Anda di halaman 1dari 3

1. Aplikasi penilaian autentik dalam penilaian karya murid Tahap 2 sekolah rendah. Berikan kelebihan penilaian secara autentik.

Pentaksiran

autentik

adalah

proses

yang

memerlukan

kanak-kanak

mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah dan amalan yang digunakan di kebanyakan sekolah maka amat wajar pentaksiran autentik. Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan di sekolah dengan rasional lain seperti di setiap sekolah perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan murid. Selain itu pentaksiran ini perlu diperkenalkan secara telus untuk ibubapa dan anak-anak mereka serta perlu ada program jambatan dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak di sekolah. Antara ciri-cirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan, subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi, subjek membina maksud yang tersirat dan berpusatkan kepada murid-murid. Pentaksiran jenis autentik bukan sahaja boleh meninggalkan kesan yang positif terhadap kemajuan murid-murid malah dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan murid-murid untuk kesediaan ke alam

persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konsttuktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini.

Pihak yang tertentu seperti Kernenterian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam pendidikan di sekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau

menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimana untuk

menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi, kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pelaksanaan sama ada yang telah atau bakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, dan mengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan di sekolah.

Kebaikan kepada pelajar dalam penggunaan penilaian secara autentik: a) Pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan dapat melatih mereka menggunakan pelbagai kemahiran seperti penulisan,

penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis. b) Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan

penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan. c) Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. d) Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. e) Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luar. f) Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. g) Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kebaikan kepada guru menggunakan penilaian autentik: a) Guru dapat menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh. b) Guru dapat mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistic berbanding secara dipecah asingkan. c) Guru dapat mengambil kira hasil pengajaran dan pembelajaran. d) Guru dapat melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap

pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain.

e) Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan. f) Guru dapat memastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai. Kesimpulannya, melalui pentaksiran autentik guru diharap berupaya membuat keputusan
serta bersedia untuk melakukan refleksi kritikal terhadap amalanyang digunakan. Segala usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standard memerIukan keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar proses yang berjalan tiada mengalami kecacatan. Dengan kata lain, dalam pendidikan di sekolah, pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat memainkan peranan penting bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan dari peringkat akar umbi kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai