Anda di halaman 1dari 7

VSS ACADEMY SDN .BHD.

NO 35-1 & 35-2


JALAN SETIA TROPIKA 1/30
TAMAN SETIA TROPIKA,KEMPAS
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA IT 020-2
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER

TAHAP / LEVEL 02

NO DAN TAJUK MODUL/


MODUL 5 NETWORK AND COMMUNICATIONS
MODULE NO AND TITLE

TASK 04.01 SETUP COMPUTER NETWORK CABLE


TASK 04.03 SETUP CLIENT NETORK OPERATING SYSTEM
NO DAN PERNYATAAN TASK 04.02 DESIGN COMPUTER NETWORK
TUGASAN /TASK(S) NO
AND STATEMENT ENVIRONMENT
TASK 03.05 CHECK COMPUTER COMMUNICATION
DEVICES

DESIGN COMPUTER NETWORK ENVIRONMENT USING

OBJEKTIF PENCAPAIAN NETWORK TOPOLOGY DIAGRAM, CONCENTRATOR,


AKHIRAN / TERMINAL TRUNKING AND COMPUTER-AIDED DESIGN SOFTWARE
PERFOMANCE
OBJECTIVE SO THAT COMPUTER NETWORK TOPOLOGY PREPARED,
SELECTED AND IMPLEMENTED IN A ACCORDANCE WITH
STANDARD NETWORK ENVIRONMENTS

Muka : 01 Drp : 07
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3)

TAJUK : PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan tentang definisi rangkaian, jenis-jenis
rangkaian dan jenis-jenis rangkaian topologi bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran
pelatih bagi melakukan kerja-kerja memeriksa perkakasan rangkaian komputer

PENERANGAN:
1. Definisi
1.1 Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang
Untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian, rangkaian komputer menjadi
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3) Muka: 02 Drp: 07

sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau
data dalam masa yang singkat.
1.2 Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapatkan maklumat dengan
komputer peribadi melalui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian
antarabangsa.
1.3 Sistem rangkaian (Networking) bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan
komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi
operasinya.
1.4 Ini bererti sistem rangkaian komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang
dihubungkan antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun
komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang berbeza.

2. Jenis-jenis rangkaian
2.1 Rangkaian kawasan setempat (Local Area Network-LAN)
i. Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil,
misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau
kampus.
ii. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan
komputer di dalam kawasan yang terhad.
iii. Dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minicomputer.
iv. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada
satu batu jaraknya.
v. Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel
gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

2.2 Rangkaian kawasan metropolitan (Metropolitan Area Network -MAN)

i. Kawasan metropolitan lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding
dengan rangkaian yang meliputi oleh LAN.

2
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3) Muka: 03 Drp: 07

ii. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah
ataupun di sesebuah daerah.
iii. Menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan
susun atur geografi yang besar,
iv. Informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

2.3 Rangkaian kawasan luas (Wide Area Network- WAN)

i. Rangkaian Kawasan Luas menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas


dari
segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat
dengan dunia.
ii. Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan
tempat lain di dunia, contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja
tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
iii. Namun begitu, rangkaian WAN agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan
pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan
metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa
seperti Internet.

2.4 Jenis-jenis topologi


i) Topologi Bas
 Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan

3
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3) Muka: 04 Drp: 07

penyambungan ‘nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini.


 Ia selalu digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial.
 Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang
pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah
komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaiakan di antara satu sama lain.
 Semua nod (fail pelayan, stesen kerja dan peripherals) adalah disambung kepada kabel
linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah
Ethernet dan LocalTalk.

ii) Topologi Bintang


 Topologi ini adalah topologi yang selalu digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang
berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server).
 Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini menjadi pilihan di kalangan
pengguna rangkaian yang serius.
 Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam,
sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.

iii. Topologi cincin

 Jenis topologi ini tidak begitu popular sebagaimana topologi bas dan topologi bintang.
rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat.
 Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada
4
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3) Muka: 05 Drp: 07

komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya.
 Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut
amat bergantung di antara satu sama lain.
 Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak
akan berfungsi.

iv. Topologi Pokok


 Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas dan
bintang.
 Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang
dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada
suatu topologi berbentuk topologi bas.
 Topologi pokok ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan bentuk dari
suatu rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah
menyelaraskan suatu rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.

v. Kebaikan menggunakan sistem rangkaian :

 Berkongsi fail – pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server)
atau komputer pusat.
5
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3) Muka: 06 Drp: 07

 Memindahkan fail – memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu


komputer ke komputer yang lain.
 Berkongsi perisian (applikasi) dan mengurangkan kos – memudahkan pengguna
untuk berkongsi program aplikasi seperti Office, lotus dan sebagainya. Ini dapat
menjimatkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
 Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data – data-data dapat
dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna ke dalam satu aplikasi. Pada
masa yang sama pengguna lain dapat menggunakan data-data tersebut.
 Berkongsi pencetak,CD-ROM dan lain-lain – pencetak atau CD-ROM yang terdapat
pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang
menggunakan komputer yang lain.
 Menggunakan mel-elektronik (e-mail) – pengguna dapat menghantar memo dari
satu komputer ke komputer yang lain.

SOALAN

1. Nyatakan definasi sistem rangkaian komputer?

6
NO KOD / CODE NO IT 020-2 /M05/KP(1/3) Muka: 07 Drp: 07

………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………..

2. Terangkan tiga jenis rangkaian yang terdapat di dalam sistem rangkaian komputer?

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
3. Senaraikan lima jenis topologi utama yang digunakan di dalam sistem rangkaian
komputer?

………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..

4. Berikan kebaikan atau faedah menggunakan sistem rangkaian komputer?


………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………….

RUJUKAN :

1) Siti Hajah Bachok (2003), Pengenalan kepada computer dan pemprosessan Data, OUM,
Univision Press Sdn Bhd,m/s 150-154.
2) HeatKit Educational System (1999), Network Topologies network system, Printed the
united state of America, m/s 7.18 – 7.26.
3) http://www.computerzone.edu.my

Anda mungkin juga menyukai