Anda di halaman 1dari 5

Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan.

Kedudukan ilmu serta orang yang berilmu amat tinggi kedudukannya bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi juga di sisi agama. Islam menggariskan keutamaan ilmu pengetahuan sebegitu tinggi kerana hanya dengan ilmu sahajalah akan dapat mengeluarkan manusia daripada kegelapan justeru dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah Taala. Dunia dan manusia tanpa ilmu pengetahuan ibarat padang pasir yang tandus. Dalam perkembangan berkaitan, Fatah al-Maushili rahimullah: Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati! Orang ramai menjawab: Benar katamu! Dia berkata pula: Demikianlah juga sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari sahaja, akan matilah ia. (Bimbingan Muminin, 1979, hal. 14) Hubungan manusia dengan manusia atau alam adalah untuk kesejahteraan manusia itu sendiri. Hubungan tersebut penting agar kehidupan manusia di muka bumi menjadi lebih teratur, tersusun, berdisiplin dan sistematik. Justeru itu, ajaran agama Islam menggariskan adab-adab yang tertentu yang harus dijadikan pedoman dan dipatuhi dalam menjalani, mengharungi dan melaksanakan pelbagai kegiatan harian. Begitulah juga halnya dengan belajar dan mengajar, di mana terdapatnya adab-adab yang tertentu yang telah dikemukakan oleh ajaran Islam. Adab-adab tersebut adalah penting diikuti bukan sahaja untuk keberkatan ilmu itu sendiri tetapi juga mengamalkannya . Pengamalan bererti memperoleh ganjaran pahala daripada Allah azzawajala. Sesungguhnya, ilmu dan adab adalah saling melengkapi. Kedua-duanya saling berkait di antara satu sama lain yang membentuk suatu hubungan yang sentiasa bergerak seiringan. Dalam hubungan ini, Samani dalam Franz Rosenthal (1992) menyatakan Ilmu dan adab merupakan kepunyaan satu sama lain yang tidak dapat dipisahkan.Ilmu tanpa adab umpama api tanpa kayu api. Adab tanpa ilmu umpama roh tanpa jasad.

Demikianlah secara ringkas, perbincangan mengenai beberapa aspek yang berkaitan dengan prinsip dan konsep ilmu. Seperti yang telah diterangkan, adalah amat sukar untuk membincangkan tentang ilmu kerana disiplin ilmu itu sendiri mempunyai sifat yang bukan sahaja luas tetapi tetapi amat kompleks. Namun begitu, kesimpulan terbaik yang mungkin dapat dibuat renungan tentang prinsip dan konsep mengenai ilmu seperti yang terdapat dalam hadis yang bermaksud:

Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang belum mengetahui adalah sedekah, memberinya kepada ahlinya adalah kebaktian. Dialah kawan semasa kesepian dan teman semasa kesunyian. Dialah pentunjuk jalan kepada agama dan pendorong kepada kesabaran semasa kepayahan dan kesempitan.

Peranan Ilmu dalam Merealisasikan Tugas Khalifah Ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai halifah.Ilmu yang dititikberakan di dalam Islam aitu Ilmu Fardhu Ain kerana ilmu tersebut menusia dapat

beribadat kepada Allah dengan sempurna.Di samping itu setiap manusia perlu mempelajari ilmu Fardhu Kifayah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.Kedua-dua ilmu ini penting demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ilmu berperanan merealisasikan tugas manusia sebagai khlifah kerana dengan ilmu manusia dapat melaksankan tanggunjawab-tanggungjawab seperti berikut : a) Tanggungjawab terhadap Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya. b) Tanggungjawab terhadap diri iaitu dengan memeliharan hak-hak Diri, Agama, Maruah, akal dan harta. c) Tanggunjawab terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara. d) Tanggungjawab terhadap Alam iaitu amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi serta lingkungan hidup ini. Alam yang dimaksudkan adalah segala kejadian yang ada di muka bumi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batu, sungai, langit dan sebagainya.

Justeru, sebagai penuntut ilmu, kita haruslah sentiasa bersemangat tinggi dalam menuntut ilmu. Jadikanlah hadis-hadis ini sebagai peransang dan motivasi kepada diri sendiri agar kita sentiasa istiqamah di atas landasanNya, InsyaAllah.

Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu. Ali 'Imran [3] : 18

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Hanya dengan ilmulah kita dapat mempertabatkan umat Islam

dan menjaga kemuliaan Islam,

yang kini dimana-mana pun umat Islam diperbudak-budakkan dan agama Islam diperlekehkan. At Taubah [9] : 128

Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Marilah kita mencontohi sikap para Nabi alaihi salam; iaitu berasa sedih akan penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan dipermainkan sesuka hati. Moga-moga Allah

yang Maha Penyayang memenangkan kita ke atas musuh-musuh Islam . (Rujuk tafsir Ibn Katsir m/s : 236)

Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi mukjizat para Nabi alaihi salam dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui (Rujuk Surah Yusuf [12] : 76).

Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi tidak terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam; Surah Al-Kahfi [18] : 109

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). Surah Luqman [31] : 27

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Secara umumnya, perlu kita sedari bahawa ilmu yang dimaksudkan bukanlah terhad kepada ilmu yang berkaitan akhirat atau biasa disebut sebagai ilmu agama. Secara sedar atau tidak, semua ilmu yang terdapat hari ini sama ada mencakupi ilmu dunia atau akhirat, kedua-duanya adalah sunnah kepada manusia untuk mempelajari dan menguasainya.

ADAB MENUNTUT ILMU Adab amat penting dalam kehidupan manusia. Islam amat menuntut umatnya agar sentiasa mempunyai adab-adab yang baik. Islam sebagai agama yang lengkap menggariskan berbagaibagai adab dalam pelbagai kegiatan harian. Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Haji Abdullah Siddik (1980) telah mengaitkan adab sebagai satu dasar Ahkam al-Syariati iaitu salah satu garis panduan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Menurut beliau Ahkam alSyariati ialah tata tertib yang mesti dilakukan oleh umat manusia selama hidup di dunia, satu undang-undang Allah untuk umat manusia, yang sempurna, yang praktis, yang dapat dipakai untuk segala zaman dan yang dapat dilakukan oleh manusia sesuai dengan kemampuan dan keperluannya dalam masalah hidup.

Pada dasarnya, manusia yang dilahirkan ke dunia ini adalah ibarat kain putih yang belum dicorakkan. Adab-adab yang telah digariskan dengan dengan terperinci oleh Islam akan menjadi

panduan kepada ibu bapa, guru, pemimpin, masyarakat dan individu itu sendiri dalam mencorakkan warna hidup seseorang insan. Adab memainkan peranan penting dalam menilai buruk dan baik budi seseorang. Sebagai seorang muslim, kita dituntut supaya menuruti adabadab yang mulia yang telah dianjurkan oleh ajaran Islam. Semua ini adalah bertujuan agar kita menjadi insan yang akan mendapat ganjaran baik di dunia dan di akhirat.

Dalam konteks pencarian ilmu, seseorang pelajar muslim perlu mengetahui adab-adab yang digaris oleh Islam. Iman Al-Ghazali dalam karangannya Ihya' Ulumuddin telah membuat satu garis panduan kepada pelajar tentang adab-adab menuntut ilmu. Beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas panduan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai