Anda di halaman 1dari 1

TAWAK Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya.

Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'. SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. ENGKROMONG

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu Hari Gawai ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

Anda mungkin juga menyukai