Anda di halaman 1dari 14

Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim hujan.

Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut melayang. Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini. Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini. Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurunkurun lalu. Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya. Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja. Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu,

bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global. Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini. PUNCA-PUNCA DAN KESAN-KESAN MENGANCAM EKOSISTEM Pengenalan Ekosistem memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi yang berpanjangan. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya seringkali diabaikan dalam keghairahan mengejar kemajuan jasmaniah. Warisan ini sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Perbuatan mencemarkan alam sekitar adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan nilai dan etika agama. Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran ekosistem. Kebanyakan pencemaran yang berlaku disebabkan oleh aktivitiaktiviti manusia. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dikenali sebagai bahan-bahan pencemar. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. AKTIVITI MANUSIA YANG

Jenis-jenis Pencemaran Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu : Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

Contohnya: Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda. Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda. Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut. Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat.

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Antaranya adalah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. (a) Pencemaran Udara Pencemaran udara diakibatkan oleh panambahan bahan pencemar seperti gas, debu dan asap ke atmosfera. Keadaan ini menyebabkan gangguan dalam kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita. Tambahan pula, iklim dunia juga terganggu. Antara bahan pencemar, gas karbon dioksida merupakan bahan pencemar utama di negara kita (Laporan Sahabat Alam Sekitar M'sia-1984) Asap yang mengandungi zarah karbon adalah bahan pencemar alam yang paling ketara. Apabila karbon banyak terdapat di atmosfera, wap air terkondensasi pada cuaca sejuk dan membentuk asbut. Oksida nitrogen terhasil daripada pembakaran bahan api dalam kenderaan bermotor atau kilang pada suhu yang tinggi. Selain itu, ia juga terhasil secara semulajadi semasa ribut petir dan tindakan bakteria dalam tanah.

1. Kesan Rumah Hijau Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera, sebahagian lagi pula sampai ke bumi untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai inframerah. Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Sinar akan akan akan sinar

Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-gas di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli. Pertambahan yang berterusan ini, jikalau tidak dikawal dijangka akan meningkat 15 bahagian per juta setiap 10 tahun.

Kesan rumah hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Air di lautan dan sungai akan menjadi panas dan lebih mudah tersejat. Tanahtanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Atmosfera akan menjadi lebih panas. Arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut kerap berlaku. Taburan hujan yang tidak seragam juga akan berlaku sehingga mengakibatkan kemarau, akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan naik dan banjir sedunia akan berlaku kerana bongkah-bongkah ais di kutub utara dan kutub selatan akan cair. Kejadian-kejadian yang akan berlaku mengancam kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain. Kejadian-kejadian itu akan mengganggu aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan bekalan air. Pertambahan penduduk dunia juga akan meningkatkan penggunaan tenaga. Permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan bertambah, lebih banyak akan ditebang dan dibuka dan kawasan perindustrian semakin banyak. Kesemua aktiviti ini akan mengakibatkan penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu bumi. Penipisan lapisan ozon atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan Stratosfera bumi. Lapisan ozon merupakan satu perisai semula jadi bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya. Lapisan ozon adalah sangat penting untuk keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan mengembalikan oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon. Jadi, lapisan ozon semakin nipis. Kebocoran pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon, molekul CFC berupaya menyerap haba 20,000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul karbon dioksida.

2. Jerebu Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, di mana pada tahun 1997, negara

telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat. Namun begitu kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Sabah juga terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk.

3.

Gas Beracun

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walau bagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya. Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang.

(b) Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran air berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai, lautan dan air tanah akibat aktiviti manusia.Pencemaran air berlaku disebabkan oleh pelbagai hal dan memiliki karakteristik yang berbeda-beda. Meningkatnya kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi. Sampah organik seperti air sewage menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya yang mengarah pada berkurangnya oksigen yang dapat berdampak parah terhadap seluruh ekosistem. Industri membuang berbagai macam pencemaran ke dalam air limbahnya seperti logam berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Air limbah tersebut memiliki efek termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik, yang dapat juga mengurangi oksigen dalam air.

Kesan-kesan Pencemaran Air Menjejaskan Kesihatan 1 . Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . 3 .Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .

Pembunuh Hidupan Air 1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . 2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . 3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air . 4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air . 5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

Memburukkan Keindahan Alam 1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang . 2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

Kajian Kes Terhadap Pencemaran Sungai Juru

Sungai Juru telah digolongkan oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai sungai tercemar di Malaysia. Bernama melaporkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menyenaraikan ia sebagai sungai paling kotor di Asia Tenggara. Menurut laporan tersebut, airnya begitu beracun sehingga tidak selamat diminum meskipun sudah dididihkan. Indeks Kualiti Air sungai ini kekal di Tahap 5 yang menunjukkan ia terlalu tercemar dan tiada ikan dapat hidup dalam sungai sedemikian. Oleh kerana kebanyakan kawasan di Lembah Sungai Juru bertukar menjadi kawasan bandar, sungai ini sekarang menghadapi risiko menjadi pembetung air buangan terbuka. Berdasarkan maklumat dikumpulkan dan siasatan tapak, pencemaran Sungai Juru disebabkan: i) ii) iii) sisa-sisa buangan industri dari kawasan perindustrian berdekatan sisa-sisa buangan dari pasar basah sisa-sisa buangan rumah tangga

iv) air kumbahan dan buangan dari kawasan perumahan atau kediaman Kawasan kediaman termasuk rumah-rumah setinggan di sepanjang Sungai Juru yang tidak dilengkapkan dengan sistem kebersihan yang baik. Sisasisa buangan rumah tangga dibuangkan terus-menerus ke dalam sungai manakala sistem perparitan dibina di tapak perindustrian juga terus disalurkan ke dalam sungai. Dari timbunan besar serpihan-serpihan yang kelihatan terapung-apung di tebing sungai berdekatan dengan Empangan Juru, sampah-sarap ini terdiri daripada:botol-botol air mineral styrofom bahan-bahan buangan pembinaan dan rumah tangga sisa-sisa makanan bekas-bekas minyak enjin topi keledar tayar-tayar kenderaan bahan-bahan plastik

Jadual 8 : Sampah sarap yang kelihatan di tebing sungai Empangan Juru

Kesan-kesan kumulatif Sungai Juru mendatangkan impak meluas seperti yang dicerminkan di bawah:-

Terdapat beberapa laporan terhadap kejadian lampau di mana ikan-ikan mati kelihatan terapung-apung di Kuala Sungai Juru. Nelayan-nelayan menyalahkan pencemaran perindustrian atas kematian ikan-ikan. Mereka menyatakan bahawa kilang-kilang dari kawasan perindustrian yang berdekatan melepaskan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Mata pencarian komuniti nelayan di mana kira-kira 100 orang daripada mereka tinggal di muara Sungai Juru telah terjejas. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi daripada dua orang nelayan; Sahidon bin Noor, berumur 55 tahun dan Mahmood bin Darus, berumur 48 tahun pada 27hb Ogos 2006 di Jeti Kuala Sungai Juru telah mendedahkan bahawa hasil ikan-ikan dan kerang-kerangan telah merosot secara mendadak. Sebanyak 60% kerang-kerangan yang dipungut dari kawasan pantai di Kuala Sungai Juru sudah mati disebabkan pencemaran air

berbanding dengan hanya 5% kerang-kerangan mati ketika keadaan baik pada masa yang lalu. Oleh kerana hasil kerang-kerangan merosot, kehidupan nelayannelayan menjadi lebih perit dan terpaksa menggandakan usaha hanya bagi mendapatkan nafkah yang sama sahaja seperti dulu untuk menyara hidup. Sesetengah jenis ikan sudah pupus di Sungai Juru banyak disebabkan oleh pencemaran manakala habitat-habitat dan flora-fauna di sini menghadapi bahaya atau ancaman kepupusan. Pengurangan paya bakau di tebing Sungai Juru telah mengancam habitat-habitat semulajadi dan ekosistem sungai ini. Pokok-pokok bakau yang lazimnya tumbuh di sepanjang tebing sungai bertindak sebagai perangkap dan menstabilkan mendapan, melindungi pinggir pantai daripada hakisan dan sebagai tempat burung burungbersarang. Tidak seperti pencemaran udara atau jerebu, orang ramai kurang peka terhadap pencemaran sungai kerana pencemaran air tidak mudah dikesan. Kebanyakan komuniti juga tidak mempunyai kesedaran penuh terhadap hakikat bahawa sebarang sampah-sarap yang dibuangkan ke atas tanah, jalan, tempat awam atau sampah-sarap yang tidak dikutip dan melimpah keluar dari tong sampah akan dibasuhi air hujan ke parit yang kemudian akan diangkut ke sistem sungai dan berlaku pencemaran akhirnya. (c) Pencemaran Tanah Pencemaran tanah merupakan pencemaran yang dilakukan oleh manusia secara sengaja atau tidak sengaja. Pencemaran tanah boleh dilihat sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Pencemaran tanah menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu. Di atas tanah dan persekitaran, manusia dan kebanyakan mahluk di bumi hidup melakukan segala aktiviti harian. Tanah merupakan sokongan hidup yang sangat penting kepada semua makhluk di bumi ini. Sejak zaman dahulu tanah telah banyak berjasa kepada makhluk di dunia ini terutamanya manusia, sama ada dijadikan tempat tinggal yang selesa ataupun tempat bercucuk tanam dan sumber pendapatan yang dapat menampung kehidupan manusia. Lebih daripada 10,000 tahun yang lalu, ketika manusia mula memahami dan mula menerokai tanah, telah banyak perubahan-perubahan yang telah dibuat terhadap tanah. Pada zaman ini terdapat pelbagai perubahan drastik telah dilakukan bagi memenuhi keperluan penduduk. Akibat daripada pertambahan penduduk melibatkan perkembangan urbanisasi, pembinaan jalan dan bangunan, pembuangan sampah dan sisa industri, perlombongan, penebangan hutan dan pertanian adalah di antara contoh-contoh aktiviti manusia yang membawa perubahan kepada kualiti tanah.

Dalam masa beberapa tahun akan datang kawasan seluas 97000 hektar akan ditebusguna di sepanjang pantai Malaysia sejauh 4800 kilometer. Perak dan Selangor masing-masing akan menebusbguna 6804 hektar dan 4047 hektar tanah sepanjang pantai. Usaha menebusguna tanah juga akan dilakukan di 210000 hektar bekas lombong di seluruh Malaysia. Kesan daripada pembukaan

tanah secara berleluasa maka telah mendatangkan kesan negatif ke atas tanah dan timbulnya masalah pencemaran tanah. Pembangunan Tanah Ke Atas Alam Sekitar (1) Pertanian Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Keadaan ini turut timbulnya masalah pencemaran tanah di mana racun serangga ini akan menyerap ke dalam tanah melalui liang-liang tanah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun di seluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin. Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama. Selain menimbulkan masalah pencemaran tanah akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. (2) Perlombongan Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar. Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar melalui penggunaan bon prestasi dan langkah fizikal lain. Walau bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka. Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.

Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian. Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara. (3) Pembalakan Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat . Berdasarkan kajian yang dilakukan, satu pertujuh hutan Amazon di Brazil telah diratakan, manakala 120,000 kilometer persegi hutan dimusnahkan setiap tahun. Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain . Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada sikap manusia dalam menjaga alam sekitar, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar . (4) Pembuangan Sisa Pembuangan sampah-sarap, sisa toksid dan nuklear akan menjadikan tanah beracub dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara ialah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia, pada 26 April 1986. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, dan beberapa bulan selepas itu 23 orang telah dilaporkan mati akibat kesan radioaktif nuklear ini. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran radioaktif terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dianggarkan menjana sampah 2500 tan sehari (912500 tan setahun). Daripada jumlah tersebut premis kediaman (domestik) menjana sampah sebanyak 65% (1625 tan) sehari. Dengan jumlah penduduk yang dianggarkan 1.5 juta orang maka purata sampah yang dijanakan setiap orang adalah sebanyak 1.7 kilogram sehari. Berdasarkan kepada

pertambahan sampah sebanyak 1.2% tan setahun, pada tahun 2020 sampah dijangka dijanakan adalah 3307 tan sehari (1210705 tan setahun). Dengan keadaan sedemikian tapak pelupusan sampah-sarap yang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk menampung sampah yang melampau banyak. Situasi ini bukan sahaja membawa masalah pencemaran tanah tetapi hutan terpaksa diteroka untuk dijadikan tapak pelupusan sampah.

(5) Aktiviti lain Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia seperti: Sisa industri juga turut merosakkan tanah dan menjadikannya kurang berkualiti. Hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut juga berperanan menjadikan tanah kurang berkualiti Hujan asid hasil daripada pelepasan gas toksid ke udara oleh industri akan menjadikan atmosfera beracun dan akan turun ke bumi dalam bentuk hujan dan meresap ke dalam tanah. Hakisan tanah diakibatkan oleh penebangan hutan atau pembalakan yang tidak terkawal. Pembangunan dan urbanisasi yang tidak terancang turut memberi sumbangan kepada pencemaran tanah Kemajuan dari segi pengangkutan menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalan raya, landasan keretapi dan lapangan terbang. Kesan Pencemaran Tanah Hakisan Tanah Aktiviti-aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.

Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah. Haiwan yang hidup di bawah tanag mati akibat pengumpulan racun ini.

Menjejaskan Kesihatan Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kumankuman penyakit ke tempat-tempat lain .

Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit.

Kekurangan Tanah Subur Pembinaan rumah-rumah kesusutan tanah. dan bangunan-bangunan menyebabkan

Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.

(D)

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi wujud hanya apabila bunyi yang berlebihan menganggu keselesaan hidup. Pencemaran jenis ini berhubung rapat dengan kemajuan industri dan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya.

Keamatan bunyi disukat dalam unit desibel(dB) yang menggambarkan kadar tenaga bunyi menembusi satu unit luas. Frekuensi yang selesa didengar oleh manusia ialah 500-2000 Hz manakala keamatan bunyi yang selesa pula ialah 60dB. Bunyi yang berkeamatan tinggi sehingga 85dB dan frekuensi lebih daripada 400 Hz dapat memberi kesan kepada pendengaran seseorang. Misalanya, seseorang itu mungkin mengalami kepekakan sementara atau kekal. Selain itu, ia juga menimbulkan gangguan emosi dalam seseorang dan dapat meninggikan tekanan darah seseorang. Bunyi-bunyi yang dapat memberi kesan sedemikian ialah: Roket-140dB Kapal terbang-130dB Lori-100dB Kilat-115dB Pengorek tanah-90dB

Klasifikasi Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis : (1) Kebisingan selenjar Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. (2) Kebisingan fluktasi

Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap. (3) Hentakan impuls Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. (4) Kebisingan selang-seli Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Pencemaran Bunyi dalam Laut Dengan semakin berkembangnya teknologi kelautan, banyak manfaat yang dapat diambil dari lautan. Di samping itu, teknologi itu juga membawa dampak negatif. Pencemaran laut merupakan salah satu dampaknya. Telah banyak pembahasan mengenai masalah pencemaran laut serta ada berbagai topik mengenai lingkungan laut serta pencemaran laut telah dikemukakan. Pencemaran suara di darat telah cukup mempengaruhi manusia serta lingkungan di darat. Sementara tanpa disedari bahawa di laut pun pencemaran suara ini membawa dampak bagi kehidupan di laut. Pencemaran suara di laut atau juga dapat disebut kebisingan laut merupakan salah satu isu yang cukup menarik dalam beberapa tahun ini. Belajar mengenai dampak pencemaran suara di laut atau bising laut menghasilkan beberapa kesimpulan yang cukup menarik, terutama terhadap mamalia laut. Tidak banyak orang mengetahui bahawa ternyata pencemaran suara di laut juga memberikan dampak yang bererti terhadap mamalia laut serta mahluk hidup lainnya di laut. Diketahui bahawa mamalia laut menggunakan suara sebagai alat komunikasi serta untuk kewaspadaan dalam mengenali lingkungannya. Beberapa kejadian menarik mengenai pengaruh kebisingan laut ini terhadap mamalia laut atau cetacean. Seperti yang terjadi di Laut Bahamas pada tahun 2000, di mana ditemukan paus yang terdampar dan diduga penyebabnya akibat pengaruh suara dari sonar yang digunakan oleh angkatan laut Amerika.

Lalu Lintas Kapal Terdapat banyak kapal-kapal yang beroperasi di laut menimbulkan kebisingan yang berpengaruh pada ekosistem laut dan umumnya berada pada batasan suara 1000Hz. Kapal-kapal Tanker Besar yang beroperasi mengangkut minyak biasanya mengeluarkan suara dengan level 190 desibel atau sekitar 500Hz. Sedangkan untuk ukuran kapal yang lebih kecil biasanya hanya menimbulkan gelombang suara sekitar 160-170 desibel. Kapal-kapal ini menimbulkan sejenis tembok virtual yang disebut white noise yang memiliki kebisingan konstan. White noise dapat menghalangi komunikasi antara mamalia di laut sampai batas untuk area yang lebih kecil.

Anda mungkin juga menyukai