Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PISMP)

[SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2019)
KERJA KURSUS PROJEK
SEMESTER 2
SESI JAN – MEI 2020

NAMA PELAJAR : DAYANG HAFIZHA MIRRAH BINTI AWANG SPAWI


NO KAD PENGENALAN : 010129-13-0906
ANGKA GILIRAN : 2019072310207
KUMPULAN/UNIT : PPISMP / SEJARAH
SESI/TAHUN : JAN – MEI 2020 / 1
KOD/NAMA KURSUS : GWP 1092 WACANA PENULISAN (TUGASAN 1)

TUGASAN 1 TUGASAN 2 Tugasan 3


PEMBENTANGAN
TAJUK TUGASAN
PENULISAN ESEI 1 PENULISAN ESEI 2 BERKUMPULAN

23/3/2020
TARIKH MULA 5/2/2020 2/3/2020
28/3/2020
TARIKH HANTAR 21/2/2020 19/3/2020

NAMA PENSYARAH: DR SHUKIMAN BIN SUKARDI


JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa saya telah
menerima maklum balas dari pensyarah kerja kursus
ini dan saya telah merujuk dan memahaminya.
Isi Kandungan
Bil. Tajuk Muka surat
Isi Kandungan i
Penghargaan ii
1. Pengenalan 1
2. Keutuhan Wacana 2
3. Penanda Wacana 3
4. Organisasi Penulisan 4
5. Rumusan 5

i
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek GWP 1092
Wacana Penulisan ini dengan lancar dan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini, saya amat berbesar hati untuk menjulang sepenuh
penghargaan kepada Dr Shukiman bin Sukardi, selaku pensyarah atas kesudian beliau
membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
menghulurkan bantuan dan kerjasama serta sentiasa memberikan semangat untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

ii
1. Pengenalan
Melalui penulisan ini, saya akan mengulas mengenai hasil penulisan akademik bagi
subjek Pengantar Pengajian Profesional dengan mengambil kira kriteria-kriteria ulasan secara
menyeluruh. Saya akan membuat ulasan bagi hasil penulisan akademik Del Piero Petrus. Tema
penulisan akademik yang dikarang adalah pendidikan yang bertajuk Elemen Profesionalisme
Keguruan dan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Objektif penulisan akademik ini ialah bagi
mengenal pasti dan membincangkan bagaimana elemen profesionalisme keguruan boleh
diterapkan bagi menangani cabaran profesionalisme keguruan pada masa ini.

1
2. Keutuhan Wacana

Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unsur-unsur bahasa seperti kata, frasa, klausa
dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan fikiran yang utuh.
Kesatuan yang utuh menunjukkan sebuah wacana yang baik. Keutuhan sesuatu wacana dapat
dilihat melalui hubungan atau perkaitan dari aspek semantik, leksikal, gramatikal atau tatabahasa
dan fonologi. Hubungan semantik banyak digunakan oleh penulis dalam penulisan ini. Contohnya
hubungan yang berkaitan sebab dan akibat. Hubungan dari aspek leksikal juga terdapat dalam
penulisan ini iaitu wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hiponim dapat
dikenal pasti melalui penulisan ini. Contohnya dalam ayat, “Antara contoh budaya barat ialah
budaya punk, black metal dan banyak lagi,”. Keutuhan gramatikal dapat dikenal pasti melalui
penulisan ini. Aspek gramatikal ini antara yang paling banyak diaplikasikan oleh penulis dalam
penulisannya. Misalnya, penggunaan kata hubung seperti dan, kerana, yang dan sebagainya,
untuk memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya. Hubungan dari aspek
fonologi juga dapat dilihat melalui penulisan ini. Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat
melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah, tekanan suara dan nada suara.
Dalam wacana tulisan, fonologi ini boleh diperhati melalui penggunaan tanda baca seperti tanda
noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.

2
3. Penanda Wacana

Sebuah penulisan akademik yang baik perlulah mempunyai penanda wacana yang
pelbagai. Penanda wacana merupakan perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi
untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain bagi menunjukkan wujudnya kesatuan ayat yang
kukuh. Penanda wacana itu penting kerana tanpanya akan menyebabkan idea yang diturunkan
seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang lengkap. Terdapat tiga jenis penanda
wacana iaitu penanda kronologi, organisasi dan idea. Penanda kronologi memberi pengertian
kepada persoalan berkaitan waktu. Penanda kronologi banyak digunakan dalam penulisan
akademik ini. Contohnya penggunaan kini dan pada ketika ini. Penanda organisasi iaitu yang
berfungsi bagi mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain, turut
banyak digunakan oleh penulis. Misalnya penggunaan dalam hal ini, sebagai contoh, akhir sekali
dan kesimpulannya. Penulis juga menggunakan penanda idea dalam penulisannya. Penanda
idea berfungsi bagi menghubungkan fakta dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi
untuk mengembangkan idea, pertentangan idea dan hubungan idea. Penggunaannya boleh
dilihat dalam penulisan ini misalnya penggunaan malah, selain itu, seterusnya, di samping itu,
tetapi, walaupun, maka, oleh itu dan oleh hal yang demikian.

3
4. Organisasi Penulisan

Struktur dalam penulisan yang teratur amat penting supaya pembaca dapat memahami
apa yang penulis hendak sampaikan. Struktur dalam penulisan adalah cara-cara kita menyusun
idea dalam penulisan, supaya bentuk penulisan kita lebih menarik, tersusun dan sistematik serta
memudahkan pembaca dalam proses penyampaian idea dan maklumat melalui penulisan kita.
Awang Sariyan (1992) menyatakan bahawa pada dasarnya binaan karangan yang lengkap harus
terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, badan karangan dan penutup.

Penulisan akademik oleh Del Piero Petrus mengandungi ketiga-tiga komponen utama ini
iaitu pengenalan, badan karangan dan rumusan. Pengenalan yang dikarang adalah berkaitan
dengan definisi profesionalisme keguruan. Selain itu, penulis juga memuatkan huraian ringkas
tentang keseluruhan isi penulisan akademik iaitu berkaitan pendekatan yang perlu dilaksanakan
bagi menangani cabaran profesionalisme keguruan kini. Manakala, badan karangan yang
dikarang oleh penulis menjadi medium untuk memuatkan isi-isi penting atau subtopik yang
mendukung atau menunjangi tema dalam penulisan akademik. Subtopik-subtopik yang
dibincangkan ialah elemen profesion keguruan, kepentingan permuafakatan komuniti dalam
pendidikan, cabaran profesionalisme keguruan dan pendekatan elemen keguruan dalam
menangani cabaran tersebut. Di samping itu, penulis menulis rumusan dengan merumuskan isi-
isi yang telah dibincangkan iaitu berkaitan cabaran profesionalisme keguruan dan cara
mengatasinya.

4
5. Rumusan

Secara keseluruhannya, penulisan akademik yang dikarang oleh Del Piero Petrus ini
memenuhi kriteria-kriteria penulisan akademik yang berkualiti. Terdapat kelebihan dan
kekurangan yang boleh dikenal pasti melalui penulisan ini. Antara kelebihan penulisan akademik
ini ialah fakta atau isi disampaikan secara sistematik dan teratur, yang amat memudahkan
pembaca bagi memahami keseluruhan isi penulisan ini. Penulisan ini juga tidak ditulis bagi
memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu. Ia hanyalah mengarang atau menulis untuk
memaklumkan mengenai sesuatu perkara dan tiadanya sifat prejudis. Penulisan ini juga berkualiti
kerana fakta-fakta atau isi yang dikemukakan disokong dengan bukti dan contoh yang kukuh.
Penulisan akademik ini juga turut disertakan dengan sumber rujukan daripada penulis lain yang
mempunyai autoriti dalam isu yang dibincangkan. Selain daripada itu, terdapat juga kekurangan
yang boleh dikenal pasti. Antaranya ialah terdapat beberapa kesalahan dari segi ejaan yang
mungkin terlepas pandang. Contohnya, ketiadaan tanda ‘-’ di antara perkataan ‘kedua-dua’. Maka
secara kesimpulannya, penulisan akademik oleh Del Piero Petrus ini adalah berkualiti, namun
terdapat juga perkara yang perlu diperbaiki iaitu kesalahan ejaan.

5
Lampiran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PPISMP)

[SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 201P)
PENULISAN AKADEMIK
SEMESTER 2
SESI JAN – MEI 2020

: DEL PIERO PETRUS


NAMA PELAJAR
: 010731120575
NO KAD PENGENALAN
: 2019072310208
ANGKA GILIRAN
: PPISMP / SEJARAH
KUMPULAN/UNIT
: JAN – MEI 2020
SESI/TAHUN
: GPP 1063/PENGANTAR PENGAJIAN
KOD/NAMA KURSUS
PROFESIONAL

TUGASAN 1 TUGASAN 2
Penulisan
TAJUK TUGASAN Pengurusan
Akademik
Grafik

TARIKH MULA 29/1/2020 13/2/2020

TARIKH HANTAR 12/2/2020 18/3/2020

NAMA PENSYARAH : PUAN NOR AZMAH SUJAI


JABATAN / UNIT : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa
saya telah menerima maklum balas
dari pensyarah kerja kursus ini dan
saya telah merujuk dan
memahaminya.
Isi Kandungan

Kandungan Muka Surat


Isi Kandungan i
Penghargaan ii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Elemen Profesion Keguruan 2-3
3.0 Kepentingan permuafakatan komuniti 4-5
dalam pendidikan

4.0 Cabaran Profesionalisme Keguruan dan


Pendekatan Elemen Keguruan dalam 6-9
Menangani Cabaran tersebut
5.0 Rumusan 9
6.0 Rujukan 10

i
Penghargaan

Pertama sekali saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat yang telah diberikan
oleh-Nya sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan kursus Pengantar Pengajian
Profesional dengan baik tanpa ada sebarang halangan. Seterusnya, saya juga ingin
mengucapkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Pengarah Institut Perguruan
Gaya, Puan Geturude Jock kerana telah membenarkan kami untuk melakukan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu
saya secara lansung ataupun tidak lansung kepada saya sejak dari awal bermulanya
tugasan ini diberi sehinggalah berakhirnya tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Nor Azmah binti Sujai
atas bimbingan dan nasihat tanpa mengira masa dan tempat kepada kami. Berkat
bimbingan tanpa jemu daripada beliau telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan
kami dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada kedua dua ibu bapa saya yang banyak
memberikan sokongan dari segi moral dan perbelanjaan untuk saya menyelesaikan tugasan
ini dengan sempurna. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan rakan seperjuangan
saya kerana telah bersama sama bertungkus lumus untuk bersama sama mencari maklumat
dan seterusnya menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

ii
1.0 Pengenalan

Profesionalisme keguruan berkait rapat dengan ciri profesional seperti kelayakan


menjadi pegawai perkhidmatan pendidikan. Guru sebagai profesional merupakan pengamal
ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahiran khusus dalam profesion keguruan. Sebagai
profesional, kerjaya guru memerlukan latihan ikhtisas yang khusus dan latihan kemahiran
pendidikan yang mendalam. Seorang guru juga perlu perlu sentiasa belajar dan mempunyai
pengetahuan yang meluas, berkemahiran dengan kaedah pembelajaran terkini dan
berdedikasi tehadap kerjayanya. Untuk menjadi guru yang berkebolehan, elemen profesion
keguruan perlulah dikuasai oleh semua guru. Bukan itu sahaja, kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat juga penting untuk dipraktikkan oleh guru. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat pelbagai cabaran profesionalisme keguruan yang terdapat di Malaysia pada ketika
ini. Oleh itu, guru perlulah bijak untuk menggunakan segala kemahiran mereka untuk
menangani masalah profesionalisme keguruan tersebut.

Nilai dan
etika

3 Elemen utama
profesionalisme
keguruan

Jati diri dan Pengetahuan


kenegeraan dan
Rajah 1.0 Kemahiran

1
2.0 Elemen Profesion Keguruan

Rajah 1.0 menunjukkan tiga elemen utama yang perlu ada di dalam diri setiap guru. Namun
begitu, ketiga tiga elemen ini boleh dipecahkan kepada lapan dimensi yang lebih khusus iaitu
dimensi kualiti guru. Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah menggariskan kualiti seorang
guru merujuk kepada lapan dimensi dan ianya telah digariskan di dalam Malaysian Qualifications
Framework (MQF). Antara elemen kualiti seorang guru yang telah digariskan ialah pengetahuan
di dalam ilmu bidang yang diceburi oleh guru itu. Hal ini bermaksud guru itu haruslah mempunyai
kemahiran yang yang cukup tinggi di dalam bidang kepakaran mereka. Bukan itu sahaja, seorang
guru juga harus mempunyai kemahiran praktikal yang baik di mana seseorang guru itu boleh
mempraktikkan proses inkuiri di dalam proses pengajaran serta dapat menyelitkan kemahiran
berfikir aras tinggi yang kritis dan inovatif di dalam kelas. Elemen kualiti guru yang seterusnya ialah
kemahiran dan tanggungjawab sosial. Kemahiran ini lebih kepada mempertimbangkan masalah
dan keadaan persekitaran seperti sosial, budaya, dan komuniti setempat hasil daripada kemahiran
interpersonal dan intrapersonal yang telah dipraktikkan oleh seorang guru. Elemen yang
seterusnya ialah nilai, sikap dan profesionalisme guru. Hal ini berkaitan dengan kebolehan seorang
guru untuk menyampaikan dan mempraktikkan semua ilmu yang ada padanya kepada pelajar.
Selain itu, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan juga tergolong dalam elemen
kualiti guru yang telah digariskan kerana perkara ini penting agar seorang guru mampu untuk
mematuhi etika kerja mengikut garis panduan di dalam Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam
dan Kod Etika Staf. Satu lagi elemen kualiti guru yang telah digariskan ialah kemahiran
penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik, iaitu guru dapat menyelesaikan masalah yang
wujud dengan baik di samping mempraktikkan segala kemahiran yang dikuasai. Begitu juga
dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat. Ianya termasuk di
dalam elemen kualiti seorang guru kerana guru mestilah sentiasa berusaha untk menambah ilmu
pengetahuan sedia ada mereka dan guru juga harus bijak mengurus dan mepraktikkan ilmu yang
diperolehi. Elemen kualiti guru yang terakhir ialah kemahiran mengurus dan keusahawanan di
mana guru perlu sentiasa menerapkan segala ilmu keusahawanan dalam kehidupan seharian
kepada anak murid. Rajah 2.0 menunjukkan lapan dimensi kualiti guru yang dibuat di dalam peta
minda.

2
Berpengetahuan
ilmu bidang
Kemahiran
Kemahiran
mengurus dan
Praktikal
keusahawanan

Lapan
Kemahiran Dimensi Kemahiran dan
pembelajaran Kualiti
sepanjang hayat tanggungjawab

Guru

Kemahiran
penyelesaian Nilai, Sikap dan
masalah dan profesionalisme
saintifik Kemahiran
komunikasi,
kerja
berpasukan dan
kepimpinan

3
3.0 Kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan

Permuafakatan sekolah dalam komuniti penting bagi membantu pihak sekolah dalam
usaha ke arah kejayaan murid dan mencapai matlamat pendidikan. Kepentingan
permuafakatan ini adalah untuk manfaat bersama sekolah dengan komuniti. Antara
kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan adalah dapat mencapai matlamat
pendidikan. Menurut Poston (1992), “sekolah yang cemerlang tidak dibina bersendirian.
Sekolah memerlukan komuniti dan komuniti memerlukan sekolah. Persefahaman dan
penyuburan muafakat antara sekolah dengan ibu bapa akan menjurus kepada kecemerlangan
pendidikan di mana ibu bapa dan guru berpeluang untuk berkomunikasi demi untuk
menyelesaikan segalah masalah yang timbul. Melalui itu, matlamat pendidikan di pihak ibu
bapa dan pihak sekolah akan dapat dicapai.

Kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan yang seterusnya adalah dapat


menambah baik kemudahan pendidikan. Melalui sokongan dan sumbangan kewangan
daripada komuniti seperti pihak swasta akan dapat menambah baik kemudahan pendidikan.
Kepudahan pendidikan ini amat diperlukan oleh murid demi menjamin keselesaan pelajar
untuk belajar di dalam suasana yang kondusif dan memperoleh akses pendidikan dengan
lebih mudah.

Di samping itu, permuafakatan komuniti dalam pendidikan juga dapat menangani


masalah disiplin murid. Seperti semua sekolah yang lain, masalah disiplin murid merupakan
masalah yang amat sukar untuk ditangani. Oleh itu, masalah ini memerlukan kerjasama
komuniti untuk menanganinya demi menjaga kebajikan semua pihak. Permuafakatan yang
wujud membolehkan sekolah dan komuniti mengambil tindakan yang sewajarnya dalam
membendung masalah disiplin murid.

Selain itu, permuafakatan komuniti di dalam pendidikan akan dapat meningkatkan


pembangunan profesionalisme guru melalui hubungan kerjasama antara sekolah dengan
seolah lain. Perkongsian ilmu dan kemahiran guru pakar membolehkan pembangunan
profesionalisme guru ditingkatkan. Hal ini akan dapat memperbaik kaedah pengajaran di
dalam kelas dan kemahiran kemahiran lain yang perlu ada pada seorang guru. Tuntasnya,
permuafakatan antara sekolah melalui perbincangan muhibah antara guru boleh
meningkatkan lagi prestasi sekolah masing masing.

Akhir sekali, kanak kanak juga akan dapat belajar dengan lebih baik melalui wujudnya
hubungan permuafakatan komuniti dalam pendidikan. Menurut Gallagher dan Moore (2005),”Garis
dasar bagi mana mana program hubungan sekolah dan komuniti adalah bagi membantu kanak
kanak untuk belajar dengan lebih baik. Mereka akan belajar jika ibu bapa juga terlibat. Oleh itu,
melalui permuafakatan, sekolah dan komuniti dapat memberikan

4
peluang kepada sesama guru dan ibu bapa untuk berbincang mengenai pencapaian anak
anak mereka dan berbincang mengenai cara ibu bapa untuk membantu anak anak mereka
dalam pembelajaran.

Membantu pihak sekolah


dalam usaha ke arah
kejayaan murid dan Menambah baik
mencapai matlamat kemudahan pendidikan
pendidikan

Menangani masalah
Kepentingan
permuafakatan disiplin murid.
Komuniti dalam
pendidikan

Meningkatkan
pembangunan
profesionalisme
guru
Pembelajaran
yang lebih
berkualiti oleh
kanak kanak

Rajah 3.0

5
4.0 Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

Berdasarkan amalan antarabangsa, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah sangat


luas dan pelbagai. Menurut Suruhanjaya Eropah, PSH adalah segala aktiviti pembelajaran yang
dilakukan dengan tujuan memperkembangkan kemahiran dalam pelbagai aspek seperti sosial dan
pekerjaan. Selain itu, The National Organization for Economic Co-operation and Development
(OECD) pula mentakrifkan PSH sebagai semua jenis aktiviti yang tidak mempunyai had umur yang
tetap. Malah, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) juga
telah mengesahkan bahawa pendidikan secara tidak formal merupakan sebahagian daripada
PSH. Kesimpulannya, pembelajaran sepanjang hayat adalah apabila seseorang itu meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berupaya membawa kepada perubahan sikap dan tingkah
laku yang lebih baik, seterusnya meningkatkan potensi diri dan keupayaan individu di samping
membentuk amalan nilai profesional untuk menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat
dan negara.

5.0 Cabaran Profesionalisme Keguruan dan Pendekatan Elemen Keguruan dalam


Menangani Cabaran tersebut

Cabaran pertama dalam profesionalisme keguruan adalah untuk melahirkan murid


yang dapat menyumbang kepada kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara. Pengetahuan
merupakan teras kepada kejayaan seseorang itu dan pengetahuan tersebut mestilah beguna
dan mampu untuk membina hidup yang lebih baik. Dalam konteks ini, cabaran yang dihadapi
oleh profesion keguruan adalah untuk membentuk murid dengan semua pengetahuan yang
diperlukan demi untuk meningkatkan ekonomi negara seperti pengetahuan dalam bidang
bahasa, matematik, teknologi, sains sosial dan banyak lagi. Oleh itu, pendekatan elemen
keguruan paling sesuai yang boleh diterapkan untuk mengatasi cabaran ini adalah dengan
mempraktikkan pengetahuan ilmu bidang yang diceburi kepada murid dengan lengkap di
samping sentiasa mempraktikkan proses inkuiri dalam pembelajaran di dalam kelas agar
murid mendapat pengetahuan yang cukup dan berkualiti di dalam kelas. Dalam hal ini,
seorang guru perlulah sentiasa peka dengan kemahiran dan bakat tersendiri yang ada pada
pelajar agar guru boleh membimbing dan memimpin anak murid mereka dalam proses
pemilihan laluan kerjaya yang sesuai dengan mereka di samping memperkembangkan
potensi yang ada di dalam diri pelajar.

Cabaran yang kedua adalah untuk membentuk murid yang kreatif dan inovatif. Kreatif
ditakrifkan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru
dan asli manakala inovatif pula bermaksud merupakan satu inovasi ataupun perubahan yang
berlaku sesuatu. Oleh hal yang demikian kreativiti dan inovasi penting bagi menjadikan

6
tugas guru dan dunia pendidikan lebih menarik di samping dapat mengembangkan bakat serta
kebolehan pelajar. Dalam hal ini, peranan guru amat penting kerana pelajar yang cemerlang
lahir daripda guru yang cemerlang. Seorang guru perlulah menjadi tulang belakang kepada
muridnya untuk mencari idea idea dan menjadi pencetus ataupun ransangan kepada pelajar
untuk meningkatkan daya keratif dan inovasi mereka. Oleh sebab itu, pelbagai bentuk teknik
pembelajaran seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) perlu dibuat untuk
menghadapi cabaran globalisasi kerana cabaran globalisasi adalah perubahan dinamik yang
memerlukan profesion keguruan untuk sentiasa megadaptasi perkembangan inovasi dan
kreativiti ketika proses pembelajaran sedang berlansung. Seterusnya, cabaran yang ketiga
dalam profesionalisme keguruan pula adalah kemampuan untuk menyediakan murid dengan
kemahiran dan pengetahuan revolusi maklumat (TMK). Menteri Pendidikan Dato’ Sri Mohd
Najib Razak dalam ucap utama di Majlis Perasmian Persidangan “Discovery Malaysia ‘97”
berkata: “proses pendidikan di negara kita menjelang abad ke-21 tidak dapat lari daripada
mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan multimedia. Perkara ini penting untuk
melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketerampilan dalam bidang teknologi
digital seperti negara negara maju yang lain”. Cabaran seorang guru di sini adalah untuk
meningkatkan kepakaran mereka di dalam bidang teknologi maklumat agar negara boleh
berjalan seiring dengan negara negara maju yang lain. Cabaran yang dihadapi guru ini bukan
mudah, tetapi kedua dua cabaran ini boleh ditangani oleh guru dengan mempraktikkan
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat di mana guru perlulah sentiasa bersifat terbuka dan
sentiasa meningkatkan daya kreatif mereka agar dapat melahirkan murid yang kreatif dan
inovatif. Sebagai contoh, guru perlulah membimbing pelajarnya dan memberikan idea idea
dan petunjuk kecil kepada murid dan secara tidak lansung mereka akan dapat
mengembangkan dan menambah idea itu dengan usaha mereka sendiri. Bukan itu sahaja,
guru juga perlu bersedia dengan segala kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan
peratusan murid yang celik komputer sekaligus jurang celik TMK yang masih wujud antara
masyarakat bandar dan luar bandar. Dalam hal ini, antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh
seorang guru untuk meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat adalah mengambil
kelas tuisyen mengenai kemahiran teknologi maklumat. Bukan itu sahaja, guru juga boleh
mengamalkan kaedah ‘try and error’ iaitu kaedah mencuba sesuatu sesuatu secara
berterusan sehingga percubaan itu berjaya.

Cabaran profesionalisme keguruan yang keempat adalah untuk melahirkan murid


yang mampu berdaya saing di peringkat globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia perlu
meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan agar mencapai pendidikan yang bertaraf
dunia. Perkara merupakan cabaran terbesar guru kerana mereka adalah pemangkin kepada
pembelajaran pendidikan yang bertaraf dunia kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian

7
kerana apa yang diajar oleh guru itulah ilmu yang diperoleh oleh murid. Jika guru hanya
mengajar secara ala kadar maka ilmu yang diperoleh murid akan menjadi kurang berkualiti
berbeza dengan guru yang mengajar dengan sepenuh hati dan mencurahkan semua ilmunya
kepada murid. Oleh sebab itu, antara langkah yang boleh diambil untuk menangani cabaran
ini ialah guru di Malaysia perlu mempunyai kualiti profesional yang tinggi, berpandangan jauh
dan berpengetahuan luas agar pelajar yang berkualiti boleh dibentuk. Sebagai contoh,
walaupun guru itu mengajar subjek Bahasa Melayu namun dia juga mahir untuk mengajar
dalam subjek lain seperti Bahasa Inggeris dan Matematik. Bukan itu sahaja, seorang guru
juga perlu bersedia dengan soalan yang lebih mencabar untuk murid agar murid yang benar
benar berkualiti akan terbentuk. Rasionalnya pembentukan murid yang berkualiti di Malaysia
ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing di peringkat globalisasi.
Sebagai contoh pada Mei 2018, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) telah
mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan Akhir Projek Nuklear
di Gyeongju, Korea Selatan.

Cabaran profesion keguruan yang kelima adalah inovasi di dalam kurikulum.


Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan seiring dengan
perkembangan yang berlaku di sekelilingnya kerana apa sahaja perubahan yang berlaku akan
memberikan kesan terhadap pendidikan terutamanya aspek kurikulum. Menurut Kamus
Dewan, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan atau perihal, mengadakan dan
memulakan sesuatu yang baru. Dalam konteks pendidikan, inovasi bermaksud sebagai sayu
usaha yang dirancang dengan teliti bagi memperbaiki amalan proses pendidikan untuk
mencapai beberapa objektif pendidikan bagi kebaikan masyarakat dan negara. Oleh sebab
itu, guru guru perlu memperbaiki dan meningkatkan teknik, pengajaran, penggunaan alat
bantuan mengajar dan pendekaran pengajaran mereka. Bagi menangani perubahan di dalam
inovasi, guru perlu mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat dengan mengamalkan
budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya menulis dan budaya berkarya.
Melalui amalan ini, guru akan lebih bersedia dengan segala perubahan dan inovasi yang
berlaku di dalam dunia pendidikan. Hal ini demikian kerana peningkatan dalam ilmu
pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan
menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, pemangkin
dan pendorong pembelajaran.

Cabaran profesion keguruan yang terakhir adalah untuk membentuk murid yang
patriotik. Generasi kini perlu diberi kesedaran tentang pentingnya sumbangan mereka kepada
negara agar sifat jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia tidak hilang. Dalam hal ini, murid
perlu tahu peranan mereka dan siapa mereka dalam proses memartabatkan Malaysia.
Penyuburan nilai patriotisme dalam kalangan murid pada ketika ini agak susah untuk

8
dilaksanakan berikutan banyak budaya luar yang mempengaruhi pelajar. Antara budaya luar
yang banyak mempengaruhi murid kini salah satunya adalah budaya barat. Secara kasarnya
tujuan pengaruh barat adalah untuk menundukkan negara kepada kuasa imperialis ddengan
meleburkan nilai nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas
asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Dalam hal ini,
perkara paling teruk yang boleh dilihat di dalam budaya barat ini adalah pemesongan ajaran
agama dan memusnahkan keperibadian seseorang. Antara contoh budaya barat ialah budaya
punk, black metal dan banyak lagi. Oleh itu untuk menangani cabaran ini, seorang guru harus
mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang baik di mana guru boleh menyelesaikan
masalah yang timbul dengan sistematik dan efisien menggunakan kemahiran yang telah
dipelajari. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang terlalu obses dengan budaya barat, guru
haruslah memainkan peranan dengan menasihati murid tersebut mengenai betapa buruk dan
bahayanya budaya barat kepada diri mereka dan negara mereka sendiri. Melalui itu, murid
seharusnya mulai sedar mengenai keburukan budaya luar dan semangat cinta akan negara
mereka akan terbentuk kerana mereka tahu mereka hidup di negara yang aman damai dan
bebas daripada perkara yang menyesatkan.

6.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, cabaran profesionalisme keguruan kini memerlukan guru


untuk memainkan peranan yang lebih banyak dan berkesan demi untuk membina masyarakat
madani yang berpengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana kemampuan pendidik dalam
menangani semua cabaran globalisasi sudah pasti akan membuatkan pelajar mampu
bersaing pada peringkat globalisasi seterusnya mengangkat nama negara di persada
antarabangsa. Tidak dapat dinafikan juga bahawa pembelajaran sepanjang hayat juga
menjadi kunci utama untuk para guru terus memperbanyakkan lagi ilmu mereka sesuai
dengan keperluan negara yang sentiasa berubah agar murid terus mendapat pendidikan yang
sesuai dan berkualiti. Oleh itu guru perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mendidik
murid kerana daripada seorang guru, lahirnya seorang ilmuwan, sejarawan, angkasawan,
doktor dan banyak lagi.

9
7.0 Rujukan

Shamsiah Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim (2017). Pengantar Pengajian Profesional.

Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sang, M.K., (2011). Falsafah Pendidikan Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan.

Puchong: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

Ismail Mustafa & Ahmad Miskon (2011). Pengantar Pendidikan. Puchong:

PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

Shahril Marzuki & Habib Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia Sorotan dan

Cabaran. Kuala Lumpur: UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD

Rahim Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Selangor :

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dimuat turun

daripada : https://www.moe.gov.my/pendidikan/pembelajaran-sepanjang-hayat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan

Profesionalisme Keguruan. Dimuat turun daripada : https://www.moe.gov.my/

Menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-awal-pelan-induk-pembangunan

-profesionalisme-keguruan/file.

Dania Zainuddin. (2018). Pelajar sekolah luar bandar menang pertandingan nuklear

Antarabangsa. Dimuat turun daripada: https://www.google.com.my/amp/www.astro

Awani.com/berita-malaysia/pelajar-sekolah-luar-bandar-menang-pertandingan-

nuklear-antarabangsa-176931%3famp=1

10

Anda mungkin juga menyukai