Anda di halaman 1dari 26

Pandangan Tokoh Ahli Falsafah

Islam dan Timur Terhadap


Pendidikan – Ibn Khaldun &
Confucius
Tokoh Falsafah Islam –
Ibn Khaldun
Ibn Khaldun (1332-1406)

Tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi


Riwayat Hidup
• Nama: Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn
Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun.
• Dilahirkan di Tunis tahun 1332 M dan meninggal dunia di
Kaherah, tahun 1406 M.
• Berasal dari keluarga berada dan merupakan seorang
pakar sejarah Arab teragung.
• Dikenali sebagai bapa sejarah kebudayaan dan sains
sosial moden.
• Orang terawal mengembangkan falsafah yang tidak
berasaskan keagamaan dan terkandung dalam karya
Muqaddimah (Pengenalan).
• Mempercayai perkara yang dikurniakan Allah SWT boleh
dibuktikan secara empirikal.
Pandangan Terhadap Pendidikan
• Fokus kepada ilmu mistik dan teologi.
• Terkenal dengan hasil kerjanya dalam falsafah
sejarah dan sosiologi (Umraniyat).
• Penulisan al-Muqaddimah (Pendahuluan)
adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi,
ekonomi, persekitaran dan sosial yang
menyumbang kepada kemajuan tamadun
manusia.
• Menganalisis dinamika hubungan kelompok
serta menunjukkan kepentingan al-Asabiyya
(perasaan kekitaan) bagi mewujudkan
tamadun baru serta meningkatkan kuasa
politik.
• Setiap orang mendapatkan ilmu pengetahuan
melalui organ tubuh yang diberikan oleh
Tuhan.
• Tidak setuju dengan penggunaan kekerasan
dalam mendidik anak-anak.
• Ilmu pengetahuan dibahagikan berdasarkan
tingkat pemikiran.
- Pengetahuan yang diperoleh hasil daripada
memahami sesuatu perkara.
- Pengetahuan tentang perkara yang harus
dan tidak harus dilakukan.
• Menurut Ibn Khaldun, ilmu pengetahuan
sangat penting dan lebih mudah diperoleh
dengan bantuan dan ajaran guru.
Tujuan Pendidikan
• Memperlengkapkan seseorang dari segi keagamaan,
iaitu mengajarnya syiar-syiar agama melalui al-Quran
dan al-Sunnah. Maka, potensi iman dapat dikuatkan.
• Memperlengkapkan akhlak dan sosial manusia.
• Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan
vokasional atau pekerjaan.
• Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana
dengan pemikiran, seseorang dapat membuat pelbagai
pekerjaan dan pertukangan atau vokasional tertentu.
• Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian,
termasuk muzik, syair, seni bina dan lain-lain.
Hasil Karya
Dalam bidang sejarah:
- Universal History
- Sejarah Maghrib

Dalam bidang keagamaan:


- Luhab al-Mahsul (Summary of the Result)
- Shifa’ as-Sail (Healing of the Inquirer)
Tokoh falsafah timur –
Confucius
Falsafah pendidikan - konfusianisme
• Confucius – 551 – 479 SM.
• Tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di
negeri China di dinasti Chou pada zaman Chunqiu.
• Berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung.
• Dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan.
• Nama sebenar: Kong Fu Tze.
• Sejak kecil lagi minat membaca mengenai sejarah,
matematik dan tradisi orang cina.
• Mahir tentang ‘Li’ (susunan tingkah laku yang baik).
• Orang cina yang pertama memperkenalkan pendidikan.
• Pengikut: Mengzi, Xunzi, Hanyu.
• Pendidikan – membina tingkah laku manusia –
berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat
dan cinta kepada pemerintah dan negara.
• “Pendidikan adalah satu proses memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh
dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati
orang tua, menyayangi orang yang lebih muda
serta taat dan cinta kepada pemerintah dan
negara.”
• Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambil kira
status sosioekonomi atau kedudukan sosial.
• Matlamat: menghasilkan individu berkebolehan serta
bermoral tinggi.
• Tujuan:
– membimbing dan mendidik agar sentiasa bersedia
menjadi generasi-generasi penerus bangsa.
- mewujudkan manusia-manusia yang bermoral,
pandai, dan mempunyai rasa tanggungjawab kepada
masyarakat, bangsa dan negara.
• Aspek kurikulum berfokus kepada Pendidikan Moral &
buku-buku Confucius.
Pendidikan moral
• Penekanan nilai
• Hormat kepada ibu bapa (xiao)
• Hormat kepada orang yang lebih tua daripada
kita (ti)
• Ketekunan (min)
• Kesetiaan (zhong)
• Jimat cermat (jian)
• Tolak ansur (rang)
• Kebijaksanaan (zhi)
• Keberanian (yong)
Buku-buku Confucius
• Merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi
dan kebudayaan.
• Muzik
• Puisi
• Kesusasteraan
• Sejarah
• Kod Etika dan Tatacara Kelakuan yang Baik
• Pendidikan – alat mengekalkan nilai dan norma
masyarakat, mengekalkan kebudayaan
masyarakat untuk membawa kestabilan,
kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.
• Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati
– diperkembangkan melalui proses pendidikan.
• Setiap individu mempunyai potensi berbeza –
beliau mengajar mengikut kebolehan individu.
• Strategi: perbincangan
• Walaupun Beliau menekankan proses belajar
sebagai 'suatu kepentingan untuk diri sendiri', di
mana pada akhirnya terbentuk pengetahuan diri
dan realisasi diri, namun beliau juga menyatakan
bahawa kebanyakan orang akan memperoleh
pendidikan sejati secara semulajadi.
• menekankan bahawa pendidikan bukan hanya
sebagai suatu kewajipan semata-mata, melainkan
suatu cara untuk menjalani kehidupan ini.
KUMPULAN BUKU / KITAB
AJARAN CONFUCIUS
Kitab ajaran Confucius yang utama -
Empat Buku [Shi Shu] dan Lima Kitab
[Wu Jing]
Lima Kitab (Wu Jing)
• Lima Kitab merupakan kitab yang berasal dari
era sebelum Confucius. Wu Jing terdiri dari I
Ching (Kitab tentang Kejadian / Perubahan) ,
Shang Shu (Kitab tentang Sejarah), Shi Jing
(Kitab tentang Sajak), Li Ji (Rangkaian
Upacara), dan Chun Qiu (Riwayat Chun Qiu).
Empat Buku (Shi Shu)
• Empat Buku merupakan suatu ajaran pokok yang ditulis
oleh para pengikut Confucius sampai kehidupan Mencius.
• buku panduan pembinaan diri dengan moral tinggi di dalam
kehidupan keluarga, masyarakat, negara, dan dunia.
• Empat Buku [Shi Shu]: Buku tentang Jalan Tengah [Zhong
Yong], Buku tentang Jalan Besar [Da Xue], Buku Kumpulan
Ujaran [Lun Yu] dan Pokok Pelajaran Mencius [Meng Zi],
telah dipakai sebagai kurikulum pokok dalam pendidikan
para pengikut Confucius selama berabad-abad sebelum
kelahiran Chu Xi (1130 - 1200).
Buku tentang Jalan Besar / Da Xue
• Da Xue menyatakan bahawa keamanan dunia tidak
akan tercapai apabila seorang pemimpin negara tidak
terlebih dahulu mengaturkan negaranya sendiri secara
teratur.
• Demikian juga tidak terdapat seorang pemimpin yang
dapat melakukan hal tersebut sebelum tercapai
keteraturan rumah tangganya.
• Setiap individu haruslah mengolah sifat Kebajikan
[Ren], Keadilan [Yi], Sopan Santun [Li], dan
Kebijaksanaan [Zhi], tetapi sifat luhur tersebut sukar
untuk dapat dibangunkan secara berkeseimbangan.
Buku Analects (Buku Kumpulan Ujaran
/ Lun Yu)
• Dalam buku tersebut, Confucius berkata:
• Belajar lebih intensif
• Mengajar tidak memandang keturunan
• Mengajar harus sesuai dengan kecekapan para murid
• Mengajar hendak dianggap sebagai media hiburan
• Mengajar hendak menggunakan kaedah yang tepat
• Mengajar hendak tanpa mempunyai rasa segan
• Mengajar hendak merupakan penilaian dari beberapa
kes yang timbul
• Mengajar hendak merupakan sesuatu yang lebih
bermanfaat
Sumber Rujukan
Tiada nama pengarang. Konsep Asas Falsafah.
http://bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_pendidikan/
pengantar_topik_2.htm. Dilayari 8 Februari 2012.
Utami Sulistyawati, 2008. Konsep Pendidikan Menurut Confucianisme
Dalam Kurikulum Berbasis Kompetensi.
http://udhiexz.wordpress.com/2008/08/02/konsep-pendidikan-
menurut-confucianisme-dalam-kurikulum-berbasis-kompetensi/.
Dilayari 8 Februari 2012.
Tiada nama pengarang. Ajaran Confucius.
http://community.siutao.com/showthread.php/1012-Ajaran-
Confucius. Dilayari 8 Februari 2012.
Tiada nama pengarang. http://zh.wikipedia.org/zh-
hans/%E5%AD%94%E5%AD%90. Dilayari 8 Februari 2012.
Tiada nama pengarang. Confucius.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Confucius. Dilayari 8 Februari 2012.
Tiada nama pengarang. Metode Pendidikan dalam Pandangan Tiga
Ilmuwan Islam. http://tanbihun.com/pendidikan/metode-
pendidikan-dalam-pandangan-tiga-ilmuwan-islam/. Dilayari pada 10
Februari 2012.
Tiada nama pengarang. Pendidikan Islam Menurut Beberapa Tokoh
Islam. http://www.scribd.com/doc/25179065/Pendidikan-Islam-
Menurut-Beberapa-Tokoh-Islam. Dilayari pada 10 Februari 2012.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin dan Zakiah
Noordin, 2012. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam:
Oxford fajar Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow, 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Subang
Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai