Anda di halaman 1dari 20

696

Fiqh al-Sunan al-Ilahiyyah Berdasarkan Surah al-Nur ayat 55: Kajian Aplikasinya Dalam
Gerakan Dakwah Ikhwan Muslimin

Oleh:
Muhammad Arif Yahya
1
& Ishak Hj Suliaman
2


Abstrak
Al-Sunan al-Ilahiyyah atau Sunnatullah adalah merupakan tradisi Allah
dalam melaksanakan ketetapanNya sebagai Penguasa di atas muka bumi
ini. Banyak dari perkara-perkara yang berlaku di dalam kehidupan ini
samada baik atau buruk adalah bertitik tolak dari sunnatullah dan cara
tindakan manusia dalam melaksanakan tuntutan sunnatullah ini. Orang
yang berusaha melaksanakan tuntutan sunnatullah dengan baik
walaupun dari kalangan bukan orang Islam, mereka akan mendapatkan
sesuatu perkara yang mereka inginkan. Sebalikya, orang yang gagal
memenuhi tuntutan sunnatullah dengan baik walaupun dari kalangan
orang Islam sendiri, mereka tetap tidak akan mendapat sesuatu perkara
yang mereka inginkan. Ayat 55 dari surah al-Nur membincangkan
tentang tuntutan yang sepatutnya dilakukan orang-orang Islam sekiranya
mereka ingin berjaya dan meneguhkan kedudukan serta penguasaan
keatas dunia ini ( ) . Perkara ini juga berkait rapat dengan
tuntutan atau sunnatullah dalam melihat kepada sebab-sebab dan usaha
( ) yang dilakukan bagi merealisasikan al-Nasr
(kemenangan) dan al-Tamkin (pengukuhan) dan seterusnya penguasaan
Islam keatas muka bumi ini. Kertas kerja ini akan menganalisis aplikasi
Gerakan Dakwah Ikhwan Muslimin dalam melaksanakan tuntutan
sunatullah di dalam ayat 55 surah al-Nur ini dan secara khususnya
melihat kepada pelaksanaan tarbiyah yang mereka lakukan bagi
menjayakan agenda ( ) iaitu melahirkan individu-individu
muslim yang cemerlang dan dididik secara Rabbani sebagai salah satu
usaha dalam memenuhi tuntutan sunnatullah yang terdapat dalam surah
al-Nur tersebut.

Pendahuluan
Kemungkinan sesetengah umat Islam menganggapkan, apabila mereka telah beriman, kejayaan
akan datang secara percuma, atau mereka tidak perlu lagi bersusah payah melakukan sesuatu
perkara untuk mendapatkan kejayaan dan kemenangan. Perlu difahami, bahawa Allah s.w.t telah
menetapkan sesuatu perkara itu mengikut sunnah dan tradisi-Nya yang ditentukan berdasarkan

1
Calon Ijazah tinggi di Jabatan al-Quran dan Hadith, Universiti Malaya
2
Prof Madya Di Jabatan Quran Hadith Universiti Malaya.


697

sebab dan kerja yang dilakukan oleh manusia samada dari kalangan orang Islam sendiri ataupun
bukan Islam. Malah setiap Muslim wajib memahami konsep Sunnatullah di dalam kehidupan ini
dengan betul bagi menghindarkan diri mereka dari berpegang dengan i`tiqad yang salah.
Kejayaan dan kemenangan tidak akan datang dengan hanya digelar sebagai muslim semata-mata.
Sesuatu perkara itu akan tercapai dengan jayanya sekiranya memenuhi tuntutan sunnatullah
dengan baik melalui pelaksanaan syarat-syarat serta tuntutan-tuntutannya yang telah ditetapkan
oleh Allah s.w.t.
Kertas kerja ini ingin melihat kepada persoalan al-Khilafah (penguasaan) dan al-Tamkin
(pengukuhan) yang terdapat dalam ayat 55 Surah al-Nur yang secara khusus ditujukan kepada
umat Islam dan fokus kajian terhadap Fiqh al-Sunan al-Ilahiyyah di dalam ayat ini berdasarkan
aplikasi yang diketengahkan oleh Gerakan Ikhwan Muslimin dalam melaksanakan tuntutan
sunnatullah terhadap persoalan al-Khilafah dan al-Tamkin.

Definisi al-Sunan al-Ilahiyyah
Al-Sunan al-Ilahiyyah atau sunnatullah dalam kehidupan ini dapat dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu sunnatullah dalam kehidupan manusia dan sunnatullah dalan kehidupan alam
semulajadi. Kertas kerja ini lebih menfokus kepada Sunnatullah dalam kehidupan manusia.
Penulis membawa beberapa definisi al-Sunan al-Ilahiyyah seperti berikut :
Menurut Imam Ibn Jarir al-Tabari :

al-Sunnah ialah azab yang ditimpakan keatas ummat terdahulu, dan
mereka yang mendustakan para Nabi yang diutuskan kepada mereka,
sedangkan Allah s.w.t memberikan penangguhan azab seksaan kepada
mereka, sebagai istidraj. Sehingga tiba tempoh yang ditetapkan untuk
mereka, bagi menunjukkan pengakuan terhadap Nabi dan golongan yang
beriman, lalu Allah melaksanakan hukuman seksaan keatas mereka, dan
menurunkan kemurkaan Allah. Kemudian tinggallah mereka menjadi
sebagai bahan pengajaran.
3


Definisi yang diberikan ini lebih kepada menyatakan tentang azab siksaan yang ditimpakan
keatas umat terdahulu dimana ianya boleh berlaku kepada umat kemudian sekiranya umat
kemudian melakukan sepertimana perlakuan umat terdahulu. Definisi ini lebih menfokuskan

3
Muhammad bin Jarir bin Yazid al-Tabari (2000), Jami` al-Bayan fi Tawil Ayi al-Quran, Beirut; Muassasah al-
Risalah, Tahqiq, Ahmad Muhammad Syakir, Juz 7, hlm 228.


698

kepada sunnatullah dalam menurunkan azab seksaan kepada umat yang ingkar sebagai bahan
pengajaran. Perkara ini adalah merupakan salah satu sunnatullah yang berlaku dalam kehidupan
manusia.
Menurut Ustaz Syed Qutb :

al-Sunan ialah peraturan yang menghukum kehidupan manusia
berlandaskan kehendak Allah yang mutlak, dan apa yang berlaku
darinya pada masa yang lalu akan berlaku pada masa kini sekiranya
keadaan umat kini sepertimana keadaan umat dahulu.

Menurut Dr Syarif Syeikh Ahmad al-Khatib, al-Sunnah al-Ilahiyyah ialah :

Manhaj Allah s.w.t dalam menggerakkan alam ini, dan ketetapan-Nya
dalam perjalanan kehidupan manusia, serta ketetapan-Nya dalam
memberi ganjaran kepada golongan yang taat, dan menghukum terhadap
golongan yang menyalahi kehendak-Nya berdasarkan ketentuan-Nya
sejak azali mengikut kebijaksanaan dan keadilan-Nya.
4


Definisi yang diberikan oleh Ustaz Syed Qutb dan Dr Syarif Syeikh Ahmad al-Khatib ini lebih
umum dan merangkumi berbagai sunan yang berlaku dalam kehidupan manusia.
Sebagai kesimpulannya,dapat dinyatakan bahawa al-Sunan al-Ilahiyyah atau Sunnatullah
dalam kehidupan manusia bermaksud undang-undang dan peraturan Allah dalam penentuan
perjalanan hidup manusia serta balasan bagi yang mentaati dan yang menyalahi kehendak-Nya
selaras dengan qada Allah s.w.t sejak azali lagi mengikut kebijaksanaan dan keadilan-Nya,
5
dan
segala balasan berupa kenikmatan atau siksaan yang berlaku pada umat terdahulu akan berlaku
pada umat kini sekiranya keadaan umat kini sepertimana umat dahulu dan perkara inilah yang
disebut sebagai sunnatullah dalam kehidupan manusia.

Sunnatullah Dalam Kehidupan Manusia
Dr Syarif al-Syeikh Soleh Ahmad al-Khatib di dalam kitabnya, al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-
Hayah al-Insaniyyah menyenaraikan 8 jenis al-Sunan al-Ilahiyyah yang terdapat dalam
kehidupan manusia. Secara ringkasnya seperti berikut :

4
Lihat Syarif Soleh Ahmad al-Khatib (2004), Al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, Riyad; Maktabah al-
Rusyd, Juz 1, hlm 27.
5
Ibid, hlm 5.


699

1) Sunnatullah dalam memberi hidayah dan kesesatan ( )
2) Sunnatullah dalam memberi ujian dan tapisan.
6
( )
3) Sunnatullah dalam memberi kesusahan dan kesenangan. ( )
4) Sunnatullah dalam melakukan perubahan. ( )
5) Sunnatullah dalam perkara berlawanan
7
. ( )
6) Sunnatullah dalam memberi kemenangan dan kekalahan. ( )
7) Sunnatullah dalam menzahirkan yang hak dan menghapuskan yang batil. (
)
8) Sunnatullah dalam memberi balasan (akibat) kepada umat manusia ( )
Kesemua sunnatullah yang telah dinyatakan ini adalah merupakan undang-undang-Nya
dalam menentukan keadaan kehidupan manusia dalam pelbagai bentuk berdasarkan
perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Manusia diberi kebebasan untuk memilih,
namun pemilihan ini mestilah dalam lingkungan kebaikan dan ketaatan pada-Nya. Kelak
manusia akan dipertanggungjawabkan atas pilihan yang mereka ambil semasa di dunia.

Sunnatullah di dalam kehidupan manusia berlaku atas dasar pegangan seseorang dalam sesuatu
perkara dan tindakannya terhadap pegangan tersebut. Maka tindakan seseorang individu yang
diambil atas keyakinan di dalam dirinya itu, Allah s.w.t menjadikannya sebagai sebab dalam
melahirkan beberapa sunan keatas perkara tersebut.
8
Perkara ini adalah merupakan minhah
ataupun ujian Ilahi bagi seluruh manusia. Apa jua pendirian manusia terhadap ujian ini, akan
disusuli dengan al-Sunan al-Ilahiyyah. Jika manusia bertindak dalam lingkungan ketaatan pada-
Nya, maka mereka akan mendapat sunnatullah yang berupa ganjaran kebaikan, dan sebaliknya
jika mereka ingkar dan kufur, mereka akan mendapat sunnatullah yang mengandungi iqab dan
seksaan dari-Nya.
9

Walaupun sunnatullah terhadap orang-orang beriman adalah berupa ganjaran kebaikan
dan orang-orang yang kufur adalah iqab dan seksaan, namun kemungkinan datang satu masa
golongan kafir boleh mengalahkan dan mengatasi golongan yang beriman. Perkara ini disebut

6
Dengan maksud, Allah menguji hamba-hambanya untuk menapis dan mengetahui dengan ujian tersebut siapa dari
kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan yang tidak beriman (munafiq atau kafir).
7
Sunnatullah ini bermaksud bahawa dari kalangan hamba-hamba-Nya akan berlaku kehidupan yang saling
berlawanan, atau persaingan antara kebaikan dan keburukan, hak dan kebatilan, antara satu umat dengan umat yang
lain. Lihat Syarif Soleh Ahmad al-Khatib (2004), op.cit,Juz 2, hlm 107.
8
, Ibid, juz 1, hlm 56.
9
Ibid, hlm 57.


700

sebagai sunnah al-Tadawul
10
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Bukan kerana orang kafir
lebih dikasihi oleh Allah s.w.t berbanding golongan yang beriman sehingga diberi bantuan dan
kemenangan kepada mereka. Tetapi perkara ini adalah sebagai hukuman terhadap golongan yang
beriman yang telah lalai ataupun mengabaikan suruhan Allah kepada mereka daripada
menyediakan sebab-sebab kemenangan.
11
Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat
140 : ( ) , satu masa kemenangan bagi golongan yang beriman, untuk
menegakkan Agama-Nya, dan satu masa kemenangan atau penguasaan bagi golongan yang kafir
sekiranya orang beriman melakukan maksiat pada-Nya
12
atau tidak menyediakan sebab-sebab
kemenangan
13
. Kejayaan dan penguasaan yang dikecapi oleh golongan kafir bukanlah
kemenangan yang hakiki, tetapi ianya adalah kejayaan yang sementara dan merupakan Istidraj
bagi mereka supaya mereka lebih ingkar dan degil.
14


Kandungan Ayat 55 Surah al-Nur dan Tuntutan al-Sunan al-Ilahiyyah
Secara umumnya, ayat 55 Surah al-Nur mengandungi pembahasan tentang salah satu
Sunnatullah iaitu dalam menentukan kemenangan atau kekalahan bagi umat Islam dalam
menghadapi musuh-musuh mereka, atau dengan kata lain, penentuan samaada umat Islam
menjadi khalifah dan pemerintah diatas muka bumi ( ) atau sebaliknya. Ayat 55
Surah al-Nur yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut :



( 55 )

Maksudnya : Allah telah menjanjikan kepada orang-orang diantara
kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia
sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana
Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan
sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah
Dia redai, dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka, setelah
berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa, mereka tetap

10
Sunnah al-Tadawul ialah sunnah kitaran. Perbincangannya terdapat di dalam sunnatullah dalam memberi
kemenangan dan kekalahan. Lihat Ibid, juz 2, hlm 302.
11
Syed Muhammad Rasyid Reda (t.t), Tafsir al-Quran al-Hakim al-Syahir bi Tafsir al-Manar, Kaherah; Maktabah
al-Qaherah, Juz 4, hlm 148, Al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, juz 2, hlm 302.
12
Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1993), al-Jami` li Ahkam al-Quran, Beirut; Dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah, Juz 4, hlm 140, Al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, juz 2, hlm 302.
13
Syed Muhammad Rasyid Reda (t.t), op.cit.
14
Lihat Syarif Soleh Ahmad al-Khatib (2004),juz 2, hlm 302.


701

menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun,
tetapi barangsiapa tetap kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik.

Di dalam ayat diatas, Allah s.w.t menggambarkan secara jelas tentang sunnatullah bagi orang
yang beriman dan yang beramal soleh, mereka ini akan memperolehi tiga perkara berikut, iaitu:

1) Menjadi Khalifah diatas muka bumi ini ( ) dan pemimpin bagi umat
manusia,
2) Al-Tamkin atau pengukuhan dan ketetapan kepada mereka dan agama yang diredai-Nya
yang telah mereka anuti,
3) Allah menukar perasaan ketakutan mereka kepada ketenangan dan keamanan.
15


Ketiga-tiga perkara ini diberikan kepada mereka yang beribadah pada-Nya tanpa
menyengutukan-Nya dengan sesuatu.
16
Mendahulukan perihal keimanan di dalam syarat-syarat
Istikhlaf daripada selainnya menunjukkan bahawa keimanan adalah syarat paling utama daripada
syarat-syarat mewarisi dunia ini. Tidak ada Khilafah yang mendapat bantuan daripada Allah
kecuali dengan merealisasikan keimanan yang benar, dan juga akidah yang tetap di dalam lubuk
hati yang merupakan perkara utama sebelum melaksanakan perkara-perkara yang lain. Tidak
adanya binaan tanpa asas yang kuat, dan keimanan adalah merupakan asas kepada binaan
Khilafah (penguasaan), ianya akan meliputi amalan soleh sekiranya direalitikan.
17

Syarat keimanan yang dinyatakan sebagai perkara utama dalam mencapai penguasaan
diatas muka bumi ini adalah keimanan yang melibatkan keseluruhan kehidupan seorang muslim.
Dengan keimanan yang kukuh tertanam di dalam hati ini, ianya akan membuahkan amalan soleh
yang dibangunkan atas dasar patuh kepada perintah Allah s.w.t. Syed Qutb di dalam Kitabnya Fi
Zilal al-Quran, berkata:

Hakikat keimanan yang dapat mencapai janji Allah itu adalah suatu
hakikat yang amat besar yang merangkul dan mempengaruhi seluruh

15
Lihat Ali Abd al-Halim Mahmud (1994), al-Tarbiyah al-Islamiyyah fi Surah al-Nur, Kaherah; Dar al-Tawzi` wa
al-Nasyr al-Islamiyyah, hlm 300-301
16
Ibid, hlm 303.
17
Lihat Ahmad bin Jaber b Ali al-Maskari (2008), al-Sunan al-Ilahiyyah li Wirathah al-Ard : Tafsiran
Mawdu`iyyan, Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.


702

kegiatan manusia. Sebaik sahaja hakikat keimanan itu bertunjang di
dalam hati ia terus menunjukkan dirinya dalam bentuk amalan, kegiatan
dan pembangunan yang ditujukan kepada Allah dan dibuat kerana Allah.
Hakikat keimanan ialah ketaatan pada Allah dan menyerah patuh
kepada perintah Allah sama ada dalam perkara kecil atau besar, iaitu
ketaatan yang tidak meninggal ruang kepada keinginan hawa nafsu di
dalam jiwa, di dalam hati dan di dalam fitrah, malah ia hanya mentaati
ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dari Allah s.w.t.
18


Itulah keimanan yang merangkul keseluruhan diri manusia, iaitu merangkul segala fikiran di
dalam mindanya, segala perasaan di dalam hatinya, segala kerinduan di dalam jiwanya, segala
keinginan di dalam fitrahnya, segala harakat jasmaninya, segala gerak geri anggotanya dan
segala tindak-tanduknya terhadap Allah s.w.t dan terhadap manusia seluruhnya.
19

Apabila kekuatan Iman dan amal soleh ini telah berpadu satu dan telah menimbulkan
hasil nyata dalam masyarakat, maka agama yang dipeluk pun menjadi kukuh dan teguh, berurat
ke bumi, bercabang ke langit, tidak dapat diusik dan diganggu orang lagi. Sebab dialah agama
yang diredhai Allah.
20

Inilah syarat keimanan dan amal soleh yang perlu ada di dalam diri masyarakat muslim.
Namun disamping keimanan dan amalan soleh yang dibina dan dilaksanakan ini, umat Islam
perlu membersihkan segala ibadat mereka daripada perbuatan syirik kepada Allah s.w.t, bagi
menyempurnakan segala syarat-syarat yang Allah tetapkan ini. Dalam kandungan ayat 55 Surah
al-Nur, Allah menyatakan :

Mereka beribadat kepada-Ku tanpa mempersekutukan Ku dengan
sesuatu yang lain..

Perbuatan syirik ini samaada tuhan-tuhan sembahan atau hawa nafsu. Mereka beriman dengan
keimanan yang sebenar dan mengerjakan amalan yang soleh. Janji Allah ini tetap disimpan untuk
mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan-Nya dari kalangan umat Islam
hingga Hari Kiamat. Kelewatan mendapat kemenangan, mendapat kuasa Khalifah,
mendapat kedudukan yang teguh dan mendapat keamanan adalah disebabkan kerana
kekurangan syarat-syarat dari berbagai aspek atau kerana tidak sempurnya dalam menunaikan

18
Lihat Syed Qutb (2000), Tafsir Fi Zilal al-Quran, terjemahan oleh Yusoff Zaky Hj Yacob, Kota Bharu; Pustaka
Aman Press, Jil 11, hlm 449.
19
Ibid, hlm 450.
20
Prof Dr Hamka (t.t) Tafsir al-Azhar, Jakarta : Pustaka Panji Mas, Jilid 6, hlm 217.


703

tanggungjawab yang diberi. Sehingga apabila umat Islam mengambil pengajaran dari ujian-ujian
Allah dan berjaya mengatasinya, dimana mereka berada di dalam ketakutan lalu berjuang
mencari keamanan atau berada di dalam keadaan yang hina lalu berjuang mencari kedudukan
yang mulia atau berada di dalam keadaan kemunduran lalu berjuang untuk memegang teraju
kekuasaan Khalifah. Apabila semua perjuangan ini dilakukan dengan sarana-sarana yang
dikehendaki Allah dan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkannya nescaya terkotalah janji
Allah yang tidak pernah mungkir, dan janji itu tidak mungkin lagi dihalang mana-mana kekuatan
yang ada di muka bumi ini.
21

Keimanan yang ditekankan di dalam ayat ini juga secara tidak langsung menegaskan
bahawa golongan munafiqin sama sekali tidak berpeluang untuk mendapatkan habuan daripada
janji-janji Allah ini. Syeikh Sa`id Hawwa di dalam Tafsirnya, al-Asas fi al-Tafsir
mengemukakan pandangan Syeikh al-Mawdudi berkaitan ayat 55 surah al-Nur seperti berikut :

.ayat ini- memberi peringatan kepada golongan Munafikin bahawa
janji Allah yang ditetapkan bagi orang beriman, bukan ditujukan kepada
semua yang berintima ke dalam Islam walaupun pada nama, tetapi
ianya untuk umat Islam yang benar dengan keimanan mereka, dan soleh
dengan akhlak dan amalan mereka, serta mengikuti agama Allah yang
telah diredai-Nya, beriltizam dengan melakukan ibadah pada-Nya
semata-mata, tanpa menyengutukan-Nya dengan sesuatu, adapun mereka
yang tidak memiliki sifat-sifat ini, hanya mendakwa beriman tetapi pada
mulutnya sahaja, mereka bukanlah ahli bagi janji ini, kerana ianya tidak
ditetapkan bagi mereka, maka tidak perlu mereka mengharap untuk
mendapatkan apa-apa habuan darinya.
22


Inilah maksud dari kandungan ayat 55 Surah al-Nur dan inilah tuntutan sunnatullah dalam
mencapai khilafah dan kemenangan buat umat Islam diatas muka bumi ini.

Sunnah Mengambil Sebab Dalam Mencapai Kemenangan dan Khilafah ( )
Allah s.w.t menetapkan sesuatu perkara dengan mengambil kira sebabnya. Dengan maksud yang
lain, sejauh mana usaha yang dilakukan oleh manusia dalam mencapai sesuatu perkara. Ini
merupakan Sunnah al-Ilahiyyah dan Allah s.w.t telah mewajibkan hamba-hambanya yang

21
Syed Qutb (2000), Tafsir Fi Zilal al-Quran, terjemahan oleh Yusoff Zaky Hj Yacob, hlm 452-453.
22
Sa`id Hawwa (1989), al-Asas fi al-Tafsir, Kaherah ; Dar al-Salam, cet 2, Jil 7, hlm 3804.


704

beriman supaya menjaga sunnah ini dalam setiap urusan dan gerak kerja mereka, sama ada yang
berkaitan dengan urusan dunia atau urusan akhirat mereka.
23

Umat Islam ketika di dalam peperangan Uhud telah ditimpa dengan musibah, kerana
mereka tidak menghimpunkan sebab-sebab yang mampu menghasilkan kemenangan, bukanlah
golongan Musyrikin lebih utama disisi Allah berbanding mereka, tetapi ini adalah sunnatullah,
Allah s.w.t telah menetapkan sebab-sebab kemenangan yang banyak, dan telah mewajibkan
keatas hamba-hamba-Nya supaya menjaga sunnatullah ini, sesiapa yang mengabaikannya maka
kerugian hanya kembali pada dirinya.
24

Kemunduran yang melanda umat Islam pada hari ini dari memimpin alam dan umat
dunia bukanlah kerana kezaliman yang ditimpa kepada mereka, tetapi perkara ini adalah natijah
semulajadi bagi umat yang telah lupa dengan risalah mereka (Islam), serta mereka telah
mengabaikan peranan risalah (Islam).
25
Mereka mengabaikan ketetapan Allah (al-Sunan al-
Rabbaniyyah). Mereka menyangka bahawa pengukuhan (al-Tamkin) dapat dicapai dengan
angan-angan dan mimpi. Namun ia adalah mustahil sama sekali, kerana landasan keadilan Ilahi
bukanlah demikian.
26
Allah berfirman di dalam Surah Al-Imran ayat 182 :

( 182 )
Maksudnya: Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu
sendiri, dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.

Sekiranya orang-orang yang beriman kepada Allah dengan keimanan yang benar, bekerja dalam
memenuhi tuntutan syariat, Allah akan menjadikan mereka golongan yang memimpin kehidupan
dunia dan memakmurkannya, Allah akan mengurniakan mereka kemuliaan dan kemenangan
tanpa disangka-sangka dan menjadikan golongan lain dibawah penguasaan mereka.
27

Allah s.w.t telah menetapkan kemenangan buat agama-Nya, dan buat umat Islam
ketetapan dan keteguhan diatas muka bumi, dan bagi orang musyrikin kekalahan dan kehinaan.
Walaupun begitu, Allah s.w.t tidak berkata kepada umat Islam : oleh kerana aku telah

23
Ali Muhammad al-Sallabi (2005), Fiqh al-Nasr wa al-Tamkin fi al-Quran al-Karim, Beirut; Dar al-Ma`rifah, cet
ke 2, hlm 215.
24
Muhammad al-Ghazali (2005), al-Ghazw al-Thaqafi Yamtaddu min Faraghina, Kaherah; Dar al-Syuruq, Cet. ke
2, hlm 93. Lihat juga Muhammad al-Sallabi (2005), Fiqh al-Nasr wa al-Tamkin fi al-Quran al-Karim, op.cit, hlm
218.
25
Lihat Muhammad al-Ghazali (2005), opcit, hlm 74-75, lihat juga Muhammad al-Sallabi (2005), op.cit, hlm 218.
26
. Muhammad al-Sallabi (2005), Ibid.
27
Fathi Shihab al-Din (2008), al-Sunan al-Ilahiyyah fi Qiyam al-Umam wa Suqutiha, hlm 5.


705

menentukan kemenangan dan keteguhan buat kamu semua, maka duduklah dan tunggulah
pelaksanaan ketentuan Ku itu. Tetapi sebaliknya Allah s.w.t memerintahkan umat Islam supaya
membuat beberapa persediaan dan persiapan sebagai langkah usaha mereka untuk Allah
anugerahkan kemenangan dan kejayaan buat mereka.
28

Bukan bermaksud Allah s.w.t itu lemah dalam memenangkan hak dan kebenaran tanpa
alat bantuan dari manusia. Sedangkan Dialah yang telah berkata kepada sesuatu dengan
perkataan jadilah maka terjadilah sesuatu perkara itu. Tetapi ini adalah ketentuan serta
kehendak-Nya dan seperti inilah terjadinya al-Sunan al-Ilahiyyah.

Gerakan Ikhwan Muslimin dan Matlamat Penguasaan di Atas Muka Bumi ( )
Matlamat penguasaan diatas muka bumi adalah merupakan peringkat tertinggi daripada maratib
`amal dakwah dalam Gerakan Ikhwan Muslimin.
29
Ikhwan Muslimin berpegang kepada
keyakinan bahawa Khilafah adalah merupakan simbol kesatuan Islam, dan lambang wujudnya
ikatan antara semua bangsa Islam. Khilafah adalah syiar Islam yang perlu difikir dan ditekankan
oleh umat Islam. Khilafah menjadi penentu kepada pelaksanaan banyak hukum dalam agama
Allah. Oleh sebab itu, para sahabat r.a menekankan aspek ini lebih daripada pengebumian
jenazah Nabi s.a.w. Mereka memastikan masalah ini selesai terlebih dahulu.
30

Atas dasar ini, Ikhwan meletakkan khilafah dan usaha kearah mengembalikan khilafah
sebagai agenda utama mereka. Walaupun demikian, usaha ini perlu kepada pelbagai langkah
awal. Bahkan penyediaan langkah awal tersebut adalah merupakan sunnatullah yang perlu
dipenuhi sebelum tercapainya Khilafah sepertimana yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat 55
surah al-Nur.




28
Muhammad Qutb (2006), Hawl al-Tafsir al-Islami li al-Tarikh, Kaherah; Dar al-Syuruq, hlm 93.
29
Berikut ini tujuh Maratib Amal ( ) iaitu peringkat bekerja dalam dakwah Ikhwan seperti berikut : 1)
Memperbaiki diri 2)Membentuk rumah Tangga Muslim 3)Membimbing masyarakat kearah Islam 4)Membebaskan
tanah air 5)Memulihkan kerajaan 6)Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam 7)Menjadi tonggak
dunia (ustaziatul `alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Lihat Himpunan Risalah Imam
Hasan al-Banna, hlm 524-526
30
Hasan al-Banna ( 2003 ), Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna, terjemahan; ustaz Salehan b Ayub, Batu
Caves; Pustaka Salam, hlm 268.


706

Aplikasi Gerakan Ikhwan Muslimin Dalam Memenuhi Tuntutan Sunnatullah Ayat 55
Surah al-Nur
Setelah mengetahui tuntutan sunnatullah dalam ayat 55 Surah al-Nur berkaitan syarat yang perlu
dipenuhi oleh umat Islam dalam mencapai Khilafah dan penguasaan diatas muka bumi. Di dalam
bahagian ini, penulis membawa beberapa perkara pokok yang seringkali ditekankan dalam
Gerakan Ikhwan Muslimin sebagai langkah mereka dalam mengaplikasikan tuntutan sunnatullah
kearah mencapai matlamat penguasaan dan khilafah bagi umat Islam. Penulis meringkaskannya
dalam 4 perkara pokok berikut :

1. Mementingkan Aspek Tarbiyah dan Pembinaan Individu Kearah Mencapai Khilafah.
2. Melaksanakan `Amal (Gerak Kerja) Secara Berperingkat Sehingga Tercapainya Khilafah.
3. Melaksanakan Amal secara Jama`ie Kearah Mencapai Khilafah.
4. Membuat Persediaan Dalam Segenap Sudut Kekuatan.

Berikut ini adalah huraiannya secara terperinci :

a) Mementingkan Aspek Tarbiyah dan Pembinaan Individu Kearah Mencapai Khilafah
Dakwah Ikhwan Muslimin sangat menekankan tentang pembinaan peribadi Muslim melalui jalan
tarbiyah.Tarbiyah adalah perkara yang paling utama yang perlu difokuskan dalam dakwah
menurut Gerakan Ikhwan Muslimin. Gerakan ini mengimani bahawa jalan tarbiyah adalah satu-
satunya jalan untuk merubah masyarakat yang telah rosak kearah kebaikan, serta melahirkan
Rijal (pendokong dakwah), disamping mampu merealisasikan cita-cita dengan adanya jalan
tarbiyah.
31
Walaupun Pengasas jamaah ini, Imam Hasan al-Banna mengetahui bahawa jalan
tarbiyah adalah jalan yang panjang, dan dipenuhi dengan pelbagai rintangan dan halangan,
disamping kesan dan natijahnya yang terlalu jauh. Namun baginya tiada jalan lain dan tiada
pengganti bagi jalan dakwah ini kecuali dengan tarbiyah. Inilah jalan yang telah dilaksanakan

31
Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menganggapkan tarbiyah di dalam dakwah Ikhwan Muslimin adalah yang terbaik dan
merupakan contoh bagi madrasah tarbiyah yang berjaya. Aspek penting yang telah berjaya dikecapi di dalam
tarbiyah Ikhwan ialah pembentukan generasi muslim baru yang mampu memahami Islam dengan pemahaman yang
betul, serta beriman dengan keimanan yang mendalam, beramal dengan Islam dalam dirinya, ahli keluarganya dan
berjihad bagi menegakkan kalimah-Nya, menghukum dengan syariat-Nya serta bekerja kearah matlamat untuk
menyatukan umat Islam. Lihat Yusuf al-Qaradawi (2001), al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Madrasah Hasan al-Banna
bi Munasabah Murur Thalathin `Amman `Ala Istisyhad al-Imam Hasan al-Banna, Beirut : Muassasah al-Risalah,
hlm 6.


707

oleh Nabi s.a.w dalam membawa dakwah Islam, sehingga terbentuk melalui jalan tarbiyah ini
generasi-generasi yang rabbani sehingga mereka mampu mencapai penguasaan diatas muka
bumi ini suatu ketika dahulu.
Imam Hasan al-Banna di dalam Majmu`ah al-Rasail, dibawah risalah adakah kita
golongan yang bekerja? telah menyebutkan tentang kepentingan tarbiyah dan mengingatkan
anggota Ikhwan tentang perkara berikut :

Hari ini, diri kita memerlukan rawatan yang rapi, perubahan yang
menyeluruh dan pemulihan dalam pebagai aspek akibat semangat kita
yang telah luntur, akhlak kita yang tercemar dan sikap mementingkan
diri. Harapan besar yang diimpikan oleh para penggerak perubahan di
tambah pula dengan situasi kritikal yang melanda umat ini menuntut kita
supaya segera memulihkan diri. Kita bina semula roh kita setelah sekian
lama ia dilanda kemarau dan setelah pelbagai peristiwa menggugat
kekebalan dan keutuhannya. Tanpa kekuatan rohani dan pemulihan jiwa
ini kita tidak akan mampu melangkah kehadapan walau selangkah. Jika
anda dapat memahami hakikat ini dan anda bersetuju bersama saya
bahawa inilah ukuran sebenar yang menentukan kemajuan sesebuah
bangsa, ketahuilah matlamat utama yang disasarkan oleh pertubuhan
Ikhwan Muslimin ialah pentarbiyahan yang sebenar. Mendidik umat ini
supaya memiliki peribadi yang mulia dan akhlak yang luhur dan agung.
Di samping itu, ia menghidupkan semula semangat yang akan
merangsang sesebuah bangsa untuk mempertahankan maruah mereka,
bersungguh sungguh mengembalikan kegemilangan mereka, bersedia
mengharungi segala susah payah demi mencapai cita-cita mereka.
32


Oleh yang demikian, prioriti dalam dakwah Ikhwan ialah usaha menyedar dan menghidupkan
akal, hati, perasaan dan jiwa,
33
iaitu dengan menggerakkan semula umat daripada lamunan yang
panjang, mengejutkan kembali minda umat agar mereka faham, menyentuh hati umat supaya
mereka beriman, menghidupkan keinginan umat agar mereka berazam dan menggerakkan
anggota umat agar mereka bekerja.
34



32
Liaht Hassan al-Banna (3005), Majmu` al-Rasail li al-Imam Hasan al-Banna, al-Mansurah; Dar al-Kalimah, hlm
65-66. Lihat Hasan al-Banna (2003), Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna (terjemahan), Batu Caves ; Pustaka
Salam, hlm 477-478.
33
Jumaah Amin (2001), Method Pemikiran al-Banna : Antara Tetap dan Berubah, terjemahan; Mohd Hazizi Abd
Rahman, Kajang; Berkat Ikhwah, hlm 69.
34
Ibid, hlm 67.


708

Kebangkitan tersebut akan menjadikan individu (yang ditarbiyah sebagai) contoh teladan yang
akan memberi kesan pada institusi keluarga. Keluarga yang baik akan membentuk masyarakat
yang baik. Masyarakat Islam ialah himpunan keluarga-keluarga yang menjadikan Islam sebagai
manhaj kehidupan.
35

Melalui proses pembinaan peribadi muslim yang merupakan perkara utama sebelum
melangkah untuk melakukan perkara-perkara yang lain, termasuk pelaksanaan matlamat
penguasaan diatas muka bumi ( ) , ianya merupakan langkah pertama sebelum
membentuk keluarga dan masyarakat muslim, dan seterusnya mampu menyebar luaskan fikrah
Islam keseluruh hati masyarakat dan melalui jalan ini juga akan menghasilkan Iman dan amal
soleh yang merupakan syarat utama dalam meraih janji-janji Allah s.w.t sepertimana dalam ayat
55 Surah al-Nur.

b) Melaksanakan `Amal (Gerak Kerja) Secara Berperingkat Sehingga Tercapainya
Khilafah
Gerakan Ikhwan tidak melihat Khilafah bagi umat Islam akan tercapai dalam masa yang singkat.
Perlukan kepada masa dan tenaga yang cukup untuk merealisasikan perkara tersebut. Dalam
Gerakan Ikhwan Muslimin, terdapat 6 peringkat amal (maratib `amal) yang perlu dilaksanakan
dan dibentuk terlebih dahulu sebagai langkah memenuhi tuntutan sunnatullah dalam usaha
mencapai kemenangan dan penguasaan diatas muka bumi ini. Maratib `amal yang dimaksudkan
itu adalah seperti berikut :

1) Memperbaiki diri.
2) Membentuk rumah Tangga Muslim.
3) Membimbing masyarakat kearah Islam.
4) Membebaskan tanah air.
5) Memulihkan kerajaan.
6) Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam.
7) Menjadi tonggak dunia (ustaziatul `alam).


35
Ibid, hlm 70.


709

Gerak kerja untuk mencapai objektif-objektif tersebut hendaklah dilakukan melalui perancangan
secara berperingkat. Gerak kerja ini tidak seharusnya berganjak ke satu peringkat kecuali setelah
objektif peringkat sebelumnya tercapai. Begitu juga gerak kerja dalam peringkat-peringkat ini
hendaklah bersifat anjal kerana tabiatnya yang saling kait mengait antara satu sama lain. Ini
kerana pencapaian objektif mana-mana peringkat akan membantu usaha mencapai objektif di
peringkat seterusnya, sepertimana pencapaian semua objektif di semua peringkat akan
menyumbang kearah pencapaian objektif terbesar. Oleh itu, kewujudan individu muslim akan
membantu pembentukan usrah muslimah. Kewujudan usrah msulimah pula akan membantu
pembentukan mujtama` muslim, begitulah seterusnya.
36

Namun begitu, dalam merealisasikan dan menggerakkan maratib amal diatas, perlukan
kepada individu-individu yang ditarbiyah dengan tarbiyah yang syumul serta dibentuk dengan
didikan yang teliti dan berkesan. Wasail tarbiyah yang khusus bagi membentuk individu muslim
dalam Gerakan ini adalah melalui tujuh wasilah tarbiyah berikut
37
:

1) Al- Usrah
38

2) Al-Katibah
39

3) Al-Rehlah
40


36
Ibid, hlm 68.
37
Lihat Ali Abd al-Halim Mahmud (1992), Wasail al-Tarbiyah Ind al-Ikhwan al-Muslimin, al-Mansurah; Dar al-
Wafa, cet ke 5, hlm 110.
38
Al-Usrah ialah kumpulan kecil yang dibentuk dalam jamaah ini yang diketuai oleh seorang naqib bagi mendidik
dan membentuk peribadi-peribadi yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai kumpulan yang membantu dalam
meneruskan agenda dakwah gerakan ini. Naqib dan anak didikan dalam anggota sesebuah usrah ini saling
memenuhi rukun yang terdapat di dalam usrah dengan baik supaya dapat membentuk usrah yang berkesan dan
mencapai objektif dan matlamat dari pelaksanaan usrah. 3 rukun usrah iaitu : Ta`aruf, Tafahum dan Takaful. Lihat
wasail Tarbiyah Inda Ikhwan Muslimin, hlm 154-160. Selain itu, beberapa permasalahan yang menjadi fokus utama
dalam pembentukan individu melalui wasilah usrah ini sepertimana berikut : 1)permasalahan individu berkaitan sifat
fitrahnya, seperti sifat lambat menyahut seruan, tidak disiplin dan lain-lain, 2) permasalahan berkaitan dalaman
seseorang seperti sifat `ujub, riya, mengikut hawa nafsu, cintakan dunia dan lain-lain, 3)permasalahan individu
berkaitan pengisian kerohanian, seperti meninggalkan solat sunat, Zikir dan wirid harian, tidak berdamping dengan
masjid dan lain-lain, 4) Permasalahan individu berkaitan dengan ilmu dan thaqafah, seperti tidak suka membaca,
atau lambat kefahaman, atau lemah dalam memberi respon terhadap pembacaan dan lain-lain, 5) Permasalahan
individu berkaitan dengan harakah (pergerakan), seperti mengasingkan diri dari masyarakat, tidak mampu
berdakwah dan memberi penyampaian, lemah dalam menarik masyarakat supaya dapat menerima Islam dengan baik
dan lain-lain, 6)Permasalahan individu berkaitan dengan Tanzim (organisasi), seperti lemah dalam memberi
kethiqahan pada pimpinan, lemah dalam memberi kerjasama dalam kegiatan usrah, tidak tahu objektif dalam setiap
kerja yang dilakukan berkaitan organisasi dan lain-lain Lihat Wasail Tarbiyah Inda Ikhwan Muslimin, hlm 136-137.
39
Al-Katibah atau program Qiamullail adalah wasilah tarbiyah ruhiyah, mabit bersama dan menghidupkan malam
dengan beribadah.
40
Rehlah ialah wasilah tarbiyah yang mempunyai objektif tersendiri yang boleh melengkapkan wasail tarbiyah
yang lain.


710

4) Al-Mukhayyam
41

5) Al-Dawrah
42

6) Al-Nadwah
43

7) Al-Muktamar
44


Setiap dari wasilah tarbiyah ini mempunyai fungsi dan objektifnya yang tersendiri dalam
membentuk peribadi muslim yang akan menggerakkan Maratib `Amal dalam gerakan Ikhwan
sehinggalah tercapainya Khilafah Islam. Ketujuh-tujuh wasilah tarbiyah ini merangkumi aspek
pentarbiyahan yang syumul melalui pentarbiyahan rohani, jasmani, thaqafah dan pemikiran.

c) Amal Jama`ie Kearah Mencapai Khilafah
Jamaah Ikhwanul Muslimin sangat menekankan konsep amal jama`ie atau bekerja dalam sebuah
jemaah secara kolektif, malah ianya merupakan perkara paling asas dalam tarbiah jamaah ini.
45

Realiti kehidupan juga membuktikan, pekerjaan yang mendatangkan hasil yang lumayan ialah
kerja yang dilakukan secara kolektif. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Malah
manusia adanya sifat lemah apabila berseorangan, dan merasakan kekuatan apabila bekerja
secara ramai. Kerja yang besar dan berat tidak dapat dilaksanakan kecuali melalui gabungan
tenaga dan usaha. Firman Allah Taala dalam Surah al-Saaf ayat ke 4.
46


| < > _ _l..1`, _ .,,. !. .l "_.,., '_.. _
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk
membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

41
Mukhayyam adalah wasilah tarbiyah jasadiyah melalui latihan fizikal dan simulasi disiplin dan ketaatan agar
peserta bersedia menjadi jundi dakwah dan bersiap menerapkan nilai Islam dalam masyarakat.
42
Daurah adalah wasilah intensif untuk membekal peserta dengan bahan thaqafah dan pengalaman penting untuk
mengembangkan keahlian, menambah pengetahuan yang tidak dapat dilaksanakan oleh murabbi (naqib dalam
usrah).
43
Seminar bagi membincangkan isu-isu dan qadaya dengan penglibatan ulama dan pakar dalam bidang-bidang
tertentu.
44
Muktamar atau konvensyen dibentuk bagi membincangkan isu-isu dan qadaya umat Islam dengan bimbingan
ulama dan para pemikir Islam.
45
`Amal Jama`ie juga merupakan salah satu dari sepuluh unsur tetap dalam Jamaah Ikhwan. Lihat Jumaah Amin
(2001), op.cit hlm 31.
46
Ibid. hlm 42.


711

Jika dilihat lebih dari itu, realiti musuh juga menuntut kita beramal jama`ie. Musuh tidak bekerja
secara individu atau dalam kelompok yang berpecah-pecah. Sebaliknya mereka mempunyai
susunan organisasi dengan struktur, sistem dan kepimpinan di semua peringkat, tempatan,
serantau dan antarabangsa. Justeru, kita wajib memerangi mereka dengan cara yang sama, iaitu
amal jama`ie. Allah pernah memberi amaran dalam hal ini dengan firman-Nya di dalam Surah
al-Anfal ayat 73.
47

_ ` .-, ',!,l _-, | :l-. _>. .. _ :!. ,,
__
dan orang-orang Yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan
Pembela bagi setengahnya Yang lain. jika kamu (Wahai umat Islam)
tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri Yang
diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah
(kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar.


Maksudnya, jika kamu tidak bersatu dan saling bantu membantu nescaya akan berlaku fitnah dan
kerosakan yang besar diatas muka bumi. Sememangnya tiada kerosakan yang lebih besar apabila
kekuatan kufur bersatu manakala kekuatan Islam berpecah belah.
48

Begitu juga dalam menggerakkan maratib `amal yang ditekankan dalam Gerakan Ikhwan
Muslimin sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu tercapainya Khilafah Islam. Gerak kerja
untuk mencapai objektif-objektif tersebut hendaklah dilakukan secara kolektif, yang mempunyai
pimpinan yang berakar umbi dalam masyarakat dan mengepalai kelompok mukmin. Ia bekerja
untuk membentuk pendapat umum yang islamik, yang akan mengembeling pelbagai tenaga bagi
mencapai objektif Islam. Amal fardi (individu) tidak mampu mencapai objektif-objektif tersebut,
di samping Islam sendiri agama jamaah yang mentarbiyah individunya dengan pengertian ini.
49


d) Membuat Persediaan Dalam Segenap Sudut Kekuatan Dengan Mengutamakan
Kekuatan Keimanan
Realiti umat Islam kini hidup dalam serba kekurangan dan kelemahan dari segenap sistem
kehidupan. Kelemahan dari sudut akidah dan keyakinan, perpaduan dan sistem sosial, sistem

47
Ibid
48
Ibid, hlm 43.
49
Ibid, hlm 69.


712

pendidikan, sistem ekonomi, sistem undang-undang, sistem ketenteraan dan berbagai sistem
kehidupan yang lain yang memerlukan kepada pembinaan semula kekuatan bagi mencapai
khilafah dan penguasaan.
Syed Qutb di dalam Kitabnya Fi Zilal al-Quran menyebutkan tentang penguasan umat
Islam diatas muka bumi adalah dengan memenuhi syarat-syarat penguasaan dan memerlukan
persiapan dengan setiap jenis kekuatan. Persiapan dari sudut kekuatan ini adalah merupakan
kewajipan umat Islam sebelum tercapainya kemenangan dan pengukuhan (al-Tamkin). Ulama
Usuliyyun menyebutkan : ( ) tidak sempurna sesuatu kewajipan
kecuali dengan mewajibkan perkara lain yang boleh menyempurnakannya.
50
Oleh yang
demikian, penyediaan kekuatan ini adalah wajib dalam usaha kearah mencapai Khilafah
Islamiyyah yang juga merupakan suatu kewajipan
51
. Al-Quran secara jelas di dalam surah al-
Anfal mewajibkan supaya umat Islam mempersiapkan dengan aspek kekuatan :


( 60 )
Maksudnya : Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk
menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan pasukan
berkuda, yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-
orang selain mereka, yang kamu tidak mengetahuinya, tetapi Allah
mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan nescaya akan dibalas
dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)
(Surah al-Anfal ayat 60).

Namun kekuatan yang dimaksudkan disini perlu difahami dengan baik. Dalam membina
kekuatan juga perlu berperingkat dan melihat kepada keutamaan. Di dalam jamaah Ikhwan,
peringkat pertama kekuatan ialah kekuatan Akidah dan Iman. Kemudian diikuti dengan
kekuatan perpaduan dan kekuatan senjata. Jika sesebuah jemaah menggunakan kekuatan
tangan dan senjata sedangkan akar umbinya goyah dan rangkaiannya tidak stabil atau akidahnya
lemah dan imannya tidak membara, jamaah ini akan diakhiri dengan porak peranda.
52



50
Muhammad al-Sallabi (2005), op.cit hlm 220.
51
Meletakkan Islam di tempat yang tertinggi ( ) adalah merupakan satu kewajipan. Firman Allah s.w.t
di dalam Surah al-Anfal ayat 39 Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi
Allah semata. Jika mereka berhenti dari (kekafiran), maka sesungguhnya Allah maha melihat, apa yang mereka
kerjakan.
52
lihat Hassan al-Banna (2003), op.cit, hlm 256-257.


713

Kekuatan persenjataan bukanlah pendekatan (utama) yang digunakan kerana (sebuah) gerakan
yang benar akan berinteraksi dengan jiwa manusia (terlebih dahulu) dan akan membuka pintu
hati manusia. Gerakan ini tidak mungkin akan bertapak kukuh dengan menggunakan cemeti atau
mata pedang. Pendekatan yang digunakan dalam gerakan Ikhwan boleh diringkaskan dalam dua
elemen, iaitu iman dan amal, kasih sayang dan persaudaraan. Kekuatan inilah yang dibina
terlebih dahulu sebelum membina kekuatan dari aspek yang lain.
Seterusnya, melalui kekuatan Iman dan persaudaraan ini, usaha akan diteruskan untuk
memperbaiki dan membina dari sudut kekuatan-kekuatan yang lain dari segenap aspek
kehidupan manusia, seperti sistem pendidikan, sistem sosial, ekonomi, undang-undang dan lain-
lain.

Penutup
Ayat 55 surah al-Nur membahaskan tentang sunnatullah dalam memberi kemenangan dan
penguasaan bagi umat Islam diatas muka bumi ini. Syarat utama yang perlu dipenuhi oleh umat
Islam daripada syarat-syarat istikhlaf ini ialah beriman dan beramal soleh. Disamping itu, umat
Islam perlu menyediakan sebab-sebab kemenangan dan penguasaan kearah tercapainya khilafah
Islam selaras dengan tuntutan sunnatullah dalam perkara ini. Di dalam Gerakan Dakwah Ikhwan
Muslimin, Khilafah adalah merupakan peringkat tertinggi daripada 7 maratib `amal yang
ditetapkan dalam gerak kerja dakwah gerakan ini. Perkara ini menunjukkan bahawa khilafah dan
penguasaan bagi umat Islam tidak akan mampu dicapai dengan mudah dalam masa yang singkat.
Malah memerlukan kepada persiapan dari berbagai aspek kekuatan. Jika dilihat kepada realiti
kehidupan umat Islam kini, banyak kepincangan yang berlaku dari berbagai aspek kehidupan
serta budaya jahiliyyah yang telah berleluasa dan tidak berlandaskan risalah Islam telah
melemahkan kekuatan iman sehingga kejayaan dan kemenangan tidak berpihak kepada umat
Islam. Gerakan Ikhwan Muslimin menekankan aspek Tarbiyah dalam membentuk semula
keperibadian umat, bermula dengan pembentukan individu muslim, dan seterusnya keluarga
muslim serta masyarakat muslim. Namun perkara ini perlu kepada gerak kerja secara
berperingkat-peringkat dan sistematik. Malah gerak kerja secara jama`ie (kolektif) juga
ditekankan bagi menjayakan maratib `amal sehingga kepada peringkat tertinggi iaitu tercapainya
Khilafah dan kemenangan bagi umat Islam sepertimana janji Allah kepada golongan yang
beriman dan beramal soleh seperti yang direkodkan dalam ayat 55 surah al-Nur.


714


Rujukan
Syarif Soleh Ahmad al-Khatib (2004), Al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, Riyad;
Maktabah al-Rusyd, Juz 1 & 2.

Fathi Shihab al-Din (2008), al-Sunan al-Ilahiyyah fi Qiyam al-Umam wa Suqutiha.

Ahmad bin Jaber b Ali al-Maskari (2008), al-Sunan al-Ilahiyyah li Wirathah al-Ard : Tafsiran
Mawdu`iyyan, Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya.

Hassan al-Banna (2005), Majmu` al-Rasail li al-Imam Hasan al-Banna, al-Mansurah; Dar al-
Kalimah.

Ali Abd al-Halim Mahmud (1992), Wasail al-Tarbiyah Ind al-Ikhwan al-Muslimin, al-Mansurah;
Dar al-Wafa, cet ke 5.

Ali Abd al-Halim Mahmud (1994), al-Tarbiyah al-Islamiyyah fi Surah al-Nur, Kaherah; Dar al-
Tawzi` wa al-Nasyr al-Islamiyyah.

Muhammad bin Jarir bin Yazid al-Tabari (2000), Jami` al-Bayan fi Tawil Ayi al-Quran, Beirut;
Muassasah al-Risalah, Tahqiq, Ahmad Muhammad Syakir, Juz 7.

Syed Muhammad Rasyid Reda (t.t), Tafsir al-Quran al-Hakim al-Syahir bi Tafsir al-Manar,
Kaherah; Maktabah al-Qaherah, Juz 4.

Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1993), al-Jami` li Ahkam al-Quran, Beirut; Dar al-
Kutub al-`Ilmiyyah, Juz 4.

Sa`id Hawwa (1989), al-Asas fi al-Tafsir, Kaherah ; Dar al-Salam, cet 2, Jil 7.



715

Ali Muhammad al-Sallabi (2005), Fiqh al-Nasr wa al-Tamkin fi al-Quran al-Karim, Beirut; Dar
al-Ma`rifah, cet ke 2.

Muhammad al-Ghazali (2005), al-Ghazw al-Thaqafi Yamtaddu min Faraghina, Kaherah; Dar al-
Syuruq, Cet. ke 2.


Muhammad Qutb (2006), Hawl al-Tafsir al-Islami li al-Tarikh, Kaherah; Dar al-Syuruq.

Yusuf al-Qaradawi (2001), al-Tarbiyah al-Islamiyyah wa Madrasah Hasan al-Banna bi
Munasabah Murur Thalathin `Amman `Ala Istisyhad al-Imam Hasan al-Banna, Beirut :
Muassasah al-Risalah.

Prof Dr Hamka (t.t) Tafsir al-Azhar, Jakarta : Pustaka Panji Mas, Jilid 6.

Syed Qutb (2000), Tafsir Fi Zilal al-Quran, terjemahan oleh Yusoff Zaky Hj Yacob.

Hasan al-Banna (2003), Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna (terjemahan), Batu Caves ;
Pustaka Salam.

Jumaah Amin (2001), Method Pemikiran al-Banna : Antara Tetap dan Berubah, terjemahan;
Mohd Hazizi Abd Rahman, Kajang; Berkat Ikhwah.

Anda mungkin juga menyukai