Anda di halaman 1dari 2

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa

kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar
ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin
berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan
buruk.

Pencemaran udara juga merupakan salah satu daripada kesan pencemaran alam sekitar.
Penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus
matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Hal ini dikatakan
demikian kerana, lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia
dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan
kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini.

Selain itu,pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh
penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku
apabila gas-gas sulfur oksida dan oksida-oksida nitrogen dilepaskan ke udara dan bertindak
balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid
nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa
hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal
ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut
juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak
subur.

Di samping itu, hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan
minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran
toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur
penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada
yang menemui maut.Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami
oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia
adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat
pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang
tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
Pencemaran bunyi juga merupakan salah satu daripada kesan pencemaran alam sekitar.
Pencemaran bunyi merupakan gangguan persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising
sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran
sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga
berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan
menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Tambahan pula, pencemaran bunyi menyebabkan
kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga
menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan
pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran
kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari,
ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan
kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan.

Akhir sekali kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut
kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam
hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai
manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan
yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat.
Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila
berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan
tergugat.

Kesimpulannya, pelbagai punca yang dapat dirangkumi dalam punca pencemaran ini terjadi.
Masyarakat dengan kerjasama media massa harus meningkatkan tahap kesedaran sivik orang-
orang sekeliling kita tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Jika setiap pihak mengambil
langkah proaktif persis mutiara kata,ke bukit sama di daki,ke lurah sama dituruni,sudah pasti
kemelut ini dapat diatasi dengan berkesan. Setiap individu hendaklah meluaskan pemikiran
masing-masing dalam kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar demi kelangsungan
generasi akan datang. Semoga mereka dapat merasai keindahan alam semula jadi secara
langsung dan tidak hanya melihat video atau bentuk digital keunikan flora dan fauna yang kita
miliki hari ini.

Anda mungkin juga menyukai