Anda di halaman 1dari 43

1

PENGUCAPAN
AWAM
YANG BERKESAN

Kata Pujangga
Orang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu

untuk diperkatakan manakala orang yang bodoh


kerana memperkatakan sesuatu
(Plato)

Sesuatu perkataan sebelum diujarkan adalah milik

individu tetapi setelah diujarkan sudah menjadi


milik orang lain. Justeru, berhati-hatilah kita
berkata-kata kerana telajak perahu boleh diundur,
telajak kata buruk padahnya.

Kehalusan Budi
Kalau hendak tahu orang berbangsa,
Tengok kepada budi dan bahasanya
Dalam berkata berlemah lembut
Dalam melangkah berpatut-patut
Bila duduk tahu tempatnya
Bila tegak tahu adatnya.
(Hashim Hj Musa,2008:8)

Tujuan Ucapan
Penerangan @ pengajaran
Ucapan sesuatu majlis perpisahan
Menarik perhatian - pembeli

Konsep Pengucapan Awam


Komunikasi untuk menyampaikan maklumat

kepada sejumlah orang ramai. Contohnya seseorang


pengurus menyampaikan pesanan atau amanat
kepada para pekerja bawahan atau seorang
pensyarah sedang menyampaikan kuliah.
Bentuk pengucapan awam ceramah, seminar,
syarahan, pidato, dialog, perdebatan.

Elemen-Elemen yang Mempengaruhi


Keberkesanan Pengucapan Awam
Pengucap (Speakers)
Mesej
Saluran
Pendengar (Audiens)
Maklum Balas
Gangguan
Setting

Pengucapan Awam (PA) yang Berkesan

PA yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej

yang hendak disampaikan kepada pendengar dengan


jelas.
Mesej diterima oleh audien adalah tepat dan betul
Perubahan yang berlaku akibat dari PA adalah
bertepatan dengan perubahan yang dicadangkan

Pengucap (Speaker)
Mempunyai mesej disampaikan untuk makluman,

mempengaruhi, memberikan inspirasi atau


menghibur.
Perlu merancang, penyelidikan, persediaan, dan
latihan yang sewajarnya untuk mencapai objektif.
Speaker perlu ada:

MINAT
MOTIVASI
KREDIBILITI
PERANCANGAN
PERSEMBAHAN TERBAIK

Mesej
Maklumat yeng hendak disampaikan berjaya jika:

Tajuk sesuai
Perkataan tepat
Bahasa tepat
Contoh mencukupi
Gaya penyampaian yang sesuai
Susunan mesej jelas
Struktur persembahan mestilah mengandungi

pendahuluan, isi kandungan, cadangan, penutup

Audien
Audien ialah pelanggan anda. Analisis audien

diperlukan, bagi menentukan strategi pendekatan


dengan kaedah sesuai.
Pendekatan audien
Lingkungan umur audien
Anggaran audien
Anggaran jantina
Anggaran taraf perkahwinan
Anggaran bangsa
Anggaran latar belakang sosial dan budaya

Audien (samb)

Anggaran taraf pendidikan


Anggaran kerjaya
Anggaran minat
Anggaran tahap pengetahuan
pengharapan

Saluran
Lisan atau bukan lisan

Lisan Percakapan menggunakan suara


Bukan Lisan gerak-geri, lain-lain yang

Pertembungan mata dengan audien


Bunyi suara nada suara, kepelbagaian, kawal suara
Ketrampilan diri
Pakaian yang sesuai selesa (first impression)
Kredibiliti
Kualiti diri yang baik
Sikap terbuka, komited dan hormat
Mimik muka, pergerakan badan dan tangan

Rajah, carta, graf dan gambar

Maklum Balas

Sama ada mesej diterima dan tindak balas

Peka kepada maklum balas


Pinta maklum balas
Bertindak balas dengan maklum balas
Ulang penerangan untuk mendapat maklum balas
Luaran

Persepsi audien berbeza

Maklum Balas
Luaran

Persepsi audien berbeza


Pemahaman berbeza
Prasangka
Bising
Fizikal/psikologi audien
Tidak tumpu perhatian

Sifat Kasih Sayang


Adat hidup orang yang mulia
Mengasihi sahabat menyayangi saudara
Lebih dan kurang tidak berkira
Pahit dan manis sama dirasai
Berkawan tidak memilih bangsa
Bersahabat tidak memandang harta
(Hashim Hj Musa,2008:10)

Setting

Diperlukan mengetahui keluasan bilik


Kemudahan yang ada audio, video dll.
Suhu bilik
Lampu / cahaya dll.
Tempat berada semasa persembahan

Persiapan sebelum persembahan

Tajuk,Tarikh,Tempoh masa
Objektif
Bahan-bahan:
Penyelidikan
Perjalanan
Pengetahuan
Temu bual
Rangka Ucapan:
pendahuluan
kandungan
penutup

Persiapan sebelum persembahan


Menulis ucapan:

Nota ringkas
Teks ucapan
Nota edaran

Latihan
Menyemak isi perlu
Pembahagian masa
Kefahaman tentang isu
Merangka satu-satu isu
Kenal pasti kelemahan
Cuba nada suara, kelantangan, pergerakan badan,

mimik dsb.
Latihan depan rakan, cermin
Menggunakan nota pendek

Persembahan
Sedia segi fizikal, mental dan emosi
Tenang dan yakin
Kekalkan hubungan baik dengan audien
Penekanan isi penting
Bergerak bebas
Gunakan humor sewajarnya

Persembahan (samb)
Jangan kaku
Elakkan suara senada, halus, tinggi dsbnya.
Fokus pada audien dan mesej
Kurangkan gementar

Kesilapan umum dalam penggunaan


tatabahasa ucapan

Tiada kesatuan gagasan


Ayat yang terhasil tidak memperlihatkan tema ayat.

Subjek tidak jelas

Boleh dikatakan bahawa di seluruh dunia telah

mempunyai televisyen

Iaitu adalah suatu perjanjian antarabangsa.

Mengadakan undang-undang yang lebih ketat.

Peperiksaan yang menentukan masa depan pelajar.

Subjek bukan FN

Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan


bahawa kegiatan ajaran sesta dapat dibendung jika
masyarakat memberi kerjasama.

Subjek dan predikat tidak sejajar

Kesemua peserta yang mengikuti perkhemahan pada


tahun ini merupakan penyertaan pertama mereka.

Unsur subjek terpisah

Ramai pelajar menyangka terutamanya pelajar


bukan Melayu bahawa Bahasa Melayu tidak penting

Pancangan relatif yang salah

Pusat itu yang belanjanya belum diketahui dijangka


siap pada bulan hadapan.
Rantau Panjang merupakan bahagian yang paling
ramai mempunyai ahli setakat ini.
Perkara ini dianggap penting yang berkaitan dengan
kebudayaan negara.

Tiada kepaduan ayat

Tiada kepaduan hubungan antara sesuatu kata/frasa


dengan kata/frasa yang lain

Hukum DM

Kedua cara mempunyai sama faedah


Dengan lain perkataan, mereka tidak mengetahui

akan kelebihan menuntut ilmu

FK dengan kata kerja kembar

Dengan itu, kita mestilah proaktif dan berusaha


mendapatkan teknologi baru agar manfaatnya dapat
dinikmati.

FK tanpa penanda komplemen

Dalam perjalanan mencapai kemajuan, kita semua

mempercayai kejatuhan moral masyarakat


merupakan bayaran erti kemajuan.
Kerajaan negeri berpendapat bekalan air tidak dapat

tidak, perlu diuruskan dengan secekap mungkin

KKT + Objek

Kita harus berusaha memahami tentang penderitaan rakyat

terbanyak.

Ahli ekomoni harus membincangkan mengenai masa depan

ekonomi bumiputera.

Izinkan saya membawa para hadirin sekelian mengandaikan

pada satu situasi hipotetikal ini.

Kita mengetahui ada di kalangan saintis mula mengkaji dan

menyelidik untuk melahirkan sejenis nyamuk yang telah


diubah struktur genetiknya agar ia tidak membawa virus
malaria.

KSN salah

Kita mesti berpegang kepada Perlembagaan Negara

bahawa hak setiap rakyat sudahpun ditentukan.

Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi bahasa

dan nilai-nilai murni yang semakin diabaikan sejak


akhir-akhir ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran

mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang boleh


dilabelkan sebagai "Orang Timur".

Pentansitif kausatif/lokatif
Sebagai jiran, kita wajib turut serta dalam

menyembahyangkan jenayah jiran kita.

Allah telah menganugerahkan kita dengan kelebihan

akal.

keindahan Islam itu akan memberi kesan baik yang

menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah


masyarakat.

Sempena hari bersejarah ini, marilah kita berdoa semoga

Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pemimpin,


pejuang kemerdekaan, yang telah pergi mendahului kita.

Pentansitif kausatif/lokatif

Jangan sampai kemajuan itu mengajarkan kita pada

perkara yang sebaliknya

Televisyen telah banyak mengeluar dan

menayangkan filem.

Sejak akhir-akhir ini kita sering diperdengarkan

melalui radio tentang masalah disiplin. muridmurid.

Pentransitif per yang salah


Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba

mempertingkatkan status kedudukan sebagai suatu kelompok


yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal
dan permasalahan serta keperluan negara.

Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni

bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu


diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta
sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi
ke generasi seterusnya.

Kita perlu juga memperbaiki aspek dalaman yang dikenali

sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat


kita sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Penalaran dan logika yang tidak berkesan

Keupayaan untuk menggunakan daya hujah tidak

berkesan, dan penyusunan gagasan tidak dapat


diterima oleh akal yang sihat

Penalaran dan logika yang tidak berkesan


Kerajaan memang bertanggungjawab untuk menyediakan

kemudahan pendidikan kepada rakyat, tetapi negara sedang


mengalami kemelesetan ekonomi dan pelancong tidak banyak yang
datang ke negara ini.

Gurulah yang bertanggungjawab untuk memberi galakan dan

dorongan tentang kepentingan ilmu.

Hal ini jelas kerana semakin canggih teknologi semakin sibuk

masyarakat memenuhi kepeluan asas kehidupan yang maju. Ibu


bapa terpaksa mengejar kemewahan dengan lebih tekun.

Bagi masyarakat Cina, sarang burung layang-layang ini sangat

berkhasiat di mana air liurnya digunakan bagi membuat tonik


terutama sekali untuk khasiat menyembuh dan pemberi tenaga.

Ketidaksejajaran unsur ayat

Kerajaan negeri telah menyediakan banyak galakan seperti

menawarkan harga tanah perusahaan yang rendah, kadar bayaran


bekalan air yang dikurangkan, bayaran cukai tanah dan cukai pintu
yang diturunkan terhadap kilang-kilang perusahaan yang bakal
didirikan di negeri ini.

Kementerian akan menghentikan pemberian subsidi wang kepada

petani tetapi mereka akan diberi pinjaman tanpa faedah

Sejak kebelakangan ini, kemusnahan hutan paya bakau di pinggir

Sungai Juru dan sepanjang darpada jambatan Pulau Pinang hingga


ke Kuala Juru semakin luas berlaku untuk tujuan pembangunan.

Tidak berhemat dalam pengunaan


kata/frasa

Akibat daripada pencermaran air yang dilakukan ialah

menjadikan pendapatan hasil nelayan-nelayan turut merosot


sebanyak 50% bila masalah ini berlaku.

Kekurangan tenaga manusia bagi mengawas dan menguat

kuasa undang-undang sering digunakan sebagai alasan untuk


setiap tragedi yang berlaku akibat dari kekurangan
kakitangan awam.

Lain-lain punca pencemaran adalah membuang rumput ke

sungai oleh pihak tertentu yang turut menyumbang kepada


pertambahan masalah pencemaran ke atas sungai.

Tidak berhemat dalam pengunaan


kata/frasa

Ini jelas melanggar syarat perjanjian yang telah

ditetapkan di m,ana syarikat berkenaan telah


melanggar skim keselamatan yang telah disetujui
bersama.
Mereka sengaja memandu dengan melebihi had laju

yang telah ditetapkan oleh pegawai jalan hanya


untuk menandakan keberanian mereka.

Sekian

Terima kasih
Semoga berjaya

Anda mungkin juga menyukai