Anda di halaman 1dari 19

HEXAPRO EDUCATION GROUP SDN.

BHD
(INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL PUTRA)
WISMA CWS, NO 478-479 A, B DAN C,
JALAN KENANGA 29/14, BANDAR INDAHPURA,
81000 KULAI, JOHOR.

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM’S IT-020-3:2013 COMPUTER SYSTEM OPERATION
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
C06 COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. ANALYZE COMPUTER NETWORK


CONFIGURATION SPECIFICATION
2. CARRY OUT COMPUTER NETWORK
CONFIGURATION
NO. DAN PENYATAAN
3. PERFORM COMPUTER NETWORK
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND CONNECTIVITY TEST
STATEMENT
4. CARRY OUT COMPUTER NETWORK
TROUBLESHOOT
5. PREPARE COMPUTER NETWORK
CONNECTIVITY REPORT

MUKA SURAT / PAGE: 1


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C06/P(2/9)
DRPD / OF: 19

TAJUK / TITLE:
PERKAKASAN RANGKAIAN KOMPUTER

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar berkaitan
dengan peralatan dan perkakasan yang digunakkan didalam system rangkaian
komputer.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 2 Drp / of: 19

PENERANGAN / INFORMATION:

1. PERKAKASAN-PERKAKASAN RANGKAIAN

1.1. Router

Router adalah sebuah alat jaringan komputer yang mengirimkan


paket data melalui sebuah jaringan atau Internet menuju tujuannya, melalui
sebuah proses yang dikenali sebagai routing. Proses routing terjadi pada
lapisan 3 (Lapisan jaringan seperti Internet Protocol) dalam protokol lapisan
OSI. Router berfungsi sebagai penghubung antara dua atau lebih
jaringan untuk meneruskan data dari satu jaringan ke jaringan lainnya.
Router dapat digunakan untuk menghubungkan banyak jaringan kecil ke
sebuah jaringan yang lebih besar yang disebut dengan internetwork atau
untuk membahagikan sebuah jaringan besar ke dalam beberapa
subnetwork untuk meningkatkan kerja dan juga mempermudah
penggunaannya. Router juga kadang kala digunakan untuk
menyambungkan dua buah jaringan yang menggunakan media yang
berbeza (seperti router wireless yang pada umumnya selain ia dapat
menghubungkan komputer dengan menggunakan radio, ia juga
mendukung penghubungan komputer dengan kabel UTP) atau berbeza
jaringan, seperti halnya dari Ethernet ke Token Ring.

1.2. Switch

Switch merupakan penghubung beberapa alat untuk membentuk


suatuLocal Area Network (LAN). Sebagai perbezaannya switch merupakan
suatu jalanan dan router merupakan penghubung antara jalan. Masing-
masing rumah berada pada jalan yang memiliki alamat dalam suatu urutan
tertentu. Dengan cara yang sama, switch menghubungkan berbagai macam
alat, dimana masing-masing alat memiliki alamat IP sendiri pada sebuah
LAN.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 3 Drp / of: 19

1.3 Server

Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia


merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan
ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem
Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama
perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.Fail pelayan mengawal
komunikasi maklumat di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu
permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan
maklumat, menerima fail data dari satu stesen kerja yang lain dan
menyimpan mesej e-mel pada masa yang masa.

Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak


maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.Fail pelayan
seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:
a) Mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium,
Power PC)
b) Cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya
4 Gigabait
c) Satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk
menyimpan data selepas penggunakan disket
d) Satu unit fail sandaran
e) Beberapa slot perluasan
f) Kad antara muka yang pantas
g) Sekurang-kurangnya 32 MB

1.4 Pengimbas (Scanner)


Pengimbas (scanner) digunakan untuk mengimbas atau
menangkap gambar dalam bentuk cetakan untuk dimasukkan ke dalam
komputer dalam format fail seperti JPEG, TIFF, GIF dan BMP. Pengimbas
terbahagi kepada dua bahagian iaitu hand-held dan flatbed.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 4 Drp / of: 19

Pengimbas juga memerlukan interface card untuk berhubung dengan


expansion bus pada komputer. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan
kad ini.

1.5 Pencetak (Printer)


Pencetak adalah persisian (peripherals) luaran dan alat keluaran
(output) yang utama untuk menghasilkan keluaran dalam bentuk cetakan.
Terdapat 3 jenis pencetak iaitu pencetak dot matriks, jet dakwat (ink jet) dan
laser. Secara umumnya, pencetak terbahagi kepada dua kategori iaitu
pencetak impak dan pencetak tidak impak.
Pencetak impak beroperasi dengan menghentak mata pencetak
(printhead) ke kertas. Ia menggunakan mekanisme penghentak untuk
menghentak reben yang mempunyai dakwat. Reben terletak di antara
penghentak dan kertas cetak. Apabila penghentak menghentak kertas cetak,
ia akan meninggalkan kesan pada belakang abjad yang hendak dicetak.
Contoh bagi pencetak impak ialah sistem dot matriks. Pencetak jenis ini
cukup popular pada masa dahulu tetapi tidak pada masa sekarang.
Kebanyakan orang lebih suka menggunakan pencetak jenis dakwat dan
laser. Kelebihan pada pencetak impak ialah kos pencetakan lebih murah,
harga kartrijnya yang murah, jumlah cetakan yang banyak dan juga mampu
menampung media panjang (fanfold paper).
Pencetak tidak impak tidak menggunakan penghentak untuk
menghentak reben dan ia begitu senyap semasa beroperasi. Ia beroperasi
secara menabur dakwat dan toner ke atas kertas. Contoh bagi pencetak
tidak impak ialah jenis dakwat (inkjet atau buble jet) dan jenis laser (laser
jet).

1.6 Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


Kad Antaramuka Rangkaian merupakan penyambungan fizikal
atau perantara diantara rangkaian dengan sesebuah komputer. Kebanyakan
Kad Antaramuka Rangkaian bersifat internal dimana kad dimasukkan dalam
komputer pada salah satu slot tambahan.
Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak
luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau port SCSI. Komputer laptop
biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 5 Drp / of: 19

secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot
PCMCIA.
Adalah penting untuk menggunakan Kad Antaramuka Rangkaian
yang sesuai mengikut jenis rangkaian yang digunakan. Tiga jenis Kad
Antaramuka Rangkaian yang selalu digunakan adalah Kad Ethernet,
Penyambung LocalTalk dan Token Ring.

1.7 Wireless Device

Teknologi perkakasan yang menggunakan perhubungan tanpa wayar


semakin hari semakin meningkat kelajuan serta jarak liputan. Terdapat
pelbagai jenis perkakasan tanpa wayar yang berada dipasaran seperti
Wireless Access Point, ADSL Wireless Router, DSL Wireless Router,
Wireless Adapter / Wireless Radio, Bluetooth, Wireless Card dan lain-lain
lagi.

1.7.1. Wireless Access Point

Wireless Access Point boleh dikatakan seperti switch. Bila


dipasang pada sesebuah rangkaian, ia memerlukan penghala (router).
Ini adalah kerana ia tidak dapat berfungsi sebagai NAT (Network
Address Translation)dan tidak dapat menghubungkan dengan
rangkaian yang lain serta tidak dapat memberikan IP yg diingini. Ia
hanya dapat menyambung IP address LAN sahaja. Ia adalah
diibaratkan sebagai switch 2 layer yang ditukarkan kepada Wireless
Switch.Ia juga mempunyai MAC Address Filtering bagi komputer atau
laptop yang dikenali.

Ciri-ciri Wireless Access Point:

a) Mempunyai SSID.

b) Mempunyai sekuriti seperti WEP atau WPA.

c) Hanya boleh menyambungkan IP Address Lan.

d) Mempunyai MAC Address Filtering.


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 6 Drp / of: 19

Rajah1 : Wireless Access Point

Rajah 2 : Gambar Pemasangan sesebuah Wireless Access Point

1.7.2. Wireless Router SWITCH + ADSL / ADSL Wireless Router

Ia adalah perkakasan wayarles yang didalamnya terdapat fungsi-


fungsi yang dimiliki oleh penghala (router).Ia dikatakan berfungsi
sebagai switch jika terdapat beberapa sambungan LAN.
Ia dapat berfungsi sebagai NAT (Network Address Translation)
routing kerana dapat menetapkanalamat IP mengikut kehendak kita.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 7 Drp / of: 19

Terdapat beberapa jenis security iaitu Wired Equivalent Privacy (WEP)


dan Wi-Fi Protected Access (WPA) di dalam Wireless Router. Kita juga
boleh mengaktifkan tapisan alamat MAC perkakasan untuk akses ke
rangkaian. Wireless Routeryang mempunyai ciri tambahan seperti
ADSL merupakan Wireless Router yang mempunyai sambungan ke
talian telefon, jadi anda tidak memerlukan modem.

Rajah 3: Wireless Route ADSL

Rajah 4: Pemasangan sesebuah Wireless Router ADSL


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 8 Drp / of: 19

Rajah 5: Pemasangan kabel bagi sesebuah Wireless Router ADSL

1.7.3. Wireless Router SWITCH + DSL / DSL WIRELESS ROUTER

Ia adalah perkakasan wayarles yang didalamnya terdapat fungsi-


fungsi yang dimiliki oleh penghala (router).Ia dikatakan switch jika
terdapat beberapa sambungan LAN. Ia dapat berfungsi sebagai NAT
(Network Address Translation) routingkerana dapat meneruskan
alamat IP kita mengikut apa yang kita inginkan. Terdapat beberapa
jenis security iaitu Wired Equivalent Privacy (WEP) dan Wi-Fi Protected
Access (WPA).Kita juga boleh mengaktifkan tapisan alamat MAC
perkakasan untuk akses ke rangkaian. Perbezaan yang ketara diantara
Wireless Router ADSL danWireless Router DSL adalah Wireless
Router DSLtidak mempunyai sambungan ke talian telefon, jadi kita
memerlukan modem jika mahukan sambungan ke talian internet.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 9 Drp / of: 19

Rajah 6: Wireless Router DSL

Rajah 7: Pemasangan sesebuah Wireless Router DSL


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 10 Drp / of: 19

Rajah 8: Pemasangan kabel bagi sesebuah Wireless Router DSL

1.7.4. Wireless Adapter / Wi-Fi Radio

Semua jenis Wireless Adapter atau Wi-Fi Radio mempunyai


standard mengikut peredaran teknologi peranti wayarles, diantaranya
ialah:
a) 802.11a

b) 802.11b

c) 802.11g

d) 802.11n

Terdapat beberapa jenis Wireless Adapter yang digunakan


samada bagi komputer ataupun laptop. Diantara jenis-jenis Wireless
Adapter yang terdapat dipasaran adalah:
a) PCMCIA (Personal Computer Memory Card
International Association) wireless card / PC Card.
b) Wireless Mini PCI atau Wireless Mini PCI express
card.

c) USB “Universal Serial Bus” adapter wireless.


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 11 Drp / of: 19

d) PCI Wireless Card atau PCI Express Wireless Card.

1.7.5. Wireless Mini PCI atau Wireless Mini PCI express card

Jika anda tidak mahu memasang wireless card yang terkeluar


sedikit ditepi laptop dan membahayakan, anda juga boleh memasang
Wireless Mini PCIatau Wireless Mini PCI Express Card yang akan
dipasang di dalam laptop anda pada Slot PCI.Ia dipasang semasa
laptop telah dimatikan.

Rajah 9: Wireless Mini PCI atau Wireless Mini PCI express card

Rajah10: Pemasangan Wireless Mini PCI atau Wireless Mini PCI express card
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 12 Drp / of: 19

1.7.6. USB “Universal Serial Bus” adapter wireless

Kebanyakan komputer desktop pula tidak disediakan dengan Wi-


Fi Radio, oleh itu anda perlu memasang peralatan Wi-Fi Radio seperti
USB
“Universal Serial Bus” adapter wireless yang dipasang kepada USB
port yang terdapat dihadapan atau dibelakang komputer anda.
Dipasang semasa komputer sedang hidup.Harus memasang driver.

Rajah 10: USB wireless adapter dan cara pemasangan

1.7.7. PCI Wireless Card atau PCI Express Wireless Card

Jika anda tidak mahu memasang peranti wayarles yang terkeluar


sedikit di hadapan atau dibelakang komputer desktop yang akan
membahayakan, anda juga boleh memasang PCI Wireless Card atau
PCI Express Wireless Card yang akan dipasang di dalam komputer
desktop anda pada slot PCI atau PCIE.
Dipasang semasa komputer telah dimatikan.Harus memasang driver.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 13 Drp / of: 19

Rajah 11 : PCI Express Wireless Card dan cara pemasangan

2. PERALATAN PEMASANGAN RANGKAIAN

2.1 Cable Stripper


Kabel UTP Cat5/5e mestilah di potong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya
iaitu dalam lingkungan setengah inchi.

Rajah 12: Cable Stripper


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 14 Drp / of: 19

Bagi memotong lapisan luar ini, peralatan yang sesuai harus di gunakan agar
kabel tidak terjejas.

2.2 Punch Down Tool

Rajah 13: Punch Down Tool

Punch down tool adalah alat tangan yang digunakan untuk menyambung cable
twisted pair pada keystone jack pada wall plate atau panel patch. Ia terdiri
daripada pemegang, satu mekanisme spring dan bilah slotted boleh alih keluar.
Ianya digunakan dengan menekan (punch) pada keystone jack dengan
bahagian bilah hujungnya akan memotong wayer berlebihan.

2.3 Crimping Tool

Rajah 14: Crimping Tool

Crimping tool adalah alat yang di gunakan untuk mengepit kabel-kabel Cat 5/5e
pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel di masukkan ke dalam soket RJ45
dengan betul mengikut susunan piawaian 568A atau 568B
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 15 Drp / of: 19

3. BAHAN PEMASANGAN RANGKAIAN

3.1 Patch panel

Patch panel ataupun patch bay merupakan satu panel atau khasnya dikenali
juga sebagai rack mounted iaitu merupakan tempat bagi penyambungan kabel.
Satu kabel patch yang pendek akan dicucuk ke bahagian depan kabel,
manakala untuk bahagian belakang panel disambung kabel yang lebih panjang
dan tetap tanpa perlu diubah. Perkakasan di susun secara setempat supaya ia
lebih mudah dan fleksibel apabila melakukan pemantauan, penyambungan dan
pengujian rangkaian.

Patch panel memudahkan juruteknik untuk menukar port dengan cepat tanpa
perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk membeli perkakasan
switching yang lebih mahal. Ianya mula digunakan pada zaman awal perubahan
dalam dunia telekomunikasi di mana papan suis untuk telefon dan bilik yang
besar yang dipenuhi oleh operator telefon yang sentiasa beroperasi sepanjang
masa.

Rajah 15 : Patch Panel


3.2 Wallplate And Keystone Jack

Wallplate Keystone jack adalah sesebuah female connector yang digunakan


dalam komunikasi data, terutamanya rangkaian kawasan tempatan (LAN).
Keystone jack dipasang di pada wallpalte atau patch panel.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 16 Drp / of: 19

Rajah 16 : Wallplate And Keystone Jack

3.3 Network Equipment Rack

Network Equipment Rack adalah rak yang digunakkan bagi rack mount server,
switch atau router.Ukuran U unit piawai ukuran ruang menegak yang
digunakan, atau ketinggian rak (kerangka besi direka untuk menahan
perkakasan) iaitu unit pengukuran merujuk kepada ruangan antara rak atas rak.
1U sama 1.75 ". Sebagai contoh, dilantik rak 20U, mempunyai 20 ruang rak
untuk peralatan rangkaian.

Rajah 17: Network Equipment Rack


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 17 Drp / of: 19

3.4 RJ-45
RJ-45 ialah satu klip kepala yang mesti di pasangkan kepada kabel CAT5/5e
(kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil di sambungkan
antara HUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.

Rajah 18: RJ-45

Setiap kabel CAT 5/5e mempunyai 4 pasang kabel berwarna (8 kabel) iaitu
putih biru dan biru, putih hijau dan hijau, putih oren dan oren, putih coklat dan
coklat. Berdasarkan kepada standard piawaian, kod-kod warna pada kabel
CAT5/CAT5e membawa kepada 2 jenis piawaian iaitu EIA/TIA 568A dan
EIA/TIA 568B

3.5 Patch Cord / Patch Cable

Rajah 19: Patch Cable

Patch Cord adalah kabel utp jenis stranded atau serabut yang berfungsi
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 18 Drp / of: 19

untuk menghubungkan peringkat pasif ke aktif. Contohnya :

 Menghubungkan dari Wallplate atau Faceplate ke Komputer


 Menghubungkan dari Patch Panel ke Switch atau Router
 Menghubungkan dari Patch Panel ke Wallplate atau faceplate

Standed sendiri maksudnya adalah lebih lentur dibandingkan kabel utp solid.
Pada kedua bahagian hujung patch cord terdapat RJ45. RJ45 dipasang pada
cable utp patch cord dengan menggunakan Crimping Tool.

SOALAN / QUESTION :

1 Nyatakan jenis kabel utp yang digunakkan untuk membuat patch cable.

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

2. Apakah fungsi punch down tool


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3 Namakan connector yang digunakkan bersama kabel twisted pair

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

4 Terangkan fungsi penggunaan router didalam system rangkaian.

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C06/P(2/9) Muka Surat / Page: 19 Drp / of: 19

RUJUKAN:

1. Tamara Dean. (2013) Network+ Guide to Networks . Cengage Learning 006


edition. ISBN-13: 978-1133608196
2. David Barnett David Groth Jim McBee. (2004) Cabling: The Complete Guide to
Network Wiring, Third Edition, SYBEX In, ISBN: 0-7821-4331-8.
3. Network Devices,
http://webpage.pace.edu/ms16182p/networking/devices.html, 10.31pm, 21 Mac
2019.

Anda mungkin juga menyukai