Anda di halaman 1dari 3

ETIKA ALAM SEKITAR

Etika alam sekitar ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang membahaskan
tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia ke atas alam
sekitar. Dengan berdasarkan ini, sesuatu tindakan manusia ke atas alam sekitar boleh
dikategorikan sebagai tindakan yang baik atau buruk. Sesuatu sistem nilai tentang alam sekitar
yang diterima oleh sesebuah masyarakat boleh diaplikasikan sebagai kod etika atau garis
panduan moral kepada setiap anggota masyarakat, malah dapat berkembang menjadi
perundangan dan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar dan ekologi.
Alam sekitar merupakan salah satu unsur alam tabii ciptaan Allah S.W.T. Sistem alam
sekitar mempunyai ciri-ciri seperti imbangan, keseimbangan, segar, indah dan kudus. Alam
sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat berguna dan bermanfaat kepada
manusia. Menerusi alam sekitar, manusia mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin
zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Setelah mengetahui
manfaat alam sekitar kepada manusia, kewujudan dan konsep manusia untuk memahami
konsep Islam terhadap terhadap alam sekitar.
Manakala Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan antara organisma (haiwan
dan tumbuhan) dengan alam sekitar tempat organisma tersebut hidup. Istilah ekologi ini buat
kali pertamanya telah digunakan oleh seorang ahli biologi Jerman, iaitu Ernest Haekal, dalam
tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa greek, oikos yang bererti rumah dan
logos yang bererti ilmu. Ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di
tempat hidupnya. Ekologi juga dapat diertikan sebagai sebagai suatu ilmu yang mengkaji
struktur dan fungsi alam dan manusia sebahagian daripada alam.
Prinsip-Prinsip Etika Alam Sekitar Masa Kini
Pertikaian tentang prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar masih berlarutan di kalangan para
pengkaji Etika Alam Sekitar. Di antara pertikaian tersebut ialah yang berhubung dengan
kecenderungan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar tersebut. Adakah kecenderungan prinsipprinsip Etika Alam Sekitar itu menjurus kepada pandangan antroposentrik, biosentrik, ekosentrik
atau teknosentrik? Persoalan ini terus menjadi topik perbahasan di kalangan para pengkaji.

a)

Pandangan antroposentrik
Antroposentrik membawa maksud faktor kemanusiaan adalah matlamat terakhir kepada
keseluruhan yang berlaku di alam ini. Menurut pandangan antroposentrik, pengutamaan
kepentingan manusia dalam etika alam sekitar secara tidak langsung memenuhi kepentingan
komponen-komponen alam sekitar yang lain. Ini sejajar dengan krisis alam sekitar yang berlaku
zaman ini adalah akibat aktiviti kemanusiaan. Oleh itu, golongan antroposentrik berpendapat
adalah wajar faktor kemanusiaan dijadikan fokus di dalam pembentukan sistem nilai yang
berkait dengan Etika Alam Sekitar. Menurut mereka lagi, tanpa meletakkan faktor kemanusiaan
sebagai fokus, sesuatu sistem nilai yang berkait dengan Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat
diaplikasikan dalam realiti kehidupan manusia khususnya pada masa kini.
b) Pandangan biosentrik
Pandangan biosentrik memperluaskan ruang lingkup kepentingan meliputi keseluruhan
kehidupan yang terdiri daripada manusia, bumi, tujuan kehidupan dan taraf kedudukan makhluk
yang sama. Oleh yang demikian, golongan biosentrik menyatakan setiap kehidupan mempunyai
hak asasi masing-masing bagi survival mereka. Oleh sebab itu, manusia tidak boleh bertindak
sewenang-wenangnya mencerobohi hak asasi kehidupan yang lain semata-mata bagi
memenuhi kesenangan mereka.
c) Pandangan ekosentrik
Golongan ekosentrik meletakkan keseimbangan ekosistem sebagai matlamat kepada
aktiviti-aktiviti

kehidupan.

Prinsip-prinsip

ekosentrik

menggambarkan

manusia

adalah

sebahagian daripada ekosistem global yang tertakluk kepada hukum ekosistem semulajadi.
Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi ini mengganggu keseimbangan
ekosistem keseluruhannya. Oleh sebab itu, kepentingan bagi mengekalkan keseimbangan
ekosistem adalah lebih perlu diutamakan daripada sekadar memenuhi hak-hak seluruh
kehidupan sebagaimana pandangan biosentrik. Terdapat persamaan antara pandangan
ekosentrik dan biosentrik daripada aspek nilai fitrah yang wujud dalam alam sekitar semula jadi
atau nilai intrinsik.
d) Pandangan teknosentrik
Pandangan teknosentrik memberi penekanan kepada potensi manusia melalui sains
dan teknologi bagi terus membangun tanpa menjejaskan alam sekitar. Para pendokong

teknosentrik dapat dianggap sebagai golongan optimis yang berkeyakinan masalah alam
sekitar ini dapat diatasi melalui pengurusan dan pengawalan alam sekitar yang teratur.
Penghasilan

dan

penggunaan

teknologi

yang

cekap

lagi

sesuai

dikatakan

dapat

mengharmonikan alam sekitar dan pembangunan.


Pendekatan bagi merealisasikan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar iaitu:
Penerapan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar dalam kehidupan adalah sesuatu yang
sukar kerana ia memerlukan interaksi manusia dengan alam sekitar, memberi dorongan kepada
manusia bagi memulihara alam sekitar, menyediakan garis panduan alternatif bagi aktiviti
kehidupan manusia dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul berkait dengan sistem
nilai Etika Alam Sekitar. Prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat direalisasikan
sekiranya diterapkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat yang tidak mempercayai
kebenaran dan kebaikannya. Justeru beberapa pendekatan diperlukan dalam mengarapkan
pengaplikasian prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar iaitu:

Kesatuan
Kesatuan bermaksud menyatukan kepercayaan dan kefahaman yang berkait dengan alam
sekitar dalam kehidupan manusia. Penyatuan ini akan membawa kepada keharmonian antara
aktiviti kemanusiaan dengan alam sekitar.

Kemanusiaan
Kemanusiaan pula mengajak manusia supaya berkongsi hidup dengan semua kehidupan masa
kini dan masa hadapan khususnya di dalam penggunaan sumber-sumber keperluan hidup
secara adil.

Keazaman
Keazaman untuk membanteras pencemaran dan menjamin kualiti alam sekitar agar sentiasa
terpelihara.

Pertimbangan
Pertimbangan pula adalah merujuk kepada pilihan yang paling tepat dengan kepentingan alam
sekitar di dalam memilih dua matlamat yang mempunyai nilai yang bertentangan.

Anda mungkin juga menyukai