Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan video yang ditunjukkan, kemukakan konsep persekitaran pembelajaran daripada aspek

fizikal, sosial dan emosi. Anda boleh memberikan pandangan/idea/respons atau maklumbalas berkaitan
video tersebut. Anda bebas menyuarakan pandangan anda dan buat dalam bentuk Microsoft Word.
Jumlah idea yang dikemukakan adalah antara 5-10 idea.

Fizikal
PERABOT DAN PERALATAN
● Saiz perabot yang digunakan juga sangat sesuai dengan ketinggian kanak-kanak seperti
basin yang rendah, almari yang tidak tinggi sangat supaya kanak-kanak senang untuk
mendapat dan kembali peralatan yang diletakkan di atas almari, meja yang berbentuk
bulat supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti dalam kumpuan, sofa yang selesa
di sudut bacaan dan lain-lain
● Penggunaan kotak lut sinar untuk menyimpan peralatan suapaya kanak-kanak dapat
melihat apa yang ada dalam kotak dan senang untuk mereka menyimpan peralatan
selapas digunakan. Terdapat juga tanda nama peralatan pada kotak dan bawah kotak
supaya kanak-kanak tidak akan letak peralatan di kotak yang berbeza. Hal ini juga dapat
melatih kanak-kanak untuk menanda nama peralatan tersebut.
● Menampar contoh gambar pada dinding di setiap kawasan yang berbeza supaya
kanak-kanak dapat tahu apa yang perlu dilakukan di kawasan tersebut. Terdapat juga
contoh gambar seperti gambar produk yang disiapkan oleh kanak-kanak lain supaya
kanak-kanak yang tiada idea dapat idea pada gambar tersebut dan membina produk
sendiri.
● Pengguaan LCD dalam pengajaran kanak-kanak. Hal ini dapat menarik minat
kanak-kanak dalam pembelajaran mereka kerana mereka mudah ditarik oleh warna
yang terang dan berwarna-warni.
● Penggunaan kad seperti kad masa main, kad masa belajar dan lain-lain untuk
membezakan setiap sesi.
● Terdapat juga kadbod yang senaraikan tanggungjawab kanak-kanak dalam kelas seperti
siapa matikan suiz lampu selepas habis kelas, siapa melibatkan dalam menyiram bunga
dan lain-lain. Hal ini dapat membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri kanak-kanak

PENCAHAYAAN
● Terdapat pengcahayaan yang baik dengan mempunyai tingkap yang agak besar supaya
dapat mengumpul cahaya matahari dan terdapat juga bilangan lampu yang agak banyak
supaya tidak terlalu gelap semasa menjalankan aktiviti.

RUANG
● Penggunaan perabot yang berbeza untuk memisahkan ruang kepada beberapa
kawasan seperti kawasan minat dan kawasan bermain.
● Penggunaan perabot yang berbeza juga telah memisahkan ruang kepada kawasan
senyap dan kawasan bising. Kawasan senyap ini lebih sesuai digunakan untuk belajar
dan kawasan bising tersebut lebih sesuai digunakan untuk bermain atau menjalankan
aktiviti main peranan.
● Terdapat kawasan luar yang besar supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti fizikal
di luar.
● Antara ruang yang ada pada prasekolah ialah sudut bacaan, sudut main peranan, sudut
main pasir, sudut belajar, sudut digital, sudut muzik, sudut lukis, sudut kraf tangan dan
sebagainya.

KUALITI UDARA
-

SOKONGAN TEKNOLOGI
● Terdapat sudut digital yang mempunyai 3 komputer untuk digunakan oleh kanak-kanak.
● Penggunaan LCD semasa sesi pembelajaran bahasa

ASPEK KESELAMATAN
● Tiada peralatan yang tajam di sekeliling kanak-kanak. Kanak-kanak hanya
menggunakan gunting yang tidak tajam untuk menjalankan aktiviti.
● Kanak-kanak perlu mencuci tangan mereka selepas menjalankan apa-apa sahaja
aktiviti. Hal ini dapat menjamin keselamatan dan kebersihan kanak-kanak
● Guru sentiasa di sekeliling kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti dan tidak
meninggalkan mereka sendiri untuk menjalankan aktiviti. Guru juga akan demo cara
penggunaan peralatan sebelum peralatan digunakan oleh kanak-kanak.

Sosial
KERJASAMA ANTARA PELAJAR
● Kanak-kanak telah menjalankan kerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan
aktiviti. Kanak-kanak telah bekerjasama semasa bermain lego dan magna tiles untuk
menghasilkan sebuah produk.Mereka akan menjalankan komunikasi semasa
menjalankan kerjasama dan hal ini dapat mengalakkan kanak-kanak untuk
berkomunikasi dengan orang lain.

INTERAKSI
● Guru telah mengalakkan interaksi yang positif di dalam kalangan kanak-kanak. Guru
akan membantu kanak-kanak untuk memberi pandangan mereka dalam cara yang
betul. Guru juga tidak akan mengeluarkan perkataan yang tidak diingini di hadapan
kanak-kanak.
● Guru-guru juga akan menyuburkan sikap hormat-menghormati dalam kalangan
kanak-kanak dengan memberitahu kepada kanak-kanak supaya sentiasa menghormati
guru dan rakan mereka.

KEBEBASAN MENJANA IDEA


● Kanak-kanak diberikan peluang untuk menjana idea mereka semasa menjalankan
aktiviti. Guru tidak akan mengganggu kanak-kanak untuk mengeluarkan idea mereka
tetapi hanya akan memberikan cadangan kepada kanak-kanak semasa kanak-kanak
tidak dapat mengeluarkan idea.
● Guru tidak akan memandang rendah idea kanak-kanak tetapi akan memberikan pujian
kepada kanak-kanak.Hal ini dapat membina keyakinan di dalam diri kanak-kanak dan
juga dapat mengalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif.

PERATURAN YANG JELAS / DISIPLIN


● Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi oleh kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti
dan selepas menjalankan aktiviti seperti letak balik peralatan yang digunakan di tempat
asal, mencuci tangan selepas menjalankan aktiviti dan sebagainya. Hal ini dapat
memupuk disiplin dalam diri kanak-kanak.
● Guru akan membuat rancangan rutin sebelum kelas supaya masa dapat digunakkan
dengan sebaiknya untuk semua aktiviti yang perlu dijalankan.

Emosi
IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF DAN SELESA-KURANGKAN TEKANAN
● Selesa yang kondusif dan menarik telah mengurangkan tekanan kanak-kanak ke
sekolah. Guru yang bermesra juga telah memberikan impak yang positif terhadap
kanak-kanak ke sekolah. Riutin yang begitu menarik juga dapat menggurangkan tekana
kanak-kanak. Bilik darjah juga dihias dan dicat dengan menarik. Sekeliling yang selesa
dan guru yang mesra telah meminimumkan ketakutan dan ketidakselesaan kanak-kanak
untuk menerima sekeliling yang baharu.

SEMUA KEPERLUAN DIPENUHI HUBUNGAN MESRA GURU-MURID


● Terdapat pelbagai kawasan yang dapat memenuhi keperluan kanak-kanak seperti
kawasan yang boleh menjalankan aktiviti fizikal, kawasan yang membolehkan
kanak-kanak untuk membaca, kawasan yang membolehkan kanak-kanak untuk
menggunakan alat digital dan lain-lain.
● Guru juga telah menjalankan hubungan yang baik dengan kanak-kanak dengan bersifat
mesra dengan kanak-kanak. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk biasakan diri
dalam sekeliling yang baharu.

TEMPAT YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK BELAJAR-ELAKKAN KETAKUTAN


● Tiada peralatan yang tajam di sekeliling kanak-kanak. Kanak-kanak hanya
menggunakan gunting yang tidak tajam untuk menjalankan aktiviti.
● Kanak-kanak perlu mencuci tangan mereka selepas menjalankan apa-apa sahaja
aktiviti. Hal ini dapat menjamin keselamatan dan kebersihan kanak-kanak
● Guru sentiasa di sekeliling kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti dan tidak
meninggalkan mereka sendiri untuk menjalankan aktiviti. Guru juga akan demo cara
penggunaan peralatan sebelum peralatan digunakan oleh kanak-kanak.

PELUANG SAMA RATA TIADA DISKRIMINASI


● Guru tidak akan bersifat berat sebelah semasa berlaku sebarang pertengkaran antara
kanak-kanak
● Guru akan mengaplikasi sifat berkongsi dalam kalangan kanak-kanak supaya
kanak-kanak dapat membangun sifat tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan
mereka

Anda mungkin juga menyukai