Anda di halaman 1dari 2

UNIT 2: ADAB MENJALANKAN TUGAS

(PMR 2007)
KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM
Bekerja ialah tuntutan dan tanggungjawab manusia di muka bumi. Setiap orang wajib melaksanakan tugas mengikut keupayaan dan
kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah.
TUJUAN BEKERJA
Menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
Mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.
Dapat hidup dengan selesa.
Meningkatkan hasil pendapatan negara.
GALERI ILMU 1
Tahukah anda bahawa:
Peniaga yang jujur akan bersama dengan para nabi pada hari akhirat.
Orang yang memungut tin kosong dan menjualnya untuk mendapat sesuap makanan lebih baik daripada orang yang
meminta-minta belas kasihan orang lain tanpa berusaha.
ADAB KETIKA MENJALANKAN TUGAS
(PMR 2007)

1.
2.
3.
4.
5.

Memulakan setiap pekerjaan dan aktiviti dengan membaca basmalah.


Menyelesaikan tugas pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
Sentiasa berpakaian menutup aurat, kemas, bersih, dan sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan.
Mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama.
Mematuhi arahan ketua.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

SIKAP NEGATIF KETIKA BERTUGAS


Menyiapkan tugas tidak mengikut masa yang telah ditetapkan.
Mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa.
Tidak bekerjasama dengan rakan setugas.
Malas berusaha dan mencuri tulang.
Bekerja hanya untuk mendapat pujian dan sanjungan.
Lebih mementingkan keuntungan daripada kepentingan orang ramai.
Hasad dengki terhadap kejayaan orang lain.
Tidak menghargai usaha orang lain.
Tidak mementingkan kualiti perkhidmatan.
Membocorkan rahsia majikan.

CIRI PETUGAS YANG BAIK


1. Menganggap pekerjaan itu sebagai suatu ibadat.
2. Melaksanakan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
3. Bertanggungjawab, jujur, dan amanah ketika bekerja.
4. Istiqamah dalam pekerjaan.
5. Tidak meninggalkan ibadat wajib.
KELEBIHAN MENGAMALKAN ADAB-ADAB BERTUGAS
1.
2.
3.
4.

Kerja dan tugas yang dilakukan mendapat keberkatan.


Pendapatan yang diperolehi menjadi rezeki yang halal.
Hasil kerja yang dilakukan mendapat faedah yang berpanjangan.
Hubungan silaturrahim antara rakan setugas menjadi lebih rapat.

AKIBAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KETIKA BERTUGAS


1. Kerja yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
2. Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu program.
3. Hasil pengeluaran tidak berkualiti.
4. Hilang kepercayaan orang lain terhadap organisasi.
5. Menghalang kemajuan sesebuah negara.

(PMR 2007)

GALERI ILMU 2
Imam Hassan Al-Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya, lalu beliau menjawab.
Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain maka hatiku menjadi tenang.
Aku tahu bahawa pekerjaanku tidak akan dilakukan oleh orang lain maka aku lakukannya sendiri.
Aku tahu bahawa Allah sentiasa melihatku maka aku takut Dia (Allah) melihatku melakukan maksiat.
Aku tahu bahawa mati menungguku maka aku bersedia dengan bekalan untuk bertemu Allah.
TAMADUN
Pembangunan yang pesat dan reka cipta yang hebat adalah disebabkan oleh pekerja yang kreatif dan inovatif dalam mengamalkan
budaya kerja yang tinggi. Dengan terbentuknya budaya ini, pusat pengajian tinggi yang dinamakan Darul Hikmah, perpustakaan yang
lengkap, hospital, dan pelbagai kemudahan lain dalam tamadun Bani Abasiyyah dapat diteruskan hingga kini dalam wawasan
membina tamadun yang seimbang dan cemerlang.
PENGHAYATAN
1. Dedikasi dalam pekerjaan dan bersedia menawarkan khidmat secara suka rela.
2. Sentiasa mementingkan hasil kerja yang selaras dengan misi dan visi.
3. Menjalankan tugas secara kreatif dan inovatif.
PENILAIAN
1. Nyatakan tiga kepentingan bekerja dalam Islam. (6m)
2. Jelaskan empat adab menjalankan tugas dalam Islam. (4m)
3. Terangkan lima sikap negatif yang perlu dielakkan semasa bertugas. (5m)
4. Terangkan tiga kelebihan beramal dengan adab-adab bertugas. (6m)
5. Jelaskan tiga akibat tidak bertanggungjawab ketika bertugas.
(6m)

Latihan
i. Lengkapkan
a. Konsep bekerja
1. Islam tidak memandang jenis pekerjaan yang dilakukan asalkan ia ___________ dan tidak_________
orang lain
2. Islam menyuruh umatnya supaya bekerja_____________untuk kemajuan diri
3. Beribadat kepada Allah swt adalak sebagai bekalan hidupdi akhirat, manakala bekerja
untuk__________untuk di dunia.
b. Tujuan bekerja
1. Untuk_________dan ahli keluarga
2. Merupakan satu_____________ yang mendapat pahala dari Allah swt
3. Menghindarkan sikap____________berusaha
4. Untuk mendaptkan _______ hidup dunia
c. Adab bekerja
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memulakan semua pekerjaan dengan lafaz________________________


Menepati_________________bekerja seperti yang ditetapkan
Berpakaian__________________________dan menutup aurat
Bersikap________________ dan bergaul dengan baik dengan rakan sebaya
Bekrja dengan bersungguh-sungguh dan _______________
Memtauhi _______________dan kehendak majikan

d. Kelebihan beradab dalam pekerjaan


1. Mendapat_______________daripada Allahg swt dalam apa jua keadaan yang dilakukan
2. Mendapat _________________ yang halal dan baik
3. Kerja yang dilakuakn memberi faedah kepada diri dan _________________
4. Meengeratkan hubungan _______________sesama umat Islam

Anda mungkin juga menyukai