Anda di halaman 1dari 26

SARJANA PENDIDIKAN

SEMESTER 3 / TAHUN 2021

HMEF 5143

SOCIOLOGY OF EDUCATION

NO. MATRIKULASI : CGS02154606

NO. KAD PENGENALAN : 800214045155

NO. TELEFON : 014-6970887

E-MEL : ariday08@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI


HMEF 5143

ARAHAN

 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.


 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT
CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut
arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus
berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam  arahan  soalan tugasan dan  TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau
baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1
HMEF 5143

Tugasan 1

1.0 Pengenalan

Untuk tugasan pertama ini, saya akan membincangkan mengenai profesionalisme


keguruan dalam bidang pendidikan dengan mengambilkira faktor-faktor professional yang telah
dicirikan oleh ahli-ahli sosiologi. Untuk tujuan perbincangan tajuk ini, saya telah merujuk
kepada beberapa artikel jurnal dan telah menemu bual dua orang rakan sekerja saya di Kolej
Vokasional Miri untuk mendapatkan pandangan dan pendapat mereka tentang profesionalisme
mereka dalam kerjaya mereka. Pemilihan responden temu bual dipilih secara rawak dan kedua-
dua responden ditemu bual secara sukarela.  Latar belakang responden-responden adalah
dijelaskan secara ringkas seperti Rajah 1.0 di bawah:

Responden A Responden B
 Lelaki  Perempuan
 41 tahun  47 tahun
 16 tahun  18 tahun
pengalaman pengalaman
mengajar mengajar
 Guru Vokasional  Guru Akademik

Rajah 1.0 : Butiran peribadi responden

2.0 Profesionalisme Pendidik Menurut Ahli Sosiologi

Menurut Ingersoll dan Merill (2011a, hlm.157), ahli sosiologi mencirikan profesional dalam
bidang pendidikan oleh beberapa faktor. Empat faktornya adalah seperti berikut:
(a) Sokongan, peluang, dan penyertaan pengembangan profesional
(b) Program induksi dan bimbingan untuk peserta
(c) Pengkhususan

2
HMEF 5143
(d) Kuasa membuat keputusan.

Sosiologi pendidikan lahir daripada penyatuan di antara sosiologi dan pendidikan. Bidang
sosiologi pendidikan berkembang secara berasingan oleh para pendidikan dan ahli sosiologi.
Disiplin sosiologi pendidikan telah menempuhi beberapa masalah di dalam usahamenetapkan
satu identiti. Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologiseperti Auguste
Comte, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley, Albion small dan
Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik sepertiHorace Mann , John
Dewey dan Franklin Bobbit. Pada mulanya bidang ini telah dikajisebagai Educational Sociology
dan merupakan suatu bahagian kajian pendidikan. Pada awalabad iaitu di antara 1914-
1926, kajian Educational Sociologi telah berkembang dengan begitu pesat sekali.
Kini, beberapa isu telah membawa kesan pendidikan sosial bersama. Hal ini telah
membangkitkan minat dan kepentingan sosial pendidikan menjadi lebih hangat semula jika
dibandingkan dengan awal abad dahulu. Perkara yang sering dikaji ialah isu tentang kebangkitan
birokrasi dan teknologi, peranan kerajaan di dalam pendidikan, jenayah, dadah dan delinkuensi,
pertumbuhan metropolis, kelas sosial, bangsa, etnik, kemajmukan kebudayaan pencapaian murid,
kecerdasan akal , ketidaksamaan sosial dan sebagainya. Perhubungan di antara sosiologi dan
pendidikan diakui dan dikukuhkan lagi. Begitu juga dengan minat di kalangan para sosiologi
tentang bidang sosiologi pendidikan sebagai pengetahuan yang bersatu telah dibangkitkan juga.
Guru yang profesional bekerja di dalam bidang pendidikan di dorong oleh misi dan visi
dalam membantu murid belajar dan berkembang. Guru bergerak bersama warga sekolah dan
komuniti bagi merealisasikan misi tersebut dengan tekun dan gigih seperti yang digariskan dalam
Kod Etika Keguruan. Antara misi yang ingin dicapai ialah semua murid berpotensi lulus dalam
peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan
kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya. Ini mencetuskan situasi mencabar dalam
kalangan warga guru yang gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban masa, wang
dan tenaga demi kejayaan sekolah.

3.0 Sokongan, Peluang dan Penyertaan Dalam Perkembangan Profesional

3
HMEF 5143
Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang.
Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek
deskriptif,perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru
mengambil tempatatau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif
menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita
inginkan . Profesionalisme diri ditakrifkan sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional
dantindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan
semula,pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap
tujuanpengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif,
berterusan dansistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran
sekolah. Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman
yang membawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah.
Menurut guru A, perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang
berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai
masalah dalam pendidikan khasnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan dengan cabaran hidup di
luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang
membanggakan(AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai
pembangunan kompetensi guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk
memenuhi keperluan mereka dan masyarakat secara total. Keberkesanan pembangunan
professional guru dapat dilihat dalam proses menambahbaik kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek
penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran,
mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa
yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam
bilik darjah. Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang
intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran,
pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini
juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam kandungan dan

4
HMEF 5143
pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat meningkatkan minat pembelajaran  di
semua sekolah di seluruh dunia.
Menurut Guru A, sebagai salah seorang barisan pengurusan pada level ketiga di sekolah,
beliau sentiasa diberi peluang oleh pihak pentadbir untuk memikirkan dan mencadangkan
kaedah-kaedah yang boleh dijalankan bagi meningkatkan profesionalisme guru di sekolah.
Antaranya dengan mencadangkan diri sendiri atau mana-mana pegawai di bawah kendaliannya
untuk dihantar berkursus dan berbengkel bagi peningkatan kemahiran sama ada hard skill
mahupun soft skill. Umum mengetahui sekolah vokasional tidak lari daripada kemahiran dan
kompetensi yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Oleh yang demikian, beliau berpendapat
adalah amat penting setiap guru di institusi ini dibekalkan kemahiran yang sepatutnya terlebih
dahulu sebelum membekalkan kemahiran tersebut kepada para pelajar. Manakala menurut guru
B pula yang merupakan guru akademik, beliau turut sentiasa diberi peluang untuk
menambahbaik mutu dan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjalani pelbagai
kursus dan latihan sama ada yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun anjuran pihak luar. Walaupun
dunia global sekarang berhadapan dengan ancaman pandemik Covid19, ia tidak menjadi
penyebab halangan dan kekangan kepada para guru untuk meningkatkan kemahiran dan
kompetensi mereka kerana pihak berwajib sentiasa berusaha untuk menganjurkan kursus-kursus
secara dalam talian. Penglibatan setiap guru dalam meningkatkan profesionalisme mereka sama
ada dari segi kemahiran, kompetensi serta kemenjadian profesionalisme sebagai guru sentiasa
diberikan perhatian oleh pihak pentadbir sekolah kerana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
sendiri merupakan badan induk yang tidak pernah lekang dengan perubahan demi perubahan
dalam mendepani arus pendidikan global yang semakin hari semakin mencabar. Atas faktor
itulah, menurut guru A, guru-guru yang masih hijau dalam bidang pendidikan telahpun dihantar
berkursus oleh pihak KPM bagi mendalami ilmu pendidikan di Institut-institut Pendidikan Guru
seluruh negara. Namun, bagi guru-guru yang lebih jauh berpengalaman turut tidak ditinggalkan
dalam perubahan teknologi pendidikan yang lebih mencabar. Kewujudan teknologi-teknologi
dalam bidang pendidikan seperti google classroom, google meet, zoom, quizzie dan sebagainya
memaksa guru-guru yang hampir ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi pendidikan ini
untuk sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka. Ia adalah penting agar tiada guru yang
didapati tercicir dalam perubahan teknologi kerana para pelajar hari ini sedang mengalami

5
HMEF 5143
kepesatan dan kemajuan kurikulum yang digubal oleh pihak kementerian. Hasil daripada
temubual kedua-dua guru ini, mereka sependapat bahawa, pihak pentadbir melalui KPM perlu
sentiasa memikirkan strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalme dapat
dipertingkatkan. Mereka turut mencadangkan antara strategi-strategi tersebut yang antaranya
termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan
seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan,
perkembangan profesional dalam talian dan penglibatan dalam aktiviti di Pusat Kegiatan Guru.

4.0 Program Induksi dan Bimbingan Untuk Peserta

Bagi meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru, adalah amat penting setiap
pentadbir memikirkan strategi-strategi yang boleh dijalankan di sekolah melalui beberapa
strategi khususnya melalui program induksi, pementoran atau bimbingan kepada guru-guru.
Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru ialah sistem
pementoran atau program induksi di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana
seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai “role model”, penasihat dan
pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan
profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di
sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran,
bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih
berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan
profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru
tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orangmentor
untuk membimbingnya.
Menurut guru A, konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca,
menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat
meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya
juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat
berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa
sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat.
Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan

6
HMEF 5143
penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (VirtualTeacher Education Center) telah
berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
Menurut guru B pula, mengadakan program perkembangan staf turut dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan secara langsung. Diantara peranan yang dimainkan oleh
perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan
kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran di sekolah. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan
bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan
memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf.
Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk
melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan IPG dan lain-lain kursus.
Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan
kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan
pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing
sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga
dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran
matematik dansains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan
dan kaunseling.
Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di
sekolah. Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai “guru tahu apa yan
dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan‟. Selain itu
guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina
hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.
Guru B melihat amalan reflektif ini sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara
mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang
menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.
Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia
adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan
perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan

7
HMEF 5143
profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program di mana guru
berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil
pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991).
Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan  profesional seorang
guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan
meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Di antara peranan program ini ialah ia
dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan
dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan
akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.
Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalam
meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara
yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita. Contoh yang ada
sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Di dalam model ini terdapat 3 bengkel
yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik. Proses
penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik untuk berkongsi pembelajaran, pelan
pengajaran dan pengalaman mengajar. Di sini guru juga akan memikirkan secara mendalam
tentang isi kandungan matematik dan arahan dalam matematik. Guru dan fasilitator akan bekerja
bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat
untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi yang baru. Model ini dianggap sangat
penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat yang
produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan
penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ilmu tentang matematik sangat besar peranannya
dalam pembentukan diri pelajar pada masa akan datang.
Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme
guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang
boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan
nilai organisasi masing-masing.

5.0 Pengkhususan

8
HMEF 5143
Kedinamikan perubahan profesion keguruan dalam masyarakat moden sentiasadipengaruhi oleh
pelbagai faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik, perubahan sosial dan pembangunan
nasional. Sehubungan dengan pelbagai perubahan yang berlakuini, profesion keguruan
sebenarnya amat memerlukan pelbagai perubahan inovatif dan kreatif yang mampu
menyesuaikan perjuangannya dengan cabaran-cabaran baru dunia masa kini. Pembangunan
profesionalisme keguruan merujuk kepada aktiviti dan prosesyang direka bentuk bagi
mengembangkan pengetahuan professional, sikap dan kemahira npendidik agar mereka berupaya
meningkatkan pembelajaran pelajar.
Proses pembangunan profesionalisme keguruan mempunyai kesan positif yang penting
kepada amalan dan kepercayaan guru, pembelajaran pelajar serta pelaksanaan reformasi
pendidikan. Persoalannya, apakah isu-isu yang sering dipersoalkan dalam bidang pendidikan?
Salah satu isu yang sering dipersoalkan dalam bidang pendidikan adalah isu guru yang mengajar
bukan mengikut kepakarannya. Guru yang dimaksudkan ini adalah guruyang tidak mempunyai
kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Selepas tamat pengajian, graduan
terpaksa mengisi kekosongan dengan mengajar subjek bukan bidang kepakarannya. Menurut
sumber, terdapat beberapa negeri seperti Johor, Sabah, Selangor, Kedah dan beberapa negeri lain
memulakan proses pengambilan guru interim.
Namun, tidak semua mereka akan mengajar mengikut pengkhususan yang diambil
semasa pengajian. Menurut beberapa graduan, wujud keadaan di mana graduan pendidikan
ekonomi dan bukan bersekolah aliran agama diberi tugasan untuk mengajar Pendidikan Islam
sewaktu melaporkan diri. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana tugas mengajar aliran agama
haruslah diberikan kepada ustaz dan ustazah yang mahir dalam bidang-bidang agama. Bukan itu
sahaja, sebahagian graduan ataupun guru-guru yang lain terpaksa mengajar subjek bahasa
Inggeris walaupun mereka hanya mendapat Band 2 dalam MUET semasa pengajian di universiti.
Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid sukar untuk menerima sesuatu pengajaran serta
mengakibatkan matlamat dan kualiti pendidikan tidak dapat dipenuhi dengan jayanya.
Hal ini merupakan sesuatu yang sinonim dengan guru kerana setiap guru pasti pernah
mengalami situasi di mana mereka diarahkan untuk mengajar matapelajaran yang bukan
merupakan bidang kepakaran atau bidang yang telah dipelajari semasa di institusi pendidikan
dahulu. Hal ini adalah untuk mengatasi kekurangan guru yang sentiasa dihadapi oleh setiap
sekolah. Sebagaimana menurut guru A yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama di

9
HMEF 5143
mana beliau diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Rangkaian Komputer sedangkan beliau
merupakan graduan bidang Pengaturcaraan Komputer. Walaupun kita boleh menyimpulkan
setiap guru komputer sepatutnya mampu mengajar walau apa saja subjek yang berkaitan dengan
komputer namun bagi mata pelajaran Rangkaian Komputer sewajarnya ia diajar oleh guru yang
merupakan graduan dari bidang Rangkaian Komputer. Ini bagi memastikan kemahiran yang
dimiliki oleh guru adalah pada tempat yang sepatutnya bagi melancarkan penyampaian ilmu dan
kemahiran kepada pelajar. Sayugia diingatkan, rangkaian komputer dan pengaturcaraan
komputer adalah dua sub bidang yang berbeza. Rangkaian komputer memerlukan kemahiran
yang khusus begitu juga dengan bidang pengaturcaraan komputer yang lebih tertumpu kepada
pembangunan perisian dan sistem komputer. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017 melalui
Program Persijilan Kemahiran oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kerjasama
pihak Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional telah menganugerahkan beliau
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang rangkaian komputer. Inilah merupakan
salah satu usaha murni yang wajar diberikan pujian kepada pihak kementerian dalam menangani
isu kekurangan guru dalam opsyen dengan memberikan latihan pembangunan kemahiran melalui
persijilan-persijilan baharu agar guru yang dilantik untuk mengajar sesebuah matapelajaran
diberikan latihan yang secukupnya sebelum berhadapan dengan para pelajar yang merupakan
pelanggan utama para guru di sekolah.
Menurut guru B pula, pengkhususan ini adalah salah satu cabaran kepada pembangunan
profesionalisme di Malaysia. Kebanyakan guru-guru di Malaysia telah dilatih untuk menguasai
sesuatu bidang atau mata pelajaran. Namun tidak semua guru bernasib baik apabila dihantar ke
sekolah-sekolah untuk memulakan kerjaya mereka. Beliau memaklumkan, sepanjang beliau
berkhidmat, beliau turut pernah diarahkan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan dan matapelajaran Pendidikan Moral yang merupakan bukan bidang kepakaran
beliau. Namun beliau sentiasa cuba mendalami ilmu baharu dengan merujuk bahan-bahan
tambahan selain menjadikan beberapa orang guru sebagai mentor bagi mengelakkan kesukaran
beliau apabaila berhadapan dengan pelajar. Justeru, dapatlah saya simpulkan bahawa
pengkhususan memainkan peranan yang amat penting bagi mengukur profesionalisme seseorang
guru. Guru yang sentiasa dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran dalam bidang kepakarannya
menjamin nilai profesionalisme keguruannya. Manakala bagi guru-guru yang terpaksa mengajar
mata pelajaran yang bukan dalam bidang kepakarannya pasti akan berhadapan dengan cabaran

10
HMEF 5143
terutamanya persoalan daripada kalangan para pelajar mereka sama ada mereka layak mengajar
atau sebaliknya.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlulah mengambil inisiatif yang
sewajarnya dengan menempatkan graduan pendidikan mengikut bidang kepakaran atau
pengkhususan di sekolah. Hal ini kerana keberkesanan suatu sesi pengajaran adalah apabila
setiap kandungan kurikulum dan cara penyampaian guru tersebut dapat difahami oleh pemikiran
pelajar. Pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut
objektifnya. Jadi, tidak hairanlah kaedah pengajaran guru merupakan satu isu yang sering
dibahaskan dalam memastikan kejayaan para pelajar. Pedagogi ini berbeza mengikut pengajaran
matapelajaran, contohnya dalam pengajaran sains seseorang guru perlulah menguasai dan
memahami model Taba dalam pengajaran dan pembelajaran ketika berada di bilik darjah. Guru-
guru yang kurang berkemahiran dalam pedagogi menjadi penghalang untuk mereka mencapai
standard pengajaran professional. Seseorang guru perlulah memastikan pengajarannya berkesan
dengan bersifat kreatif serta berinvoasi tinggi dan mempunyai kemahiran yang baik dalam
sesuatu matapelajaran.

Bukan itu sahaja, untuk menyelesaikan masalah ini, kementerian telah mengambil
inisiatif iaitu dengan mengadakan pelbagai program latihan dalam perkhidmatan melalui aktiviti
pembangunan profesionalisme berterusan (PPB). Program ini membantu dalam melengkapkan
pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin di
sekolah untuk memperkasa profesion keguruan. Guru-guru juga dapat menambah kapasiti
pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat memberikan sumbangan
secara berterusan serta memperoleh pengalaman baharu melalui pengetahuan dan kemahiran
terkini.

6.0 Kuasa Membuat Keputusan

Dalam sesebuah organisasi, dalam bidang pendidikan kita bercakap tentang pengurusan di
sekolah, kuasa membuat keputusan adalah pastinya terletak di tangan dan budi bicara pihak
pentadbir iaitu pengetua atau guru besar. Namun tidak dapat dinafikan, arahan-arahan atau polisi
utama masih terikat pada badan induk yang memayungi keseluruhan sekolah di Malaysia iaitu
Kementerian Pendidikan Malaysia. Arahan-arahan serta polisi-polisi tersebut diperturunkan serta
dipantau melalui pengagihan kuasa ke atas Jabatan Pelajaran Negeri seterusnya kepada Pejabat

11
HMEF 5143
Pendidikan Daerah, sebelum ia dilaksanakan dan diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Birokrasi ini telah pun diaplikasikan sejak berpuluh tahun dahulu. Ini bermakna pihak
pentadbiran sekolah tidak juga boleh membelakangi keputusan dan arahan-arahan daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia.

Sebagai contoh yang jelas kita lihat adalah melalui arahan-arahan penutupan,
pengoperasian ataupun penangguhan sesi persekolahan sepanjang tempoh pandemic covid19 ini.
Sejak negara kita diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac
2020, seterusnya kita diarahkan untuk akur dengan pelbagai jenis arahan seperti Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengeluarkan pelbagai arahan kepada pihak JPN, PPD dan pihak sekolah sama ada
sesebuah sekolah boleh dibenarkan beroperasi, menangguhkan operasi dan melaksanakan
pembelajaran secara atas talian dari rumah. Semua arahan ini dikeluarkan oleh pihak KPM
sendiri. Pihak pentadbiran sekolah perlu akur dan sentiasa menunggu arahan daripada pihak
KPM sama ada perlu bertindak mengikut kewajaran atau hanya menunggu arahan daripada
KPM. Namun, disebabkan wujudnya media sosial yang semakin berkembang di negara ini, kita
tidak ketinggalan mendapat perkhabaran daripada beberapa pihak yang memviralkan tentang
keputusan-keputusan diluar arahan dan pengetahuan pihak KPM yang dikeluarkan oleh
sesetengah pentadbir sekolah. Hal ini telah mengelirukan ramai guru dan para pelajar. Atas
alasan itu lah, kita sebenarnya memerlukan sebuah kuasa autonomi yang sepatutnya dihormati
oleh semua pihak pentadbir.

Menurut guru A, beliau pernah cuba mendapatkan arahan serta keputusan daripada
pengetua sekolah mengenai pelaksanaan kelas secara maya. Beliau ingin mendapatkan arahan
sebenar sama ada guru-guru perlu melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi kelas
secara atas talian atau hanya sekadar menyediakan laporan pelaksanaan kelas secara atas talian
tersebut. Namun beliau dimaklumkan untuk melaksanakan hal tersebut mengikut budi bicara
sendiri kerana pihak KPM sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kewajiban untuk
melaksanakan RPH berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat sesetengah hal di mana
pihak pentadbir perlu mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk dan menunggu arahan

12
HMEF 5143
jelas daripada pihak KPM sendiri. Kewajaran pihak KPM memberikan sepenuhnya
tanggungjawab dalam membuat keputusan kepada pihak sekolah berkaitan sesuatu hal adalah
amat dialu-alukan. Bagaimana pun, budi bicara serta timbangrasa oleh pihak pentadbir perlu
diambil kira dalam membuat keputusan terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan
staff dan para pelajar. Terdapat sesetengah pihak pentadbir turut terpalit dengan salahguna kuasa
yang menyebabkan ketidakpuasan hati para guru kerana dikatakan tidak sensitif dan tidak
mempunyai timbangrasa yang baik khasnya dalam melibatkan kebajikan para guru seperti
bebanan tugas, urusan-urusan peribadi serta masalah kesihatan.

Tugasan 2

Pengenalan

Tugasan kedua ini pula akan cuba menghuraikan secara teori dan secara empirikal mengenai
perdebatan status profesion keguruan sebagai salah satu bidang profesional. Saya tidak
memberikan catatan sejarah mengenai sumbernya di belakang status guru, atau menilai
faedahnya dan kos, kelebihan, dan kekurangan profesionalisasi. Lebih-lebih lagi, tujuan kita
tidak normatif; sementara kita secara peribadi merasakan guru harus dilayan sebagai sebuah
profesion, tujuan kita di sini adalah menilai secara analitik dan deskriptif. Itu adalah milik kita
secara objektif, untuk menentukan dan menerangkan pengajar sebagai status pekerjaan dalam
bidang profesional. Fokus analisis ini adalah mengenai profesionalisme atau ciri-ciri tempat kerja
iaitu sekolah atau institusi pendidikan dan tenaga pengajar, dan tidak mengenai profesionalisme
atau sikap individu guru. Perkara utama, adalah sebilangan besar perbincangan pendidikan dan
sastera mengenai pengajaran sebagai profesion telah mengabaikan sebilangan besar ciri asas
yang telah digunakan oleh ahli sosiologi untuk membezakan profesion keguruan dengan kerjaya
yang lain.
Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun
bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitikberatkan konsep memanusiakan manusia. Bermula
dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan
kritis dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yang sebenar. Dalam usaha membina sebuah

13
HMEF 5143
negara bangsa terdapat beberapa proses yang perlu diketengahkan di sini untuk memperlihatkan
peri pentingnya peranan guru dalam merealisasikan hasrat tersebut antaranya:

a) Bina bangsa :

Menurut guru A, proses membina bangsa ini memerlukan usaha gigih seorang guru
dalam menerapkan beberapa mesej pembinaan negara bangsa dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya iaitu:

 Menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa.


 Meningkatkan hubungan harmoni dan integrasi antara kaum agar dapat meningkatkan
perpaduan dan kerjasama erat di antara mereka. Oleh yang demikian para guru perlu
kreatif dalam membina budaya dan persekitaran integrasi kaum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

b) Penyertaan rakyat:

 Guru perlu berusaha mewujudkan kesatuan antara kaum agar para pelajar dapat hidup
bersama sebagai satu bangsa demi mempertahankan diri dan kedaulatan negara.
 Guru perlu berusaha mengelakkan jurang perbezaan atau sentimen perkauman atau
diskriminasi, meningkatkan nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum agar
terhasilnya perpaduan dan integrasi nasional. Apabila integrasi nasional terhasil,
nilai-nilai identiti sesebuah bangsa dapat ditonjolkan dan dipertahankan.

c) Pengagihan nilai-nilai masyarakat:

 Menurut guru B pula, guru berperanan merapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran secara adil dan saksama. Ini diharap agar para pelajar dapat
menterjemahkannya dalam kehidupan bermasyarakat majmuk untuk mewujudkan
negara bangsa Malaysia.
 Guru berperanan memupuk nilai-nilai nasionalisme iaitu pemilikan rasa atau
semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan
yang dikongsi bersama tanpa ada perbezaan. Contohnya guru menyemai rasa hormat

14
HMEF 5143
kepada Jalur Gemilang yang melambangkan perkongsian  identiti  kebangsaan bagi
mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bagi terhadap negara
bangsa Malaysia. Berdasarkan pengertian kod etika yang telah dijelaskan di atas
dapatlah kita nyatakan di sini bahawa kod etika keguruan merupakan sistem dasar
akhlak yang disediakan sebagai garis panduan agar guru dapat melaksanakan
tugasnya dengan sempura.

Bidang perguruan merupakan suatu pekerjaan yang berunsurkan ciri-ciri profesionalisme


di mana kesatuan-kesatuan perkhidmatan perguruan telah memasukkan beberapa tataetika atau
tatasusila profesion perguruan Malaysia. Elemen ini mengandungi ikrar seorang guru yang telah
diterima pakai dalam profesion perguruan sebelum ia memulakan perkhidmatan sebagai seorang
pendidik. Antara tatasusila tersebut adalah seperti berikut :

“ Kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukun negara.

            Melalui pendidikan masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa
besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya
maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya” .

Teras Kod Etika Keguruan

Sebelum kita menyatakan teras pembinaan kod etika keguruan, haruslah kita menelusuri
sejarah pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara ringkas. Ini adalah kerana
pembentukannnya berpaksikan kepada sejarah dan keperluan semasa bahkan berkembang secara
teratur dan komprehensif. Rujukan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Rujuka Asas
Falsafah Pendidikan Negara dan Rujukan Pengubahsuaian dari segi undang-undang.

15
HMEF 5143
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa deklarasi ikrar di atas adalah selari
dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) seperti di bawah:

 Falsafah Pendidikan Negara

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

 Falsafah Pendidikan Guru

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara, serta menyanjung kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

 Visi Bahagian Pendidikan Guru

“Visi Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan guru yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi negara Malaysia”.

 Misi Bahagian Pendidikan Guru

“Misi  Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang
bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang sentiasa cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi
negara”. Selain daripada deklarasi di atas, tugas guru juga harus menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin. Bukti profesion perguruan mendukung aspirasi negara sebagaimana perutusan bekas
Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Muhammad dalam perutusan tahun baru 2002

16
HMEF 5143
antara lain menyatakan   “sistem pendidikan yang kita amalkan selama ini mendukung Dasar
Wawasan Negara (DWN)”

Dalam melahirkan para guru yang berketrampilan dan professional dalam bidang
keguruan, pihak kerajaan berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf
dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi negara.

Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil,
kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

a) Sifat dan kualiti sosial / tingkah laku

Kini, tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Di samping
menjalankan tugas di bilik darjah, seseorang guru hendaklah bekerjasama dengan rakan
sejawatnya, kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah bergantung
kepada kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu. Di samping itu
imej guru akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan,
kebudayaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa kini
bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga
dari segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seorang guru ialah :

 Budi pekerti : ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergauldengan rakan-rakan
sejawat atau semasa menyertrai aktiviti masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai
sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.
 Semangat berbakti : Seseorang guru yang mempunyai sikap ini akan disanjungi oleh
orang lain dan ia merupakan satu kualiti sosial yang murni bagi seseorang guru.
 Jujur : sikap jujur adalah bertentangan dengan sikap menipu. Guru yang bersikap jujur 
akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah, mahupun luar bilik
darjah. Sifat kejujuran akan dihormati oleh orang lain. Guru yang jujur akan berusaha
bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap cemerlang.

17
HMEF 5143
 Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti sosial seseorang guru merangkumi inovasi dalam
perhubungan sosial, berpekerti mulia, mudah suai, berdaya kepimpinan, kesedaran
terhadap persekitaran serta sikap toleransi.

b) Kepimpinan

Guru tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sama ada
kepimpinan tertinggi di sekolah sebagai seorang guru besar atau pengetua ataupun sebagai ketua
panitia, persatuan dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin dan pengurus pendidikan perlu
memiliki sifat dan kualiti seperti berikut :

 Mempunyai ilmu yang luas serta kemahiran dan ketrampilan dalam biding pengurusan.
 Memiliki sahsiah dan akhlak yang murni berlandaskan kepada dasar Kepimpinan Melalui
Teladan (1983) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1985).
 Memiliki sifat keberanian yang berasaskan kepada pertimbangan teliti dan tindakan
rasional.
 Memiliki sufat keyakinan diri dan tegas serta tidak merasa takut atau terancam terhadap
pandangan, idea dan sarananyang dikemukakan oleh anggota-anggota sekolah.
 Memiliki sifat kreatif, inovatif imaginatif dan dinamik unt7uk melaksanakan
rancangannya dalam pengurusan sekolah.
 Memiliki sifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan.

Kualiti dan sifat seseorang pemimpin pendidikan yang tersebut di atas adalah penting untuk
menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan juga Wawasan 2020.

c) Penglibatan dalam tugas profesional.

 Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang
bertauliah. Untuk memastikan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajarannya,
beberapa sifat dan kriteria guru harus dipenuhi iaitu:

18
HMEF 5143
 Pengetahuan ikhtisas: Guru seumpama ini adalah guru yang bertauliah atau layak
menjadi guru yang sebenar. Dia akan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu
pengetahuan seperti psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum,
kandungan mata pelajaran dan sebagainya. Guru yang melengkapkan dirinya dengan
keperluan ini adalah guru yang telah mencapai kualiti profesional dalam konteks
pendidikan.
 Suka membaca : Ia bertujuan untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan
menyebarkanilmu yang lengkap. Oleh yang demikian, guru seumpama ini akan sentiasa
membaca buku ilmiah kerana sifat suka membaca ini akan mempertingkatkan kualiti
profesion keguruan.
 Kemahiran bertutur : Keberkesanan bertutur adalah bergantung kepada kemahiran
bertutur. Guru yang menguasai pertuturandengan jelas dan tepat membolehkan pelajar
menerima maklumat dengan tepat.
 Daya usaha : seseorang guru yang mempunyai daya usaha tidak akan merasa bosan
dengan rutin hariannya. Dia akan berusaha menjadikan pengajaran lebih menarik melalui
kaedah dan pendekatan mengajar yang berkesan.

Mengikut nilai keguruan, kualiti professional seseorang guru merangkumi sangat berdedikasi,
peka kepada perubahan, sedar tentang kep[erluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran
dan mempunyai inovasi dalam tugas.

Cara Guru Mempertingkatkan Peranan dan Sumbangannya dalam Proses Pembinaan


Profesionalisme

Dalam memantapkan profesion keguruan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk membina dan
membangunkan tahap profesionalisme, para guru seharusnya mempunyai persediaan yang
komprehensif baik dari segi fizikal dan mental. Ini dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu persiapan
diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pengajaran yang dilakukan
terhadap para pelajarnya dan teknik pengajaran ke arah penerapan elemen pembinaan negara
bangsa.

a)      Persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran :

19
HMEF 5143
 membentuk diri sebagai role model dari segala aspek seperti intelektual, spiritual, akhlak
dan lain-lain.
 Menonjolkan estim kendiri seperti menampilkan kecekapan dan ketrampilan mendidik,
mencerna dan membuat refleksi keilmuan, keterbukaan minda dan penyampaian
maklumat yang berkualiti.
 Menampilkan kredibiliti keilmuan dan ketrampilan.
 Membina rangkaian dengan para pendidik di seluruh dunia melalui dialog iaitu interaksi
fizikal dan intelektual agar dapat memperkembangkan minda dan horizon pemikiran.
 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif
pelajaran secara maksimum.

b)      Pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajar :

 Guru mesti yakin berdasarkan potensi yang ada pada para pelajar.
 Guru mesti yakin yang dirinya boleh dan berkemampuan untuk mrngajar.
 Guru mesti tahu dan mempelajari pelbagai teori dan kaedah mengajar.
 Guru mesti melaksanakan kaedah dan teori itu dengan penuh keazaman, bersungguh-
sungguh dan berterusan.
 Guru mesti jadi pemangkin kepada kebolehan intelektual dan potensi yang sedia ada
dalam diri para pelajar.
 Guru mesti mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan
tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.

Tanggungjawab Guru Sebagai Agen Sosial Negara

Menyedari betapa peri pentingnya tanggungjawab sebagai seorang guru, maka kumpulan ini
tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai agen sosial terhadap pelajar. ibu bapa,
masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion keguruan. Berikut disenaraikan
tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh para guru:

a)Tanggungjawab terhadap pelajar

20
HMEF 5143
 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam kelas lain tanpa sebarang bayaran atau
hadiah.
 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajarannya mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
 Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah
menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

b) Tanggungjawab terhadap ibu bapa:

 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.


 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
 Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
 Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

c)  Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara:

21
HMEF 5143
 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.
 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap atau nilai yang boleh membantu dan
membimbing pelajar untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
 Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
 Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan keintektualan masyarakat.
 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan seharian dengan baik.

d) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru  di hadapan pelajar, ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah guru.
 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
seorang guru.
 Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru
dengan rajin dan bersungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial.
 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam
profesion ini.
 Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion guru.
 Bersedia menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

22
HMEF 5143
 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus dalam Perkhidmatan untuk
meningkatkan prestasinya dalam aktiviti pengajaran.

Daripada tanggungjawab guru di atas bolehlah dikatakan bahawa tanggungjawab guru terhadap
pelajar adalah teras profesion keguruan. Oleh yang demikian, pengabaian terhadap pelajar atau
mana-mana pihak yang terlibat mengundang punca kepincangan dan kegagalan membina sebuah
negara bangsa. Para guru harus menjalankan tugasnya berpandukan kod etika keguruan di atas
sejajar dengan harapan dan aspirasi masyarakat dan negara terhadapnya.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perkongsian-perkongsian daripada rakan sekerja guru A dan guru B yang
telah ditemubual, saya dapat menyimpulkan dengan ringkas dan padat bahawa guru-guru di
Malaysia merupakan guru-guru yang mempunya nilai-nilai profesionalisme yang sangat tinggi.
Dengan penglibatan begitu ramai guru dari negara ini yang menempa nama di peringkat
antarabangsa dengan pencapaian-pencapaian yang membanggakan, jelas membuktikan kita
memiliki tenaga profesional dalam bidang pendidikan yang boleh menjadi pemangkin kepada
kemajuan bidang pendidikan negara kita.

APENDIKS

23
HMEF 5143

RUJUKAN

Ingersoll, R.M. and Collins, G.J. (2018). The Status of Teaching as a Profession. In J.
Ballantine, J. Spade, and J. Stuber (Eds.), Schools and Society: A Sociological Approach to
Education (p. 199-213) 6th Ed. CA: Pine Forge Press/Sage Publications.

Ingersoll, R., & Strong, M. (2011). The impact of induction and mentoring for beginning
teachers: A critical review of the research. Review of Educational Research, 81(2), 201–233.

Ingersoll, R. (2003). Who controls teachers’ work? Power and accountability in America’s
schools. Cambridge, MA: Harvard University Press.

24
HMEF 5143
https://blog.ed.gov/2012/04/teach-shaping-the-future-of-the-teaching-profession/

https://medium.com/@man.man.joker0/teachers-role-in-molding-child-s-future-11b4b3fa6f

Freidson, E. (2001). Professionalism: The third logic. Chicago: University of Chicago Press

Merton, Robert K. 1968. Social Theory and Social Structure. New York: Free Press.
Chang JC and Renjie Z (2003) Constructing the sociology of education as a unique discipline:
The
cases of mainland China and Taiwan. In: Torres CA and Antikainen A (eds) The International
Handbook on the Sociology of Education. Lanham, MD: Rowman and Littlefield, pp. 211–31.

25

Anda mungkin juga menyukai