Anda di halaman 1dari 23

* Pengenalan

Apakah maksud prejudis,


stereotaip dan
diskriminasi?

Prejudis
Prejudis bermakna sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif
terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang berlainan atau sikap yang
dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional kerana kumpulan
tersebut mempunyai kualiti tersebut.

Stereotaip
Stereotaip bermakna kenyataan umum tentang sesuatu kumpulan etnik.
Gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik dan buruk yang
ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik. Pandangan rendah berteraskan
interaksi dan semangat perkauman.

Diskriminasi
Diskriminasi bermakna satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau
kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang
saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial
yang lain.

Perbezaan antara prejudis, stereotaip dan


diskriminasi
Prejudis

merupakan kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli atau


kelompok etnik lain, lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan
biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
Stereotaip merupakan kenyataan umum yang negatif/positif terhadap sesuatu
kumpulan etnik dan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Diskriminasi merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu
atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

STEREOTAIP

FAKTOR BERLAKU
STEREOTAIP
Agama dan kepercayaan
Politik
Salah faham terhadap dasar kerajaan
Sejarah
Media massa
Pendidikan

MENEMPLAK TANGGAPAN: BUKAN SEMUA


KAUM MELAYU MALAS, CINA TAMAK, INDIA
PEMABUK

Adakah semua kaum Melayu malas,


Cina tamak dan India pemabuk?
Azraei Idros, 24, Pegawai Insurans:
Perspektif Melayu malas memang wujud. Malah, ketua saya pun
pernah memanggil saya malas, tetapi saya mengambilnya sebagai
cabaran walaupun saya berasa marah. Saya percaya semua orang
malas sekiranya diberikan masa untuk berehat, bukan kaum
Melayu sahaja. Ada ramai kaum Melayu yang rajin. Untuk
mengubah perspektif dan stereotaip seperti ini, orang Melayu
harus mengubah pemikiran mereka.

MENEMPLAK TANGGAPAN: BUKAN SEMUA


KAUM MELAYU MALAS, CINA TAMAK, INDIA
PEMABUK
Tan Suet Ling, 28, pegawai admin:

Saya akui bahawa terdapat persepsi di luar sana yang


semua orang Cina tamak dan mementingkan diri sendiri.
Walau bagaimanapun, ini tidak benar sama sekali. Mungkin
ada satu atau dua individu dalam masyarakat Cina adalah
tamak. Mana mungkin pandangan itu boleh mewakili
masyarakat Cina secara keseluruhan?

MENEMPLAK TANGGAPAN: BUKAN SEMUA


KAUM MELAYU MALAS, CINA TAMAK, INDIA
PEMABUK
Vincent Anthony Samy, 35, pemilik perniagaan:

Walaupun saya bersetuju bahawa kaum India minum, bukan


semua orang India adalah pemabuk. Malah, mereka yang
minum, kebanyakannya adalah untuk tujuan bersosial.
Terdapat juga golongan yang tidak langsung minum alkohol
dan golongan 'suci' dalam masyarakat India yang tidak pun
langsung menyentuh alkohol. Jadi, mengggelar kesemua
orang India sebagai pemabuk adalah sesuatu yag tidak
boleh diterima.

KESAN
Pembenaran dari prasangka buruk

atau pengabaian
Keenganan untuk memikirkan
kembali sikap seseorang dan
perilaku terhadap stereotaip
Kekurangan keyakinan diri

LANGKAH
Aktif berkomunikasi
Anti Stereotaip, tanggungjawab

semua orang
Berfikiran positif
Hormat dan bertimbang rasa

DISKRIMINASI
FAKTOR

KESAN

LANGKAHLANGKAH

FAKTOR-FAKTOR
1) KELUARGA YANG BERPECAH BELAH
2) SIKAP ETNOSENTRISME
3) PERSAINGAN PELBAGAI BIDANG ANTARA
WANITA DAN LELAKI
4) PERBEZAAN LATAR BELAKANG
5) PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN
6) FIKIRAN MASYARAKAT YANG NEGATIF
7) SIKAP DAN PANDANGAN TRADISIONAL
MASYARAKAT

KESAN-KESAN
1) GOLONGAN WANITA TIDAK MAMPU MENINGKATKAN
TARAF HIDUP
2) MEMBANTUTKAN PEMBANGUNAN NEGARA
3) KETIDAKADILAN ANTARA KAUM
4) PEMBENTUKAN PERLAKUAN NEGATIF
5) PEPERANGAN ATAU RUSUHAN
6) MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN MINORITI

LANGKAH-LANGKAH
1) KAEDAH KEAGAMAAN
2) KAEDAH PENDIDIKAN
3) SIKAP KEBANGSAAN

4) PERLAKUAN YANG ADIL


5) MENINGKATKAN DARJAH INTERAKSI ANTARA SATU
SAMA LAIN

PREJUDIS
FAKTOR

KESAN

LANGKAHLANGKAH

FAKTOR-FAKTOR
1) SEJARAH DAN EKONOMI
2) SITUASI (SOSIOPSIKOLOGI & PERSEKITARAN)
3) INTERAKSI SOSIAL
4) PANDANGAN SINIS SESAMA ETNIK DAN KAUM

KESAN GEJALA
1) KESAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA
2) KONFLIK DAN KRISIS ANTARA KAUM
3) MEWUJUDKAN JURANG DAN KERETAKAN PADA
PELBAGAI PERINGKAT SOSIAL
4) PERGADUHAN DAN PERSELISIHAN FAHAM ANTARA
KAUM

LANGKAH MENGATASI
1) MENGENALI INDIVIDU LAIN SECARA PERIBADI
-HIDUP BERJIRAN
-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN
-BERKONGSI PERAYAAN SERTA ADAT DAN TRADISI
2) MELAYANI ORANG LAIN SEBAGAIMANA KITA INGIN
DILAYANI
-BERFIKIR TENTANG PERASAAN ORANG LAIN
3) BELAJAR DAN MENDALAMI BUDAYA PELBAGAI ETNIK
-SISTEM PENDIDIKAN

Kesimpulan
Prejudis, stereotaip dan diskriminasi adalah elemenelemen yang menjadi penghalang utama kepada
proses perpaduan dan integrasi. Elemen ketiga-tiga
ini mungkin tidak akan membesar impak besar jika
pandangan negative itu berlaku dalam skala yang
kecil, tetapi jika sebaliknya ia akan mencetuskan
tragedi seumpama peristiwa 13 Mei 1969.

Anda mungkin juga menyukai