Anda di halaman 1dari 19

KONSEP

 “Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah


menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau tidak
diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang
berbuat kebajikan.”
 Menurut Islam, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid
atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan
tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan
antara manusia, alam dan tuhan.
 Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran
alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia
terhadap dirinya, alam dan tuhan.
 Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini
merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu
melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan
tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan
kekuasaan Allah.
AL QURAN DAN HAKIKAT ALAM SEMESTER
 Seperti yang kita fahami, sesungguhnya al-Qur’an merupakan panduan utama
bagi umat Islam untuk kita jadikan panduan hidup. Al-Qur’an juga merupakan
sumber utama untuk manusia mengetahui segala perkara yang telah, sedang dan
akan berlaku.
 Oleh yang demikian, tidak mustahil mengapa Allah turut mencabar manusia
dengan firmanNya di dalam al-Qur’an yang berbunyi :
“ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di
segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri. Sehingga jelaslah bagi mereka al-
Qur’an itu adalah benar…”(Fussilat 41:53)
 Allah swt akan memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap penjuru
dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada
manusia bahawa al-Qur’an itu adalah satu kebenaran. Penemuan-penemuan
sains yang telah disentuh oleh al-Qur’an ratusan tahun sebelumnya akan
menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman yang akan
datang bahawa al-Qur’an itu adalah satu kebenaran yang mutlak.
CIPTAAN PLANET BUMI DAN LANGIT
 “ Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui
bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah satu
yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan
daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakah mereka tiada juga beriman? (al-Anbiya’ 21:30)

 Melalui ayat al-Qur’an ini, jelas menunjukkan kepada kita


bahawa pada awal penciptaan alam cakerawala ini telah
berlakunya satu proses bahagi daripada satu unsur jirim yang
satu. Selain daripada itu, pada awal penciptaan alam ini juga,
pada awalnya adalah bersatu dan telah dipisahkan dengan
kudrat Allah s.w.t , antara satu sama lain melalui proses yang
menyerupai letupan. Ibnu Kathir di dalam tafsirnya yang
diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, mengatakan bahawa segala
jenis hidupan di alam ini dijadikan daripada air.
TEORI LETUPAN BESAR

 “ The Big Bang Theory” (Teori Ledakan Besar) merupakan teori dari ahli sains barat,
iaitu Einstein, yang mana telah menyatakan bahawa alam cakerawala yang ada
hari ini merupakan hasil daripada letupan dan daripada satu pusat. Selain
daripada itu, teori ini turut mengatakan bahawa pada akhir zaman semua bahan-
bahan di alam semesta ini akan bersatu semula di satu pusat yang sama atau
dinamakan sebagai lubang hitam (black hole) .
 Allah s.w.t telah menggambarkan keadaan langit pada hari akhirat dalam firman-
Nya yang bermaksud:
“(Ingatlah), hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat
catatan”(al- Anbiya’ 21:104)
 Keadaan langit pada hari akhirat itu digambarkan hampir sama dengan teori
“menggulung langit”, yang telah di bawa oleh ahli astronomi Barat. Teori Barat ini
menyatakan bahawa semua bahan di alam semesta akan kembali ke suatu pusat
yang sama bernama “lubang hitam”.
 Teori Ledakan Besar yang disarankan oleh Abee Lemaitre pada tahun 1920M, ini
secara prinsipnya selaras dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Qur’an
berkenaan dengan kejadian bumi dan langit. Apabila diteliti dengan mendalam,
terdapat perbezaan pendapat di antara para ahli sains. Namun begitu, al-Qur’an
telah menjelaskan berkenaan dengan kejadian ini dengan terang dan tepat, yang
mana telah termaktub di dalam AI Quran.
KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM
SEKITAR
i. Manusia
 Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman
kepada para malaikat, “sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang
khalifah di muka bumi.”
 Ayat ini menjelaskan peranan manusia di bumi ini sebagai khalifah yang akan
memakmurkan dan mentadbir alam. Bersesuaian dengan kejadian manusia yang
dicipta sebagai khalifah, Allah memperindahkan lagi kejadian manusia dengan
menganugerahkan nikmat akal bagi membezakannya dengan makhluk lain.

 Berpandukan akal dan ajaran Islam yang syumul, manusia menjalankan


amanahnya sebagai khalifah di bumi yang tentunya besar dan berat. Dalam
masa yang sama ia bukan sahaja menyempurnakan tanggungjawabnya
terhadap Penciptanya sahaja, malah terhadap hubungannya dengan alam
sekitar. Keperluan manusia untuk hidup di bumi ini memerlukan kepada kehadiran
dan kewujudan komponen lain seperti tumbuhan, haiwan, air dan lain-lain.
ii. Tumbuhan
 Tumbuhan meliputi 27.6% keluasan permukaan bumi, merupakan
komponen penting dalam menyeimbangi ekosistem di bumi. Fungsi
tumbuhan amat penting untuk menyerap karbon dioksida yang
dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Di samping itu,
menganugerahkan satu elemen yang penting untuk kehidupan
komponen lain iaitu melepaskan oksigen ke udara yang hasilnya akan
digunakan oleh manusia dan haiwan untuk proses bernafas (proses
fotosintesis).

 Tumbuhan juga berperanan sebagai pengukuh kepada struktur tanah


dari kejadian tanah runtuh, hakisan dan menyerap air hujan yang
seterusnya dapat mengurangkan kejadian banjir. Penanaman dan
penjagaan tumbuhan digalakkan oleh Islam dan pengusaha akan
mendapat pahala sedekah berdasarkan keterangan satu hadis.
iii. Haiwan

 Selain berfungsi sebagai makanan, haiwan juga digunakan untuk


kepentingan manusia seperti membajak, menunggang, membawa
muatan dan lain-lain.
 Penganiayaan terhadap binatang adalah dilarang sama sekali
berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud : “Seseorang wanita telah
disiksa dan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh dia yang telah
mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan.”
 Kita juga hendaklah berlaku adil terhadap binatang peliharaan atau
binatang-binatang lain. Islam melarang sebarang aktiviti yang
menggunakan binatang sebagai objek bersukaria dan pemuasan nafsu
seperti berlawan sesame sendiri atau sasaran memanah.
 Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir alam, manusia
perlu menjaga hubungannya dengan haiwan supaya tidak berlaku
kerosakan atau penganiayaan yang berleluasa terhadap kehidupan
fauna ini.
iv. Bumi (tanah)/ matahari/ langit dan lain-lain

 Komponen-komponen ini dijadikan oleh Allah untuk kemudahan


manusia dan kegunaan komponen-komponen lain.
 Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang terdapat pada alam
disebut di dalam al-Qur’an : “Dan di antara tanda-tanda
kekuasaaannya diciptakan kamu dari tanah kemudian kamu
menjadi manusia yang berkembang biak.”
 Kemudian Allah menyatakan tentang kejadian langit dan bumi
yang padanya terdapat tanda-tanda serta pelbagai rahsia supaya
manusia dapat berfikir dan mengungkap segala rahsia kejadian
alam Ini merupakan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur’an
yang menerangkan tentang kejadian komponen ini dan fungsi-
fungsinya
v. Air

 Air berkepentingan untuk alam khususnya kepada


manusia itu sendiri untuk bersuci dan beribadat,
sebagai sumber minuman yang utama serta siraman
kepada tumbuh-tumbuhan.
 Air tidak boleh disekat penggunaannya, ini adalah
merujuk keada sebuah hadith yang bermaksud : “3
perkara yang tidak boleh disekat penggunaannya iaitu
air, padang dan api.” Sekatan ini adalah dengan cara
pengaliran dan pencemaran.
vi. Angin

 Seterusnya Allah menerangkan fungsi kejadian angin


sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “Dan di
antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia
mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira
dan untuk merasakan kepadamu sebahagian dari
rahmatNya dan supaya kapal dapat berlayar dengan
perintahNya, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
 Islam menegaskan larangan segala bentuk pencemaran
berbentuk udara atau angin sama ada pencemaran bau
atau asap/ gas. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan
yang buruk kepada sistem pernafasan manusia itu sendiri.
KESAN KERUSAKAN ALAM
PENCEMARAN UDARA
 Manusia - Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesehatan manusia terutamanya
system pernafasan. Proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan
dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-
paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai
masalah kesihatan yang akan timbul
 Tumbuhan - Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran.
Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput
akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan
terancam
 Ekologi Alam - Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan
setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan
larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia
akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga
tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan
keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi
 Atmosfera - Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-
bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan
lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak
balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi
kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon
akan mengakibatkan sinar ultra- ungu (ultra-violet) menembusi atmosfera tanpa
lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia
 Haiwan - Haiwan juga akan turut terancam dan mati. Hal ini disebabkan partikel-
partikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki ruang paru-
paru haiwan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan haiwan akan sukar untuk
bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan
pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.
 Penyusutan Lapisan Ozon - Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku
pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada
sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari
boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini
PENCEMARAN AIR
 EKOLOGI ALAM - Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai
jenis hidupan air. Air yang tercemar ini menganggu hidupan seperti
ikan,udang,ketam,kerang dan sebagainya.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan di
makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia seperti manusia
akan mendapat keracunan makanan da sebgainya.
 MANUSIA - Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan
dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain.
Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. dimana antara
kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah
anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang
daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
 HAIWAN - Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada
organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila
tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan
membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung.
Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.
Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan
minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.
PENCEMARAN TANAH
 EKOLOGI ALAM - Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain
daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan
hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan
tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
 Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan
tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan
kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih
banyak banjir di kawasan tanah rendah.
 Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan
salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Terdapat
dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah
penimbusan dan kaedah pembakaran. Walaupun sampah sarap dapat
dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini
namuntanpa pengawalan yang rapi, kedua-dua teknik ini juga bolehmemberi
masalah yang serius kepada alam sekitar.
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
 Kesehatan manusia terjamin. Kesan daripada pencemaran, manusia akan menghidap
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghirup udara yang tercemar. Manusia
memerlukan udara bersih untuk terus hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini
akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Hal ini seterusnya
menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami
masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit.

 Ekosistem yang stabil. Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia, alam
sekitar dan bumi. Kini, kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah
global telah berlaku. Antaranya adalah pemanasan global. Peningkat suhu global
dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan air
laut dan fenomena cuaca yang ekstrem. Kesan pemanasan global yang lain
termasuklah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan pelbagai jenis
haiwan. Oleh itu, alam sekitar harus dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil
dapat diwujudkan.
 Habitat hidupan darat dan air (akuatik) terpelihara. Hidupan darat dan air
sangat memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar untuk terus
hidup. Kebergantungan ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk
menjaga alam sekitar ini agar terpelihara. Sekiranya alam sekitar tidak dijaga
dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan
akan mengalami kepupusan. Begitu juga dengan hidupan di air, sekiranya
pencemaran air berlaku, hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan
mengalami kepupusan.

 Mengelakkan kepupusan. Alam sekitar sangat penting kepada flora dan


fauna. Alam sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan
kepada seluruh spesies flora dan fauna.Namun begitu telah wujud
pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies
haiwan. Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan
menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak,
pencemaran organik serta peningkatan pencemaran air. Ia merupakan
pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Justeru itu,alam
sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibendung.
KESIMPULAN

 Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t.


dan menjadi bukti dalam memahami hakikat
kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.
 Dalam usaha kita mengejar pembangunan jangan lah
kita lupa akan pentingnya alam sekitar kepada seluruh
kehidupan harian kita.
 Perancangan yang teratur dapat mengelak daripada
berlakunya pencemaran di samping mengekalkan
khazanah yang tidak ternilai ini demi generasi akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai