Anda di halaman 1dari 3

KETIKA IBU MENGANDUNG

(ibu/isteri) 1. Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu benda. 2. Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu. 3. Tidak boleh memakan buah yang mengandungi air di dalamnya. (ayah/suami) 1. Tidak boleh memotong rambut. 2. Tidak boleh meniup seruling ataupun sebarang alat bunyian yang serupa. 3. Tidak boleh mencucuk/melubangkan hidung kerbau/lembu. 4. Tidak boleh menindik telinga kerbau/lembu.

PANTANG IBU YANG MELAHIRKAN


Pada zaman dahulu terdapat 3 peringkat berpantang mengikut status iaitu: 1. Orang kebanyakan 7 hari 2. Orang ada darjat 21 hari 3. Orang berdarjat 44 hari Sepanjang berpantang suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah manakala si ibu dan bayinya dikawal secara mistik agar tidak diganggu oleh roh jahat. Ibu yang baru melahirkan harus mematuhi pantang makanan iaitu tidak dibenarkan memakan: i. Ayam

ii. Daging iii. Ikan bertulang keras iv. Ikan berbisa v. Nasi sejuk vi. Nasi bercampur air, seperti bubur

Selagi bayi itu belum kuat (sehingga hari ke-7) adalah pantang membawa bayi tersebut ke ruang yang terdedah seperti beranda rumah. Oleh itu, upacara menamakan bayi baru lahir hanya akan dilakukan pada hari ke-8.

ADAT DAN CARA MEMBERI NAMA


Sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan, mannikau atau bidan akan memberikannya nama sementara. Ini bertujuan mengelakkan Rogon Gaiyoh mendahului memberi nama kepada bayi tersebut. Dikhuatiri semangat bayi tersebut akan dikuasai oleh Rogon Gaiyoh. Upacara rasmi agama dan adat pemberian nama pada hari ke-8 dan dilakukan di beranda. Dan ketika inilah bayi tersebut pertama kali dibawa keluar. Keluarga dan jiran-jiran dan orang kenamaan di kampung dijemput hadir, untuk berbincang bagi menentukan nama yang akan diberikan kepada anak tersebut. Upacara keagamaan yang terlibat dalam hal ini, disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mantera dan tatacaranya. Nama itu kemudian ditentukan dan diambil atas pilihan dari salah seorang yang hadir. Nama itu dipilih berdasarkan perhitungan dari segala macam peristiwa ketika anak itu dilahirkan, atau ada kalanya nama itu diambil dari nama salah seorang dari keluarga yang sudah agak jauh. Pemilihan dari nama keluarga ini dibuat kalau tiada sesuatu peristiwa penting yang sesuai untuk dijadikan dasar perhitungan nama anak itu. Contoh: a. Nama Kinduoh diberi kepada bayi yang lahir pada hariKoinduwo (ke-2) dalam pengiraan kalendar Kadazandusun. b. Nama Kambadiah diberi kepada bayi yang lahir pada hari tamu atau badih.

GAMBAR-GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai