Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan Konsep

Kelestarian Alam
Sekitar
Definisi Alam Sekitar

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa

maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada

terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang

melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk

kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena

fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca
 Keupayaan untuk mengekal pada kadar tertentu atau peringkat

 didefinisikan sebagai interaksi bertanggungjawab dengan alam


sekitar untuk mengelak pengurangan atau penurunan sumber semula
jadi, serta memungkinkan untuk kualiti persekitaran jangka panjang
 Kelestarian secara umumnya membawa maksud
pengekalan sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermakna,
kelestarian ada kaitannya dengan usaha mengekalkan serta
memelihara keaslian. Walaupun begitu, kelestarian dalam
konteks yang lebih luas sewajarnya merangkumi bukan
sahaja pengekalan tetapi turut menambahbaik keadaan
sedia ada
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALAM
KONSEP

 Sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar


berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap
dirinya, alam dan tuhan.
 Menurut Islam, manusia sebagai khalifah menunjukkan
bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-
Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah
itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat
dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan
Allah.
KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

i. Manusia
 Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para
malaikat, “sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi.”
 Peranan manusia di bumi ini sebagai khalifah yang akan memakmurkan dan mentadbir alam.
Bersesuaian dengan kejadian manusia yang dicipta sebagai khalifah, Allah memperindahkan lagi
kejadian manusia dengan menganugerahkan nikmat akal bagi membezakannya dengan makhluk
lain.

 Berpandukan akal dan ajaran agama, manusia menjalankan amanahnya di bumi yang tentunya
besar dan berat. Dalam masa yang sama ia bukan sahaja menyempurnakan tanggungjawabnya
terhadap Penciptanya sahaja, malah terhadap hubungannya dengan alam sekitar. Keperluan
manusia untuk hidup di bumi ini memerlukan kepada kehadiran dan kewujudan komponen lain
seperti tumbuhan, haiwan, air dan lain-lain.
ii. Tumbuhan
 Tumbuhan meliputi 27.6% keluasan permukaan bumi, merupakan komponen penting
dalam menyeimbangi ekosistem di bumi. Fungsi tumbuhan amat penting untuk
menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Di samping itu,
menganugerahkan satu elemen yang penting untuk kehidupan komponen lain iaitu
melepaskan oksigen ke udara yang hasilnya akan digunakan oleh manusia dan haiwan
untuk proses bernafas (proses fotosintesis).

 Tumbuhan juga berperanan sebagai pengukuh kepada struktur tanah dari kejadian
tanah runtuh, hakisan dan menyerap air hujan yang seterusnya dapat mengurangkan
kejadian banjir. Penanaman dan penjagaan tumbuhan digalakkan dan pengusaha akan
mendapat pahala sedekah berdasarkan setiap agama.
iii. Haiwan

 Selain berfungsi sebagai makanan, haiwan juga digunakan untuk kepentingan


manusia seperti membajak, menunggang, membawa muatan dan lain-lain.
 Penganiayaan terhadap binatang adalah dilarang sama sekali berdasarkan sebuah
hadith yang bermaksud : “Seseorang wanita telah disiksa dan dimasukkan ke
dalam neraka disebabkan oleh dia yang telah mengurung seekor kucing sehingga
mati kelaparan.”
 Kita juga hendaklah berlaku adil terhadap binatang peliharaan atau binatang-
binatang lain. Islam melarang sebarang aktiviti yang menggunakan binatang
sebagai objek bersukaria dan pemuasan nafsu seperti berlawan sesame sendiri
atau sasaran memanah.
 Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir alam, manusia perlu
menjaga hubungannya dengan haiwan supaya tidak berlaku kerosakan atau
penganiayaan yang berleluasa terhadap kehidupan fauna ini.
iv. Bumi (tanah)/ matahari/ langit dan lain-lain

 Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang terdapat pada alam disebut di dalam
al-Qur’an : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaannya diciptakan kamu dari tanah
kemudian kamu menjadi manusia yang berkembang biak.”
 Kemudian Allah menyatakan tentang kejadian langit dan bumi yang padanya
terdapat tanda-tanda serta pelbagai rahsia supaya manusia dapat berfikir dan
mengungkap segala rahsia kejadian alam Ini merupakan sebahagian daripada
ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan tentang kejadian komponen ini dan
fungsi-fungsinya
v. Air

 Air berkepentingan untuk alam khususnya kepada


manusia itu sendiri untuk bersuci dan beribadat,
sebagai sumber minuman yang utama serta
siraman kepada tumbuh-tumbuhan .
vi. Angin

 Segala bentuk pencemaran berbentuk udara atau


angin sama ada pencemaran bau atau asap/ gas. Ini
adalah kerana ia akan memberi kesan yang buruk
kepada sistem pernafasan manusia itu sendiri .
KESAN KEROSAKAN ALAM
PENCEMARAN UDARA
 Manusia - Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia terutamanya system pernafasan.
Proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan
oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini
mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul
 Tumbuhan - Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil.
Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada
pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya
akan terancam
 Ekologi Alam - Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai
bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun
sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara
juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi
 Atmosfera - Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar
seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan
bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan
oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat
serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan
mengakibatkan sinar ultra- ungu (ultra-violet) menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan
kesihatan manusia
 Haiwan - Haiwan juga akan turut terancam dan mati. Hal ini disebabkan partikel-partikel terampai
seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut.Perkara ini akan
menyebabkan haiwan akan sukar untuk bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah
tercemar akan pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.
 Penyusutan Lapisan Ozon - Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini
PENCEMARAN AIR
 EKOLOGI ALAM - Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan
air. Air yang tercemar ini menganggu hidupan seperti ikan,udang,ketam,kerang dan sebagainya.Jika
ikan-ikan ini ditangkap dan di makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia
seperti manusia akan mendapat keracunan makanan da sebgainya.
 MANUSIA - Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia
bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap
kesihatan mereka sendiri. dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang
berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang
daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
 HAIWAN - Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di
perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan
banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam
hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak,
pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.
PENCEMARAN TANAH
 EKOLOGI ALAM - Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal
dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada
hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
 Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula
air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
 Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca
yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Terdapat dua kaedah pembuangan sampah yang
sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran. Walaupun sampah sarap
dapat dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namuntanpa
pengawalan yang rapi, kedua-dua teknik ini juga bolehmemberi masalah yang serius kepada
alam sekitar.
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
 Kesihatan manusia terjamin. Kesan daripada pencemaran, manusia akan menghidap pelbagai penyakit,
khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk terus
hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke
dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-
paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit.

 Ekosistem yang stabil. Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia, alam sekitar dan bumi.
Kini, kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah global telah berlaku. Antaranya adalah
pemanasan global. Peningkat suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain
seperti peningkatan air laut dan fenomena cuaca yang ekstrem. Kesan pemanasan global yang lain
termasuklah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan pelbagai jenis haiwan. Oleh itu,
alam sekitar harus dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.
 Habitat hidupan darat dan air (akuatik) terpelihara. Hidupan darat dan air sangat
memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar untuk terus hidup. Kebergantungan
ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam sekitar ini agar terpelihara.
Sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran
hutan, haiwan akan mengalami kepupusan. Begitu juga dengan hidupan di air, sekiranya
pencemaran air berlaku, hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan mengalami kepupusan.

 Mengelakkan kepupusan. Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna. Alam sekitar
yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada seluruh spesies flora dan
fauna.Namun begitu telah wujud pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai
spesies haiwan. Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan
menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta
peningkatan pencemaran air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan
akuatik. Justeru itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibendung.
KESIMPULAN

 Dalam usaha kita mengejar pembangunan jangan lah kita lupa akan
pentingnya alam sekitar kepada seluruh kehidupan harian kita.
 Perancangan yang teratur dapat mengelak daripada berlakunya
pencemaran di samping mengekalkan khazanah yang tidak ternilai
ini demi generasi akan datang.
TAMAT
-Terima kasih-

Anda mungkin juga menyukai