAN SISA HAIWAN

Baja organik yang boleh terhasil daripada sisa tanaman dan juga sisa haiwan adalah
melalui pereputan.Ini kerana ,apabila berlakunya pereputan sisa tersebut akan mengeluarkan
nutrien.Ia membolehkan tumbuhan mengambil nutrien daripada sisa sisa yang telah reput
itu.Biasanya sisa tanaman akan diletakkan disekitar tanaman itu untuk memudahkan tanaman
mengambil nutrien.

SISA TUMBUHAN

SISA HAIWAN

7
4.KAWALAN PENYAKIT & RACUN ORGANIK

Racun organik adalah racun yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh
membahayakan kesihatan . Untuk bahan racun organic kebanyakkan menggunakan sayuran
yang senang didapatkan dimana sahaja.Antara sayuran yang boleh dibuat racun organic
adalah bawang,cili, dan juga halia. Racun organik sesuai untuk mengelakkan sayuran
menyerap bahan kimia yang berbahaya.

Kenapa Bawang dan juga cili boleh dijadikan sebagai racun?


Ini kerana cili yang mempunyai rasa pedas yang apabila disembur menyebabkan
serangga perosak kurang selesa . Manakala untuk bawang pula, ia mempunyai bau yang
kurang selesa kepada serangga perosak.Bawang juga mengandungi bahan-anti kulat.Bahan
ini biasanya akan dicampur dengan air dan minyak masak untuk tujuan tahan lebih lama dan
melekat di bahagian tanaman kita.

Ini adalah contoh bahan untuk


membuat racun organic tanpa
bahan kimia

8
KEBAIKAN PERTANIAN ORGANIK

1. Dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah.


-Hal ini kerana pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan
mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian.

2. Mengeluarkan makanan yang sihat dan selamat kepada


masyarakat.
-Kerana pertanian organik bebas daripada sebarang bahan kimia.Contohnya tanaman
organic tidak menggunakan racun perosak.

3. Membantu pengitaran semula sisa pertanian, sisa dapur dan


najis haiwan ternakan.
-Proses pengitaran ini melibatkan proses organisma yang tidak memberikan impak
negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Contohnya, najis lembu ternakan boleh
dijadikan baja kompos kepada tanaman.

4. Mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah


biologi, fizikal mahupun kultura.
-Pokok penangkis perosak seperti serai mampu menghalau serangga perosak serta
tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar

5. Kos Berkembang Lebih Rendah


-Ekonomi pertanian organik dicirikan oleh peningkatan keuntungan melalui
penggunaan air yang berkurang, pengeluaran baja dan tenaga yang lebih rendah, dan
peningkatan pengekalan tanah atas.

9
KEBURUKKAN PERTANIAN ORGANIK

1) Produktiviti Lebih Rendah


-Ladang organik tidak dapat menghasilkan hasil sebanyak ladang konvensional atau
perindustrian.

2) Memerlukan Kemahiran
-Seorang petani organik memerlukan pemahaman yang lebih besar tentang
tanamannya dan perlu mengawasi tanamannya dengan teliti kerana tidak ada
pembaikan cepat yang terlibat, seperti racun perosak atau baja kimia.

3) Mengambil masa
-Mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil yang banyak dan bermutu.

4)Memerlukan penjagaan yang rapi


-untuk sentiasa memastikan tanaman tidak terkena penyakit dan serangan daripada
serangga perosak

10
CIRI-CIRI PERTANIAN ORGANIK

1. Melindungi kesuburan tanah dengan mempertahankan kadar bahan organik,


dan .tidak menggunakan alat-alat mekanisasi secara sembarangan.

2. Menyediakan sendiri unsur nitrogen melalui pengikatan nitrogen secara


biologis dengan tanaman leguminosa.

3. Mendaur ulang secara efektif bahan organik dari sisa tanaman dan limbah
ternak.

4. Membantu perkembangan aktivitas biologi tanah.

5. Mengendalikan gulma dan hama penyakit dengan rotasi tanaman, predator,


dan varietas tanaman yang tahan.

6. Menyuarakan aspek lingkungan, sosial dan ekonomi berkesinambungan

7. Aspek alamiah dan kondisi lingkungan sekitar merupakan sumber penunjang


produksi yang utama.

8. mengurangi penggunaan bahan penunjang dari luar.

9. Mendaur ulang nutrisi atau unsur hara dari dalam tanah.

11
KAEDAH PERTANIAN ORGANIK

Kesuburan tanih merupakan bahagian yang terpenting dalam menjalankan pertanian


organic dan ianya merupakan nadi dalam menggerakkan pertumbuhan pelbagai sayur-
sayuran dan buah-buahan organik. Antara kaedah yang dipraktikkan di Malaysia dan
luar negara dalam mengekalkan kesuburan tanih adalah:-

Ternakan

Haiwan ternakan secara langsung boleh meningkatkan kimia tanah dan kesuburan
biologidengan memperkenalkan bahan organik dan nutrien dalam baja dan air
kencing. dan airWalaupun pergerakan haiwan boleh mengurangkan beberapa aspek
kesuburan fizikal tanah,namun tanah kering dapat dikurangkan, perakaran menjadi
padat, peningkatan kandungan akardan kandungan bahan organik tanah yang
berkaitan dengan fasa padang rumput yangmeningkatkan agregasi tanah dan
kesuburan biologi serta mengurangkan kadar hakisan.Ternakan juga boleh membantu
mengawal rumput yang boleh mengurangkan kesuburan kimiadengan bersaing
dengan tumbuhan untuk nutrien. Penggunaan baja membantu mencapaimatlamat
tanah yang sihat dalam nutrien dan bahan organik. Sistem putaran yang
termasukternakan boleh menjadi komponen utama dalam sistem pertanian yang
mapan. Pengekalan pertanian campuran dalam sistem pertanian organik dan kenaikan
yang berkaitan dengan ruangdan dunia pelbagai habitat sebahagiannya
bertanggungjawab dalam kepelbagaian organismayang diamati di ladang organik, dari
mikrob tanah kepada mamalia dan burung. Tanpaternakan, ianya sukar untuk
menguruskan nutrien terutamanya nitrogen dalam ladang organik.

12
Kekacang

Kekacang merupakan komponen utama sistem pertanian organik (di padang rumput,
baja hijau,tanaman penutup atau tanaman makanan) kerana mereka mengurangkan
atau menghapuskankeperluan baja nitrogen luar dengan syarat mereka dikurangkan
secara berkesan. Kemampanan penggunaan legum adalah bertujuan membekalkan
tanaman dengan nitrogen dalam sistem pertanian organik bergantung kepada:

1. Penetapan nitorgen yang mencukupi dalam biojisim legum;

2. Keupayaan tanah untuk meningkatkan mineralisasi nitrogen organik;

3. Kapasiti amalan perladangan untuk memaksimumkan faedah kesuburan tanah yang


dankesan alam sekitar dari kekacang serta meminimumkan kesan negatifnya
(contohnya peningkatan keasidan tanih)

13
Pengoptimuman Kitaran Organik

Pertanian organik dianggap sebagai penyelesaian yang dapat mengurangkan beban


alam sekitaryang berkaitan dengan amalan pengurusan pertanian secara intensif.
Perubahan dalam amalan pertanian ini membawa kepada banyak masalah alam sekitar
seperti penggunaan yang sumbertenaga yang tidak boleh diperbaharui yang tinggi,
kehilangan biodiversiti, pencemaran persekitaran akuatik oleh nutrien nitrogen dan
fosforus serta racun perosak. Nutrien perludikitar semula dan digunakan beberapa kali
dalam pelbagai bentuk. Selain itu, penjagaan perludiambil berat dalam memastikan
jumlah nutrien yang minimum yang ditinggalkan dalamsistem nutrien yang dikeluar
dapat dibataskan kerana setaip ladang itu mempunyai kuantitinutrien yang tersendiri
dan perlu dioptimakan penggunaan jumlah kuantiti nutrien tersebut.Kuantiti nutrien
yang tersedia untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan boleh ditingkatkan dalamsistem
dengan mengaktifkan edaphon (kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ada di
dalamtanah) mengakibatkan meningkatnya pelepasan bahan induk.

14
Kawalan Serangga

Pertanian organik boleh menyumbang secara signifikan kepada pengeluaran pertanian


masadepan di seluruh dunia dengan meningkatkan kualiti tanah dan kawalan serangga
perosak,seterusnya mengurangkan kesan terhadap persekitaran daripada pertanian
konvensional. Iaadalah satu aspek penting dalam pertumbuhan pelbagai jenis tanaman.
Kawalan perosakorganik melibatkan pelbagai aktiviti untuk mengawal perosak tanpa
menggunakan racun perosak dan racun kimia. Pembiakan serangga yang bermanfaat
digalakkan dengan wujudnyatumbuh-tumbuhan yang sesuai yang menarik mereka. Serangga
sebenarnya adalah pemangsayang mengawal serangga berbahaya. Jenisnya yang mempunyai
ketahanan penyakit dipilihuntuk penanaman, dalam memastikan penyakit tidak menyerang
tanpa perlu membelanjakanwang pada racun perosak yang mahal.Jenis-jenis tanaman khas
yang dikenalpasti sebagai tanaman pendamping yang ditanamuntuk mengawal perosak.
Tanaman ini membantu dalam mengalihkan atau mengecilkan pembiakan perosak yang
berbahaya. Racun perosak biologi seperti ekstrak neem berguna untukmengawal pelbagai
jenis perosak. Amalan putaran tanaman membantu dalam mengganggukitaran pembiakan
perosak, dengan itu menghalang pertumbuhan mereka dan melindungitanaman. Tanaman
ditanam di dalam rumah hijau yang dilindungi dan hujan yang terlindung,yang berfungsi
sebagai penghalang yang berkesan terhadap kehadiran serangga perosak yang berbahaya. Di
samping itu, perangkap ringan dan perangkap melekit kuning juga merupakanalat yang
digunakan untuk mengawal perosak (Rajah 5). Selain itu, kaedah perladangan mesraalam
telah mewujudkan habitat untuk pertumbuhan serangga yang bermanfaat seperti
Ladybugs dan labah-labah yang menjadi pemangsa semulajadi perosak.

RAJAH DIBAWAH ADALAH TANAMAN YANG DITANAM DALAM RUMAH


HIJAU

15
CONTOH GAMBAR PERTANIAN ORGANIK

Batas untuk pertanian organik


harus terbebas dari bahan kimia
sintetik. Proses perubahan batas
dari pertanian konvensional ke
pertanian organik memerlukan
waktu setidaknya 1-3 tahun.

16
KESIMPULAN BAB PERTANIAN ORGANIK

Kesimpulannya ialah pertanian organik sangatlah penting dalam menerajui sektor


pertanian negara.Hal ini kerana, terdapat banyak kebaikan berbanding keburukkan
berkaitan pertanian organik .Oleh itu,kerajaan hendaklah memberi galakan kepada
petani-petani untuk meneruskan tentatif berkaitan pertanian organik kerana pertanian
organik lebih mesra alam.Ia juga dapat mengelakkan manusia daripada terkena
penyakit seperti kanser.

Kepentingan pertanian orrganik terhadap alam sekitar pula dapat kita telitikan melalui
kesannya terhadap mengekalkan biodiverisiti pelbagai kehidupan sama ada tumbuhan
atau haiwan. Selain itu, pertanian organik juga mampu menyuburkan tanah dengan
membekalkan nutrient dalam tanih kaya dengan pelbagai mineral dan bukannya racun
atau bahan kimia yang lain. Seterusnya, pertanian organik ini mampu melahirkan
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi amalan pemakanan
yang berasaskan organik. Pertanian organik juga dapat mengurangkan pencemaran
alam sekitar iaitu air, udara dan tanih yang asalnya berpunca daripada penggunaan
baja sintetik atau kimia yang digunakan secara meluas dalam pertanian di Malaysia
memandangkan Malaysia masih lagi bergantung kepada sektor pertanian. Oleh itu
tidak dinafikan penggunaan baja kimia yang tinggi jumlahnya memberi impak yang
negative terhadap persekitaran sekeliling. Justeru itu diharapkan pertanian organik
dapat dimajukan dan dikembangkan dengan lebih luas walaupun operasinya memakan
belanja yang tinggi. Selain itu, cabaran bagi pengguna adalah ketersediaan makan
organik sukar diperolehi dan kepelbagaiannya sangat terhad dan harga yang agak
tinggi berbanding sayur atau buah daripada pertanian konvesional.

17

Anda mungkin juga menyukai