Anda di halaman 1dari 18

16 NILAI MURNI

ALAM
SEKITAR
1. Prinsip rendah diri.

Bumi bukanlah milik manusia sahaja;


kita adalah sebahagian daripada
bumi dan alam
2. Prinsip bekerjasama.

Peranan kita adalah untuk memahami,


bekerja seiring jalan serta hidup
berharmoni dengan alam tabii, dan
bukan untuk menawan, menjajah serta
mengeksploitasinya.
3. Prinsip menghormati
alam/bumi.

Semua spesies sama ada berguna atau


tidak kepada menusia mempunyai hak
untuk hidup atau sekurang-kurangnya
berjuang untuk hidup.
4. Prinsip kehidupan seimbang.

Kebahagian hidup diperoleh daripada


kemajuan dalam aspek kebendaan dan
kerohanian tanpa mengabaikan
kepentingan alam sekitar
5. Prinsip mementingkan
kemapanan ekosistem.

Sesuatu tindakan adalah baik apabila


dapat mengekalkan keuntuhan ekologi,
keterusan dan kepelbagaian sistem yang
menyara kehidupan di bumi, untuk kita
dan kehidupan lain.
6. Prinsip mengekalkan kehidupan
liar dan kepelbagaian hidup.

Tindakan mengekalkan hidupan liar


dan kepelbagaian hidup.
7. Prinsip kerosakan minima.

Apabila kita terpaksa melakukan


perubahan kepada alam / bumi untuk
memenuhi keperluan kita, kita mestilah
memilih cara yang akan mengakibatkan
kerosakan yang minima.
8. Prinsip perubahan berterusan.

Sekiranya kita ingin melakukan perubahan


kepada alam l bumi, kita mestilah mengikut
kadar dan cara yang sesuai dengan alam /
bumi.
9. Prinsip ekonomi bukanlah
segala-galanya.

Anggapan bahawa manusia dan benda-


benda hidup sebagai tidak mempunyai
sebarang nilai selain daripada nilai
ekonomi amatlah salah.
10. Prinsip mengiktiraf hak mereka
yang belum lahir atau hak generasi
yang akan datang.

Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan


yang sama kalau tidak pun lebih baik lagi
daripada apa yang kita temui pada mulanya.
11. Prinsip tanggungjawab
setiap individu.

Setiap orang mestilah bertanggungjawab


ke atas pencemaran dan degradasi alam
sekitar yang diakibatkan olehnya.
Membuang bahan cemar di tempat orang
lain, seumpama kita racuni orang yang
mendiami tempat itu.
12. Prinsip kesederhanaan.

Tiada individu, badan korporat ataupun


negara mempunyai hak yang tidak terbatas
ke atas sumber-sumber alam / bumi yang
terhad; jangan biarkan keperluan bertukar
menjadi laba.
13. Prinsip perlindungan dan
pemulihan ekosistem.

Kitamestilah melindungi ekosistem yang


masih liar dan memperbaiki semula
yang telah rosak.
14. Prinsip etika melebihi hukum.

Dalam melindungi dan memastikan


ketruswujudan alam / bumi, lakukanlah
lebih baik daripada apa yang dikehendaki
oleh undang-undang.
15. Prinsip mengalami dan meng-
hayati sendiri adalahpaling baik.

Cintailah
alam / bumi dengan mengalami
dan menghayati udara, air, tanah,
tumbuhan, dan haiwan.
16. Prinsip mencintai
persekitaran.

Kenalilahpersekitaran kita supaya kita


dapat memahami dan mencintainya.
anda mula faham apa itu
PPAS

Anda mungkin juga menyukai