Anda di halaman 1dari 11

ABSTRAK

Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, Inovasi membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan
yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain.
Dalam ertikata lain ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan
idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi dan kehidupan masyarakat.
Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan
(R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Idea-idea ini
boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun
pengenalan teknologi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa
transformasi atau perubahan kepada amalan sedia ada. Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam bentuk
produk, perkhidmatan, proses dan teknologi

1.0 PENGENALAN

Inovasi “ Easy Computer” adalah sebuah bahan bantu mengajar untuk tajuk “Introduction to Computer
System” dalam Modul ISK 1015. Dalam modul ini pelajar sepatutnya memahami dan mengingati semua perkakasan
dan komponen komputer serta setiap kefungsiannya. Sepanjang 3 tahun pelaksanaan modul ISK 1015, guru
mendapati para pelajar menghadapi masalah untuk mengingati kefungsian dan membayangkan bagaimana setiap
komponen computer tersebut berfungsi. Maka dengan itu, guru telah menghasilkan sebuah inovasi yang diberi nama
Easy Computer untuk membantu para pelajar dengan mudah mengingati, memahami seterusnya dapat melihat
bagaimana setiap komponen berfungsi apabila komputer dihidupkan.
Bahan yang dihasilkan ini merupakan sebuah sistem unit komputer yang mempunyai kemampuan untuk
dilihat sistem dalamannya tanpa membuka kerangka utama seperti komputer yang lain. “Glass computer ini
menjimatkan ruang bilik, nampak bersih dan kemas. Ianya lebih unik dan sangat kreatif.
Produk ini dibuat daripada komponen-komponen komputer dan acrylic dan lampu led. Ianya tidak mengambil
masa yang lama untuk menyiapkannya. Dengan adanya produk ini, diharap para pelajar akan lebih mudah
memahami dan mengingati kerana reka bentuknya yang sangat menarik, unik dan mampu menarik minat para
pelajar untuk menjalani proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

1
Rajah 1.0 menunjukkan contoh sebuah glass computer

1.1 Objektif
1. Membantu para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk modul ISK 1015.
2. Mengitarsemula komponen-komponen computer yang telah dilupuskan yang masih boleh digunapakai.
3. Menjimatkan kos untuk membeli barangan baru.
4. Menjimatkan ruang stesen kerja
5. Menarik minat para pelajar.

2.0 LATARBELAKANG

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk modul ISK 101, para pelajar dikehendaki mengenalpasti,
mengingat dan memahami kesemua komponen dalaman computer, perkakasan serta kefungsian setiap satu nya.
Tidak semua pelajar mudah mengenalpasti dan mengingati komponen tersebut jika guru hanya menunjukkan
komponen satu persatu dan menyatakan fungis-fungsinya. Malahan ada juga para pelajar yang tidak mampu
mengingati nama kompnen dan mengenalpasti fungsi yang telah dinyatakan. Terdapat juga sebilangan pelajar yang

2
menghadapi masalah untuk memahami fungsi komponen kerana tidak dapat membayangkan atau melihat sendiri
bagaimana komponen tersebut menjalankan fungsinya.
Oleh yang demikian, guru perlu mencari alternatif lain untuk membantu sekelompok pelajar yang menghadapi
masalah dalam modul ISK 101.

Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru telah bercadang untuk membangunkan sebuah projek
inovasi menggunakan komponen perkakasan computer yang telah dilupuskan selain membeli beberapa bahan lain
untuk menampung pembinaan dan rekabentuk yang difikirkan sangat perlu. Projek
“EZ COmputer” dibangunkan menggunakan semua komponen dalaman computer termasuk papan induk,
pemproses, kad grafik, kad bunyi, kad rangkaian, penyambung kuasa, kipas dan sebagainya. Bagaimanapun,
bahan-bahan lain yang diperlukan seperti acrylic glass, label kabel, double tape dan lain-lain. Rekabentuk EZ
COmputer adalah lutsinar, di mana pelajar akan dapat melihat semua komponen yang terlibat dalam sebuah system
unit yang lengkap. Oleh yang demikian, apabila EZ COmputer ini dihidupkan, semua pelajar akan dapat melihat
bagaimana setiap komponen yang diperkenalkan berfungsi dan menjalankan tugas masing-masing. Malahan juga,
pelajar akan dapat melihat dengan jelas bagaimana kedudukan setiap komponen tersebut dipasang dalam sebuah
system unit.

3.1 METODOLOGI

Projek Inovasi EZ Computer direkabentuk khas untuk membantu pelajar melihat dengan jelas bagaimana setiap
komponen disambungkan dan bagaimana mereka berfungsi setelah kuasa dihidupkan. Oleh itu ia dapat membantu
pemahaman para pelajar untuk membuat system unit sendiri pada masa hadapan kelak. Penggunaaan kaca acrylic
diimplementasikan kerana ia merupakan kaca yang lutsinar.Oleh itu ia membantu pelajar melihat dengan jelas
kedudukan setiap komponen dalam system unit sebuah computer.

3.2 Kenapa projek inovasi diberi nama “EZ COmputer”

1. Memudahkan pelajar melihat kedudukan komponen dalaman.


2. Memudahkan pelajar melihat sambungan setiap komponen dalam sebuah system unit.
3. Menggunakan semua komponen computer terpakai dari system unit yang telah dilupuskan.
4. Menggunakan kerangka komputer lebih tahan lasak.
5. Menggunakan kerangka komputer yang terbuang supaya menjimatkan kos.
6. Menggunakan bahan yang murah tetapi tahan lama.
7. Membelanjakan sedikit wang untuk membeli label kabel

3
Dapat disimpulkan bahawa projek inovasi EZ COmputer ini merupakan gabungan antara komponen komputer dan
kaca acrylic

3.2 Anggaran perbelanjaan


Anggaran Bajet : RM120
Anggaran Harga Bahan-bahan yang dibeli
1. Acrylic - RM50
2. Label kabel -RM10
3. Double tape –RM10
4. LED - RM40
5. Permukaan getah untuk kaca – RM10

3.3 Kaedah perlaksanaan


Guru telah membeli bahan-bahan rekabentuk seperti acrylic glass, double tape dan lain-lain di kedai perkakasan.
Untuk pemasangan kami menggunakan alatan tangan seperti pemotong kaca, driller, pemutar skru, gam dan lain-
lain.
Kenapa Acrylic?
1. Tahan lasak
2. Tahan lama
3. Permukaan lut sinar
4. Sesuai untuk frame atau lapisan luar

Rajah : Atom Arylic

4
Rajah 2.0 : Acrylic selepas diproses

Kenapa glass computer tersebut unik rekaannya?


1. Dapat meluaskan stesen kerja
2. Tidak berselerak kerana kemas di satu tempat
3. Selamat dari tumpahan air
4. Mudah untuk dibawa ke mana-mana jika kita keluar
5. Dapat melihat komponen dalam tanpa perlu membuka rangkanya

4.0 HASIL KAJIAN

EZ Computer ini mempunyai mempunyai beberapa kelebihan iaitu dapat membantu menigkatkan
pemahaman pelajar, dapat menjimatkan ruang yang banyak dan dapat meingkatkan daya tahan panas ketika
komputer beroperasi. Daripada produk ini, saya dapat belajar untuk menghias lagi komputer supaya dapat menarik
perhatian dan mudah digunakan. Selain itu, dengan adanya produk ini, pelbagai ilmu baru yang telah saya pelajari
untuk memudahkan pengurusan sistem komputer.

5
Lakaran Rebabentuk kErangka

6
Fasa 1: Perancangan dan rekabentuk projek

Faa 2: Proses pelaksanaan

7
Proses 3: Diagnostik projek

8
5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Dengan menjalankan projek inovasi ini, secara tidak langsung kami telah dapat belajar tentang pelbagai cara untuk
menghias bahagian komputer. Selain itu, produk ini tidak mengambil ruang yang banyak. Jadi ianya menjimatkan
ruang.
Kami mencadangkan setelah produk ini berjaya dibuat, kami akan menayangkan keunikannya terhadap
semua pihak supaya mendapat ilham daripada hasil kerja kami. Kami berharap agar penghasilan projek inovasi ini
berjaya mencapai matlamat dan objektif utama kami iait untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya menigkatkan pemahaman para pelajar.
Selain itu, dari masa ke semasa kami akan menaiktaraf dan menambahbaikkan hasil kerja yang telah kami
laksanakan. Kami juga sedia menerima apa-apa komen daripada semua pihak untuk cadangan penambahbaikan.

6.0 RUJUKAN

1.http://dama.com.sg/media/catalog/product//a/c/
2.https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiit-
L__5bKAhVGB44KHcRGDpIQFgggMAE&url=http%3A%2F%2Flifehacker.com%2F5177762%2Fturn-an-old-laptop-
into-a-wall-mounted-
computer&usg=AFQjCNG9z9mGDWUySQGcMWaX7EVmAfPS_w&sig2=g_I50XNstDeNhLDJIXoCyg
3.https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiit-
L__5bKAhVGB44KHcRGDpIQFggtMAM&url=http%3A%2F%2Fwww.theverge.com
%2F2014%2F7%2F23%2F5925573%2Fframed-kickstarter-digital-picture-frame-art-
store&usg=AFQjCNEKgRwcbdVBmBMhK3A6JGI8I8mNhg&sig2=Emc5TOu6q6q8K8SlTxBxAQ

9
8.0 LAMPIRAN

10
KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI

“EZ GLASS COMPUTER – BAHAN BANTU MENGAJAR


UNTUK MODUL
ISK 1015 FUNDAMENTALS OF COMPUTER SYSTEM”

DISEDIAKAN OLEH :
AZRI BIN SAID
PULA ANAK ANGGAT

UNIT SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN


KOLEJ VOKASIONAL MIRI
11

Anda mungkin juga menyukai