Anda di halaman 1dari 101

MODUL ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL 2

2019

Strategi Kecemerlangan
“SKOR A” Pengajian Am
Penggal 2, 2019

BAHAGIAN
B
Alih Bentuk
Komunikasi

(JENIS-JENIS GRAF)

LATIH TUBI ALIH BENTUK


KOMUNIKASI

Page 23
MODUL ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL 2
2019

Page 24
MODUL ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL 2
2019
GRAF BAR KOMPOUN

JENIS MEDIA KATA KUNCI

Graf Bar  Semua soalan yang meminta untuk menyediakan graf yang sesuai, media yang
kompoun paling sesuai adalah GRAF BAR kecuali bagi soalan yang mempunyai kata kunci
untuk media graf garis.
 Menunjukkan “bilangan”
 Menunjukkan perbandingan sesuatu pembolehubah dalam suatu kumpulan
bar mengikut tempoh tertentu.
 Mempunyai banyak pembolehubah dalam satu tahun/tempoh yang sama.

Contoh kata kunci kompoun:


Bilangan, kuantiti, nilai (bentuk % atau RM), pengelasan.

Contoh Soalan:
1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan
graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan
import Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

2. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes warganegara


Malaysia yang hilang, jumpa semula dan masih hilang dari tahun 2008 hingga
2011.

3. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan guna tenaga


buruh mengikut sektor di Malaysia antara tahun 2004 hingga tahun 2006.

4. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai cukai jualan barangan
import mengikut jenis pada tahun 2010 hingga tahun 2012

5. Sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan perbelanjaan pembangunan


kerajaan Malaysia mengikut sektor bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun
2012. (STPM 2017).

6. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan calon tapisan


keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari
tahun 2012 hingga tahun 2014 (STPM 2018)

Page 25
MODUL ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL 2
2019

Contoh Jadual

1. Graf Bar Kompoun

Soalan: Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan
kawasan tanaman sayur-sayuran mengikut negeri terpilih dari tahun 2006 hingga anggaran tahun 2010.
(STPM U2013)

Tajuk mesti berada di tengah-


Angkubah 1 tengah jadual dan berhuruf besar
Unit wajib tulis

MALAYSIA : KELUASAN KAWASAN TANAMAN SAYUR-SAYURAN MENGIKUT NEGERI


TERPILIH DARI TAHUN 2006 HINGGA ANGGARAN TAHUN 2010

Tahun Keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran (hektar)


Negeri 2006 2007 2008 2009 2010 *
Baris
Kedah 1 013 1 333 1 330 1 760 1 440
Kelantan 3 053 4 287 3 610 3 348 4 100
Perak 1 385 1 385 581 1 205 620
Selangor 2 382 1 671 2 367 2 334 2 560
* Anggaran/jangkaan/ramalan
(disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan
Angkubah 2 2010, Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia)
Petunjuk Mesti berada di bawah
Jangan lebih sebelah kanan jadual dan disalin
daripada ¾ jadual bulat-bulat dari soalan

Jangan lebih
daripada garis jadual

Page 26
Contoh Graf Bar Kompoun

Tajuk
(Negara/isu/tahun)
Berhuruf Besar dan
ditengah2
Label/ Bar Perlu
(unit) diwarnakan
wajib elakkan
tulis melorek

Nilai
paksi
Y
/skala

Titik Dijarakkan bagi membezakan tahun


asas
wajib Jarak antara tahun tidak boleh lebih
besar daripada lebar bar
tulis

Petunjuk jika
melibatkan
negara/negeri
kena tulis Tulis Sumber di
“negara/negeri” ditengah kurungkan dan
atau di salin bulat2 drp
sebelah soalan
kanan
Contoh Jadual

1. Graf Bar Kompoun

 Ada data negatif diberi dalam PETIKAN PEMAHAMAN.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia antara Tahun 1999
hingga 2001.

MALAYSIA: KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI PELBAGAI SEKTOR


ANTARA TAHUN 1999 HINGGA 2001.

Tahun Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)

Sektor
1999 2000 2001

Perkilangan -3 17 12

Pembinaan -8 3.1 5.5

Perlombongan 0.4 0.6 1.7


Pertanian, penternakan,
perhutanan dan 0.2 0.5 1.8
perikanan

Perkhidmatan -5.8 4.9 5.2

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi,


2001-2002)

Ada data negatif diberi


dalam petikan pemahaman
Contoh Graf Bar Kompoun

 ada data negatif diberi dalam petikan pemahaman.

MALAYSIA: KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI PELBAGAI


SEKTOR ANTARA TAHUN 1999 HINGGA 2001.

Kadar
Pertumbuhan
Ekonomi (%)
20

Dijarakkan bagi membezakan tahun


15

10

Dijarakkan dari Paksi Y


5

-5

Skala
mesti -10
sama
1999 2000 2001
( +ve dan
–ve) Tahun
Skala : 1 sm= + 2.5 %
Petunjuk: Perlu dibuat
Simbol positif dan negatif
wajib tulis satu Garisan
Perkilangan
Pembinaan
Perlombongan
Pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan
Perkhidmatan
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan
Ekonomi, 2001-2002)
GRAF GARIS MUDAH/KOMPOUN

JENIS MEDIA KATA KUNCI

Graf Garis  Menunjukkan bilangan untuk beberapa tahun


Kompoun/  Selalunya banyak tahun diberi
Mudah  Pembolehubah selalunya banyak
 Melibatkan tahun/tempoh yang panjang biasanya 4 tahun dan lebih
 Ada kaitan dengan pasaran saham = graf garis

Kata kunci garis :


Arah aliran, aliran, pola, pergerakan, turun naik, pasang surut, kadar, kadar
perubahan, indeks, tred aliran, kadar pertumbuhan, pertumbuhan, imbangan
dagangan, pelunjuran, perubahan, saham, unjuran, komposit, bursa.

Contoh:
Aliran , kadar perubahan, kadar pertumbuhan (Data dlm bentuk peratusan dan
tiada data negatif)

1. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan


aliran ekonomi negeri yang terpilih bagi tempoh 2001 hingga 2004.

2. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran indeks pengeluaran sektor
perindustrian dari tahun 2005 hingga tahun 2009. (STPM 2013)

3. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan keluasan kawasan


tanaman sayur-sayuran mengikut negeri terpilih dari tahun 2006 hingga anggaran
tahun 2010 di Malaysia. (STPM Ulangan 2013)

4. Sedaiakan graf yang sesuai untuk menunjukkan unjuran permintaan komoditi


makanan utama terpilih bagi tempoh tahun 2010 hingga 2020 (anggaran) (STPM
Ulangan 2014)

5. Sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus


kerajaan persekutuan bagi tahun 1996 hingga tahun 2001.

6. Sediakan graf garis untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus kerajaan


persekutuan bagi tahun 1996 hingga tahun 2001
Contoh Jadual :

2. Graf Garis Mudah/kompoun

Sedaiakan graf yang sesuai untuk menunjukkan unjuran permintaan komoditi makanan utama terpilih bagi
tempoh tahun 2010 hingga 2020 (anggaran). (Soalan STPM 2013)

Perkataan
“anggaran” wajib
ditulis / digantikan
MALAYSIA: UNJURAN PERMINTAAN KOMODITI MAKANAN UTAMA dengan simbol *
TERPILIH BAGI TEMPOH TAHUN 2010 HINGGA 2020 (ANGGARAN)

Tahun Permintaan Komoditi Makanan Utama Terpilih (ribu tan metrik)

Komoditi Makanan 2010 2015 (anggaran) 2020 (anggaran)

Beras 2300 2495 2685

Buah-Buahan 2689 2993 3365

Sayur-sayuran 1580 1907 2454

Daging lembu dan kerbau 162 194 232

Daging ayam dan itik 1013 2176 3503

Ikan 1315 1527 1918

(Sumber: Disesuaikan daripada Dasar Agromakanan Negara,


2011-2020, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Malaysia, Disember 2011)
Contoh Graf Garis Mudah:

Boleh juga dirapatkan


ke paksi Y

Perkataan “anggaran”
wajib tulis
2. Graf Garis Mudah/kompoun:

 Ada data negatif diberi dalam petikan pemahaman.

Kata kunci graf garis

Contoh Jadual:

Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola kadar pertumbuhan
ekonomi negara anggota ASEAN terpilih pada tahun 2006 hingga tahun 2009.

Kadar bermaksud nilai mesti


Kata kunci graf garis digugurkan dalam peratus
semasa menulis Label Paksi Y

ASEAN : POLA KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA ANGGOTA


TERPILIH PADA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2009.

Tahun Kadar Pertumbuhan Ekonomi Negara Anggota (%)

Negara 2006 2007 2008 2009

Malaysia 5.1 5.3 4.7 4.3

Filipina 5.2 5.7 4.3 4.7

Vietnam 3.9 4.6 2.1 -1.5

Thailand 5.3 5.1 4.9 3.0

Indonesia 3.0 3.6 -0.9 2.8

(Sumber: dipetik dan disesuaikan daripada Laporan


Dewan Ekonomi, 2009)

Ada data negatif diberi


dalam petikan pemahaman
Contoh Graf Garis Mudah/ Kompoun

 Ada data negatif diberi dalam petikan pemahaman.

ASEAN: POLA KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA ANGGOTA


TERPILIH PADA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2009.

Kadar Pertumbuhan
Ekonomi Negara
Anggota (%)
Boleh juga dirapatkan
7 ke paksi Y

-1

Skala -2
mesti 2006 2007 2008 2009
sama Tahun
( +ve dan Skala : 1 sm= + 1.0 %
–ve)
Simbol positif dan negatif Perlu dibuat
Petunjuk: satu Garisan
wajib tulis
Malaysia Filipina
Vietnam Thailand
Indonesia
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan
Dewan Ekonomi, 2009))

# contoh graf garis mudah/kompoun ada data negatif

#Graf sudah bertukar menjadi graf garis memesong.


GRAF BAR KOMPONEN

Graf Bar  Menunjukkan “Jumlah” atau “nilai keseluruhan”


Komponen
Contoh kata kunci komponen:
Kategori, Jumlah terkumpul, dikumpulkan, diterapkan, Komposisi, Jumlah, Jumlah
keseluruhan, Komponen, Nilai tambah, nilai keseluruhan

1. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan


jumlah keluaran Dalam Negara Kasar mengikut punca kegiatan dari tahun 2005
hingga 2007.

2. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang telah
dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia bagi rancangan Malaysia Kelapan bagi tahun
2001 hingga 2005.

3. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai keseluruhan hasil pertanian
mengikut jenis pertanian di negeri-negeri terpilih di Malaysia pada tahun 2012.

Contoh Soalan STPM komponen:

1. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di
Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan. (STPM 2013)

2. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia


mengikut kumpulan umur dari tahun 2005 hingga tahun 2009. (STPM 2014)

3. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan komposisi kes pengabaian warga
tua mengikut premis rujukan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010, 2011,
2012, dan 2013.

4. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penggunaan air oleh
pelbagai sektor di negeri Sarawak dari tahun 2008 hingga tahun 2011. (STPM
Ulangan 2016)
3. Graf Bar Komponen

Contoh Jadual :

Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di Malaysia bagi tahun-
tahun yang dinyatakan. (STPM 2013)
Semua kata kunci graf komponen WAJIB
ditulis semula dlm Tajuk dan Label Paksi Y

MALAYSIA: JUMLAH ASET BANK PERDAGANGAN BAGI TAHUN 2003 HINGGA 2007

Tahun Jumlah aset bank perdagangan (RM Juta)


Sektor 2003 2004 2005 2006 2007
Instrumen deposit 6 744.7 6 664.3 10 092.7 12 036.9 22 764.0
bolehniaga yang
dipegang
Pinjaman 355 610.1 447 453.3 524 722.8 580 355.8 631 893.3
pendahuluan
(362 354.8) (454 117.6) (534 815.5) (592 392.7) (654 657.3)
Aset tetap dan aset 50 999.9 58 255.5 66 439.8 85 262.3 46 269.4
lain di Malaysia
(413 354.7) (512 373.1) (601 255.3) (677 655.0) (700 926.7)
Aset asing 6 484.4 6 556.8 6602.7 10 693.3 13 441.9

Jumlah 419 839.1 518 819.9 607 858.0 688 348.3 714 371.6

Ada jumlah diberi


(disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,
Mac 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia)
Nilai Tokokan perlu di tulis dalam jadual

# Jadual ada nilai keseluruhan/ Jumlah besar ada di beri dalam petikan.
# Data yang didapati daripada petikan, perlu dibuat nilai tambah/ tokokan (boleh
ditunjukkan dalam jadual)
 Ada kata kunci komponen
 Semua kata kunci graf komponen WAJIB ditulis semula dlm Tajuk dan Label Paksi Y
Contoh Graf Bar Komponen:

Kata kunci komponen


WAJIB tulis. Jika tiada
max 08/20

Dijarakkan bagi
membezakan tahun

Jarak antara tahun tidak boleh lebih


besar daripada lebar bar

# Pembolehubah hendaklah dalam satu kelompok dan terpisah daripada


Kelompok yang lain
GRAF GARIS KOMPONEN

Graf Garis  Dalam jadual ada menunjukkan ‘jumlah besar’ atau “nilai keseluruhan”.
Komponen  Menunjukkan “Jumlah”,”Amaun”, “Komposisi”, “Komponen” atau “nilai keseluruhan”
 Melibatkan tahun/tempoh yang panjang
 Kadang-kadang kata kunci garis + komponen di gabungkan.

Kata kunci garis :


Arah aliran, aliran, pola, pergerakan, turun naik, pasang surut, kadar, kadar perubahan,
indeks, tred aliran, pertumbuhan, imbangan dagangan, pelunjuran, perubahan, saham,
unjuran, komposit, berkaitan bursa saham.

Contoh kata kunci komponen:


Kategori, klasifikasi, Jumlah terkumpul, dikumpulkan, diterapkan, Komposisi, Jumlah,
Amaun, Jumlah keseluruhan, Komponen, Nilai tambah, nilai keseluruhan
Contoh: Kata kunci graf
Kata kunci graf garis
Aliran jumlah komponen
1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi
perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun-tahun yang dinyatakan. (gabungan kata kunci
garis + komponen)

2. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia mengikut
kumpulan umur dari tahun 2005 hingga 2009.
(kata kunci komponen + melibatkan tahun yang banyak 5 tahun) (STPM 2014)

3. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola
jumlah aduan kes pencemaran yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dari tahun
2001 hingga 2005
Kata kunci graf garis digugurkan
4. Contoh Jadual Graf Garis Komponen: semasa menulis Label Paksi Y

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola jumlah
aduan kes pencemaran yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dari tahun 2001 hingga
2005.

MALAYSIA: POLA JUMLAH ADUAN KES PENCEMARAN YANG DITERIMA OLEH JABATAN
ALAM SEKITAR PADA TAHUN 2001 HINGGA 2005
Kes dijadikan unit

Tahun Jumlah Aduan Pencemaran (Kes)


Jenis Aduan 2001 2002 2003 2004 2005

Udara 668 808 1102 2991 3053


102 179 206 303 267
Bunyi
(770) (987) (1308 ) (3294 ) (3320 )
866 1619 2990 3872 4625
Air
(1636) (2606) (4298 ) ( 7166) (7945 )

Kes-kes lain 775 1276 1911 1660 2054

Jumlah 2411 3883 6209 8826 9999

Ada jumlah diberi (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Jabatan Alam Sekitar, 2005)
Nilai Tokokan perlu di tulis dalam jadual
Contoh Graf Garis Komponen:

MALAYSIA: POLA JUMLAH ADUAN KES PENCEMARAN YANG DITERIMA


OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PADA TAHUN 2001 HINGGA 2005

Jumlah Aduan
Pencemaran (Kes)
12000
“Kes” dijadikan ‘unit’
di label Y
10000

8000

Dirapatkan ke paksi Y
6000

4000

2000

0
2001 2002 2003 2004 2005
Tahun
Buat satu garisan di
Skala : 1 sm= 1000 kes sebelah kanan
Petunjuk:
Udara
Bunyi
Air (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Kes-kes lain Jabatan Alam Sekitar,
2005)
GRAF BAR MEMESONG/POSITIF DAN NEGATIF/ IMBANGAN

Graf bar @  Menunjukkan adanya perubahan positif dan negatif


garis  Hanya jika ada perubahan positif dan negatif sahaja, jika tiada dianggap mana-mana
memesong/ graf diatas.
imbangan/
positif dan Kata kunci memesong:
negatif - Peratus Perubahan (data dalam nilai peratusan %)
- Perbezaan (data dalam nilai mutlak)
- Perubahan (data dalam nilai mutlak)
- Kadar perubahan (data dalam nilai %)
- Membandingkan (data dalam nilai mutlak)

1. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan ketibaan pelancong mengikut beberapa negara
asal ke Semenanjung Malaysia bagi tahun 2004 berbanding dengan tahun 2005.

2. Berdasarkan petikan, sediakan graf garis yang sesuai untuk membandingkan


kadar eksport Malaysia ke beberapa buah negara terpilih antara tahun 2010 hingga
2013.

3. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratusan perubahan perbelanjaan modal mengikut sektor antara
tahun 2005 dan tahun 2006.

4. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kadar perubahan kes jenayah komersial mengikut jenis kesalahan
yang dilaporkan di Malaysia antara tahun 2012 dengan tahun 2013

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan hasil kerajaan Persekutuan antara tahun 2006
dengan tahun 2007 dan dengan anggaran tahun 2008. (STPM 2013U)

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesui untuk
menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut
sektor terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan) (STPM 2015U)

7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratusan perubahan bilangan kenderaan bermotor yang
didaftar dari tahun 2009 hingga tahun 2010.
(STPM 2017).

8. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan penggunaan


air industri mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia antara tahun 2008, 2009
dan 2010.
5. Graf Bar Positif Negatif/ Memesong/Imbangan Mudah:

1. Tahun perbandingan diberi hanya 2 tahun


2. Kata kunci – sama seperti graf bar memesong yang lain

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
kadar perubahan pelaburan yang diluluskan mengikut industri pada tahun 2000 dan tahun
2001.

MALAYSIA: KADAR PERUBAHAN PELABURAN YANG DILULUSKAN MENGIKUT


INDUSTRI PADA TAHUN 2000 DAN TAHUN 2001.

Tahun Pelaburan yang diluluskan (RM Juta) Kadar Perubahan


(2002-2001)
Industri 2001 2002 (%)
Makanan, minuman dan 58.90
270 429
tembakau Data
Tekstil dan Kulit 642 365 -43.10 Dalam
bentuk
Kayu, perabot dan kelengkapan 1106 941 -14.90 p eratus

Kimia dan Keluaran Kimia 992 1670 7.40

Petroleum dan Arang Batu 3738 4580 -22.52

Getah dan Plastik 212 379 78.80

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Ekonomi Malaysia)
Cara mengira perbezaan
dalam nilai peratus: Data ini yang digunakan
untuk membina graf dan
data ini tidak diberi dalam
Contoh: makanan, minuman dan tembakau: petikan pemahaman
Tahun 2002 tolak Tahun 2001
RM429 juta – RM 270 juta = RM159/Tahun awal X 100
RM159/RM270 x 100

#oleh kerana kata kunci KADAR PERUBAHAN, maka perbezaan data mesti ditukar dalam bentuk peratusan.
Contoh Graf Bar Positif Negatif/ Memesong/Imbangan Mudah

MALAYSIA: KADAR PERUBAHAN PELABURAN YANG DILULUSKAN


MENGIKUT INDUSTRI PADA TAHUN 2000 DAN TAHUN 2001.
Kadar Perubahan
Pelaburan yang
diluluskan (%)
100

80

60
Ada jarak antara
40 pembolehubah
yang berbeza

20

-20
Skala
mesti
sama
-40
( +ve dan
–ve) -60
(2000 - 2001)

Skala : 1 sm= + 20 %
Tahun
Petunjuk: Perlu dibuat
satu Garisan
Makanan, minuman dan tembakau
Tekstil dan Kulit
Kayu, perabot dan kelengkapan
Kimia dan Keluaran Kimia
Petroleum dan Arang Batu
Getah dan Plastik
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia)
6. Graf Bar Positif Negatif/ Memesong/ Imbangan Mudah:

1. Tahun perbandingan diberi hanya 2 tahun


2. Kata kunci – sama seperti graf bar memesong yang lain

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesui untuk menunjukkan
perbezaan jumlah pengeluaran produk utama industri pembuatan terpilih mengikut produk
antara tahun 2008 dengan 2009.

MALAYSIA PERBEZAAN JUMLAH PENGELUARAN PRODUK UTAMA INDUSTRI PEMBUATAN


TERPILIH MENGIKUT PRODUK ANTARA TAHUN 2008 DENGAN 2009.

Tahun Jumlah Pengeluaran produk utama industri pembuatan


Perbezaan
Produk 2008 2009
(2009-2008)
(Tan Metrik) (Tan Metrik) (Tan Metrik)
-165
Susu Pekat Manis 233865 233700
Susu Tepung Penuh Krim 46875 46491 -384
Data
Minuman Susu 124364 124757 393 Dalam
bentuk
Nenas Tin 12739 12440 -299 nilai
mutlak
Ikan Tin 24774 25003 229

Udang sejuk beku 22945 22498 -447

Marjerin 33007 33424 417

(Sumber: dipetik dan diubahsuaikan drp Laporan Perangkaan


Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Data ini yang


digunakan
untuk
membina graf

Nota:
 Jika soalan minta ‘Perbezaan/ Perbezaan jumlah” maka,
perbezaan data dalam bentuk “nilai mutlak” bukan
“peratusan”
Contoh Graf Bar Positif Negatif/ Memesong/Imbangan Mudah

MALAYSIA: PERBEZAAN JUMLAH PENGELUARAN PRODUK UTAMA


INDUSTRI PEMBUATAN TERPILIH MENGIKUT PRODUK ANTARA TAHUN
2008 DENGAN 2009.
Perbezaan Jumlah
Pengeluaran Produk
(Tan Metrik)

500

400

300 Ada jarak antara


pembolehubah
yang berbeza
200

100

-100

Skala -200
mesti
sama -300
( +ve dan
–ve)
-400

-500
(2008 - 2009)
Skala : 1 sm= + 100 tan metrik Tahun
Petunjuk:
Susu Pekat Manis
Susu Tepung Penuh Krim
Minuman Susu
Nenas Tin
Ikan Tin
Udang Sejuk Beku (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan
Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan
Marjerin
Malaysia, 2009))
7. Graf Bar Memesong/ Positif dan Negatif /Imbangan Kompoun:

1. Tahun perbandingan diberi lebih daripada 2 tahun


2. Kata kunci – sama seperti graf bar memesong yang lain

Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan hasil kerajaan Persekutuan antara
tahun 2006 dengan tahun 2007 dan dengan anggaran tahun 2008.

Perbezaan ada nilai negatif dan positif

MALAYSIA : PERATUS PERUBAHAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN ANTARA


TAHUN 2006 DENGAN TAHUN 2007 DAN DENGAN ANGGARAN TAHUN 2008

Tahun Hasil Kerajaan Persekutuan

Peratus Peratus
2006 2007 2008 * Perubahan Perubahan
Jenis Cukai (RM/Juta) (RM/Juta) (RM/Juta) (2007- (2008-
2006) 2007)
Cukai Syarikat 26 477 30 821 34 806 16.4 12.9

Cukai pendapatan 20 674 22 600 22 235 9.3 -0.6


petroleum
Cukai pendapatan 10 196 12 154 13 365 19.2 10.0 Data
individu Dalam
Duti Eksais 8 577 8 500 8 800 -0.9 3.5 bentuk
peratus
Cukai Jualan 6 532 7 144 7 400 9.4 3.6

Lesen/Permit 9 212 9 256 9 608 0.5 3.8

Pendapatan 24 794 33 568 32 568 35.4 -3.0


pelaburan
* Anggaran
(disesuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia,
2007/2008, http://www.treasury.gov.my)

Cara kira peratus perubahan/ kadar perubahan:-

Data ini yang digunakan


𝑇𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖 − 𝑇𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑆𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢� untuk membina graf dan
𝑥 100 data ini tidak diberi dalam
𝑇𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑆𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢� petikan pemahaman

# data yang diberi biasanya nilai mutlak dan pelajar dikehendaki mencari perbezaan
antara 2 tempoh/tahun samada dalam bentuk unit peratus @ nilai mutlak (ikut soalan)
Contoh:
 Peratus Perubahan (data dalam nilai peratusan)
 Perbezaan (data dalam nilai mutlak)
 Perubahan (data dalam nilai mutlak)
 Kadar perubahan (data dalam nilai %)
 Membandingkan (data dalam nilai mutlak)
Contoh Graf Bar Positif Negatif/Memesong/Imbangan Kompoun:

MALAYSIA: PERATUS PERUBAHAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN


ANTARA TAHUN 2006 DENGAN TAHUN 2007 DAN ANGGARAN TAHUN
2008
Peratus Perubahan @ Perubahan Hasil Kerajaan
Hasil Kerajaan Persekutuan (%)
Persekutuan

40

35
Dirapatkan/tiada jarak bagi
30 kelompok yang sama

25
Dijarakkan bagi membezakan tahun
20

15

10

-5
(2006-2007) (2007-anggaran 2008)
Tahun
Skala Skala : 1 sm= + 5 %
mesti Petunjuk: Simbol positif dan negatif Perlu dibuat
sama wajib tulis satu Garisan
Cukai Syarikat
( +ve dan
Cukai pendapatan petroleum
–ve)
Cukai pendapatan individu
Duti Eksais
Cukai Jualan (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia,
Lesen/Permit 2007/2008, http://www.treasury.gov.my)
Pendapatan pelaburan
Jawab soalan ini. Jawapan anda hendaklah dibuat pada kertas graf.

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pola perubahan nilai pelaburan asing di Malaysia mengikut sektor-sektor terpilih bagi tempoh
tahun 2005 hingga tahun 2008.

Pelaburan asing bagi sektor-sektor terpilih di negara ini menujukkan peningkatan sepanjang tahun
2005 hingga tahun 2008. Antara sektor yang terpilih terlibat dalam pelaburan pembangunan di negara ini
melalui pelaburan asing ialah perkilangan, perlombongan, pelancongan dan perhotelan, pembinaan serta
pengangkutan dan perhubungan.

Pada tahun 2005, pelaburan dalam sektor perkilangan ialah berjumlah RM2668 bilion daripada jumlah
keseluruhan pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini, iaitu RM6514 bilion. Pelaburan sektor ini adalah
besar berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan yang berjumlah RM108 bilion. Sektor pelancongan
dan perhotelan pula, menunjukkan nilai pelaburan yang lebih tinggi daripada sektor perlombongan sebanyak
RM398 bilion. Sektor pembinaan dan sektor pengangkutan dan perhubungan pula menyumbang pelaburan
asing di negara ini sebanyak RM3232 bilion dan 25.56 % daripada jumlah itu adalah pelaburan asing dari
sektor pembinaan.

Bagi tahun 2006 pula, jumlah pelaburan sektor perkilangan adalah berkurang kepada RM2182 bilion
manakala pelaburan asing dari sektor perlombongan pula menunjukkan peningkatan menjadi RM120 bilion
berbanding dengan nilai pelaburan pada tahun 2005. Pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini yang
melibatkan sektor pelancongan dan perhotelan menunjukkan pengurangan sebanyak RM166 bilion berbanding
dengan tahun sebelumnya. Sektor pembinaan serta sektor pengangkutan dan perhubungan pula, masing-
masing menyumbang pelaburan asing di Malaysia sejumlah RM1120 bilion dan RM1295 bilion.

Bagi tahun 2007, pelaburan asing bagi sektor perkilangan di Malaysia ialah RM1059 bilion, iaitu lebih
tinggi berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan serta sektor pelancongan dan perhotelan masing-
masing berjumlah RM170 bilion dan RM990 bilion. Sektor pembinaan pula menyumbang pelaburan sejumlah
RM940 bilion daripada jumlah keseluruhan pada tahun ini, iaitu RM4829 bilion. Selebihnya merupakan
pelaburan untuk sektor pengangkutan dan perhubungan.

Pada tahun 2008, jumlah pelaburan asing untuk sektor terpilih di Malaysia ialah RM6416 bilion.
Pelaburan daripada sektor perkilangan menunjukkan peningkatan sebanyak RM1096 bilion berbanding dengan
tahun sebelumnya. Sektor perlombongan pula meningkat kepada RM240 bilion. Sektor pelancongan dan
perhotelan pula berkurangan pelaburannya kepada R680 bilion berbanding tahun 2007. Sektor pembinaan dan
sektor pengangkutan serta perhubungan pula masing-masing menunjukkan peningkatan pelaburan kepada
RM1227 bilion dan RM2114 bilion pada tahun 2008.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2009)


2.Berpandukan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf yang menunjukkan kedudukan kewangan
perdagangan antarabangsa Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003. Pada graf yang sama lukiskan
graf lain yang dapat menggambarkan peratusan nisbah khidmat bayar hutang negara bagi tempoh
yang sama.
Sepanjang tempoh antara tahun 2000 hingga 2003 terdapat turun naik dalam jumlah nilai
rezab bersih antarabangsa Malaysia. Walau bagaimanapun, kedudukan rezab bersih antarabangsa
menunjukkan kadar yang sedikit rendah daripada jumlah hutang luar negeri. Pada tahun 2000,
jumlah rezab bersih antarabangsa berbanding jumlah hutang luar negeri Malaysia ialah RM115 123
bilion berbanding RM162 133 bilion. Bagaimanapun selepas tempoh tersebut, Malaysia berjaya
mengurangkan hutang dari luar negeri, iaitu berkurang sebanyak 0.643% atau RM1042 bilion.
Pengurangan pinjaman ini agak baik berbanding penyusutan rezab bersih antarabangsa yang
berkurang RM1581.7 bilion berbanding tempoh sebelumnya.

Dari segi bayaran balik pinjaman serta bayaran faedah untuk kedua-dua tempoh tersebut, ia
menunjukkan peningkatan. Hal ini disebabkan oleh kenaikan jumlah pinjaman terkumpul serta
kadar faedah pinjaman yang ditentukan oleh negara pembiaya. Pada tahun 2001, jumlah bayaran
balik pinjaman yang berjaya dilunaskan ialah RM15467 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM1196
bilion berbanding tahun 2000. Sementara bayaran faedah pada tahun 2001 menunjukkan
peningkatan kira-kira 14.24% berbanding tahun 2000 yang berjumlah RM7586 bilion.
Bagaimanapun selepas tahun 2001, kadar bayaran faedah berjaya dikurangkan disebabkan
penyemakan semula beban hutang negara membangun oleh negara pembiaya. Oleh itu, pada tahun
2002 jumlah bayaran faedah yang dilunaskan berjumlah RM7339 bilion sebelum turun kepada
RM7213 bilion pada tahun berikutnya.

Dalam tempoh 2000 hingga tahun 2003, Malaysia terpaksa menanggung jumlah bayaran
faedah berjumlah RM30804.2 bilion manakala jumlah bayaran balik pinjaman terkumpul ialah
sebanyak RM65 860 bilion. Sementara itu, jumlah hutang luar negeri pada tahun 2003 adalah
sebanyak RM186 601 bilion. Jumlah hutang luar negeri Malaysia pada tahun 2003 ini menunjukkan
peningkatan sebanyak RM12 243 bilion berbanding tahun 2002. Peningkatan ini adalah untuk
tujuan membiayai pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

Walau bagaimanapun, rezab bersih antarabangsa Malaysia juga memperlihatkan


peningkatan pada tahun 2002 berbanding tahun 2001, menjadikannya berjumlah RM117 202.9
bilion dan meningkat lagi sebanyak 12.11% kepada RM131 393.7 bilion pada tahun 2003.
Peningkatan rezab ini menunjukkan keupayaan membayar pinjaman yang memberangsangkan. Hal
ini amat meyakinkan pembiaya pinjaman ke atas keupayaan ekonomi Malaysia.

Petunjuk yang sama juga dapat dilihat daripada keupayaan membayar balik pinjaman yang
semakin meningkat setiap tempoh tersebut. Umpamanya, terdapat kenaikan jumlah bayaran balik
pinjaman kepada RM17 209 bilion pada tahun 2002 kepada RM18 913 bilion pada tahun 2003.
Oleh itu, walaupun berlaku peningkatan pinjaman, namun keupayaan membayar hutang dan nilai
bayaran faedah yang tidak membebankan, mampu membantu meransangkan ekonomi Malaysia
dengan lebih terarah.

Dari segi nisbah khidmat bayar hutang pula, keupayaan Malaysia adalah positif. Pada tahun
2000, dicatatkan sebanyak 6.3% tetapi menurun kepada 5.6% pada tahun 2001. Hal ini disebabkan
oleh kenaikan kadar faedah yang dikenakan ke atas Malaysia. Bagaimanapun ia meningkat semula
sebanyak 0.6% pada tahun 2002 dan terus kekal selepas tempoh terakhir itu.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Malaysia, 2004)


3.Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.

Jumlah setinggan di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola tidak konsisten. Pada tahun 2005,
setinggan berjumlah 53723 keluarga dan menurun sebanyak 25.12% kepada 40226 keluarga pada
tahun 2007. Kemudian jumlah setinggan ini telah meningkat sebanyak 1144 keluarga pada tahun
2008 berbanding tahun sebelumnya.
Secara keseluruhannya, masalah setinggan di Selangor telah menunjukkan penurunan yang agak
ketara. Pada tahun 2005, bilangan setinggan sebanyak 5913 keluarga. Melalui Dasar Setinggan Sifar
Menjelang 2005,golongan setinggan telah berjaya dipindahkan ke penempatan baru yang lebih
kondusif melalui pembinaan rumah kos rendah yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat.
Bilangan setinggan pada tahun 2006 telah menyusut dengan mendadak sebanyak 3102 keluarga
berbanding tahun 2005. Bilangan ini terus menyusut lagi sebanyak 1614 keluarga pada tahun 2007
dan angka ini kekal sehingga tahun 2008.
Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut meningkatkan lagi
petempatan setinggan. Bilangan setinggan yang direkodkan pada tahun 2005 adalah sebanyak 5293
keluarga dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik kepada 11411 keluarga pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, bilangan setinggan kekal tidak berubah seperti tahun sebelumnya. Pada tahun
2008, berlaku peningkatan sebanyak 7272 keluarga berbanding tahun 2005.
Negeri Sembilan kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan setinggan terendah di Malaysia
dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2007 dan 2008, bilangan setinggan yang dicatatkan
bagi setiap tahun adalah sebanyak 297 keluarga, dan bilangan ini merupakan pertambahan
sebanyak 176 keluarga berbanding tahun 2005. Manakala bilangan setinggan pada tahun 2006
melebihi sebanyak 49 keluarga berbanding tahun 2007.
Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 2007, bilangan setinggan sebanyak
3629 keluarga, angka ini hasil daripada peningkatan sebanyak 186 keluarga berbanding tahun
2006. Bilangan setinggan di Kedah pada tahun 2005 pula melebihi sebanyak 3407 keluarga
berbanding bilangan setinggan di Negeri Sembilan pada tahun yang sama.
Sabah merekodkan bilangan setinggan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh
kebanjiran pendatang asing tanpa izin dari wilayah Selatan Filipina. Bilangan setinggan pada tahun
2005 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 38868 keluarga dan bilangan ini telah menyusut
sebanyak 15186 keluarga (39.07%) pada tahun 2008. Pada tahun 2006 bilangan setinggan di Sabah
merupakan 58.63% daripada keseluruhan setinggan pada tahun tersebut yang berjumlah 43536
keluarga. Bilangan setinggan pada tahun 2007 pula lebih 10 keluarga berbanding tahun selepasnya.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian, April 2009)


4. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan
penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut
menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun penduduk di
bandar-bandar utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai,Tokyo ataupun Mexico City,
namun bilangan penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas menunjukkan trend positif
bagi sesebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia.
Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan buah
bandar yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan meningkat
sebanyak 3,122,678 orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang banyak dalam
bilangan penduduk bandar boleh dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke bandar berpunca
daripada faktor tolak dan tarik.
Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk dengan
peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada tahun 2000
kepada 1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang
sederhana dalam bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak 177,811 orang daripada
penduduk seramai 1,297,526 orang pada tahun 2000.
Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan 630,603 orang
pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan 916,409 orang pada
tahun 2010.
Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil dengan
penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang pada tahun
2010. Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka ini melebihi bandar
Shah Alam seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788 orang kalau dibandingkan
dengan bandar Ipoh. Pada tahun 2010, penduduk tiga bandar ini adalah seramai 804,901 orang
untuk Ampang Jaya, 704,572 orang untuk Ipoh dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk
Kuching, ibu negeri Sarawak melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling
padat di Malaysia dalam jangka masa yang diliputi.
Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi
Negara yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.
(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)
5.Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah pola aduan kes pencemaran yang diterima oleh Jabatan Alam
Sekitar Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005.

Aktiviti manusia dalam sektor pembuatan, pembangunan dan perindustrian


menyebabkan ketidakstabilan ekologi alam sekitar dan mengancam hidupan. Jumlah
aduan pencemaran pada tahun 2001 adalah sebanyak 2 411 kes dan meningkat
sebanyak 1 472 kes pada tahun berikutnya. Manakala pada tahun 2005 jumlah
pencemaran telah mencecah kepada 9 999 kes berbanding 8 826 kes pada tahun
2004. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding tahun 2003 yang hanya mencatatkan 6
209 kes. Pembakaran terbuka dan kepesatan sektor perindustrian meningkatkan
gas kimia beracun di udara, terutama pada tahun 1997. Aduan yang dilaporkan pada
tahun 2002 meningkat sebanyak 140 kes berbanding 668 kes pada tahun
sebelumnya.

Pada tahun 2005, jumlah aduan yang diterima ialah 3053 kes, meningkat
sebanyak 62 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003 aduan kes ini
meningkat kepada 1 102 kes. Pertambahan jumlah kenderaan dan pembangunan
hartanah meningkatkan kes pencemaran bunyi. Kes pencemaran yang dilaporkan
pada tahun 2001 berjumlah 102 kes dan pada tahun 2002 serta tahun berikutnya
masing-masing mencatatkan aduan sebanyak 179 kes dan 206 kes. Manakala pada
tahun 2005 pula jumlah aduan yang dilaporkan adalah 267 kes telah merosot
sebanyak 36 kes berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2003, petunjuk ekonomi negara positif dan telah melonjakkan
sektor pembuatan dan perindustrian. Sebanyak 2990 kes yang telah dilaporkan yang
melibatkan pencemaran air dan jumlah ini telah bertambah sebanyak 882 kes pada
tahun 2004. Pencemaran air yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa
cecair dan pepejal terus mencatatkan peningkatan jumlah aduan. Pada tahun 2001
jumlah aduan adalah sebanyak 866 kes dan meningkat sebanyak 86.95% atau 753
kes kepada 1619 kes pada tahun berikutnya. Sebanyak 4625 kes yang dilaporkan
pada tahun 2005 dan jumlah ini melebihi sebanyak 2571 kes berbanding aduan kes
pencemaran lain-lain pada tahun yang sama.

Aduan kes pencemaran lain-lain mencatatkan jumlah aduan yang tidak


konsisten dari tahun 2001 hingga 2005. Pada tahun 2001 jumlah aduan sebanyak
775 kes dan menokok sebanyak 501 kes, pada tahun berikutnya. Walau
bagaimanapun jumlah aduan merosot sebanyak 251 kes pada tahun 2004
berbanding 1911 kes yang dilaporkan pada tahun 2003. Akta Kualiti Alam Sekitar (
EQA ) dan Peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) mengandungi terma dan
seksyen yang berkaitan dengan pencemaran udara, bunyi , air dan lain-lain yang
boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa jika bersabit kesalahan. Terma ini
secara langsung dapat mengurang risiko dan ancaman pencemaran kepada
kehidupan dan alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005)


6. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk membandingkan kemasukan
warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia antara tahun 2002 dengan 2003.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan mesra pengunjung. Pelbagai jenis pas dan visa
telah dikeluarkan kepada pelawat-pelawat asing seperti pas pengajian, pas lawatan kerja
sementara, pas tanggungan dan sebagainya.

Pada tahun 2002, daripada sejumlah 6 691 332 orang pelawat asing, warga Singapura
merupakan pelawat yang paling ramai menyeberang sempadan Malaysia, sama ada untuk
tujuan melancong, bekerja atau tinggal (terutamanya di Johor Bahru). Jumlahnya ialah 3 925
598 orang atau 58.67%. Begitu juga pada tahun 2003, jumlahnya terus meningkat lagi
menjadikannya 5 463 552 orang berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 8 341 393 orang.
Bagi warga Indonesia pula, kebanyakan mereka mengambil pas lawatan kerja sementara untuk
suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data yang direkodkan ialah seramai 1 247 003 orang
dan meningkat sebanyak 24.88% pada tahun 2003 kepada 1 557 240 orang.

Sementara itu, kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan. Pada
tahun 2002, kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239151 orang, iaitu sebanyak
3.57% berbanding warga China sebanyak 537 400 orang, iaitu 8.03%. Walaupun penurunan
kemasukan warga Australia sebanyak 41746 orang, penurunan kemasukan warga China lebih
ketara, iaitu sebanyak 12.58% kepada 469 772 orang untuk tempoh selepas tahun 2002.
Pengurangan kemasukan pelancong China dikaitkan dengan terdapatnya gambaran yang kurang
tepat tentang agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan warga
China ke Malaysia.

Dalam kalangan pelawat asing warga Bangladesh, sebahagian besarnya memiliki pas
lawatan kerja sementara atau pas tanggungan. Pada tahun 2003, jumlahnya ialah 36 438 orang,
iaitu pertambahan sebanyak 13003 orang berbanding tempoh sebelumnya. Pertambahan
sebanyak 26 215 orang warga India yang memasuki Malaysia pada tahun 2003, ternyata
menunjukan angka lebih tujuh kali ganda berbanding warga Bangladesh pada tahun tersebut.
Pada tahun tersebut pelawat warga India ke Malaysia berjumlah 270 074 orang.

Kemasukan pelawat asing warga Jepun turut membantu sektor pelancongan. Kebanyakan
mereka masuk ke Malaysia pada musim sejuk di Jepun. Selain itu, penganjuran pelancongan
berasaskan sukan seperti Formula 1 dan GP Jepun di Litar Sepang turut mempengaruhi
kehadiran mereka. Pada tahun 2002, jumlah kemasukan mereka adalah seramai 474886 orang
berbanding seramai 346912 orang pada tahun 2003.
Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pelawat asing di Malaysia daripada pelbagai
negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang semakin ramai
ini boleh membantu peningkatan ekonomi negara sama ada dengan kemasukan pertukaran
mata wang asing atau sumbangan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan sama ada kolar biru
atau kolar putih.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Imigresen, 2005)
7.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan media yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan murid di sekolah bantuan kerajaan mengikut negeri
pada tahun 2000, 2003 dan 2005 antara sekolah rendah dan sekolah menengah.

Seramai 152.1 ribu murid telah mendaftar di sekolah rendah bantuan kerajaan di
Pahang pada tahun 2000 berbanding dengan 128.3 ribu murid sekolah menengah.
Bilangan sekolah rendah yang lebih banyak dan kadar pertumbuhan penduduk yang
tinggi di Perak telah menyebabkan bilangan muridnya lebih ramai. Daripada 429.9 ribu
murid, 49.1% ialah murid sekolah menengah manakala yang selebihnya ialah murid
sekolah rendah. Bilangan penduduk negeri Melaka yang sedikit berbanding negeri-
negeri lain mempengaruhi bilangan murid di negeri tersebut. Pada tahun 2000,
bilangan murid yang berdaftar di sekolah rendah kerajaan hanya seramai 69.1 ribu
murid daripada keseluruhan 123.1 ribu murid yang berdaftar di sekolah bantuan
kerajaan di negeri itu, manakala selebihnya ialah murid sekolah menengah. Kepadatan
penduduk yang tinggi di Pulau Pinang telah mempengaruhi bilangan murid yang
berdaftar di sekolah bantuan kerajaan di negeri itu. Daripada 254.8 ribu murid yang
berdaftar, 60.75% ialah murid sekolah rendah manakala yang selebihnya ialah murid
sekolah menengah.

Pada tahun 2003, di negeri Pahang bilangan murid sekolah rendah telah bertambah
sebanyak 4.73% berbanding dengan tahun 2000. Murid di sekolah menengah pula turut
menokok sebanyak 2.7 ribu murid berbanding tahun 2000. Dua tahun berikutnya,
bilangan murid sekolah rendah di negeri ini telah bertambah kepada 171.0 ribu murid.
Namun demikian, bilangan murid sekolah menengah berkurangan sebanyak 400 orang
berbanding tahun 2003.

Di Perak pula, bilangan murid turut bertambah menjadi 487.8 ribu murid pada
tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 54.92% ialah murid sekolah rendah dan
selebihnya ialah murid sekolah menengah. Bilangan murid sekolah rendah pada tahun
2005 telah meningkat sebanyak 7.4 ribu murid sementara murid sekolah menengah
pula menurun kepada hanya 218.1 ribu murid.

Di Melaka pula, pada tahun 2003 bilangan murid sekolah rendah telah bertambah
kepada 79.8 ribu murid sedangkan murid sekolah menengah telah berkurangan
sebanyak 4.07 % berbanding tahun 2000. Pada tahun 2005, bilangan murid telah
bertambah menjadi 154.7 ribu murid. 43.05% daripada jumlah tersebut ialah murid
sekolah menengah manakala selebihnya ialah murid sekolah rendah.

Pada tahun 2005, jumlah murid di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak 8,200
murid kepada 264.2 ribu murid berbanding tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, 152.9
ribu orang ialah murid sekolah rendah manakala selebihnya ialah murid sekolah
menengah. Pada tahun 2003 pula, 40.58% murid sekolah menengah dan selebihnya ialah
murid sekolah rendah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan


Sosial, 2005)
8.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai
yang sesuai untuk menunjukkan eksport dan import barangan utama di Malaysia
bagi tahun 2004.

Pertumbuhan ekonomi yang agak memberansangkan di negara ini telah


menyebabkan perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 23.9% pada tahun 2004.
Eksport kasar barangan utama Malaysia telah meningkat kepada RM480.6 bilion pada tahun
2004 manakala import kasar Malaysia berjumlah RM250 bilion. Keadaan ini disebabkan
oleh penguncupan permintaan barangan import dalam negeri.
Rakan dagang utama bagi eksport jentera dan kelengkapan Malaysia ialah
Singapura. Nilai eksport jentera dan kelengkapan Malaysia telah meningkat sebanyak 21.6%
kepada RM262.3 bilion iaitu 54.58% daripada jumlah eksport pada tahun 2004. Namun
begitu, import jentera dan kelengkapan Malaysia pada tahun tersebut telah berkurangan
kepada hanya RM 109.6 bilion.
Malaysia terus aktif mengeksport bahanapi galian seperti petroleum ke luar negara.
Eksport bahanapi galian terus meningkat sebanyak RM19.8 bilion kepada RM 65.6 bilion
pada tahun 2004. Namun begitu, import Malaysia bagi barangan ini tidak berubah dari
tahun sebelumnya iaitu hanya 9.88% daripada jumlah import pada tahun tersebut.
Barangan keluaran kilang merupakan eksport yang ketiga pentingnya bagi Malaysia
pada tahun 2004. Malaysia mengeksport barangan kilangnya ke negara-negara ASEAN yang
lain. Eksport Malaysia bagi barangan kilang mencecah RM47.2 bilion. Malaysia banyak
mengimport barangan kilang kerana permintaan tempatan yang tinggi. Nilai import
barangan keluaran kilang telah meningkat sebanyak 17.9% kepada RM29.3 bilion.
Bahan-bahan kimia masih menjadi eksport penting Malaysia pada tahun 2004.
Malaysia telah mengeksport bahan-bahan kimia ke negara jiran serta rakan dagang seperti
Amerika Syarikat dan Jepun. Nilai eksport bahan kimia telah meningkat sebanyak RM1.89
bilion berbanding hanya RM35.01 bilion pada tahun 2003. Nilai import bahan-bahan kimia
Malaysia pada tahun tersebut telah kekal sebanyak RM20.7 bilion iaitu 8.28% dari nilai
import pada tahun 2004.
Bahan-bahan mentah bukan makanan pula masih kekal menjadi eksport utama
Malaysia walaupun nilainya semakin merosot. Pada tahun 2004, eksport bahan-bahan
mentah telah menyumbang sebanyak 4.68% daripada jumlah eksport kasar manakala nilai
import barangan tersebut telah meningkat sebanyak 3.22% kepada RM16.9 bilion. Dagangan
dengan Negara-Negara Perindustrian Baru Asia (NIE) telah menyebabkan import Malaysia
bagi barangan tersebut semakin meningkat.

Eksport makanan Malaysia telah berkembang dengan pesat sebanyak 32.9% kepada
RM18.0 bilion pada tahun 2004 manakala import makanan pula merosot sebanyak 3.2%
kepada RM12.3 bilion sahaja. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan utama Malaysia.
Perdagangan barang-barang lain telah berkembang dengan nilai eksport RM28.1 bilion dan
nilai import pula ialah sebanyak RM36.5 bilion.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2005)
9.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi
menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun yang
dinyatakan.

Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka
menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun 2010. Namun
demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka meningkat dari 7.0 peratus
kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh galakan yang diberikan
oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport komoditi tersebut. Maka tidak
menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri makanan berasaskan
pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005 kepada RM15,803 juta pada tahun 2010. Hasil
eksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat sebanyak 39.37 peratus kepada
RM2,446 juta pada tahun 2010.

Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan hasil
eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan RM4051 juta
kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut yang
berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah
menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri
keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun 2010.
Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun
2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun
2010.

Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat
daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan kepada hasil eksport
komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156 juta pada tahun 2010. Hal ini
berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran untuk
menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah tempatan. Hasil eksport industri
kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM781 juta kepada RM2,799 juta pada tahun
2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan pertumbuhan
yang baik bagi industri pertanian di negara ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 – 2010)
10.Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan kutipan
cukai tak langsung mengikut kategori di Malaysia pada tahun 2005 dan 2007.

Cukai memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cukai yang
dikenakan tergolong dalam beberapa kategori termasuklah cukai langsung dan tidak langsung.

Dalam kategori cukai langsung, kerajaan telah berjaya mengutip RM 24 543 juta
manakala cukai tak langsung pula memperoleh kutipan hasil sebanyak RM 32 510 juta pada
tahun 2005 dan jumlah kutipan cukai tak langsung pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 38 897
juta, lebih 10.62% tinggi berbanding tahun 2005. Kategori duti eksport berjaya mengutip hasil
pada tahun 2005 sebanyak RM 4 669 juta atau 14.4% dan bagi duti import pula hasil yang
diperoleh pada tahun 2007 adalah sebanyak RM 5 486 juta atau 14.1%.

Duti eksais juga menunjukkan pertambahan yang memberangsangkan apabila berlaku


peningkatan bilangan barangan dari luar negara seperti kenderaan dan peralatan mewah. Pada
tahun 2005, duti eksais menyumbangkan sebanyak RM 6 750 juta, manakala cukai jualan pula
mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 4 375 juta, suatu pertambahan nilai yang begitu
ketara pada tahun 2007 berbanding tahun 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM
9 241 juta.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan di pejabat kerajaan dan swasta
menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun 2005 kutipan daripada cukai ini adalah
sebanyak RM 2 016 juta. Kutipan lain-lain dalam kategori cukai tak langsung mencatatkan
perolehan tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2005 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM 2
796 juta atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% kepada RM 4 802 juta
pada tahun 2007.

Pertambahan prasarana kepada pengguna menyebabkan berlaku pertambahan kepada


kutipan cukai perkhidmatan dan pada tahun 2007 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM 3
723 juta, manakala bagi cukai eksais pula mencatatkan peningkatan kepada RM 8 002 juta pada
tahun yang sama. Cukai eksport pada tahun 2007 mencatatkan penurunan disebabkan berlaku
imbangan pembayaran positif dan jumlah yang dikutip adalah berkurangan sebanyak RM 1 401
juta.

Sumber pendapatan negara sebahagian besar diperolehi daripada pelbagai jenis cukai.
Cukai pendapatan merupakan sumber utama cukai kerajaan untuk membangunkan negara dan
rakyat harus memahami keperluan membayar cukai demi pembangunan ekonomi negara.

( sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada


Laporan Kementerian kewangan Malaysia,
2005,2007 )
11.Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan haluan import dan eksport negara pada tahun 2006.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2007, haluan
perdagangan negara dalam kalangan negara ASEAN banyak tertumpu kepada negara Singapura
dan Thailand. Malaysia banyak mengeksport barangan berupa produk makanan dan barangan
elektrik berjumlah RM 45 201 juta pada tahun 2006. Perdagangan dengan Singapura
membolehkan negara untung bersih sebanyak RM 19 290 juta. Dengan kurang mengimport
barangan negara berkenaan, imbangan perdagangan negara menunjukkan positif.

Antara barangan yang banyak dieksport dan diimport oleh negara-negara ASEAN ialah
minyak atau lemak haiwan atau sayuran, bahan kimia, semikonduktor atau kelengkapan elekronik,
jentera atau barang pembuatan dan kelengkapan pengangkutan. Import negara untuk barangan
semikonduktor ialah sebanyak RM 173 329 juta dari negara-negara di seluruh dunia.

Eksport negara juga menunjukkan nilai positif apabila imbangan pembayaran berjumlah
RM 2 512 juta dengan negara Thailand. Malaysia telah mengimport produk dari negara Thailand
seperti beras dan kelengkapan jentera dan sebagainya berjumlah RM 12 715 juta. Negara juga
mengeksport barangan ke Brunei dengan nilai RM 627 juta atau 0.8% daripada jumlah eksport
negara.

Jumlah eksport negara mengatasi jumlah import dengan kelebihan RM 19 674 juta. Jumlah
import negara ialah RM 55 991 juta.

Eksport negara dengan Filipina ialah sebanyak RM 3 920 juta atau 5.2%. Dagangan negara
dengan Filipina mencatat nilai negatif sebanyak RM 1 458 juta. Negara juga mengimport barangan
daripada Indonesia berjumlah RM 9 289 juta berbanding hanya mengeksport sebanyak RM 6 441
juta. Nilai eksport negara mengatasi nilai import ke Laos dan Kemboja masing-masing sebanyak
RM 190 juta dan RM 140 juta. Sementara itu, nilai eksport negara ke Myanmar ialah sebanyak RM
313 juta dan Vietnam sebanyak RM 3 746 juta. Pengimport barangan Myanmar dan Vietnam
masing-masing ialah RM 266 juta atau 0.5% dan RM 2 198 juta atau 3.9%.

Haluan import dan eksport negara banyak dipengaruhi permintaan barangan dan kadar
tukaran asing. Negara perlu memastikan imbangan pembayaran yang positif bagi mengelakkan
berlaku terlalu banyak mata wang negara mengalir keluar dan seterusnya menjejaskan nilai
ringgit di pasaran dunia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Perangkaan Tahunan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005)
12.Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
panjang jalan raya mengikut jenis dan bidang kuasa bagi tahun 2002 hingga 2004.

Di Malaysia, terdapat tiga jenis jalan raya yang utama iaitu berturap, kerikil dan tanah
merah yang dibina di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan telah membina jalan daripada pelbagai jenis bahan yang mencatatkan
jarak terpanjang sejauh 20 274 kilometer iaitu pada tahun 2004 manakala di bawah Kerajaan
Negeri keseluruhan panjang jalan raya yang dibina ialah 63 421 kilometer iaitu juga pada tahun
2004.

Pada tahun 2002, pembinaan jalan raya daripada jenis berturap bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri adalah sepanjang 41 457 kilometer berbanding hanya 11 659 kilometer daripada
jenis batu kerikil manakala bagi jalan jenis tanah merah pula mencatatkan jarak sepanjang 5 303
kilometer.

Pembinaan jalan daripada pelbagai jenis oleh Kerajaan Persekutuan menunjukkan


pengurangan berbanding Kerajaan Negeri dan keadaan ini dapat dibuktikan apabila jalan jenis
berturap mencatatkan jarak 15 228 kilometer berbanding 44 285 kilometer bawah kuasa Kerajaan
Negeri pada tahun 2003. Bagi jalan daripada jenis batu kerikil pula jarak yang dibina di bawah
kuasa Kerajaan Persekutuan ialah 2 371 kilometer berbanding 13 411 kilometer di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri dan jalan yang diperbuat daripada tanah merah pula mencatatkan jarak
yang kurang sebanyak 2 831 kilometer di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan berbanding 5 368
kilometer yang dibina di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Panjang keseluruhan jalan yang dibina di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan pada tahun
2002 kurang iaitu sejauh 19 746 kilometer berbanding 58 419 kilometer oleh Kerajaan Negeri dan
daripada jumlah tersebut, jalan jenis berturap adalah sepanjan 14 891 kilometer yang di bawah
Kerajaan Persekutuan dan daripada jenis kerikil pula sejauh 2 352 kilometer manakala jalan
daripada jenis tanah merah pula hanya mencatatkan 2 503 kilometer. Hal ini membuktikan
bahawa Kerajaan Persekutuan banyak membina jalan jenis berturap yang menjadi penghubung
antara bandar-bandar utama dan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan Negeri mencatatkan pengurangan dalam projek pembinaan jalan dan memberi
tumpuan kepada projek ekonomi dan infrastruktur lain dan pada tahun 2004 jalan jenis tanah
merah berkurangan sebanyak 308 kilometer berbanding jenis yang sama pada tahun 2003,
manakala bagi jenis batu kerikil mencatatkan peningkatan dari tahun 2003 kepada 15 024
kilometer pada tahun berikutnya dan jalan jenis berturap pula berkurangan sebanyak 948
kilometer menjadi 43 337 kilometer pada tahun yang sama. Pada tahun 2004, Kerajaan
Persekutuan mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk membina jalan jenis berturap dan
berlaku pertambahan jarak dari tahun 2003 kepada 15 917 kilometer pada tahun 2004, manakala
jalan jenis kerikil pula mencatatkan jarak jalan sepanjang 2 114 kilometer dan jenis jalan yang
dibina daripada tanah merah lebih sedikit sebanyak 129 kilometer berbanding jalan jenis batu
kerikil pada tahun yang sama.

( Dipetik dan diubahsuai daripada Buku


TahunanPerangkaan 2005, Jabatan Perangkaan
Malaysia )

13.Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah aliran kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun
1998 hingga jangkaan tahun 2001.

Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 1998
hingga tahun 1999, tetapi merosot sedikit pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, jumlah ini
dijangka meningkat kepada RM18, 300 juta pada tahun 2001.

Pungutan duti eksport pada tahun 1998 ialah sebanyak RM623 juta dan meningkat secara
konsisten pada tahun 1999, 2000, dan 2001, iaitu masing-masing kepada RM670 juta, RM1032
juta dan dijangka menjadi RM1052 juta. Duti import turut menyumbang kepada hasil pendapatan
negara. Jumlah pungutannya untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten.
Pada tahun 1998, sumbangan duti import ialah sebanyak RM3868 juta dan hasil ini meningkat
kepada RM4720 juta pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import
ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM3599 juta pada tahun 2000 dan dijangka
sebanyak RM3318 juta pada tahun 2001.

Pada tahun 1999, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM4723 juta berbanding
dengan tahun RM3586 juta sahaja pada tahun 1998. Pada tahun 2001, jumlah pungutan duti
eksais dijangka sebanyak RM3916juta berbanding dengan RM3803 juta pada tahun 2000.

Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara.
Pada tahun 2001, jumlah pungutan dijangka mencecah RM6269 juta berbanding dengan RM5968
juta pada tahun 2000. Jumlah kuipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat
tahun berturut-turut. Pada tahun 1999, sumbangan cukai jualan ialah RM4488 juta, manakala
pada tahun 1998, sumbangan cukai ini cuma RM3845 juta.

Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM1447 juta pada tahun
1998, dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1999,
sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM1459 juta, meningkat kepada RM1701 juta pada tahun
2000 dan dijangka bertambah lagi kepada RM1734 juta pada tahun 2001. Sumbangan cukai tidak
langsung lain pada tahun 1998 ialah sebanyak RM1951 juta dan meningkat kepada RM2040 juta
pada tahun 1999. Pada tahun 2000, sumbangannya sebanyak RM1914 juta dan dijangka
meningkat pada tahun 2001 kepada RM2011 juta.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001)
13.Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan hasil eksport utama Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004
dan 2005.

Pada tahun 2004, hasil eksport utama negara adalah sebanyak RM390 000 juta. Jumlah ini
telah bertambah sebanyak RM25 000 juta pada tahun berikutnya. Pertambahan ini berlaku
disebabkan program-program untuk meningkatkan hasil eksport telah berjaya dilaksanakan oleh
pihak kerajaan. Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah
berusaha menambahkan hasil pendapatan negara melalui perdagangan.

Hasil eksport utama yang paling besar pada tahun 2004 adalah keluaran elektrik dan
elektronik, iaitu sebanyak RM241 483 juta atau sebanyak 61.92% daripada jumlah keseluruhan
eksport. Manakala, hasil eksport yang paling kecil sumbangannya adalah getah, iaitu sebanyak
RM5197 juta. Hasil eksport getah tidak berubah bagi tahun berikutnya.

Meskipun minyak kelapa sawit masih mendapat sambutan yang baik dalam kalangan
negara-negara pengimport, tetapi jumlah eksport pada tahun 2004 adalah sebanyak RM29 116
juta. Manakala pada tahun 2005 pula, eksport minyak kelapa sawit telah menurun sebanyak
RM2919 juta berbanding tahun sebelumnya.

Mutu petroleum mentah negara kita antara yang terbaik di dunia. Negara kita telah
memperoleh hasil eksport petroleum sebanyak RM21 762 juta pada tahun 2004 dan RM26 461
juta pada tahun 2005. Gas asli cecair pula telah menyumbang sebanyak 4.38% daripada jumlah
keseluruhan pada tahun 2004 dan meningkat sebanyak RM1493 juta pada tahun 2005.

Negara-negara maju telah menyalahkan Negara-negara Dunia Ketiga memusnahkan alam


sekitar melalui kegiatan pembalakan. Ekoran daripada itu, negara kita telah mengawal
pengeluaran kayu balak selaras dengan kehendak global supaya alam sekitar terpelihara. Justeru,
pada tahun 2005, pengeluaran kayu balak telah merosot kepada RM19 441 juta berbanding tahun
2004 sebanyak RM19 778 juta.

Permintaan terhadap barangan elektrik dan elektronik telah menurun sebanyak RM1456
juta pada tahun 2005. Penurunan ini mungkin disebabkan saingan yang hebat antara negara-
negara pengeksport yang lain. Selebihnya adalah untuk eksport lain-lain. Hasrat kerajaan untuk
menambahkan hasil eksport negara hanya tercapai dengan kerjasama yang padu antara agensi-
agensi kerajaan dan pihak swasta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia, 2005)
14.Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor tahun 2006
dan tahun 2007.

Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan kekal terkawal pada tahun 2007


berdasarkan prospek ekonomi yang menggalakkan. Teras dasar fiskal negara terus memberi
penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan serta perbelanjaan yang lebih memberi nilai.

Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk sektor
pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476 juta berbanding pada
tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan
pembangunan kerajaan pada tahun tersebut. Sektor perkhidmatan, perdagangan dan
perindustrian menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada
tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM1 311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak
34.6 peratus. Negara telah mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan ekonomi, iaitu
mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin
kemakmuran rakyat.

Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta atau
17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada tahun 2007.
Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan diperuntukkan sebanyak
RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus ditingkatkan peruntukan perbelanjaan pada
tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau 17.6 peratus. Sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk
prasekolah, RM3.0 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah sementara RM6.0 bilion untuk
pendidikan tinggi.

Sementara itu, sektor kesihatan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan


sebanyak RM1 297 juta atau 3.6 peratus pada tahun 2006, berbanding sebanyak RM1 629 juta
pada tahun 2007. Kerajaan Persekutuan juga membelanjakan sebanyak RM1 895 juta untuk sektor
perumahan pada tahun 2006. Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM10
194 juta untuk perbelanjaan pembangunan dalam sektor sosial yang lain pada tahun 2006 dan
perbelanjaan untuk sektor ini meningkat sebanyak RM4 024 juta atau 39.5 peratus pada tahun
2007.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar


menjelang tahun 2010, hasil pembangunan akan diagihkan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing
berjumlah RM35 787 juta dan RM45 146 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi, 2007)


15.Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf garisan yang sesuai untuk
menunjukkan pola pelbagai jenis perbelanjaan kerajaan sebagai komposisi jumlah perbelanjaan
mengurus kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

Perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk mengurus


sektor awam yang menjadi tulang belakang kerajaan. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada gaji,
pencen dan ganjaran, perkhidmatan bayaran hutang, pemberian kepada Kerajaan Negeri, bekalan
dan perkhidmatan, subsidi, dan perbelanjaan mengurus yang lain.

Bagi kategori gaji, jumlah yang diperuntukkan menunjukkan peningkatan. Peruntukan bagi
tahun 2001 adalah sebanyak RM12,084 juta. Pada tahun 2002, jumlahnya adalah sebanyak
RM12,488 juta dan berkurang sebanyak RM18 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004,
angka ini meningkat sebanyak RM2,024 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun
2005, perbelanjaan pembangunan dalam gaji adalah sebanyak RM14,807 juta. Kategori pencen
dan ganjaran pula menerima peruntukan sebanyak RM2,127 juta pada tahun 2001 dan pertukaran
ini meningkat kepada RM2,355 juta dan RM2,413 juta pada tahun-tahun yang berikutnya. Pada
tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah sebanyak RM3,864 juta dan RM3,515 juta masing-
masing.

Bagi kategori khidmat bayaran hutang pula, jumlahnya adalah sebanyak RM7,248 juta pada
tahun 2001. Pada tahun 2002, peruntukannya adalah sebanyak RM7,136 juta dan meningkat
sebanyak RM95 juta pada tahun berikutnya dan berkurang sebanyak RM720 juta pada tahun 2004
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, jumlah perbelanjaan pembangunan
dalam khidmat bayaran hutang adalah sebanyak RM6,463 juta. Kategori pemberian kepada
Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM1,334 juta, RM1,378 juta dan RM1,406 juta
bagi tahun 2001 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah RM1,683
juta dan RM1,525 juta.

Bagi tahun 2001, peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan perbelanjaan
mengurus yang lain ialah RM4,367 juta, RM576 juta, dan RM4,579 juta masing-masing.
Seterusnya, pada tahun-tahun 2002, 2003, 2004, dan 2005, jumlah perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan meningkat kepada RM5,047 juta, RM5,241 juta, RM5,975 juta, dan RM6,309 juta.
Subsidi pula mendapat peruntukan sebanyak RM548 juta, RM660 juta, RM708 juta dan RM934
juta. Manakala perbelanjaan mengurus yang lain menerima peruntukan sebanyak RM4,801 juta,
RM4,974 juta, RM8,730 juta, dan RM10,456 juta bagi keempat-empat tahun tersebut.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2001-2005)


16. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran
perubahan dalam penggunaan minyak dan lemak beberapa negara terpilih dalam tempoh yang
dinyatakan.

Penggunaan minyak dan lemak dunia semakin bertambah selaras dengan perkembangan
dalam industri pembuatan. Perkara ini dapat dibuktikan penggunaan oleh negara India, Brazil,
China, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat serta Malaysia semakin berkembang dari tahun
2001 hingga 2005.

Pengguna minyak dan lemak kedua terbanyak adalah negara China yang mencatat nilai
penggunaan sebanyak 17 528 ribu tan bagi tahun 2001. Kesatuan Eropah (EU) merupakan negara
terbanyak yang menggunakan minyak dan lemak sehingga tahun 2003, sebelum dipintas oleh
negara China mulai tahun 2004 dengan nilai penggunaan sebanyak 22 321 ribu tan dan mengatasi
negara EU sebanyak 887 ribu tan. Bagi tahun 2005, penggunaan minyak dan lemak negara China
dan EU meningkat masing-masing sebanyak 1951 ribu tan dan 483 ribu tan berbanding tahun
sebelumnya. Pada tahun 2002 dan 2003, negara China menggunakan minyak dan lemak sebanyak
19 090 ribu tan dan 20 430 ribu tan dan dikuti oleh EU sebanyak 20 464 ribu tan dan 20 845 ribu
tan.

Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga dalam penggunaan minyak dan lemak dunia
dengan jumlah penggunaan sebanyak 14 412 000 tan, 14 336 000 tan, 14 282 000 tan dan 14 535
000 tan sepanjang tempoh 2002 hingga 2005. Penggunaan bagi tahun 2001 oleh negara
berkenaan adalah sebanyak 14 239 000 tan, nilai ini berkurangan sebanyak 5440 ribu tan
berbanding dengan penggunaan oleh negara-negara EU.

Negara India, mencatat penggunaan minyak dan lemak hampir sama dengan Amerika
Syarikat. Pada tahun 2002, negara India telah menggunakan minyak dan lemak sebanyak 12 092
ribu tan, iaitu peningkatan sebanyak 360 ribu tan berbanding tahun sebelumnya, dan merosot
sebanyak 159 ribu tan untuk tahun 2003. Penggunaan minyak dan lemak merosot lagi sebanyak
241 ribu tan kepada 12 010 ribu tan untuk tahun 2004 sebelum meningkat semula sebanyak 3.74
peratus untuk tahun 2005.

Catatan penggunaan di negara Brazil sebanyak 4485 ribu tan bagi tahun 2001 sebelum
merosot untuk dua tahun bertutut-turut. Jumlah penggunaan untuk tahun 2003 adalah sebanyak 4
365 ribu tan iaitu peningkatan sebanyak 13 000 tan berbanding dengan tahun sebelumnya.
Penggunaan terus meningkat sehingga tahun 2005 dengan peningkatan sebanyak 34 ribu tan
kepada 4567 ribu tan pada tahun 2005, berbanding tahun 2004. Malaysia merupakan negara
membangun yang paling maju menunjukkan penggunaan minyak dan lemak semakin bertambah.
Penggunaan bagi tahun 2001 adalah sebanyak 2475 ribu tan meningkat kepada 2590 ribu tan dan
2669 ribu tan bagi tahun 2002 dan 2003. Pada tahun 2005, penggunaan sebanyak 2989 ribu tan
yang merupakan kadar peningkatan 6.75 peratus berbanding dengan penggunaan bagi tahun
2004.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April


2008, Kuala Lumpur)
17. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia
pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan memperoleh
keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2004 kuantiti
pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini
merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2005. Namun, pada tahun 2006, pengeluaran
bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran minyak
mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu
tong sehari pada tahun 2007.

Pada tahun 2008, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari.
Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import
sepanjang tempoh 2004 -2008. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2004 ialah US$75
setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun
tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada
kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia.
Keadaan ini berlaku pada tahun 2005 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu
tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga minyak
mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada tahun
2006, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari,
manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun
tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75 setong.

Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2006 hingga tahun
2008 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia
masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2007 ialah 390 ribu tong
sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2008 kuantiti eksport minyak
mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah
kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/2008)


18.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, bina carta pai yang sesuai bagi
menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut bidang utama bagi tahun 2004 dan 2005 di Malaysia.

Setelah pulih daripada kegawatan ekonomi, jumlah guna tenaga dalam pelbagai bidang di negara ini
telah menunjukkan perkembangan yang positif. Pada tahun 2005, jumlah guna tenaga telah bertambah
sebanyak 1783.06 ribu orang berbanding dengan tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan jumlah
sebanyak 9704.2 ribu orang. Pertambahan ini telah memberi petanda yang baik kepada kumpulan
pencari kerja yang aktif.

Pertumbuhan ekonomi yang semakin mantap telah meluaskan bidang pengeluaran di Malaysia
terutamanya dalam bidang pengeluaran makanan halal. Guna tenaga dalam bidang pengeluaran ini
telah mencatatkan bilangan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 2911.50 orang pada tahun 2004 dan
angka ini telah bertambah sebanyak 854.93 ribu orang lagi pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2004, sebanyak 766.70 ribu orang guna tenaga telah berkhidmat dalam bidang
profesional dan teknikal. Kepentingan bidang ini dalam menjana pembangunan negara dapat
dibuktikan melalui pertambahan bilangan siswazah dalam bidang ini pada setiap tahun. Sehubungan
dengan itu, pada tahun 2005 bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah bertambah sebanyak 210.19
ribu orang lagi berbanding dengan tahun sebelumnya.

Bidang pentadbiran dan pengurusan pula semakin diminati selaras dengan perkembangan semasa
negara. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan yang tinggi pada tahun 2005, iaitu sebanyak 621.29 ribu
orang berbanding dengan tahun 2004 yang hanya mencatatkan angka sebanyak 271.70 ribu orang.

Bidang perkeranian pula telah menyumbang sebanyak 9.80 peratus daripada jumlah keseluruhan
guna tenaga pada tahun 2004 itu. Bilangan ini telah meningkat kepada 1251.11 ribu orang, iaitu
bertambah sebanyak 300.01 ribu orang guna tenaga lagi pada tahun 2005. Pertambahan premis jualan
dan kegiatan jualan langsung juga telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di Malaysia. Pada
tahun 2004, bidang ini telah mencatat bilangan guna tenaga sebanyak 1504.20 ribu orang atau
sebanyak 15.50 peratus daripada jumlah keseluruhan pada tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun
2005 bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah meningkat kepada 1745.89 ribu orang.

Sektor swasta pula lebih cenderung untuk mengaplikasikan teknologi komunikasi dan maklumat dalam
semua urusan harian. Justeru, bidang perkhidmatan telah menunjukkan penurunan sebanyak 29.71
ribu orang pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004 yang mencatatkan bilangan sebanyak
1261.0 ribu orang. Bidang pertanian juga mengalami perubahan yang besar selaras dengan Dasar
Pertanian Negara Ketiga yang bermatlamat untuk memodenkan sektor pertanian.
Keadaan ini telah menggalakkan penggunaan jentera moden bagi menggantikan guna tenaga
manusia. Sehubungan dengan itu, bilangan guna tenaga dalam bidang ini telah menyusut kepada
1622.66 ribu orang pada tahun 2005, manakala bilangan guna tenaga bidang ini pada tahun 2004 ialah
2038.0 ribu orang, iaitu kira-kira 21.0 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun
tersebut.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006)
19.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar
yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan pengeluaran sektor pembuatan
mengikut produk utama terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan.

Dalam tempoh Reancangan Malaysia Kelapan, sektor pembuatan terus memberi


sumbangan yang besar kepada pertumbuhan pengeluaran, eksport dan pewujudan peluang
pekerjaan. Penambahbaikan dasar dan inisiatif yang berterusan telah memperkukuh lagi sektor
tersebut bagi menghadapi persaingan dan integrasi yang lebih hebat dalam ekonomi dunia.
Inisiatif tersebut telah meningkatkan pengeluaran produk biskut sebanyak 17,951 tan metrik
kepada 151,434 tan metrik pada tahun 2005 berbanding tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, inisiatif tersebut tidak dapat meningkatkan pengeluaran kesemua


produk sektor pembuatan kerana terdapat juga produk yang merosot pengeluarannya seperti
nanas tin dan beras campur. Pengeluaran nanas tin telah menyusut sebanyak 2,363 tan metrik
pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004 yang mencatatkan pengeluaran sebanyak
21,383 tan metrik.

Pengeluaran beras campur pula adalah sebanyak 50,110 tan metrik pada tahun 2004 dan
berkurang kepada 46,200 tan metrik iaitu merosot sebanyak 3,910 tan metrik pada tahun 2005.
Penurunan itu berlaku kerana kitaran permintaan global yang menurun bagi produk-produk
tersebut sehingga para pengilang terpaksa membuat penyesuaian terhadap pengeluran dan
inventori.

Permintaan domestik yang semakin baik, peningkatan sentimen pengguna dan


pendapatan boleh guna pula telah menyumbang kepada prestasi positif bagi pengeluaran produk
susu tepung. Pengeluaran produk ini adalah sebanyak 34,573 tan metrik pada tahun 2004 dan
bertambah sebanyak 9,361 tan metrik pada tahun 2005. Minyak masak yang menjadi pilihan suri
rumah juga memperlihatkan peningkatan dalam pengeluarannya apabila menokok sebanyak
44,633 tan metrik pada tahun 2005 berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2004 yang
berjumlah 66,253 tan metrik. Situasi ini juga boleh dilihat pada produk sabun serbuk yang
mengalami pertambahan pengeluaran iaitu daripada 88,281 tan metrik pada tahun 2004 kepada
101,185 tan metrik pada tahun berikutnya. Pola ini bagaimanapun berbeza bagi pengeluaran
sabun mandi yang menyusut sebanyak 2,503 tan metrik pada tahun 2005 berbanding dengan
pengeluaran tahun 2004 yang berjumlah 28,527 tan metrik.

Pelbagai usaha dan kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan tentang bahaya merokok
telah mempengaruhi pengeluaran produk ini di pasaran. Pengeluaran rokok pada tahun 2004
adalah sebanyak 24,669 tan metrik tetapi merosot kepada 21,635 tan metrik pada tahun
berikutnya. Bagi produk benang kapas, pengeluarannya pada tahun 2005 adalah sebanyak 40,409
tan metrik iaitu lebihan sebanyak 9,813 tan metrik berbanding dengan tahun 2004. Pola
pengeluaran yang sama juga boleh dilihat pada produk dawai besi yang mencatatkan pengeluaran
sebanyak 62,397 tan metrik pada tahun 2004 dan meningkat kepada 75,790 tan metrik setahun
kemudian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006,


Jabatan Perangkaan Malaysia, November 2006)
20.Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk membandingkan
kemasukan warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia pada tahun-tahun yang
dinyatakan.

“Daripada sejumlah 6691332 orang pelawat asing pada tahun 2002, warga
Singapura merupakan pelawat paling ramai berkunjung ke Malaysia iaitu kira-kira
58.67% atau kira-kira 3925598 orang. Pada tahun berikutnya, jumlah ini terus meningkat
lagi menjadi 5463552 orang berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 8341393 orang.
Warga Indonesia pula, kebanyakannya mengambil Pas lawatan kerja sementara untuk
suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data yang direkodkan seramai 1247003 orang
dan meningkat sebanyak 24.88% pada tahun 2003 kepada 1557240 orang.

Kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan. Pada tahun


2002, kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239151 orang iaitu sebanyak
3.57% berbanding warga China sebanyak 537400 orang, iaitu 8.03%. Walaupun
penurunan warga Australia sebanyak 41746 orang, penurunan kemasukan warga China
lebih ketara iaitu sebanyak 12.58% kepada 469772 orang untuk tempoh selepas tahun
2002.

Manakala kemasukan warga Bangladesh pula, sebahagian besarnya memiliki Pas


tanggungan dan Pas lawatan kerja sementara. Pada tahun 2003, jumlahnya mencecah
36438 orang iaitu pertambahan sebanyak 13003 orang berbanding tempoh sebelumnya.
Pertambahan sebanyak 26215 orang warga India pada tahun 2003 menunjukkan angka
lebih tujuh kali ganda berbanding warga Bangladesh pada tahun tersebut. Pada tahun
tersebut, pelawat warga India ke Malaysia berjumlah 270074 orang.

Kemasukan warga Jepun pula turut membantu sektor pelancongan. Kebanyakan


mereka menyertai aktiviti pelancongan terutama pelancongan kesihatan. Pada tahun
2002, jumlah kemasukan mereka adalah seramai 474886 orang berbanding 346912
orang pada tahun 2003. Secara keseluruhan kemasukan warga asing ini turut membantu
peningkatan ekonomi iaitu melalui pertukaran wang asing dan juga sumbangan mereka
dalam pelbagai bidang pekerjaan.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin


Pertanian, 2006)
21.Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar
kelahiran dan kematian secara kasar di beberapa buah negara terpilih dari tahun-tahun
yang diliputi.

Antara tahun 2000 hingga 2002, terdapat peningkatan dalam jumlah penduduk di
beberapa buah negara. Jepun umpamanya mempunyai jumlah penduduk yang menunjukkan
pertambahan daripada seramai 126.926 juta orang pada tahun 2000 kepada 127.435 juta orang
pada tahun 2002. Pertumbuhan penduduk di Amerika Syarikat (AS) pula merupakan yang
terbesar. Manakala Republik Korea mencatat pertumbuhan penduduk sebanyak 1.35%. United
Kingdom (UK) juga mencatat pertambahan jumlah penduduk daripada 58.817 juta orang pada
tahun 2000 kepada 59.232 juta orang pada tahun 2002.

Pada tahun 2000, kadar kelahiran kasar penduduk Jepun yang dicatat ialah 9.5% dan
turun tahun demi tahun. Pada tahun 2002, kadar kelahiran kasarnya adalah sebanyak 9.2% iaitu
penurunan 0.1% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2000, kadar kelahiran kasar
penduduk AS pula ialah sebanyak 14.4% iaitu lebih 1.0% berbanding pertumbuhan kelahiran
kasar penduduk Republik korea. Pertumbuhan kelahiran kasar di UK hanyalah sebanyak 11.5%
pada tahun 2000.

Dalam tahun 2000, kadar kematian kasar UK menunjukkan kadar yang tertinggi iaitu
sebanyak 10.3% berbanding AS hanya 8.7% sahaja. Kadar kematian di UK ini ialah 5.1% lebih
tinggi berbanding Republik Korea. Kadar kematian kasar di Jepun pula berjumlah 7.8% sahaja.
Kadar kematian kasar di Jepun terus kekal sebanyak 7.7% dalam tahun 2001 dan 2002. Hal
tersebut menunjukkan bahawa kadar kelahiran kasar penduduk di semua negara adalah lebih
tinggi daripada kadar kematiannya.

Kadar kelahiran kasar di Republik Korea menurun sebanyak 1.8% pada tahun 2001 tetapi
masih berada dalam kedudukan kedua selepas AS. Pada tahun tersebut, penduduk Republik Korea
berjumlah 47.343 juta orang. Walaupun kadar kelahiran kasar penduduk di Republik Korea
menurun lagi menjadi 10.3% pada tahun 2002, namun kadar kematian kasarnya pula
menunjukkan sedikit penurunan kepada 5.1% pada tahun 2001 dan terus kekal pada tahun 2002.

Pada tahun 2001, jumlah penduduk AS berjumlah 285.318 juta orang iaitu pertambahan
sebanyak 3.896 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Meskipun berlaku pertambahan jumlah
penduduk, namun kadar kelahiran kasarnya telah menurun berbanding tahun 2000 kepada hanya
14.1%. Akan tetapi, kadar kelahiran kasar penduduk AS menunjukkan peningkatan 0.1% pada
tahun 2002. Sementara itu, kadar kematian kasar di negara ini merosot kepada 8.5%, iaitu
kemerosotan 0.2% berbanding tahun 2000. Pada tahun 2002 pula, kadar kematian kasarnya
meningkat menjadi 8.6%. Pada penghujung tahun 2002, jumlah penduduk AS berjumlah 288.369
juta orang.

Pada tahun 2001, penduduk UK berjumlah 59.051 juta orang. Kadar kelahiran dan
kematian kasar adalah berbeza sebanyak 1.1%. Kedua-dua kadar tersebut menunjukkan
penurunan, kadar kelahiran kasar menurun sebanyak 0.2% manakala kadar kematian kasar juga
menurun, iaitu pada kadar 0.1%. Pada tahun 2002 pula, terdapat pertambahan kadar kelahiran
kasar penduduk UK kepada 11.7% tetapi diiringi dengan kadar kematian kasar yang turut
meningkat menjadi 10.3% pada tahun 2002 dan menjadikan jumlah penduduknya seramai
59.232 juta orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buletin Perangkaan Sosial, 2004)


22. Berdasarkon petikan yang diberikan,sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan
pelancong domestik di Malaysia mengikut jenis perkhidmatan pada tahun 2009 hingga 2011.

Industri pelancongan telah menyumbang kepada pendapatan negara melalui urus niaga tukaran wang
asing dan pewujudan peluang kerja. Sejak awal 1990_an amalan pelancongan berorientasikan domestik
dan wilayah serantau telah bertukar kepada aktiviti pelancongan besar-besaran termasuk
membangunkan produk khusus berkaitan pelancongan secara fizikal dan teoritikal.
Kemudahan paling asas bagi pelancongan domestik dan asing ialah penginapan. Bagi
perkhidmatan penginapan, sektor pelancongan domestik mencatatkan nilai perbelanjaan sebanyak
RM2666.6 juta pada tahun 2009, manakala bagi perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman pula
sebanyak RM3118.8 juta pada tahun yang sama. Pada tahun 2009 juga, pelancong dalam negara telah
berbelanja sebanyak RM6731.2 juta untuk perkhidmatan pengangkutan pelbagai jenis. Kebanyakan
pelancong yang menerima perkhidmatan ini memandu sendiri kenderdan sewa untuk memudahkan
perjalanan. Pelancong juga sering mendapat perkhidmatan khusus berciri pelancongan negara yang
disediakan pihak kerajaan dan swasta, termasuk badan-badan yang mengendalikan premis pelancongan
secara bermusim. Sebanyak RM1918.2 juta dicatatkan pada tahun 2009, dan meningkat sebanyak
36.03% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2011 pula perkhidmatan yang sama telah mencatatkan
perbelanjaan pelancong domestik sebanyak RM3130.4 juta.
Pelancong domestik yang menggunakan perkhidmatan penginapan sama ada di hotel, resort
dan enap desa telah berbelanja sebanyak RM3336.4 juta pada tahun 2010, jumlah ini kurang sedikit
sebanyak RM484.8juta berbanding pelancong yang mendapat perkhidmatan penyedidan makanan dan
minuman pada tahun yang sama. Ternyata pengangkutan amat penting dalam sektor pelancongan,
justeru pelancong sanggup berbelanja lebih untuk mendapat perkhidmatan pengangkutan yang sesuai
dan cepat, Bagi perkhidmatan ini, pelancong berbelanja sebanyak RM8205.4 juta pada tahun 2010 .
Pada tahun 2011, pelancong domestik berbelanja sebanyak RM4041.9 juta untuk
perkhidmatan penginapan manakala bagi perkhidmatan penyedidan makanan dan minuman pula
hampir sama jumlah dengan penginapan iaitu sebanyak RM4746.6 juta. Perkhidmatan
pengangkutan kekal mencatatkan jumlah perbelanjdan dalam pelbagai perkhidmatan
pelancongan, dan pada tahun 2011 mencatatkan perbelanjdan sebanyak-RM10169,3 juta.
meningkat melebihi 23% dari tahun sebelumnya.
23.Berdasarkan maklumat yang diberikon, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perangkaan
jumlah kes ancaman siber di Malaysia mengikut kes pada tahun 2007 hingga 2010.

Antara NKRA kerajaan dalam GTP ialah membanteras pelbagai bentuk jenayah dan perkembangan
dalam gajet dan perisian aplikasi atas talian menyumbang kepada peningkatan kes jenayah siber.
Berlaku peningkatan dalam beberapa kes jenayah siber setiap tahun dan ini adalah fenomena biasa
berikutan perkembangan dalam perisian internet dan pertambahan jumlah pengguna sistem maya.

Sebanyak 1389 kes keseluruhan ancaman siber dilaporkan pada tahun 2007, menurun sedikit
kepada 1068 kes pada tahun berikutnya. Perkembangan dalam teknologi perisian internet melonjak kes
ancaman sebanyak 327 kes pada tahun 2010 berbanding 2095 kes keseluruhan pada tahun 2009.
Kegiatan mendapat maklumat atau mengubah maklumat sulit dalam kes pencerobohan sistem komputer
mencatatkan 887 kes pada tahun 2007 dan merosot kepada 385 kes pada tahun 2008. Kes ini kemudian
telah meningkat sebanyak 381 kes kepada 766 kes pada tahun 2009 sebelum melonjak kepada 853 kes
daripada jumlah 2422 kes pada tahun 2010.

Keseluruhan kes penipuan siber sepanjang tempoh 2007 hingga 2010 berjumlah 2534 kes dan
daripada jumlah tersebut, kes tertinggi yang dicatatkan sebanyak 991 kes pada tahun 2010 dan kes
terendah sebanyak 294 kes pada tahun 2007. Kes ini meningkat kepada 885 kes pada tahun 2009 dan
selebihnya adalah kes penipuan siber yang dilaporkan pada tahun 2008. Kes penggodaman untuk
membaiki kerosakan sistem atau untuk mendapat maklumat mencatatkan peningkatan daripada 68 kes
pada tahun 2007 kepada 335 kes pada tahun 2010. Kes penggodaman bagi tahun 2008 dan 2009
masing-masing mencatatkan 182 kes dan 261 kes.

Lain-lain kes ancaman siber yang dilaporkan termasuk gangguan siber dan serangan virus
mencatatkan 140 kes pada tahun 2007 dan menurun sebanyak 2.14% pada tahun 2008. Inisiatif kerajaan
untuk membanteras pelbagai ancaman siber belum berjaya untuk mengurangkan jumlah kes ini apabila
melonjak kepada 183 kes pada tahun 2009. Ekoran pertambahan pengguna siber dani kemajuan dalam
teknologi maya jumlah lain-lain kes ancaman siber pada tahun 2010 telah bertambah kepada 243 kes.

(sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Statistik PDRM, 2011)


24.Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes
rasuah penjawat awam dan orang awam terpilih mengikut kategori pekerjaan dan di Malaysia pada
tahun 2008 hingga 2011.

Kes rasuah dalam sektor awam yang melibatkan kakitangan dengan orang awam menjejaskan
imej negara untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Penjawat awam dalam kalangan pengurusan dan protesional mencatakan kes rasuah yang tidak
menentu dan tahun 2008 hingga 2011. Jumlah kes rasuah dalam kategori ini pada tahun 2008
mencatatkan seramai 60 orang tetapi menurun jumlah orang terlibat kepada 58 orang pada tahun 2009.
Walau bagaimanapun, jumlah orang telah meningkat sebanyak 56.9% pada tahun 2010. Keberkesanan
operasi dan kempen kesedaran kepada penjawat awam telah berjaya mengurangkan kes rasuah dalam
sektor awam. Hal ini dapat dibuktikan papa tahun 2011 apabila jumlah yang terlibat dalam gejala ini
berkurang kepada 67 orang.
Pada tahun 2011 merupakan jumlah paling ramai kategori sokongan yang terlibat dalam rasuah
dengan catatan seramai 259 orang berbanding pada tahun 2008 yang mencatatkan jumlah terlibat
seramai 217 orang. Kategori ini merupakan jumlah paling ramai dalam sektor awam dan SPRM
meningkatkan usaha untuk membanteras rasuah. Jumlah kakitangan sokongan yang terlibat dalam
gejala rasuah sebanyak 229 orang pada tahun 2009 dan bertambah sebanyak 19 orang kepada 248 orang
pada tahun berikutnya.
Bagi kesalahan memberi dan mengambil rasuah dalam kalangan orang awam, kategori
kontraktor dan peniaga mencatatkan seramai 148 orang pada tahun 2008 dan bertambah kepada 180
orang pada tahun berikutnya. Berbeza dengan kategori swasta kurang sebanyak 62 orang pada tahun
2009 berbanding tahun 2008 yang merekodkan jumlah terlibat dalam rasuah sebanyak 169 orang.
Jumlah kategori kontraktor dan peniaga yang terlibat dalam rasuah terus meningkat kepada 307
orang pada tahun 2010 sebelum menambah bilangan yang gejala rasuah kepada 345 orang pada tahun
2011. Manakala pada tahun 2010 bilangan kategori swasta mencatatkan bilangan seramai 145 orang
tetapi merosot kepada 102 orang pada tahun 2011. Terdapat kes rasuah yang menurun membuktikan
NKRA kerajaan dalam menangani gejala rasuah telah berhasil.
(sumber: Diubahsuaikan daripada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, SPRM, 2012)
25.Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediakon graf yang sesuai untuk menunjukkan hasil kutipan
saman PDRM di kaunters dan melalui laman web PDRM pada bulan Julai hingga Disember 2011.

Kerajaan telah menyediakan kemudahan kaunters dan perhidmatan atas talian bagi memudahkan orang
ramai menguruskan cara pembayaran saman polis. Walaupun perkhidmatan atas talian amat mudah dan
cepat serta menjimatkan masa, namun perolehan kerajaan daripada kutipan saman melalui laman web
kurang berbanding yang membayar di kaunters. Jumlah keseluruhan pungutan saman di kaunters
sebanyak RM312.9 juta manakala pembayaran melalui laman web berjumlah RM27 juta pada bulan
Julai hingga Disember 2011.
Kutipan di kaunters pada bulan Julai sebanyak RM64.1 juta, namun pada bulan berikutnya kutipan
merosot kepada RM40.6 juta. Sebanyak 7.32% daripada jumlah keseluruhan di kaunters dipungut pada
bulan September manakala pembayaran melalui laman web pula mencatatkan kutipan sebanyak RM1.8
juta.
Pembayaran melalui perkhidmatan atas talian atau laman web pada bulan Julai sebanyak RM4.5 juta
dan pada bulan berikutnya kutipan menggunakan aplikasi yang sama mencatatkan penurunan sebanyak
37.77%. Ramai memilih membuat bayaran di kaunters kerana lebih yakin dengan transaksi secara nyata
berlebih banyak kerana jumlah bayaran berbanding urusan secara maya.
Kutipan melalui perkhidmatan atas talian pada bulan Oktober hingga Disember mencatatkan jumlah
yang tidak konsisten. Pada bulan Oktober jumlah kutipan di kaunters mencatatkan perolehan sebanyak
RM29.3 juta manakala pada bulan yang sama kutipan melalui laman web berjumlah RM2.3 juta.
Sebanyak RM127 juta berjaya dikutip melalui pembayaran di kaunters pada bulan Disember tetapi pada
bulan yang sama kutipan melalui perkhidmatan atas talian meningkat sebanyak RM1 juta kepada
RM8.3 juta berbanding bulan November. Sebanyak RM29 juta berjaya dikutip oleh PDRM di kaunters
seluruh negara bagi saman yang dibayar pada bulan November.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PDRM, 2011)
26.Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kes demam
denggi mengikut negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia pada tempoh-tempoh yang
dilaporkan.
Tahap kesihatan penduduk yang berkualiti merupakan indikator penting dalam mencapai negara maju
dan kemudahan akses kepada kemudahan kesihatan menjadi keutamaan kerajaan. demam denggi pada
tahun 2011.
Jumlah keseluruhan kes demam denggi yang direkodkan dari 1 Mei hingga 26 Mei pada tahun 2011
sebanyak 572 kes. Sebanyak 30.6% daripada jumlah tersebut adalah jumlah besar kes demam denggi
pada 1 hingga 4 Mei, dan negeri Kedah mencatat sebanyak 12 kes, negeri Pulau Pinang dan Perak
masing-masing mencatatkan sebanyak 21 kes dan 38 kes. Negeri Johor mencatatkan jumlah kes yang
sama banyak dengan Perak, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur sebanyak 51
kes.
Negeri Kelantan mencatatkan kes sebanyak 8.57% daripada jumlah kes pada 1 hingga 4 Mei dan
berkurangan kepada 13 kes pada 6 hingga 12 Mei. Manakala pada 13 hingga 19 Mei mencatatkan
sebanyak 18 kes dan meningkat kepada
27 kes pada tempoh 20 hingga 26 Mei. Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur mencatatkan
jumlah sebanyak 19 kes daripada 120 kes pada tempoh 6 hingga 12 Mei dan meningkat kepada 26 kes
pada tempoh 13 hingga 19 Mei dan merosot kepada 19 kes pada 20 hingga 26 Mei 2011.
Pada tempoh 6 hingga 12 Mei, negeri Kedah mencatatkan kes demam denggi sebanyak 16 kes,
manakala pada 20 - 26 Mei meningkat kepada 1 7 kes. Negeri Pulau Pinang dan Perak mencatatkan
jumlah kes yang sama sebanyak 18 kes. Negeri Johor merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes
demam denggi sepanjang tempoh yang direkodkan apabila mencatatkan sebanyak 36 kes pada tempoh
6 hingga 12 Mei dan 13 hingga 19 Mei 2011. Jumlah besar kes demam denggi pada 13-19 Mei
sebanyak 140 kes dan berkurang kepada 137 kes pada tahun berikutnya.
Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak masing-masing mencatatkan jumlah kes yang meningkat pada
tempoh 13 hingga 19 Mei kepada 19 kes, 21 kes dan 20 kes. Pada tempoh 20 hingga 26 Mei pula negeri
Johor masih mengekalkan jumlah kes tertinggi sebanyak 37 kes, namun jumlah kes di negeri Kelantan
berkurang kepada 27 kes, begitu juga negeri Pulau Pinang berkurang sebanyak 8 kes kepada 13 kes
pada tempoh tersebut. Negeri Perak menunjukkan peningkatan sebanyak 4 kes pada tempoh 20 hingga
26 Mei berbanding pada tempoh sebelumnya.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)
27.Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan indeks harga
pengguna bagi keperluan utama Malaysia pada tempoh-tempoh yang dinyatakan.

Indeks Harga Pengguna mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi bakul tetap
barang dan perkhidmatan yang mewakili corak perbelanjdan keseluruhan isi rumah di Malaysia pada
sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.
Barang keperluan utama pengguna di Malaysia ialah makanan dan minuman, pakaian dan alas kaki,
keperluan kepada air dan sumber elektrik dan gas, kesihatan dan pengangkutan. Barang makanan dan
minuman merupakan keperluan utama dalam kehidupan pengguna dan keperluan barang ini sentiasa
meningkat. Pada bulan Jun 2012 indeks bagi makanan dan minuman sebanyak 107.7%, meningkat
kepada 110.8% pada bulan Mei 2013 dan inaeks ini bertambah kepada 111.2% bulan Jun 2013. Bagi
bulan Januari hingga Jun 2012 barang keperluan ini mencatatkan indeks sebanyak 107.1 % dan
Januari hingga Jun 2013 pula sebanyak 110.5%.
Keperluan utama pakaian dan kasut menunjukkan peratusan yang tidak konsisten apabila mencatatkan
indeks sebanyak 99.2% pada Jun 2012 tetapi merosot kepada 98.6% pada bulan yang sama tahun 2013.
Pada bulan Mei 2013 dan pada bulan Januari hingga Jun 2013 mencatatkan indeks yang sama sebanyak
98.8%, manakala pada bulan Januari hingga Jun 2012 inaeks pengguna bagi pakaian dan kasut adalah
sebanyak 99,5%.
Indeks keperluan utama bagi penggunaan air, minyak dan gas mencatatkan nilai melebihi 100%, Pada
tempoh pukal antara Januari hingga Jun 2012 dan bulan sama pada tahun 2013 masing-masing
mencatatkan indeks sebanyak 103.1 % dan 105.6%. Pada tempoh yang sama dalam bulan Jun tahun
2012 dan tahun 2013 pula masing-masing mencatatkan indeks sebanyak 103.3% dan 105.4%,
berbanding pada bulan Mei 2013 yang mencatatkan indeks penggunaan air, minyak dan gas yang tinggi
sebanyak 105.3%.
Pada bulan Jun 2012, Indeks bagi harga pengguna bagi keperluan kesihatan mencatatkan indeks
sebanyak 104.6% manakala bagi indeks pengangkutan mencatatkan nilai sebanyak 105.1%. Pada bulan
Jun 2013 indeks harga pengguna masing-masing mencatatkan harga yang tinggi sebanyak 106.6% dan
105.3%. Kenaikan indeks harga pengguna menunjukkan keupayaan kuasa beli yang tinggi apabila
indeks pukal pada bulan Januari hingga Jun 2012 bagi keperluan kesihatan sebanyak 104.3%, manakala
bagi pengangkutan sebanyak 105.4%. Walau bagaimanapun nilai pada bulan Mei 2013 sebanyak
106.8% untuk indeks kesihatan dan 105.7% bagi indeks pengangkutan. Pada bulan Januari hingga Jun
2013, indeks kesihatan mencatatkan nilai sebanyak 106.4% manakala bagi harga pengguna
pengangkutan pula sebanyak 105.6%.
(sumber: dipetik daripada Jabatan Perangkdan Malaysia, 2013)
28. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yong sesuai untuk menunjukkan pola indeks
kualiti hidup rakyat Malaysia mengikut petunjuk kualiti pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Meningkatkan kualiti hidup rakyat merupakan agenda utama kerajaan Persekutuan selaras dengan
slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang
besar untuk meningkatkan kualiti pendidikan, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan alam sekitar
untuk kesejahterdan hidup rakyat.
Indeks kualiti pendidikan mencatatkan jumlah 117.4 mata pada tahun 2007 dan kualiti hidup meningkat
dalam aspek yang sama pada tahun 2009 kepada 125.5 mata. Pada tahun 2011, petunjuk pendidikan
mencatatkan peningkatan indeks kualiti sebanyak 4.06 mata berbanding tahun sebelumnya.
Sepanjang tempoh yang dilaporkan, indeks petunjuk kualiti bidang perumahan menunjukkan
peningkatan dan pada tahun 2007 mencatatkan sebanyak 116.5 mata. Indeks kualiti telah bertambah
sebanyak 2.1 mata pada tahun 2011 berbanding 131.8 mata yang dicatatkan pada tahun 2009.
Petunjuk indeks kualiti dalam bidang kesihatan mencatatkan pola tidak konsisten apabila meningkat
kepada 129.8 mata pada tahun 2009 berbanding 115.8 mata pada tahun 2007. Berlaku penurunan indeks
kualiti sebanyak 0.7 mata pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 kemungkinan wujud data kurang
lengkap atau tiada laporan status kependudukan yang melibatkan kawasan pedalaman yang masih tidak
mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang baik.
Bidang pengangkutan merupakan isu yang berpanjangan di bandar-bandar utama dan indeks kualiti
bidang ini menunjukkan perangkaan yang turun naik. Pada tahun 2007 mencatatkan jumlah 107.2 mata
dan merosot kepada 101.7 mata pada tahun 2009. Manakala pada tahun 2011 pula indeks pengangkutan
terus menurun sebanyak 5.32 mata berbanding tahun 2007. Kerajaan masih berusaha meningkatkan
kemudahan pengangkutan awam dengan manjadikan aspek ini sebahagian daripada NKRA nasional.
Indeks kualiti alam sekitar juga menunjukkan pola peningkatan dan penurunan pada tahun 2007 hingga
2010. Pada tahun 2009, bidang ini telah mencatatkan kenaikan sebanyak 3.5 mata berbanding petunjuk
indeks pada tahun 2007 yang mencatatkan sebanyak 98.2 mata. Manakala pada tahun 2011 pula indeks
bidang ini telah merosot kepada 94.1 mata kerana wujud fenomena perubahan suhu akibat aktiviti
manusia dalam perindustrian dan pembangunan yang menjejaskan kualiti udara dan kehidupan
manusia.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan PEMANDU, 2011)
29.Berdasarkan maklumat yong diberikan, sediakon graf garis yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan pengguna yong mengakses perkhidmatan atas talian (online) Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Malaysia mengikut jenis perkhidmatan pada bulan Januari hingga Mei 2011.

Satu indikator untuk mencapai sebuah negara maju ialah kualiti akses kepada gajet teknologi
menggunakan perkhidmatan atas talian dalam tadbir urus awam dan swasta.
Pada bulan Januari hingga Mei tahun 20ll jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan atas
talian untuk berurusan dengan pihak JPJ tidak konsisten. Seramai 65496 orang menggunakan
perkhidmatan ini untuk membuat semakan senarai hitam kerana tidak menjelaskan saman tertunggak
atau kes melibatkan perundangan yang serius. Jumlah ini meningkat kepada 96502 orang sebelum
bertambah jumlah pelanggan kepada 98084 orang pada bulan Mac 2011. Jumlah pelanggan yang
menyemak senarai hitam paling ramai pada bulan April sebanyak 115084 orang sebelum berkurang
sebanyak 57075 orang pada bulan Mei 20ll, berbanding tempoh sebelumnya.
Bagi perkhidmatan menyemak saman yang dibuat oleh pelanggan menggunakan perkhidmatan online
pada bulan Mei mencatatkan jumlah pelanggan paling ramai sebanyak 261868 orang. Pada bulan Mac
dan April jumlah pelanggan menyemak saman mencatatkan jumlah kedua dan ketiga terbanyak dengan
masing-masing seramai 1 72791 orang dan 239454 orang. Pada bulan Januari jumlah yang menyemak
saman seramai 52509 orang dan meningkat sebanyak 65274 kes pada bulan berikutnya.
Cara mudah memperbaharui lesen memandu memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang mengakses
talian JPJ untuk urusan pembaharuan lesen kenderdan bermotor dengan menggunakan MYEG. Pada
bulan Januari mencatatkan seramai 85892 orang, meningkat kepada 68429 orang pada bulan Februari
dan bulan Mac seramai 95648 orang. Kemudahan yang cepat ini menyakinkan orang ramai untuk
menggunakan talian ini untuk tujuan yang sama meningkat kepada 106352 orang dan pada bulan Mei
bertambah sebanyak 3680 orang berbanding bulan April.
Orang ramai menggunakan perkhidmatan 'online' untuk menyemak nombor kenderaan terkini seramai
62065 orang bulan Januari dan tetapi jumlah merosot kepada 58224 orang pada bulan Mei. Jumlah
paling ramai ialah pada bulan April sebanyak 169899 orang, setelah menambah sebanyak 48045 orang
berbanding bulan Mac dan bulan Februari pula seramai 67449 orang telah mengakses talian JPJ untuk
tujuan yang sama.
(sumber: Diubasuaikan daripada Portal JPJ Malaysia, 2012)
30.Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan pola prestosi indeks pasaran saham terpilih di Bursa Malaysia pada bulan
Mei tahun 2012.

Harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan rendah berikutan tekanan sentimen luaran
yang lembap dan memberi kesan kepada prestasi pasaran tempatan. Keadaan ini dapat dibuktikan
apabila jumlah dagangan merosot sejak akhir tahun 2011.
Semua indeks terpilih mencatatkan aliran pasaran yang tidak konsisten dan pada 14 Mei 2012, indeks
Pembinaan mencatatkan 246.13 mata, merosot kepada 236.63 mata pada 15 Mei 2012 sebelum
menurun sebanyak 1.52 mata pada 16 Mei 2012. Indeks ini menunjukkan peningkatan pada 17 Mei
2012 apabila berlaku pemulihan teknikal di Wall Street dengan catatan 237.53 mata, namun kembali
merosot pada 18 Mei 2012 kepada 235.95 mata apabila kebanyakan kaunters ditutup rendah dan
kaunters rugi mengatasi kaunters untung.
Pada 14 Mei, indeks Pengguna mencatatkan nilai niaga paling tinggi sebanyak 510.52 mata manakala
nilai pasaran paling rendah pada 16 Mei yang mencatatkan 486.95 mata. Indeks pengguna mencatat
494.16 mata pada 15 Mei, namun menunjukkan penurunan kepada 493.73 mata pada 17 Mei sebelum
merosot kepada 490.02 mata pada 18 Mei 2012.
Indeks Perkhidmatan dan Perdagangan mencatatkan 198.47 mata pada 4 Mei, kemudian merosot
sebanyak 6.51 mata pada 15 Mei. Indeks ini melonjak kepada 193.25 mata pada 16 Mei dan diniagakan
pada paras 194.28 mata pada tempoh beikutnya sebelumnya merosot semula kepada 193.19 mata pada
17 Mei 2012.
Bagi indek Hartanah pula, nilai pasaran yang tidak konsisten membimbangkan para pelabur Keadaan
ini dapat dibuktikan nilai indeks tertinggi yang diniagakan pada 989.25 mata pada 14 Mei telah merosot
kepada 967.9 mata pada 15 Mei. Pada 16 Mei, nilai indeks mencatatkan penurunan kepada 965.64 mata
dan berlaku kenaikan sebanyak 9.48 mata pada 17 Mei, namun kembali merosot kepada 968.05 mata
pada 18 Mei 2012
Pada 16 Mei nilai indeks Perlombongan diniagakan sebanyak 338.42 mata. telah melonjak kepada
370.84 mata pada tempoh berikutnya apabila berlaku pemulihan teknikal yang menunjukkan kaunters
untung mengatasi kaunters rugi. Indeks ini diniagakan rendah pada 15 Mei sebanyak 352.6 mata
apabila merosot sebanyak 14.19 mata daripada 366 mata pada 14 Mei. Urus niaga pasaran indeks ini
terus merosot kepada 336.39 mata Pada 18 Mei walaupun meningkat sedikit pada tempoh sebelumnya.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Saham Bursa Malaysia, Mei 2012)
31.Berdasarkan petikan di bawah sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pelunjuran nilai
pinjaman tidak berbayar isi rumah mengikut jenis pembelian barang dan perkhidmatan di Malaysia
pada tempoh-tempoh yang dinyatakan.

Masalah pinjaman tidak berbayar (NPL) berpunca daripada pengurusan kewangan yang lemah selain
gaya hidup yang melampau. Hutang isi rumah sehingga Januari 2014 sebanyak 85.7% KDNK.
Pinjaman tidak berbayar bagi pembelian sekuriti pada bulan Mac 2013 sebanyak RM969.1 juta
berbanding RM1672.9 juta pada bulan Mac 2010, dan menurun kepada RM1588.7 juta pada tempoh
berikutnya sebelum mencatatkan jumlah hutang tidak berbayar sebanyak RM1040.1 juta pada bulan
Mac 2012.
Sepanjang tempoh bulan Mac tahun 2010 hingga 2013, pinjaman tidak berbayar bagi pembelian
kenderaan mencatatkan nilai sebanyak RM3969.4 juta, RM3151.3 juta, RM2531.1 juta dan RM2425.7
juta. Secara peratusannya pinjaman tidak berbayar atas pembelian kenderaan sebanyak 17.3 %.
Jumlah isi rumah yang gagal menjelaskan hutang mengikut tempoh bayaran selepas tahun 2012
menunjukkan pengurangan dalam beberapa jenis pembelian seperti pembelian harta bukan kediaman.
Jenis pembelian Ini mencatatkan RM4287.0 juta pada awal tempoh yang dilaporkan dan berkurang
kepada RM4192.8 juta pada bulan Mac 2011. Pada tempoh yang sama tahun 2012 dan 2013 masing-
masing mencatatkan jumlah pinjaman tidak berbayar sebanyak RM3568.6 juta dan RM3178.5 juta.
Hutang kad kredit dan pinjaman tidak berbayar pada bulan Mac 2013 meningkat sedikit kepada
RM870.2 juta berbanding tempoh sebelumnya yang bernilai RM859.8 juta. Nilai yang tidak berbayar
pada bulan Mac 2011 sebanyak RM966.9 juta setelah meningkat sebanyak RM26.4 juta berbanding
bulan Mac 2010.
Bagi pembelian-pembelian lain juga mencatatkan nilai pinjaman tidak berbayar yang menurun iaitu
pada bulan Mac 2010 sebanyak RM3892.6 juta kepada RM2986.2 juta pada Mac 2011. Jumlah hutang
tidak berbayar isi rumah bagi pembelian ini terus menurun kepada RM2508.8 juta pada bulan Mac
2013 berbanding bulan Mac tahun 2012 sebanyak RM2661.6juta.
(sumber: dipetik dan diubahsuai dari Laporan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan
Malaysia, 2014 )
32.Berdasarkan maklumaf yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan
jumlah pengeluaran produk utama industri pembuatan terpilih mengikut produk di Malaysia antara
tahun 2009 dengan 2010.

Sektor pembuatan merupakan industri terpenting di Malaysia dan kewujudan kilang yang banyak di
zon-zon indutri dan kawasan perkilangan melonjak hasil komoditi negara. Produk pembuatan
dipasarkan ke luar negara dan untuk penggunaan domestik.
Peningkatan gaya hidup penduduk Malaysia bagi produk makanan dan minuman mendorong
peningkatan pengeluaran susu pekat manis pada tahun 2009 sebanyak 233,865 tan metrik berbanding
233,700 tan metrik pada tahun 2010.
Selain susu pekat manis, susu tepung penuh krim juga menghasilkan minuman yang berkhasiat untuk
bayi dan kanak-kanak. Pada tahun 2009 menghasilkan pengeluaran produk sebanyak 46,875 tan metrik,
merosot sebanyak 0.82% pada tahun 2010.
Pada tahun 2009, produk minuman susu mencatatkan pengeluaran sebanyak 124,364 tan metrik dan
meningkat sedikit kepada 124,757 tan metrik pada tahun berikutnya. Produk ini mendapat permintdan
tinggi di premis komersil kerana minuman yang mudah dibawa pelanggan untuk pelbagai kegunaan
sama ada dalam bentuk cecair atau tepung.
Pengeluaran nanas tin banyak dihasilkan untuk dieksport ke negara-negara Eropah dan Barat. Pada
tahun 2010, pengeluaran nanas tin berjumlah 12,440 tan metrik, merosot sedikit berbanding jumlah
pengeluaran tahun 2009 sebanyak 12,739 tan metrik. Produk ini amat digemari oleh rakyat tempatan
untuk dijadikan makanan 'pencuci mulut'.
Perairan Malaysia kaya dengan sumber makanan akuatik seperti ikan. Teknologi pembuatan dapat
memproses ikan dan menghasilkan produk ikan tin dalam sektor pembuatan. Pada tahun 2009 sebanyak
24,774 tan metrik dihasilkan dan meningkat kepada 25,003 tan metrik pada tahun 2010.
Nama produk frozen seperti udang sejuk beku kian mendapat permintaan penduduk tempatan dan
mencatatkan pengeluaran yang menurun kepada 22,498 tan metrik pada tahun 2010, berbanding 22,945
tan metrik pada tahun 2009. Pengeluarah marjerin pada tahun 2009 sebanyak 33,007 tan metrik
meningkat sebanyak 417 tdf1 metrik pada tahun 2010.
(sumber: dipetik dan diubahsuarkan daripada Laporan Perangkaan Malaysia,
Jabatan Perangkdan Malaysia)
33.Berdasarkan maklumat yong diberikon, sediakon grof yang sesuai untuk menunjukkan polo kodor
pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia mengikut petunjuk utama ekonomi pada tahun 2008 hingga
2011.

Dasar GTP dan ETP dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk menjayakan hasrat kerajaan mencapai
negara maju menjelang 2020. Perkembangan ekonomi menjadi kayu pengukur utama ke arah status
tersebut.
Walaupun negara menghadapi kekangan untuk melonjak KDNK ke paras yang tinggi setiap tahun,
namun situasi ekonomi global mempengaruhi KDNK pada tahun 2008 yang mencatatkan 4.7% tetapi
merosot kepada -1.7% pada tahun-2009. Usaha kerajaan berterusan telah melonjak KDNK ke paras
5.3% pada tahun 2010 dan berlaku perkembangan positif apabila indeks ekonomi ini meningkat
sebanyak 0.3% pada tahun 2011.
Ekonomi yang kurang memberangsangkan juga telah mempengaruhi kadar pengangguran negara
apabila mencatatkan paras tertinggi sebanyak 3 7% pada tahun 2009, telah meningkat sebanyak 0.4%
daripada tahun sebelumnya. Pada tahun 2011 kadar pengangguran telah bertambah sebanyak 0.5%
berbanding tahun 2010 yang mencatatkan sebanyak 2.9%.
Nilai eksport dan import negara antara petunjuk kedudukan ekonomi sesebuah negara dan peratus
eksport pada tahun 2008 sebanyak 9.8% mengatasi kadar import sebanyak 5.9%, namun eksport
mencatatkan -16.6% berbanding import sebanyak -19.6% pada tahun 2009. Kadar eksport kembali
kukuh apabila mencatatkan 10.6% manakala kadar import melebihi eksport sebanyak 16.5% pada tahun
2010. Nilai dagangan pada tahun 2011 menunjukkan kadar import sebanyak 8.4% dan mengatasi kadar
eksport sebanyak 0.3%
Pada tahun 2008 KDNK pada harga malar tahun 2008 menunjukkan penurunan dengan catatan
sebanyak -1.7, namun meningkat dengan ketara kepada 8.9% pada tahun 2009. Indeks harga pengguna
dan situasi pasaran tidak menentu telah mengurangkan KDNK ini kepada 5.3% pada tahun 2010
sebelum merosot semula sebanyak 0.4% kepada 4.9% pada tahun 2011. Keadaan ini menyebabkan
paras KDNK pada harga tahun 2008 akan berterusan merosot dalam jangka masa terdekat.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Jabatan Perangkdan Malaysia,
2008-2011)
34.Berdasarkan kepada maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus
perubahan jumlah penogih yang dikesan mengikut negeri-negeri terpilih pada tempoh yang
dinyatakan.

Berdasarkan statistik PEMADAM pada Januari hingga Oktober 2009 dan Januari hingga Oktober 2010
seramai 12424 orang terlibat dalam aktiviti penagihan dadah merupakan penuntut sekolah menengah
dan rendah atau pelajar lepasan SRP/PMR.
Keseluruhan jumlah penagih yang dapat dikesan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2009
seramai 15447 orang, namun jumlah besar ini telah merosot sebanyak 10.15% balam tempoh yang
sama pada tahun 2010. Negeri Pulau Pinang mencatatkan pertambahan jumlah penagih sebanyak 498
orang kepada 3753 orang pada Januari hingga Oktober 2010 dan merupakan jumlah penagih paling
ramai pada tempoh tersebut. Pertambahan 15.30% ini berpunca daripada lemah jati diri dan juga
penagih berulang yang kembali menagih setelah ahli keluarga dan masyarakat mencemuh sebagai
sampah masyarakat.
Pada Januari hingga Oktober 2010, negeri Selangor mencatatkan 1864 orang penagih, telah merosot
dengan ketara sebanyak 1684 berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Penurunan jumlah penagih ini
kerana keberkesanan program pemulihan menggunakan kaedah batin. Negeri Keaah mencatatkan 4523
orang penagih sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun 2009 dan 2010, sebanyak 2507 orang
daripada jumlah tersebut adalah penagih yang dapat dikesan pada tahun 2010. Negeri Pahang
mencatatkan jumlah penagih yang dikesan seramai 1064 orang kurang sebanyak 952 orang berbanding
penagih di negeri Kedah pada tempoh yang sama.
Berlaku peningkatan jumlah penagih di negeri Pahang kepada 1198 orang pada Januari hingga Oktober
2010. Jumlah ini hampir menyamai jumlah penagih yang dikesan di negeri Perak yang mencatatkan
seramai 1121 orang pada tempoh yang sama. Pengaruh rakan dan bekalan dadah yang mudah diperoleh
telah meningkatkan jumlah penagih di negeri Johor daripada 1633 orang pada tempoh Januari hingga
Oktober 2009 kepada 2091 orang pada Januari hingga Oktober 2010. Manakala penagih dikesan di
negeri Perak mencatatkan 2296 orang pada Januari hingga Oktober 2009.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan jumlah penagih pada Januari hingga
Oktober 2010 berkurang sebanyak 290 orang berbanding tempoh yang sama tahun 2009 yang dikesan
seramai 1635 orang. Pengurangan ini ada kaitan dengan operasi unit narkotik PDRM di
kawasan'blackspot' dan di pusat-pusat hiburan.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Dadah, PEMADAM, 2010)
35. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah
aduan awam terhadap kakitangan awam di pejabat kerajaan Persekutuan mengikut jenis aduan antara
tahun 2010 dengan tahun 2011.

Elemen penting dalam urus tadbir baik dalam sektor awam adalah integriti dan akauntibiliti kakitangan
dan organisasi dan imej sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti kerja
Dalam usaha kerajaan 'bekerja keras' untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, terdapat
beberapa kakitangan awam yang masih mengamalkan budaya kerja yang tidak berkualiti. Pada tahun
2010, lewat mengambil tindakan masih rendah dengan jumlah aduan lambat mengambil tindakan
sebanyak 1134 kes. Pelbagai kempen perkhidmatan cemerlang dan penerapan kualiti kerja telah
menunjukkan berlaku penurunan jumlah aduan yang sama pada tahun 2011 kepada 814 kes.
Integriti amat penting untuk membina imej sektor awam sesuai dengan slogan dan visi kerajaan. Masih
terdapat kakitangan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam tadbir urus awam. Berlaku peningkatan
sebanyak 167 kes kepada 987 kes pada tahun 2011 berbanding tahun 2010. Salah laku kakitangan juga
meningkat sebanyak 24.59% daripada 724 kes aduan pada tahun 2010. Kebanyakan kes salah laku
kakitangan melibatkan berlakuan dan tindakan yang kurang profesional dilakukan semasa bekerja.
Dalam usaha meningkatkan kualiti kerja sektor awam sering menerima aduan daripada pelanggan yang
tidak berpuashati. Pada tahun 2010 sebanyak 653 kes yang melibatkan aduan hasil kerja yang tidak
berkualiti. Walau bagimanapun inisiatif kerajaan untuk menghasilkan kakitangan awam yang cekap dan
berkualiti melalui kempen-kempen perkhidmatan menyebabkan jumlah kes telah berkurang kepada 491
kes pada tahun 2011.
Kebanyakan kakitangan yang bermasalah seperti keberhutangan yang tinggi atau masalah keluarga
kurang ceria semasa di pejabat. Kakitangan kurang mesra apabila melayan pelanggan dan keadaan ini
telah memberi kesan negatif kepada imej sektor awam apabila sebanyak 335 kes dilaporkan pada tahun
2010 namun merosot sebanyak 33.13% pada tahun 2011. Lain-lain kelemahan pada tahun 2011
mencatatkan peningkatan sebanyak 232 kes berbanding aduan pada tahun 2010 sebanyak 423 kes.

(sumber: Dipetik daripada MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, 2011)


36.Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai
eksport, import pelaburan asing dan imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2003 hingga 2006.

Impak daripada pembentukan Penjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN + 3. Secara keseluruhan
nilai dagangan tidak konsisten dan berlaku kemerosotan dagangan eksport pada tahun 2003 dan 2006
apabila nilai import melebihi eksport walaupun jumlah pelaburan asing pada tahun berkenaan agak
tinggi.
Zon Ekonomi Khas dan undang-undang negara bagi mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk
menarik pelaburan asing terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Jumlah eksport negara
pada tahun 2003 hingga 2006 sebanyak RM 147335 juta manakala jumlah keseluruhan import pula
sebanyak RM 144974 juta. Walaupun secara keseluruhan jumlah eksport melebihi import, namun pada
tahun 2003 jumlah import melebihi eksport sebanyak RM 7156 juta. Nilai dagangan eksport pada tahun
tersebut sebanyak RM 29625 juta dengan jumlah pelaburan asing sebanyak RM 12998 juta
Begitu juga nilai dagangan pada tahun 2006 mencatatkan imbangan dagangan negatif apabila jumlah
import melebihi nilai eksport sebanyak RM 1539 juta. Nilai import pada tahun 2006 sebanyak RM
40200 juta. Bagi meningkatkan nilai dagangan dan mewujudkan imbangan dagangan yang kompetatif
dengan pasaran serantau dan antarabangsa, kerajaan melaksanakan skim penggalakkan dana pelaburan
asing. Walau bagaimanapun langkah ini tidak memberangsangkan, malah jumlah pelaburan asing terus
merosot kepada RM 1001 7 juta pada tahun 2006. Pada tahun 2004 dagangan eksport mencatatkan
jumlah sebanyak RM 39759 juta manakala jumlah imbangan dagangan menunjukkan positif dengan
catatan sebanyak RM 9611 juta.
Walaupun merosot sedikit berbanding tahun sebelumnya, nilai dagangan positif pada tahun 2005
sebanyak RM 1445 juta dicatatkan apabila nilai dagangan import hanya RM 37845 juta dengan jumlah
pelaburan asing sebanyak RM 10912 juta. Berlaku kemerosotan dalam pelaburan asing pada tahun
2005 sebanyak RM 937 juta berbanding tahun 2004 dan seterusnya memberi kesan kepada imbangan
dagangan negatif pada tahun 2006.
(sumber: Dipetik dan diubahsuai Daripada Jabatan Perangkdan Malaysia,
2000-2006)
37.Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediokan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah perangkaan utama speksifikasi tenaga buruh Malaysia dan kadar pengangguran
pada tempoh-tempoh yang dilaporkan.

Sumber tenaga buruh amat penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Negara-negara maju
banyak menggunakan buruh asing dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan termasuk pembinaan.
Di Malaysia jumlah tenaga buruh yang berdaftar pada bulan Januari hingga Mei tahun 2012
menunjukkan jumlah yang tidak konsisten. Pada bulan Januari seramai 12,825,900 orang tenaga buruh
berdaftar tetapi merosot kepada 12,735,100 orang pada bulan Februari. Pada bulan Mac meningkat
kepada 12,934,200 orang sebelum menurun kepada 12,922,400 orang bulan berikutnya dan terus
menurun kepada 12,899,100 orang pada bulan Mei 2012.
Jumlah sumber tenaga bekerja yang direkodkan pada bulan Januari seramai 12,440,300 orang dan
berkurang kepada 12,332,900 orang pada bulan Februari sebelum meningkat semula pada bulan Mac
kepada 12,553,800 orang. Jumlah yang bekerja kembali merosot kepada 12,538,500 orang pada Bulan
April dan terus berkurangan kepada 12,511,400 orang pada bulan Mei 2012.
Jumlah luar tenaga buruh juga menunjukkan pola tidak konsisten apabila golongan ini yang terdiri
daripada golongan OKU, warga emas, golongan pencen awam dan swasta, ibu tunggal mencatatkan
jumlah daftar 6,869,400 orang pada bulan Januarl, dan meningkat kepada 7,018,300 orang pada bulan
Februari dan kembali merosot kepada 6,883,900 orang pada bulan Mac. Golongan luar tenaga buruh
terus berkurang kepada 6,873,100 orang pada bulan April sebelum menjunam sebanyak 10,800 orang
pada bulan Mei 2012.
Kadar pengangguran Malaysia masih rendah berbanding negara-negara ASEAN dan beberapa buah
negara Asia dan Eropah. Kerajaan dapat mengawal kadar pengangguran kepada 2.8% pada bulan
Januari, walaupun pada bulan Mei menunjukkan berlaku peningkatan kepada 3.1%. Kadar
pengangguran tidak sepatutnya melebihi 5.7% kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan dan
prasarana ekonomi yang sesuai dan kondusif kepada seluruh rakyat yang berkelayakan. Pada bulan Mac
peratus yang menganggur adalah sama pada bulan Mei dan pada bulan Februari rekod kadar
menganggur sebanyak 2.9% dan meningkat kepada 3.0% pada bulan April tahun 2012.
(sumber: dipetik daripada Data Penduduk Berasaskan Bancian Penduduk dan Perumahan,2010 dan
Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia, 2012)
38.Berdasarkan petikan yang diberikan graf yang sesuai untuk menunjukkan penjanaan kuasa elektrlk
mengikut sumber stesen jana kuasa di Malaysia dan jumlah pengaduan perkhidmatan pembekalan
tenaga elektrik pada tahun 2009 hingga 201.

Malaysia mempunyai kapasiti yang besar dalam menghasilkan kuasa elektrik sama ada melalui
penjanaan wap, diesel, hidro atau turbin gas. Permintaan yang tinggi dalam penggunaan elektrik hampir
sama dengan permintaan dalam penggunaan air dalam industri dan premis kediaman.
Penjanaan kuasa elektrik di stesen wap pada tahun 2009 menduduki tempat kedua tertinggi selepas
stesen turbin gas. Stesen wap menjana sebanyak 28,042 kwh manakcira stesen diesel pula
menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 3528 kwh pada tahurn yang sama. Stesen hidro mencatatkan
penjanaan kuasa elektrik sebanyak 8780 kwh dan stesen turbin gas merupakan stesen penjanaan kuasa
elektrik paling banyak pada' tahun 2009 sebanyak 79,834 kwh. Lain-lain stesen menghasilkan
penjanaan kuasa elektrik sebanyak 3398 kwh.
Pcda tahun 2010, stesen wap mencatatkan penjanaan kuasa elektrik yang bertarnbah kepada 31,077
kwh berbanding tahun 2009. Bagi stesen diesel pula jumlah penjanaan kuasa juga bertambah kepada
3642 kwh pada tahun 2010 manakala stesen hidro mencatatkan peningkatan kepada 9114 kwh. Bagi
stesen turbin gas pada tahun 2010 meningkat sebanyak 1497 kwh kepada 81331 kwh, manakala bagi
lain-lain stesen pula mencatatkan penjanaan sebanyak 3740 kwh.
Stesen penjanaan kuasa elektrik yang paling banyak adalah stesen turbin gas dengan peningkatan
sebanyak 2448 kwh kepada 83,779 kwh pada tahun 2011. Stesen wap menghasilkan penjanaan kuasa
elektrik sebanyak 32,948 kwh, manakala bagi stesen diesel mencatatkan kuasa elektrik sebanyak 3816
kwh. Bagi stesen hidro pula sebanyak 9894 kwh dihasilkan kuasa elektrik pada tahun 2011, manakala
lain-lain stesen pula mencatatkan kuasa elektrik sebanyak 4148 kwh.
Walaupun penjanaan kuasa elektrik yang meningkat dapat menyumbang kepada kemakmuran negara,
wujud gangguan bekalan elektrik dan jumlah aduan yang diterima pada tahun 2D09 sebanyak 382 kes,
tetapi jumlah aduan menurun kepada kes dan kecekapan pengurusan serta kecanggihan teknologi dapat
mengurangkan gangguan elektrik kepada 301 kes pada tahun 2011.
(sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Suruhanjaya Tenaga, 2010
dan Jabatan Perangkdan Malaysia, 2011)
39.Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai
pelaburan mengikut negeri terpilih dan aliran pelaburan tempatan dan asing di Malaysia pada tahun
2008 hingga 2010.

Pelaburan amat penting dalam proses membangunkan sektor ekonomi sesebuah negara, Dalam usaha
menarik pelaburan asing melalui FDI, kerajaan telah menyediakan banyak insentlf terutama
pengecualian cukai dan prasarana pelaburan.
Jumlah pelaburan paling tinggi di negeri-negeri terpilih pada tahun 2008 ialah negeri Sarawak sebanyak
RM15168 juta dan kedua tertinggi ialah negeri Johor sebanyak RM11711 juta. Manakala bagi negeri
Sabah pula nilai pelaburan pada tahun 2008 kurang sebanyak RM8747 juta berbanding pelaburan
negeri Johor pada tahun yang sama, Jumlah pelaburan negeri Perak mencatatkan nilai sebanyak
RM3130 juta. Pada tahun 2008 nilai pelaburan tempatan bagi tahun 2008 pula berjumlah RM2866 juta
kurang sebanyak RM6138 juta berbanding pelaburan asing pada tahun yang sama.
Ekoran ekonomi yang kurang memberangsangkan, jumlah pelaburan tempatan telah merosot kepada
RM2752 juta pada tahun 2009. Kebanyakan syarikat multinasional banyak tertumpu kepada mengawal
dan mengimbang urus niaga daripada perolehan asas. Pada tahun tersebut juga jumlah pelaburan asing
juga merosot disebabkan iklim ekonomi dan pelaburan yang lemah di barat dan Jepun. Jumlah
pelaburan asing tahun 2009 sebanyak RM4007 juta.
Pada tahun 2009 pelaburan negeri Sarawak bernilai RM8450 juta, merosot sebanyak RM6718 juta
berbanding tahun sebelumnya. Manakala bagi negeri Johor juga menunjukkan jumlah pelaburan yang
merosot kepada RM4063 juta pada tahun 2009, namun jumlah pelaburan bagi negeri Sabah tahun 2009
telah melonjak sebanyak RM2700 juta daripada tahun 2008. Negeri Perak memperoleh nilai pelaburan
yang berkurang sebanyak RM237 juta kepada RM2893 juta pada tahun 2009 sebelum meningkat
kepada RM3039 juta pada tahun 2010.
Pelaburan negeri sabah pada tahun 2010 mencatatkan penurunan yang ketara sebanyak 76.6%
berbanding tahun sebelumnya, namun bagi pelaburan negeri Johor pula menunjukkan nilai pelaburan
yang meningkat kepada RM7464 juta. Nilai pelaburan negeri Sarawak juga mencatatkan jumlah
merosot kepada RM3945 juta pada tahun 2010. Jumlah pelaburan domestik pada tahun 2010 telah
bertambah kepada RM5494 juta manakala pelaburan asing menunjukkan nilai yang meningkat
sebanyak RM 39 juta berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan nilai pelaburan asing mampu
melonjak negara mencapai status negara maju pada tahun 2020.
(sumber: Laporan UPE Negeri-Negeri Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, 2011)
40.Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkon jumlah premis
kerajaan yang diperiksa dalam operasi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PKHT) dan bilangan
keseluruhan orang yang dikompaun di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2008.

Penguarkuasdan Peraturan Kawalan Tembakau mengadakan Ops Basuh' untuk membanteras aktiviti
penjualan rokok secara haram, harga yang murah dan meningkatkuasakan larangan merokok di premis-
premis kerajaan.
Pada tahun 2005 sebanyak 131 unit pejabat kerajaan Persekutuan diperiksa dan jumlah kawasan ini
yang diperiksa pada tahun berikutnya dan juga tahun 2007 adalah sama sebanyak 135 unit. Pejabat
kerajaan Daerah pula mencatatkan jumlah premis yang diperiksa sebanyak 119 unit pada tahun 2008,
kurang sedikit berbanding pejabat kerajaan Persekutuan yang diperiksa sebanyak 18 unit pada tahun
tersebut.
Pejabat daerah dan hospital awam mencatatkan jumlah premis yang periksa sebanyak 112 unit pada
tahun 2005 menyamai jumlah pejabat kerajaan daerah yang diperiksa pada tahun yang sama. Pejabat
kerajaan daerah yang diperiksa pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing sebanyak 114 unit, begitu
juga dengan hospital awam mencatatkan jumlah yang sama sebanyak 116 unit diperiksa pada tahun
2006 dan 2007. Pada tahun 2008 hospital awam dan swasta yang diperiksa sebanyak 118 unit.
Seramai 435 orang yang dikenakan kompaun pada tahun 2005 kerana menghisap rokok di premis-
premis yang dilarang dan jumlah bertambah kepada 580 orang pada tahun 2006. Jumlah orang yang
dikompaun terus meningkat dan mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2007 sebanyak 604 orang,
namun berkurangan sebanyak 6.46% pada tahun berikutnya disebabkan kempen dan penguatkuasdan
larangan merokok di premis-premis awam.
Sebanyak 206 unit klinik kesihatan awam dan swasta daripada jumlah keseluruhan premis yang
dlperiksa pada tahun 2005 sebanyak 732 unit dan bertambah kepada 210 unit pada tahun 2006 daripada
jumlah besar premis yang diperiksa sebanyak 752 unit. Pada tahun 2007, meningkat sebanyak 1 unit
kepada 211 unit sebelum jumlah berkurang kepada 204 unit daripada 754 unit yang diperiksa pada
tahun 2008. Jumlah mahkamah yang diperiksa pada tahun 2008 telah bertambah sebanyak 3 unit
berbanding tahun 2007 yang berjumlah 101 unit premis yang diperiksa. Jumlah mahkamah yang
diperiksa dalam operasi kawalan tembakau pada tahun 2005 dan 2006 masing-masing sebanyak 99 unit
dan 103 unit.
Pada tahun 2007, Pejabat Imigresen dan Kastam yang diperiksa dalam operasi kawalan tembakau
sebanyak 70 unit daripada 747 unit dan pada tahun 2008 jumlah premis yang dperiksa bertambah
kepada 72 unit. Jumlah premis kerajaan ini diperiksa adalah sama sebanyak 72 unit pada tahun 2005
dan 2006.
(sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009)
41. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan
pembedahan transplan organ penderma kadaverik dan pola pembedahan transplan organ buah
pinggang penderma hidup mengikut jenis organ di Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Mengikut Pusat Sumber Transplan Negara, negeri Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri paling
ramai distribusi pengikrar organ dan peringkat umur antara 30 hingga 45 tahun paling banyak
menderma.
Beberapa jenis organ yang lazim didaftarkan bagi pemindahan dan pembedahan transplan organ ialah
hati, jantung, paru-paru dan buah pinggang, Buah pinggang merupakan organ paling banyak
didaftarkan menjalani pembedahan transplan organ penderma kadaverik dan penderma hidup pada
tahun 2008 hingga 2010. Pada tahun 2008 seramai 22 orang telah melalui pembedahan transplan organ
penderma kadaverik melibatkan organ buah pinggang dan bertambah sebanyak 54.56% pada tahun
2009.
Bagi penderma hidup pula, jumlah pembedahan transplan organ buah pinggang mencatatkan seramai 28
orang pada tahun 2008, lebih ramai berbanding jumlah pembedahan buah pinggan penderma kadaverik.
Pada tahun 2009 transplan organ buah pinggang penderma hidup seramai 31 orang, lebih rendah
berbanding penderma kadaverik, namun pada tahun Perikutnya jumlah pembedahan melibatkan organ
yang sama bagi penderma hidup merosot sebanyak 51.61 % berbanding tahun 2009.
Pembedahan transplan organ penderma kadaverik melibatkan buah pinggang pada tahun 2010 seramai
14 orang, manakala transplan organ hati seramai 3 orang pada tahun yang sama. Jumlah paling ramai
penderma kadaverik organ hati ialah pada tahun 2009 seramai 6 orang, mengalami peningkatan seramai
2 orang berbanding tahun 2008. Pembedahan organ jantung penderma kadaverik pada tahun 2008 dan
2010 seramai 1 orang, tahun 2009 pula bertambah kepada 2 orang penderma kadaverik.
Pembedahan transplan yang melibatkan organ paru-paru mencatatkan jumlah penderma kadaverik
seramai 3 orang pada tahun 2010 dan tiada penderma kadaverik atau hidup yang didaftarkan pada tahun
2008 dan 2009.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)
42. Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediakan grafyang sesuai untuk menunjukkan bilangan
keseluruhan penumpang berulang alik menggunakan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan
[LRT] ke destinasi terpilih dan aliran penggundan perkhidmatan KTMB Komuter pada tahun 2007
hingga 2010.

Dalam usaha mencapai sebuah negara majukerajaan menetapkan NKRA untuk meningkatkan akses
kepada kemudahan pengangkutan awam. Kerajaan telah membina lingkaran sistem jalan raya dan
laluan rail untuk kemudahan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan
jalan raya.
Laluan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya pada tahun 2007 mencatatkan
jumlah seBanyak 6965258 orang daripada jumlah keseluruhan penumpang seBanyak 14507310 orang.
Jumlah keseluruhan penumpang perkhidmatan LRT pada tahun 2008 telah meningkat kepada 15454340
orang, namun merosot sebanyak 2784903 orang pada tahun 2009. Laluan perkhidmatan KTMB
Komuter pada tahun 2007 mencatatkan jumlah penumpang seramai 36959 orang.
Sebanyak 36.84% aaripada jumlah penumpang tahun 2007 aaalah laluan LRT Ampang manakala laluan
KLIA Ekspres dan Transit pula mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 2197559 orang pada tahun
yang sama. Pada tahun 2010, laluan Kelana Jaya mencatatkan jumlah 5803499 penumpang. Pada tahun
2009 laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan penurunan jumlah penumpang seramai 31.69% berbanding
tahun 2008 yang berjumlah 8168337 orang.
Jumlah penumpang di laluan Ampang pada tahun 2008 seramai 5109480 orang dan menurun kepada
4985253 orang pada tahun berikutnya, namun jumlah kembali meningkat kepada 5157481 orang pada
tahun 2010. Laluan perkhidmatan Komuter pada tahun 2008 mencatatkan jumlah penumpang seramai
36557 orang berbanding laluan LRT KLIA Ekspres dan Transit yang berjumlah 21 76523 orang.
Laluan LRT KLIA Ekspres dan Transit mencatatkan jumlah penumpang seramai 16.61% daripada
jumlah keseluruhan tahun 2009 dan jumlah bertambah kepada 2210830 orang pada tahun 2010. Jumlah
oenumpang menggunakan perkhidmatan Komuter berbanding laluan LRT kerana perkhidmatan terhad
ke destinasi pilihan pengguna. Jumlah penumpang KTMB Komuter pada tahun 2009 sebanyak 34683
orang penumpang Perbanding tahun 2010 yang berjumlah 34995 orang.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Kementerian Pengangkutan Malaysia,
2008-2010)
43. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah jenayah komersial utama terpilih mengikut kes dan jumlah kerugian kes di Malaysia pada
tahun 2008 hingga 2011.

Berdasarkan jumlah keseluruhan sebanyak 1957 kes pada tahun 2009, penipuan pelaburan mencatatkan
221 kes, lebih tinggi sebanyak 129 kes berbanding tahun sebelumnya. Kes ini berkurang kepada 215
kes pada tahun 2010 sebelum meningkat kepada 247 kes pada tahun 2011. Kes penipuan berlaku
apabila mangsa dipujuk untuk menyertai pelbagai bentuk perniagaan dalam bidang pertanian, jualan
langsung dan perniagaan bersumber internet yang melibatkan kerugian keseluruhan kes sebanyak
RM845.3 juta pada tahun 2009 berbanding RM496.5 juta pada tahun 2008.
Kes penipuan Afika pula berlaku apabila mangsa diperdaya setelah menjadi rakan laman sosial sebelum
dipujuk membuat hantaran bungkusan atau menjalankan 'black money'. Pada tahun 2011 kes ini
mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 774 kes dengan kos kerugian sebanyak RM 940.7 juta manakala
tahun 2008 hanya mencatatkan sebanyak 86 kes. Kes ini telah meningkat sebanyak 394 kes pada tahun
2010 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 310 kes.
Pada tahun 2008 kes penipuan Macau sebanyak 78 kes daripada jumlah besar 1171 kes dan meningkat
sebanyak 706.41% pada tahun 2011. Kes ini melibatkan penyamaran sebagai polis dan mangsa ditipu
dengan alasan keluarga sakit dan perlukan wang. Sebanyak 515 kes dicatatkan pada tahun 2010 dengan
jumlah keseluruhan kes sebanyak 2786 kes dengan kerugian yang direkodkan sebanyak RM799.1juta.
Pada tahun 2009 kes penipuan Macau sebanyak 18.75% daripada jumlah keseluruhan jenayah
komersial utama terpilih.
Kes yang melibatkan jualan nombor ramalan dan menjanjikan hadiah lumayan di akhbar dikesan
melakukan aktiviti penipuan toto sebanyak 496 kes pada tahun 2008. Kes ini mencatatkan jumlah
sebanyak 16.57% daripada keseluruhan kes sebanyak 3416 kes pada tahun 2011. Pada tahun 2009 kes
ini mencatatkan jumlah paling banyak, namun berkurang sebanyak 236 kes kepada 354 kes pada tahun
2010.
Kes melibatkan penipuan e-dagang mencatatkan peningkatan ketara dari tahun 2008 daripada 419 kes
kepada 469 kes tahun berikutnya dan terus bertambah kepada 1200 kes pada tahun 2011 .Berlaku
peningkatan sebanyak 529 kes kepada 998 kes pada tahun 2010 disebabkan perkembangan dan
pertambahan pengguna internet dan PDRM menjangkakan kes ini akan terus meningkat.
(sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial, PDRM, 2011)
44. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah haiwan
ternakan di Semenanjung Malaysia dengan di Sabah dan Sarawak mengikut jenis ternakan pada tahun
2008 hingga 2011.

Usaha pengeluaran daging lembu, kerbau dan kambing telah dipertingkatkan dalam Rancangan
Imbangan Dagangan (BOT Plan) dengan memberi penekanan yang lebih agresif ke atas teras dasar
DPN3 dan mensasarkan peningkatan pengeluaran ternakan ruminan yang lebih tinggi berbanding
sasaran DPN3.
Ternakan lembu di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 sebanyak 566877 ekor berbanding di Sabah
dan Sarawak sebanyak 87991 ekor pada tempoh yang sama. Pada tahun 2009 jumlah di Semenanjung
merosot kepada 526317 ekor, begitu juga di Sabah dan Sarawak kepada 78944 ekor, namun masing-
masing telah meningkat kepada 541796 ekor dan 78947 ekor pada tahun berikutnya. Pada tahun 2011,
Semenanjung Malaysia mencatatkan jumlah ternakan lembu sebanyak 548189 ekor, manakala di Sabah
dan Sarawak sebanyak 79654 ekor.
Pada tahun 2008 dan 2009, Semenanjung Malaysia mencatatkan jumlah ternakan kerbau sebanyak
94661 ekor dan 94979 ekor. Pada tahun berikutnya telah berkurang kepada 92799 ekor manakala
tahuan 2011 jumlah merosot sebanyak 11886 ekor berbanding tahun sebelumnya. Sabah dan Sarawak
pula mencatatkan jumlah ternakan kerbau yang meningkat sepanjang tahun 2008 hingga 2010 dengan
jumlah ternakan tahun 2008 sebanyak 81568 ekor, meningkat kepada 82173 ekor dan terus bertambah
jumlah kepada 83376 ekor, namun jumlah ternakan menurun kepada 73590 ekor pada tahun 2011.
Jumlah ternakan kambing di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pada tahun 2008
sebanyak 397480 ekor, dan daripada jumlah tersebut sebanyak 77760 ekor di Sabah dan Sarawak.
Jumlah besar ternakan lembu, kerbau dan kambing pada tahun 2008 sebanyak 981258 ekor. Jumlah
ternakan kambing di Semenanjung meningkat kepada 352467 ekor daripada keseluruhan sebanyak
973763 ekor pada tahun 2009, manakala di Sabah dan Sarawak juga meningkat kepada 81766 ekor
daripada keseluruhan ternakan sebanyak 242883 ekor tahun 2009.
Jumlah ternakan kambing di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010 sebanyak 34.33% daripada
966680 ekor dan pada tahun 2011 meningkat kepada 360728 ekor daripada jumlah keseluruhan
ternakan tahun 2010 sebanyak 989830 ekor Jumlah ternakan kambing terus bertambah kepada 82414
ekor daripada 244737 ekor, sebelum mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2011 sebanyak 88072
ekor daripada keseluruhan ternakan 241316 ekor.
(sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
45. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawoh, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan bilangan ahli profesional awam dan swasta mengikut pekerjdan di Malaysia pada tahun
2009 hingga 2011.

Nisbah seorang doktor perubatan kerajaan kepada penduduk Malaysia semakin mengecil. Pada tahun
2010 sebanyak I : 905 orang berbanding l : 1940 orang pada tahun 2000. Nisbah mengikut negeri pula
menunjukkan negeri Pahang dan Kelantan, Terengganu dan Johor termasuk Perlis mencatatkan
kekurangan doktor. Negeri Johor mencatatkan nisbah I : 1892 orang pada tahun 2010.
Pada tahun 2009, doktor perubatan yang berkhidmat dalam profesional awam seramai 20192 orang,
manakala yang berkhidmat sebagai profesional swasta seramai 10344 orang. Pada tempoh yang sama,
doktor pergigian dan ahli farmasi dalam profesional awam seramai 2858 orang dan 3877 orang. Bagi
profesional swasta pula kedua-dua profesion ini masing-masing seramai 1909 orang dan 2907 orang.
Bilangan doktor perubatan awam meningkat kepada 25845 orang pada tahun 2010 dan bertambah
sedikit sebanyak 492 orang pada tahun berikutnya. Berlaku pola kenaikan bilangan doktor perubatan
dalam profesional swasta pada tahun 2010 kepada 10762 orang sebelum meningkat sebanyak 478 orang
kepada 11240 orang pada tahun 2011.
Pada tahun 2010, doktor pergigian swasta merekodkan bilangan seramai 2102 orang, walau
bagaimanapun bilangan ini merosot kepada 1894 orang pada tahun 2011. Doktor pergigian pada tahun
2010 pula mencatatkan anggota profesional awam seramai 3452 orang tetapi berkurang kepada 2664
orang pada tahun 2011. Pengurangan ini kemungkinan disebabkan pemindahan doktor menjadi
profesional swasta dan dasar pengambilan doktor pelatih.
Bagi golongan dan ahli farmasi daripada profesional awam pula mencatatkan peningkatan drastik
kepada 5288 orang dan terus bertambah sebanyak 120 orang pada tahun 2011. Pada tahun 2010 jumlah
ahli farmasi dalam profesional swasta meningkat kepada 3344 orang dan bertambah sebanyak 400
orang kepada tahun 2011.
(sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Jabatan Perangkdan Malaysia, 2011)
46.Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menuniukkan perangkdan
projek perumahan negara yang sakit dan terbengkalai di negeri-neaeri terpilih di Semenanjung
Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.

Pelan Transformasi Kerajaan telah menggariskan Program Pembangunan Perumahan Negara untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat, namun isu-isu sosioekonomi seperti status petempatan dan
perumahan yang sering memberi masalah kepada rakyat.
Negeri Kedah mencatatkan projek sakit sebanyak 1273 unit pada tahun 2008 berbanding projek
terbengkalai sebanyak 1192 unit pada tempoh yang sama. Projek sakit di negeri Sembilan dan Pahang
mencatatkan jumlah sebanyak 1084 unit dan 1036 unit pada tahun 2008. Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur mencatatkan jumlah projek sakit pada tahun 2008 sebanyak 1130 unit.
Projek terbengkalai yang dilaporkan pada tahun 2008 di negeri Sembilan melebihi sebanyak 172 unit
berbanding yang dicatatkan di negeri Pahang sebanyak 826 unit, manakala Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur paling tinggi berjumlah 1903 unit. Pada tahun 2009 dan 2010 projek sakit yang dilaporkan di
negeri Kedah sebanyak 1018 unit dan bertambah bilangan kepada 1767 unit. Bagi kes projek
terbengkalai pula di negeri Kedah pada tahun 2009 sebanyak 2188 unit dan berkurang kepada 1987 unit
pada tahun 2010.
Negeri Sembilan mencatakan jumlah projek terbengkalai lebih tinggi pada tahun 2010 sebanyak 2572
unit berbanding tahun 2009 yang berjumlah 1815 unit. Jumlah projek sakit pula, negeri Sembilan
mencatat sebanyak 1481 unit pada tahun 2009 dan bertambah kepada 2167 unit tahun 2010. Pada tahun
2009, negeri Pahang mempunyai 2020 unit projek sakit dan bertambah sedikit kepada 2153 unit pada
tahun berikutnya. Projek terbengkalai di negeri Pahang pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing
berjumlah 1997 unit dan 2312 unit.
Banyak projek sakit dan terbengkalan berpunca daripada kurang koordinasi antara pihak Pengurusan
Bangunan dan Perumahan, Pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan selain kerenah dan sikap
pemaju yang kurang bertanggungjawab. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai banyak
projek sakit dan pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 2198 unit dan berkurang kepada 2188 unit
pada tahun 2010. Jumlah projek terbengkalai masih tinggi di wilayah ini pada tahun 2009 sebanyak
2291 unit berbanding sebanyak 1987 unit pada tahun 2010 yang Perkurang sebanyak 304 unit.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Perumahan
Negara, 2008/2010)
47. Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan kes pembuangan bayi di Malaysia mengikut jantina bayi dan lokasi pembuangan bayi terpilih
pada tahun 2009 hingga 2011.

Purata kes pembuangan bayi di Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2010 sebanyak 87 kes setahun dan
seramai 74723 orang yang lahir tanpa perkahwinan yang sah.
Jumlah kes pembuangan bayi lelaki lebih ramai berbanding perempuan dan pada tahun 2009,
pembuangan bayi lelaki di kawasan perumahan dan premis perniagaan sebanyak 26 kes. Bagi kes
pembuangan bayi perempuan yang dibuang di kawasan yang sama pada tahun tersebut mencatatkan 13
kes dan meningkat sebanyak 53.85% pada tahun 2010. Pada tahun 2010 bayi lelaki yang dibuang di
kawasan perumahan dan premis perniagaan meningkat sebanyak 15.38% berbanding tahun
sebelumnya.
Selain kawasan perumahan, kes pembuangan bayi kerap dilakukan di tempat pembuangan sampah.
Pada tahun 2011, bayi lelaki yang dibuang di tempat ini sebanyak 21 kes, perbezaan sebanyak 13 kes
berbanding pembuangan bayi dalam kelompok gender yang sama di kawasan perumahan dan premis
perniagaan pada tahun yang sama. Bayi perempuan yang dibuang di kawasan perumahan dan premis
perniagaan pada tahun 2011 sebanyak 16 kes, berbanding 11 kes bayi perempuan yang aibuang di
tempat pembuangan sampah pada tahun yang sama.
Bayi lelaki yang dibuang di tempat pembuangan sampah pada tahun 2009 dan 2010 sebanyak 30 kes
dan daripada jumlah tersebut, tahun 2010 mencatatkan sebanyak 17 kes dan bakinya adalah pada tahun
2009. Manakala bayi perempuan yang dibuang di tempat yang sama pada tahun 2009 sebanyak 11 kes
dan berkurang kepada 10 kes tahun berikutnya.
Pembuangan bayi di Iain-Iain tempat seperti tempat ibadat, jalan raya dan semak menyumbang
sebanyak 9 kes pada tahun 2009 bagi bayi lelaki, manakala bayi perempuan yang dibuang di tempat dan
tahun yang sama sebanyak 7 kes. Lain-lain tempat menjadi pilihan tempat pembuangan kerana mudah
dan terpencil dan pada tahun 2010 bayi lelaki yang dibuang di lain-lain tempat sebanyak 8 kes tetapi
menambah bilangan kepada 11 kes pada tahun 2011. Bagi bayi perempuan pula, jumlah kes yang
melibatkan pembuangan bayi di kawasan ini pada tahun 2010 sebanyak 6 kes meningkat sebanyak
66.67% kepada tahun 2011.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan
Statistik dan Jenayah PDRM, 2011 )
48. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakon graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah OKU
berdaftar dalam kalangan orang dewasa di Malaysia bagi kategori masalah pembelajaran mengikut
umur dan jantina pada tahun 2011.

Kanak-kanak hiperaktif dan kurang daya fokus merupakan golongan yang diklasifikasikan sebagai
Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi kategori masalah pembelajaran. Apabila meningkat dewasa, mereka
akan mengalami situasi kurang daya fokus seperti mudah lupa.
Pada tahun 2011, keseluruhan statistik mencatatkan OKU lelaki dan perempuan dewasa yang
mengalami kurang daya fokus di Malaysia seramai 2586 orang. Daripada jumlah tersebut, 57.39%
adalah OKU lelaki dan selebihnya adalah golongan OKU perempuan. Seramai 320 orang dalam
kalangan lelaki yang berumur 19 hingga 21 tahun mengalami keadaan masalah pembelajaran atau
kurang daya fokus.
Peringkat umur 22 hingga 35 tahun pula seramai 645 orang lelaki menghadapi kes yang sama manakala
kumpulan umur 36 hingga 45 tahun dan 46 hingga 59 tahun masing-masing mencatatkan jumlah lelaki
yang mengalami kurang daya fokus seramai 257 orang dan 177 orang. Golongan yang paling sedikit
jumlah menghadapi masalah daya fokus ialah dalam kelompok umur lelaki adalah di peringkat umur 60
tahun dan lebih. Kebanyakan golongan lelaki dewasa yang berumur melepasi 55 tahun dan tidak
mendapat pendidikan awal lebih cepat mengalami gejala kurang daya fokus.
Seramai 42.61% daripada 2586 orang adalah golongan perempuan yang mengalami kurang daya fokus
atau masalah pembelajaran. Kumpulan umur 60 tahun dan lebih telah mencatatkan jumlah seramai 42
orang iaitu kurang sebanyak 43 orang berbanding golongan lelaki pada peringkat umur yang sama. Bagi
perempuan dewasa OKU kurang daya fokus dalam kelompok umur 46 hingga 59 tahun pula seramai
137 orang. Seramai 219 orang perempuan dewasa menghadapi gejala yang sama bagi kumpulan umur
36 hingga 45 tahun.
Jumlah OKU perempuan yang berumur 22 hingga 35 tahun kurang sebanyak 122 orang berbanding
golongan OKU lelaki pada peringkat umur yang sama. Selebihnya adalah golongan perempuan dewasa
yang mengalami masalah daya fokus yang kurang dalam kumpulan umur 19 hingga 21 tahun. Di
peringkat awal usia kanak-kanak, ibu bapa perlu merujuk kepada pakar atau menerima rawatan
pemulihan pembelajaran daripada sekolah pendidikan khas. Keadaan ini akan berlanjutan ke peringkat
umur dewasa jika tidak diusahakan lebih awal.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Pegawai Perhubungan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2011)
49. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) pada tahap terendah dan tertinggi mengikut
bandar-bandar terpilih di Semenanjung Malaysia pada bulan April hingga Julai tahun 2011.

Fenomena jerebu pada tahun 1997 merupakan insiden udara paling buruk melanda negara, Pembakaran
hutan di Sumatera, Indonesia memberi kesan kepada aktivjti ekonomi dan sosial. Pada tahun 2011
beberapa bandar terpilih di Semenanjung Malaysia seperti Manjong, Muar dan Petaling Jaya
menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang baik.
Bagi bandar Manjong, Perak paras bacaan IPU terendah pada bulan April 2011 ialah 34 manakala
bacaan IPU tertinggi pada bulan yang sama ialah 66. Bagi bandar Muar, Johor pula bacaan IPU
tertinggi pada bulan April lebih tinggi sebanyak 39 berbanding bacaan terendah yang mencatatkan
bacaan IPU 53. Pada bulan April bacaan IPU terendah di Petaling Jaya, Selangor ialah 18 dan paras
bacaan IPU tertinggi pada bulan tersebut ialah 85.
Pada bulan Mei 2011 bagi bacaan terendah, bandar Muar, Johor mencatatkan IPU sebanyak 51
manakala bandar paling rendah bacaan IPU bagi bacaan terendah ialah Petaling Jaya, Selangor
sebanyak 21. Bandar Manjong, Perak pula mencatat bacaan terendah pada bulan Mei sebanyak 27. Bagi
paras bacaan IPU tertinggi pula bandar Manjong mencatatkan sebanyak 78 pada bulan Mei dan paras
IPU meningkat kepada 83 pada bulan Jun yang menyebabkan udara kurang baik kepada aktiviti luar.
Bandar Muar, Johor mencatatkan bacaan IPU yang lebih baik dan pada bulan Mei paras bacaan IPU
tertinggi sebanyak 88 tetapi udara kembali baik kepada bacaan IPU sebanyak 71 pada bulan Jun.
Berbeza dengan bacaan IPU di Petaling Jaya apabila IPU menunjukkan tahap udara menjadi kurang
baik bagi bacaan IPU pada bulan Mei sebanyak 92 dan 97 pada bulan Jun. Berdasarkan paras bacaan
IPU, bandar Manjong dan Petaling Jaya berkemungkinan mengalami situasi jerebu yang buruk selepas
bulan Jun 2011.
Pembakaran hutan di Indonesia dan Kalimantan mendorong kerajaan mengadakan rundingan kerjasama
dua hala menangani masalah jerebu. Paras bacaan IPU terendah pada bulan Jun masih menunjukkan
bandar Muar paling tinggi para§ bacaan IPU sebanyak 47 berbanding bandar Manjong yang paling
rendah bacaan IPU sebanyak 21 manakala Petaling Jaya pula mencatatkan paras bacaan IPU terendah
sebanyak 30.
(sumber: Dipetik daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2011)
50. Berdasarkan petikan yang diberikon di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan jumlah kes baru dan kes selesai bagi jenayah harta benda terpilih di Malaysia pada
tahun 2006 hingga 2009.

Kes baru curi van dan lori sebanyak 6328 kes dicatatkan pada tahun 2006, namun merosot kepada 5074
kes tahun 2007. Pada tempoh yang soma bagi kes ini yang dapat diselesaikan masing-masing
mencatatkan jumlah sebanyak 1587 kes dan 1858 kes. Kes baru bagi kecurian van dan lori pada tahun
2008 pula sebanyak 4497 kes dan pada tahun 2009 kes ini sebanyak 6781 kes daripada jumlah
keseluruhan sebanyak 36581 kes. Fenomena curi van dan lori menunjukkan pola tidak konsisten
berbanding kes selesai yang sentiasa meningkat terutama pada tahun 2008 sebanyak 2043 kes dan tahun
berikutnya sebanyak 4412 kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 28661 kes.
Jumlah keseluruhan kes baru paling tinggi ialah pada tahun 2007 sebanyak 37787 kes manakala jumlah
besar paling rendah pada tahun 2006 sebanyak 35233 kes. Daripada jumlah besar kes baru sebanyak
35476 kes pada tahun 2008, kes ragut mencatatkan 9732 kes manakala pada tahun 2007 pula sebanyak
12427 kes. Manakala pada tahun 2006 jumlah kes sebanyak 11101 kes lebih tinggi sebanyak 6194 kes
berbanding tahun 2009. Daripada jumlah keseluruhan kes selesai tahun 2006 sebanyak 11510 kes,
insiden ragut sebanyak 2935 kes, telah meningkat kepada 3096 kes daripada 12027 kes tahun 2007.
Jumlah kes ragut yang diselesaikan pada tahun 2009 sebanyak 3368 kes manakala pada tahun
sebelumnya kes diselesai sebanyak 4288 kes daripada jumlah besar sebanyak 14502 kes.
Bagi kes pecah rumah malam yang diselesaikan pada tahun 2006 sebanyak 4239 kes meningkat sedikit
kepada 4339 kes sebelum menokok sebanyak 777 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 2009 kes ini
yang dapat diselesaikan sebanyak 13877 kes berbanding 15119 kes baru pada tempoh yang sama.
Jumlah kes baru pecah rumah malam paling rendah ialah pada tahun 2006 sebanyak 9551 kes dan
bertambah sebanyak 1576 kes kepada 11127 kes pada tahun 2007. Pada tahun 2008, kes pecah rumah
malam adalah sebanyak 10872 kes. Bagi kes baru curi motokar paling tinggi ialah pada tahun 2008
sebanyak 10375 kes manakala pada tahun 2009 jumlah telah merosot kepada 9714 kes.
Pada tahun 2006 kes baru curi motokar mencatatkan sebanyak 8253 kes dan meningkatkan kepada
9159 kes pada tahun 2007. Bagi kes selesai curi motokar pada tahun 2006 hingga 2009 mencatatkan
peningkatan sebanyak 154.78%. Jumlah kes paling banyak pada tahun 2009 sebanyak 7004 kes
manakala jumlah kes paling rendah pada tahun 2006 sebanyak 2749 kes. Kes curi motokar yang dapat
diselesai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 321 kes berbanding jumlah kes pada tahun 2007
sebanyak 2734 kes.
(sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jenayah, Jabatan Statistik PDRM,
2006-2009)

51. Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan struktur penduduk Semenanjung Malaysia mengikut umur dan jantina pada tahnn
2006.

Melalui bancian penduduk yang telah dijalankan pada tahin 2005, jumlah penduduk di Semenanjung
Malaysia pada tahun 2006 ialah 16.607 juta orang. Bilangan ini meliputi warganegara dan bukan
warganegara yang menetap di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2006, jumlah penduduk lelaki ialah 8434 ribu orang, manakala jumlah penduduk perempuan
ialah 261 ribu orang kurang daripada jumlah penduduk lelaki. Komposisi penduduk Malaysia terdiri
daripada lapan peringkat umur, iaitu 0-9, 10-19, 20-29, 30-39, 40-49,50-59, 60-69, dan 70 tahun ke
atas.

Bilangan bayi dan kanak-kanak yang berumur 0-9 tahun ialah 4188 ribu orang. Daripada jumlah
tersebut, 2165vribu orang adalah lelaki, iaitu 13.04% daripada ialah penduduk Semenanjung Malaysia,
manakala bilangan bayi dan kanak-kanak perempuan meliputi 12.18% atau 2023 ribu orang.

Bagi kumpulan umur antara 10-19 tahun, bilangan pejduduk ialah 3715 ribu orang, iaitu 473 ribu
orang kurang daripada bilangan bayi dan kanak-kanak yang berumur 0-9 tahun. Bilangan penduduk
perempuan dalam kumpulan umur ini ialah 1815 ribu orang, iaitu 85 ribu orang kurang daripada
bilangan penduduk lelaki.

Sementara itu, dalam kumpulan umur 20-29 tahun, apabila bilangan penduduk lelaki melebihi
bilangan penduduk perempuan seramai 16 ribu orang, dan bilangan penduduk perempuan ialah 1446
ribu orang. Seterusnya, bilangan penduduk lelaki pada peringkat umur 30-39 tahun ialah 1287 ribu
orang, manakala bilangan penduduk perempuan ialah 1304 ribu orang.

Bilangan penduduk dalam kumpulan umur berikutnya, iaitu 40-49 tahun didapati semakin
berkurangan. Daripada sejumlah 1428 ribu orang penduduk dalam kumpulan umur ini, 759 ribu orang
ialah penduduk lelaki, dan bakinya merupakan penduduk perempuan. Bagi penduduk yang berumur 50-
59 tahun, bilangan penduduk perempuan ialah 37 ribu orang kurang daripada bilangan penduduk lelaki
sebanyak 418 ribu orang.

Walau bagaimanapun, pada peringkat umur 60-69 tahun dan 70 tahun keatas, bilangan penduduk
perempuan melebihi bilangan penduduk lelaki. Bagi peringkat umur 60-69 tahun, penduduk perempuan
melebihi penduduk lelaki sebanyak 25 ribu orang, dan bilangan penduduk lelaki ialah 315 ribu orang.
Sementara itu, bagi penduduk yang berusia 70 tahun ke atas, bilangan penduduk lelaki ialah 128 ribu
orang dan bilangan penduduk perempuan ialah 195 ribu orang.

(Disesuaikan daripada Laporan Bank Penduduk 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia)

52. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan pencarum Kutnpulan wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umurpada tahun 2001 dan
2005.

Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan untuk masa tua.
Pekerja yang berumur 16 tahun merupakan pencarum yang paling muda. Dalam tempoh lima tahun,
bilangan pencarum KWSP telah meningkat kepada lebih 10 juta orang, iaitu daripada 9.93 juta orang
pada tahun 2001 kepada 10.6 juta orang pada tahun 2005.

Pencarum KWSP dapat digolongkan kepada lapan kumpulan umur, iaitu kumpulan umur 16-25 tahun,
26-30 tahun, 31-35 tahun, 36-40 tahun, 41-45 tahun, 46-50 tahun, 51-55 tahun, dan 55 tahun keatas.
Umumnya, bilangan pencarum semakin merosot apabila kumpulan umur semakin meningkat. Pada
tahun 2001 dan 2005, pekerja dalam kumpulan umur 16-25 tahun adalah yang paling banyak mencarum
dengan bilangan masing-masing sebanyak 2.41 juta orang dan 2.38 juta orang.

Pada tahun 2005, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 26-30 tahun telah meningkat sebanyak
ribu orang kepada 1.71 juta orang berbanding dengan tahun 2001. Dalam tempoh yang sama, bilangan
pencarum dalam kumpulan umur 31-35 tahun telah meningkat kepada 1.56 juta orang.

Sementara itu, bagi kumpulan umur 36-40 tahun, bilangan pencarum telah meningkat sebanyak 110
ribu orang atau 8.59% pada tahun 2005 berbanding dengan 1.28 juta orang pada tahun 2001. Bilangan
pencarum bagi kumpulan umur 41-45 tahun pula telah meningkat sebanyak 160 ribu orang pada tahun
2005 menjadi 1.25 juta orang, manakala bilangan pencarum bagi kumpulan umur 46-50 tahun telah
meningkat sebanyak 20 ribu orang kepada 1.03 juta orang.

Seterusnya, bagi kumpulan umur yang lebih tinggi, bilangan pencarum kurang daripada 1 juta
orang. Pada tahun 2001, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51-55 tahun dan kumpulan umur 55
tahun ke atas masing-masing ialah 0.52 juta orang dan 0.54 juta orang. Dalam tempoh empat tahun
berikutnya, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51-55 tahun telah bertambah sebanyak 170 ribu
orang, manakala bilangan pencarum yang berumur melebihi 55 tahun meningkat sedikit sebanyak 50
ribu orang.
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

53. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan grafbar yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut sektor dan kaum bagi tahun 2002 dan 2006.

Guna tenaga di Malaysia merangkumi beberapa sektor, iaitu sektor pertanian dan pengeluaran, sector
pengurusan dan pentadbiran, sektor perkhidmatan dan jualan serta sektor profesional dan teknik.
Jumlah guna tenaga pada tahun 2006 ialah 11 301.9 ribu orang, iaitu bertambah sebanyak 1684 ribu
orang berbanding dengan tahun 2002.

Pada tahun 2002, sektor pertanian dan pengeluaran menyumbang melebihi separuh daripada jumlah
guna tenaga di Malaysia, iaitu 4935.3 ribu orang. Daripada jumlah guna tenaga dalam sektor pertanian
dan pengeluaran, 3234.5 ribu orang merupakan kaum melayu, 1198.2 ribu orang terdiri daripada kaum
Cina, manakala kaum India dan kaum lain ialah 502.6 ribu orang.

Pada tahun 2006, sektor pertanian dan pengeluaran masih menjadi tumpuan apabila bilangan guna
tenaga daripada kaum Melayu telah meningkat sebanyak 27.89% atau 902 ribu orang berbanding
dengan tahun 2002 dan diikuti dengan kaum Cina yang meningkat sebanyak 103.9 ribu orang,
manakala kaum India dan kaum lain berjumlah 536.1 ribu orang.

Bagi sektor pengurusan dan pentadbiran pada tahun 2002, guna tenaga kaum Melayu ialah 698.1 ribu
orang, iaitu 47.4 ribu orang melebihi guna tenaga kaum lain, manakala guna tenaga kaum India dan
kaum lain ialah 101.6 ribu orang.

Pada tahun 2006, penglibatan kaum Melayu dalam sector pengurusan dan pentadbiran masih
mengatasi kaum lain dengan bilangan guna tenaga sebanyak 2.1 ribu orang berbanding dengan kaum
Cina yang berjumlah 715 ribu orang. Penglibatan kaum India dan kaum lain pula ialah 107.4 ribu
orang.

Sementara itu, dalam sektor perkhidmatan dan jualan pada tahun 2002, 870.2 ribu orang merupakan
guna tenaga kaum Melayu, diikuti dengan kaum Cina dengan bilangan guna tenaga sebanyak 745.2 ribu
orang. Guna tenaga kaum India dan kaum lain ialah 206.7 ribu orang.

Pada tahun 2006, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dan jualan telah meningkat
sebanyak 288.6 ribu orang berbanding dengan tahun 2002. Daripada jumlah ini, 975.6 ribu orang ialah
kaum Melayu dan diikuti dengan kaum Cina sebanyak 865 ribu orang, manakala kaum India dan kaum
lain ialah 270.1 ribu orang.

Sektor profesional dan teknik merupakan sektor yang mempunyai jumlah guna tenaga yang paling
sedikit pada tahun 2002, iaitu 1410.1 ribu orang. Daripada jumlah tersebut, 880.1 ribu orang ialah kaum
Melayu, 415.4 ribu orang ialah kaum Cina, manakala 114.6 ribu orang terdiri daripada kaum India dan
kaum lain.

Pada tahun 2006 pula, guna tenaga dalam sektor profesional dan teknik berjumlah 1602 ribu orang.
Daripada jumlah ini, guna tenaga kaum Melayu ialah 980.3 ribu orang, 498.5 ribu orang ialah kaum
Cina, manakala 123.2 ribu orang merupakan guna tenaga kaum India dan kaum lain.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

100
54. Berdasarkan maklumat yang diberikon, sediakan carta pai yang sesuai menunjukkan perbezaan
prestasi industri sawit Malaysia pada tahun 2013.

Ekonomi Malaysia memiliki asas-asas yang kukuh dengan sebahagian 5 pertumbuhan dipacu oleh
penggunaan domestik dan pelaburan, khususnya dalam peladangan kelapa sawit, selain minyak dan gas.
Ekonomi negara dijangkakan akan terus mempamerkan prestasi mantap walaupun ekonomi global
mengalami kemelesetan.
Petunjuk prestasi minyak sawit yang direkodkan pada bulan Mei tahun 2013 berjumlah 3,998,954 tan
metrik, tetapi merosot sebanyak 220,350 tan metrik bulan Jun pada tahun yang sama. Semua petunjuk
prestasi mencatatkann penurunan pada bulan Mei dan Jun tahun 2013 kecuali pengeluaran. Bagi
petunjuk prestasi pengeluaran sawit mencatatkan jumlah pada bulan Jun lebih tinggi berbanding bulan
Mei yang mencatatkan jumlah sebanyak 1,384,330 tan metrik, manakala bulan Jun sebanyak 1,415,752
tan metrik.
Prestasi stok sawit dalam negara merosot daripada 24.14% pada bulan Mei kepada 22.44% pada
tempoh berikutnya tahun 2013. Pada tahun 2012, kejatuhan harga sawit berpunca daripada stok yang
berlebihan dan penurunan stok pada tahun 2013 adalah bersifat sementara. Keadaan ini mungkin juga
mempengaruhi prestasi minyak sawit proses yang juga mencatatkan penurunan kepada 188,660 tan
metrik pada bulan Jun berbanding Mei sebanyak 850,996 tan metrik.
Pada bulan Mei dan Jun mencatatkan prestasi minyak isirong proses sebanyak 670,152 tan metrik dan
daripada jumlah ini bulan Jun yang mencatatkan jumlah Sebanyak 323,709 tan metrik. Terdapat
pelbagai jenama dan produk kilang menghasilkan barang pengguna seperti sabun dan marjerin.
Keluaran produk berasaskan sawit merosot apabila pada bulan Mei produk berasaskan sawit ini
menghasilkan 250,702 tan metrik manakala pada bulan Jun sebanyak 221,245 tan metric isirong mentah
merekodkan hasilan sebanyak 201,136 tan metrik atau 5.03% pada bulan Mei dan merosot sebanyak
19,817 tan metrik pada bulan Jun tahun 2013.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Ekonomi dan Bahagiah Pembangunan Industri
Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, 2013)
101
55. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk membezakan jumlah
pegawai dan anggota polis Malays (PDRM) mengikut etnik dan kelayakatn akademik bagi
pengambilan baru yang dilaporkan sehingga tahun 2009.

Kekurangan anggota polis dalam kalangan etnik Cina dan India sering dibincangkan dan kerajaan
mengadakan kumpen untuk meningkatkan jumlah anggota dalam kalangan etnik tersebut. Jabatan
Statistik PDRM mengesahkan jumlah pengambilan pegawai dan anggota polis pada tahun 2006 hingga
2009 berjumlah 20967 orang.
Etnik Melayu merupakan golongan terbanyak dalam perkhidmatan polis dan mencatatkan jumlah
seramai 1 7570 orang dan membentuk jurang yang ketara antara etnik Cina dan India. Kebanyakan etrik
Cina masih berpegang kepada tradisi berniaga dan bekerja sendiri mencatatkan seramai 1.72% daripada
jumlah pengambilan anggota polis pada tempoh tersebut. Jumlah yang sedikit ini tiada kaitan dengan
kaisi atau kaisu yang didakwa sesetengah pihak.
Jumlah etnik India pula melebihi etnik Cina sebanyak 172 orang,walaupun kedua-dua etnik ini
mempunyai peluang yang luas dalam kenaikan pangkat, namun jumlah etnik Cina dan India tetap
kurang sejak Malaysia mencapai kemerdekdan. Dalam ambilan tahun 2006 sehingga tahun 2009
seramai 2503 orang adalah dalam kalangan Iain-Iain etnik. Etnik Bumiputra Sabah dan Sarawak banyak
berkhidmat sebagai anggota polis di Semenanjung Malaysia.
Pelbagai etnik yang berkhidmat dalam perkhidmatan polis menunjukkan taburan kelulusan akademik
yang tidak seimbang. Anggota polis yang mempunyai kelayakan dan kelulusan ijazah pertama dilantik
menjadi pegawai polis bagi ambilan tahun 2006 sehingga tahun 2009 seramai 1490 orang, Tidak semua
anggota polis berkelulusan diploma dilantik terus ke jawatan pegawai terutama selepas tahun 2006. Hal
ini juga berlaku kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). Bagi kedua-dua tahap akademik ini
seramai 3614 orang telah diambil sepanjang tempoh tersebut.
Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencatatkan jumlah ambilan paling ramai sebanyak 72.96%
atau 15298 orang. Sebanyak 2.69% daripada jumlah ambilan tersebut merupakan anggota polis yang
mempunyai kelulusan akademik paling rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Perkhidmatan polis juga memberi peluang kenaikan pangkat kepada
anggota melalui kursus dan peperiksaan perkhidmatan.
(sumber: Dipetik dan disuaikan daripada Laporan Jabatan
Statistik PDRM, 2006 hingga 2009)
102
56. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
perbelanjdan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia pada tempoh-tempoh yang
dilaporkan.

Dalam ekonomi global yang semakin kompetitif, keupayaan untuk memanfaatkan sains, teknologi dan
inovasi menjadi agenda utama dalam usaha kerajaan membina negara maju.
Usaha secara kolektif antara sektor awam dan swasta telah meningkatkan intensiti Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D). Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM1581.4 juta telah dibelanjakan pada tempoh
2006 hingga 2010. Jumlah ini telah bertambah sebanyak RM654.9 juta daripada nilai yang dibelanjakan
pada tahun 2001 hingga 2005.
Keutamaan yang tinggi diberikan kepada R&D mendorong kerajaan mengeluarkan perbelanjaan untuk
Geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada 2001 hingga 2005 sebanyak jumlah yang
dibelanjakan bagi melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada tempoh 2001 hingga
2005. Walau bagaimanapun tiada peruntukan dan perbelanjaan pada tempoh 2006 hingga 2010.
Kerajaan juga telah mewujudkan program inkubator untuk mengkomersialkan output R&D.
Keseluruhan perbelanjaan untuk Pengkomersialan Teknologi sepanjang tempoh 2001 hingga 2010
menyumbang sebanyak RM1306.2 juta dan daripada jumlah tersebut 20.44% dibelanjakan pada tahun
2001 hingga 2005 untuk program tersebut. Pada tempoh 2006 hingga 2010 pula sebanyak 26.86%
daripada RM5887.6 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi skim Penyelidikan Fundamental, namun
tiada perbelanjaan bagi skim ini pada tempoh 2001 hingga 2005.
Selain itu, kos bagi Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri adalah sebanyak RM 198.6
juta pada tempoh 2001 hingga 2005 sebagai pemangkin dalam usaha mewujudkan pusat bimbingan dan
latihan teknousahawan berasaskan teknologi baharu. Skim ini hanya dibelanjakan pada tempoh
Rancangan Malaysia Kelapan sahaja.
Penekanan diberikan untuk meningkatkan keupayaan teknologi baharu dalam industri yang melibatkan
Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Sains dan Teknologi melalui beberapa institusi
pengajian tinggi dan sektor industri serta perkilangan. Perbelanjaan bagi tujuan ini sebanyak RM123.1
juta dan perbelanjaan telah bertambah kepada RM650.4 juta pada tempoh 2006 hingga 2010.
Pembangunan prasarana merupakan faktor penting dalam meningkatkan produktiviti. Sebanyak
RM1949,9 juta telah dibelanjakan bagi Infrastruktur Sains dan Teknologi dalam tempoh 2001 hingga
2005, namun berkurangan sebanyak 46,91% pada tempoh 2006 hingga 2010.
(sumber: Diubahsuai daripada Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI), 2001-2010)

103
57.Berdasarkan petikan yang diberikon, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah hasil
tangkapan bagi kesalahan penyeludupan rokok yang dikesan oleh Agensi Penguatkuasdan Maritim
Malaysia [APMM] mengikut wilayah operasi pada tahun 2009 dan 2010.

Operasi pertahanan dan keselamatan kawasan perairan Malaysia sentiasa diberi keutamaan oleh
kerajaan bagi memastikan tiada ancaman baru yang boleh mengugat keselamatan dan keamanan negara.
Pusat operasi maritim di Morib, Selangor bagi kes penyeludupan rokok yang dapat dikesan pada tahun
2009 ditaksirkan bernilai RM6811 56.00, dan pada tahun 2010 telah meningkat kepada
RM 128055.40. Kebanyakan rokok yang diseludup dari negara Indonesia produk jenis kretek.
Manakala pusat operasi di Tawau, Sabah pula mencatatkan nilai tangkapan rokok yang diseludup
sebanyak RM381226.00 daripada jumlah besar nilai tangkapan sebanyak RMl 552677.00, dan tiada
tangkapan berlaku pada tahun berikutnya.
Walaupun banyak operasi dilakukan di perairan laut Malaysia, masih berlaku penyeludupan Barang dari
negara jiran. Pada tahun 2011 pusat operasi maritim di Kuala Langat, Selangor berjaya membanteras
penyeludupan rokok dengan nilai tangkapan sebanyak RM281446.00 daripada jumlah RM810224.40
dan merosot sebanyak RM48654.00 berbanding tahun 2009.
Kebanyakan kes penyeludupan rokok Berlaku di perairan selatan Semenanjung Malaysia, manakala
penyeludupan Barang lain sepert diesel, haiwan serta makanan dan minuman Banyak dikesan di
wilayah utara semenanjung Malaysia. Pada tahun 2009 dan 2010 kes seludup rokok yang dapat dikesan
di pusat operasi maritim di Batu Pahat, Johor ditaksirkan sebanyak RM480774.00. Pada tahun 2009
nilai tangkapan di Batu Pahat sebanyak RM160195.00 dan selebihnya adalah nilai tangkapan pada
tahun berikutnya.
Pada tahun 2010 nilai tangkapan keseluruhan yang dikutip oleh Agensi Penguatkuas dan Maritim
Malaysia (APMM) merosot sebanyak RM742,452.60 berbanding nilai tangkapan pada tahun 2009.
Bagi pusat operasi maritim di Pulau Langkawi, Kedah nilai tangkapan penyeludupan rokok sebanyak
RM80144.00 daripada jumlah keseluruhannya pada tahun 2010 manakala tiada tangkapan direkodkan
pada tahun 2009.
(sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Agensi Penguatkuasdan Maritim Malaysia
(APMM), 2009,2010)
104

58. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan jumlah jualan kereta nasional mengikut model kenderdan pada tempoh yang dinyatakan.

Pasaran industri automotif negara mengalami keadaan tidak konsisten sejak tahun 1998. Jumlah jualan
kereta Proton dan Perodua pada bulan Januari 2011 sebanyak 28716 unit dan merosot sebanyak 21.3%
pada bulan Mac 2011.
Kereta Perodua model Myvi mencatatkan jumlah jualan sebanyak 5661 unit pada bulan Mac, berlaku
pengurangan jualan berbanding bulan Januari yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 71 76 unit.
Walaupun media memberi liputan meluas kelebihan Myvi dengan keluaran baru 'My Best', namun
produk ini tidak dapat meningkatkan jualan. Produk nasional Proton Saga mencatatkan jualan sebanyak
24.82% daripada jumlah jualan pada bulan Januari 2011 dan jualan pada bulan Mac merosot kepada
5313 unit.
Jumlah jualan model Perodua Viva mencatatkan jumlah jualan sebanyak 9812 unit pada bulan Januari
dan Mac 2011, sebanyak 4470 unit daripada jumlah tersebut adalah catatan jualan kereta Viva pada
bulan Mac, selebihnya adalah jualan pada bulan Januari 2011. Pada bulan Mac, jumlah kereta Persona
mencatatkan penurunan sebanyak 641 unit berbanding jumlah jualan sebanyak 4266 unit pada bulan
Januari 2011.
Kereta nasional Perodua Alza mencatatkan penurunan seperti kereta-kereta nasional lain pada bulan
Januari dan Mac 2011. Jumlah jualan telah merosot sebanyak 20.16% berbanding jumlah jualan yang
dicatatkan pada bulan Januari 2011 sebanyak 2812 unit. Kereta Proton model Exora juga mencatatkan
kemerosotan jumlah jualan pada bulan Mac apabila mencatatkan sebanyak 1286 unit kurang
berbanding jumlah jualan pada bulan Januaari 2011 sebanyak 1993 unit.
Semua kenderdan jenama Proton dan Perodua pelPagai model terpilih mencatatkan jualan yang merosot
pada tempoh dinyatakan memberi kesan kepada industri automotif nasional terutama dalam
menghadapi cabaran AFTA. Pengeluar kereta nasional harus lebih kompetitif menghasilkan model yang
dapat meningkatkan jualan dan hasil negara.
(sumber: Dipetik daripada Laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), 2012)
105

59. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor pada tahun
2010 dan 2011.

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada dan selepas tahun 2010 merupakan belanjawan di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dalam usaha negara bergerak ke arah mencapai negara maju
menjelang 2020. Bajet menyaksikan peruntukan yang turut menggariskan pola strategi dan projek-
projek utama ke arah mentransformasikan negara mencapai sasarannya.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM52.792 bilion untuk perbelanjaan pembangunan


pada tahun 2010 namun jumlah ini menurun sebanyak RM6.376 bilion pada tahun 2011. Penurunan ini
disebabkan negara mengalami defisit fiskal sebanyak kira-kira 5.4% lebih tinggi berbanding dengan
tahun sebelumnya. Sektor Keselamatan diperuntukkan sebanyak RM3.970 bilion pada tahun 2010 dan
daripada jumlah tersebut digunakan untuk pertahanan sebanyak RM2.666 bilion sementara
Keselamatan Dalam Negeri sebanyak RM1.304 bilion. Pada tahun 2011,, jumlah peruntukan untuk
sektor ini ialah sebanyak 9.84% atau RM4.569 bilion.

Bagi sektor Perkhidmatan Sosial pula, sejumlah RM20.784 bilion telah diperuntukkan pada tahun
2010, namun jumlah ini berkurangan sebanyak 39.34% kepada RM 12.607 bilion pada tahun 2011.
Pengurangan yang dibuat ini berikutan telah banyak program sosial seperti pendidikan dan kesihatan
telah dijalankan dengan jayanya pada tahun 2010. Faktor ekononij yang agak meresahkan turut
mendorong kerajaan berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan kepada sektor ini.

Selaras dengan tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", hajet yang paling
banyak diperuntukkan kepada sektor Perkhidmatan Ekonomi, iaitu sebanyak RM28.156 bilion pada
tahun 2011 lebih RM2.035 bilion berbanding dengan tahun 2010. Daripada peruntukan tersebut
kemudahan dan pengangkutan mendapat nilai perbelanjaan sebanyak RM8.665 bilion di samping
pembangunan untuk pertanian dan luar bandar mendapat peruntukan sebanyak 11.17% daripada jumlah
keseluruhan peruntukan sektor ekonomi. Pada tahun 2011 pula, pengangkutan mendapat peruntukan
yang paling banyak, iaitu RM10.140 bilion. Hal ini berikutan hasrat kerajaan untuk menyejahterakan
hidup rakyat dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang efisien dan selesa.

Sektor Pentadbiran Am pula mendapat peruntukan yang paling sedikit berikutan langkah
penjimatan oleh kerajaan Malaysia. Pada tahun 2010, peruntukan yang diterima ialah sebanyak
RM1.917 bilion dan berkurangan sebanyak RM832 juta pada tahun 2011.

(Disesuaikarari daripada Laporan Ekonomi 2011,

Kementerian Kewangan Malaysia)

106

60. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah,sediakan carta yangsesuai untuk menunjukkan
perbandingan bilangan kes penyakit malaria mengikut negeri terpilih di Malaysia bagi tempoh masa
yang dinyatakan.

Di Malaysia, kes penyakit malaria yang secara umumnya sukar dikawal dan dikaitkan dengan
kebanjiran warga asing, terutamanya yang masuk ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan kesihatan
dan juga kuarantin. Walau bagaimanapun, usaha berterusan untuk memerangi penularan penyakit ini
berjaya mengurangkan sebanyak 740 kes penyakit malaria pada tahun 2011 berbanding 7390 kes yang
dicatatkan dua tahun sebelum itu.

Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun 2009 apabila
sebanyak 4139 kes penyakit malaria dikesan di negeri tersebut ekoran daripada faktor sanitasi dan
kekurangan pengetahuan penduduk berkaitan penyakit ini. Pada tahun 2011, kes malaria di Sabah
berjaya dikurangkan kepada 39.76%. Negeri Sarawak yang menduduki tempat kedua pada tahun 2009
telah memperlihatkan peningkatan sebanyak 46.78% pada tahun 2011 berbanding dengan sebanyak
1909 kes pada tahun 2008.

Penyakit malaria yang dilaporkan di negeri Selangor pada tahun 2009 ialah sebanyak 223 kes atau
3.02%, iaitu kurang sebanyak 49 kes berbanding dengan kes malaria yang dilaporkan di negeri
Kelantan. Kes malaria yang dilaporkan bagi kedua-dua negeri ini mengalami pengurangan masing-
masing kepada 196 kes dan 176 kes dua tahun kemudian. Negeri Pahang pula menunjukkan pola yang
berbeza berbanding dengan negeri Selangor dan Kelantan pada tahun 2011 apabila meningkat kepada
196 kes atau 2.95%. Kes malaria yang dilaporkan dua tahun sebelum itu di negeri Pahang ialah
sebanyak 154 kes sahaja.

Bilangan kes penyakit malaria selebihnya disumbangkan oleh negeri-negeri lain seperti Pulau
Pinang. Kedah, Negeri Sembilan, dan Johor. Pada tahun 2011, sebanyak 636 kes penyakit malaria
dilaporkan. Bilangan ini merupakan pengurangan sebanyak 57 kes berbanding dengan kes yang
dilaporkan pada tahun 2009. Kesemua negeri tersebut menunjukkan trend merosot kecuali negeri Johor
yang mengalami peningkatan sebanyak 61.11% berbanding dengan 90 kes yang dilaporkan pada tahun
2009.
Walaupun Kementerian Kesihatan menyasarkan penyakit malaria akan dapat dihapuskan
sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018, namun selagi terdapat kawasan takungan air yang tidak
mengalir, nyamuk Anopheles akan terus berkembang biak. Oleh sebab itu, suatu usaha yang serius
untuk menyekat kewujudan penyakit ini harus dilaksanakan secara bersepadu demi kepentingan
manusia sejagat.

(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,


Jabatan Perangkaan Malaysia

107

61. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan kutipan cukai tak langsung mengikut kategori di Malaysia tahun-tahun yang
berkaitan.

Cukai memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cukai yang dikenakan
tergolong dalam beberapa kategori termasuklah cukai langsung dan tidak langsung.

Dalam kategori cukai tak langsung pula, negara memperoleh kutipan hasil sebanyak RM32 510
juta pada tahun 2006 dan jumlah kutipan cukai tak langsung pada tahun 2007 ialah sebanyak RM38 897
juta, lebih 10.62% tinggi berbanding tahun 2006. Kategori duti eksport yang berjaya dikutip pada tahun
2006 ialah sebanyak RM4669 juta atau 14.4% dan bagi duti import pula hasil yang diperoleh pada
tahun 2007 adalah sebanyak RM5486 juta atau 14.1%.

Duti eksais juga menunjukkan pertambahan yang memberangsangkan. Pada tahun 2006, duti eksais
menyumbangkan sebanyak RM6750juta, manakala cukai jualan pula mencatatkan peningkatan hasil
sebanyak RM4375 juta, suatu pertambahan nilai yang begitu ketara pada tahun 2007 berbanding tahun
2006 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM9241 juta.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun
2006 kutipan daripada cukai ini adalah sebanyak RM2016 juta. Kutipan lain-lain dalam kategori cukai
tak langsung mencatatkan perolehan tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2006 jumlah yang dikutip
adalah sebanyak RM2796 juta atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% kepada
RM4802 juta pada tahun 2007.

Pertambahan prasarana kepada pengguna menyebabkan berlaku pertambahan kepada kutipan cukai
perkhidmatan dan pada tahun 2007 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM3723 juta manakala bagi
cukai eksais pula mencatatkan peningkatan kepada RM8002 juta pada tahun yang sama. Cukai eksport
pada tahun 2007 mencatatkan penurunan dan jumlah yang dikutip adalah berkurangan sebanyak
RM1401 juta berbanding tahun sebelumnya.
Sumber pendapatan negara sebahagian besar diperoleh daripada pelbagai jenis cukai. Cukai
pendapatan merupakan sumber utama cukai kerajaan untuk membangunkan negara dan rakyat harus
memahami keperluan membayar cukai demi pembangunan ekonomi negara.

(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Kementerian Kewangan Malaysia, 2007)

108

62. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan nilai eksport barangan utama dan destinasi eksport pada tahun 2010.

Perdagangan Malaysia dengan negara-negara rakan dagang cukup memberangsangkan. Dengaii


pertambahan negara baharu sebagai destinasi eksport menggambarkan Malaysia semakin berkembang
inaju.

Pada tahun 2010, nilai eksport berjumlah RM638,822 juta. Nilai eksport tertinggi ialah barangan
elektrik dan elektronik, iaitu sebanyak RM249,907 juta. Perkara ini menunjukkan negara ini mampu
menghasilkan barangan keperluan utama. Di tempat kedua ialah minyak kelapa sawit dan barangan
berasaskan kelapa sawit dengan nilai eksport sebanyak RM62,223 juta. Hal ini menunjukkan Malaysia
boleh menghasilkan minyak kelapa sawit mentah dan barangan siap daripada kelapa sawit yang
diproses. Barangan siap ini menghasilkan pulangan yang lebih lumayan.

Eksport gas asli cecair menduduki tempat ketiga dengan nilai eksport sebanyak RM38,742 juta.
Nilai ini mengatasi nilai eksport petroleum mentah sebanyak RM7,977 juta. Hasil galian di bumi tetap
memberi pulangan tinggi kepada negara. Hasil bumi ini terniasuklah keluaran petroleum bernilai
RM25.542 juta. Manakala bakinya adalah eksport barangan-barangan lain yang membantu
meningkatkan pendapatan negara.

Negara rakan dagang terbesar masih lagi negara tetangga, iaitu Singapura dengan nilai eksport
sebanyak RM85,253 juta dan diikuti negara China sebanyak RM80,105 juta. Dua buah negara ini
merupakan destinasi eksport yang mewakili satu perempat daripada seluruh eksport negara.

Negara matahari terbit, iaitu Jepun mengimport sebanyak RM66,763 juta menjadi negara ketiga
terbesar sebagai rakan dagang. Amerika Syarikat menduduki tempat keempat dengan nilai eksport
negara sebanyak RM60,951 juta, Perdagangan dengan Amerika Syarikat masih lagi tinggi walaupun
banyak barangan pengganti dari negara-negara baru rakan dagang.

Negara jiran di utara, iaitu Thailand mengimport sebanyak RM34,136 juta mengatasi negara-negara
ASEAN lain selepas Singapura. Baki nilai eksport Malaysia ialah ke negara-negara lain yang turut
menjadi negara rakan dagang penting. Negara-negara lain berkenaan juga mengeksport ke Malaysia
dengan nilai yang tinggi.

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,


Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 2011, halaman 13)

109

63. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
uniuk menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kaum termasuk bukan warganegara bagi
tahun 2000 dan tahun 2010.

Dalam tempoh 10 tahun penduduk Malaysia telali meningkat lebih daripada 20 peratus. Pertambahan
ini bukan sahaja melibatkan warganegara Malaysia, malah bukan warganegara juga.

Pada tahun 2000, penduduk Malaysia berjumlah 23 274 690 orang termasuk bukan warganegarai
dan telah meningkat kepada 28 334 135 orang pada tahun 2010. Peningkatan taraf pendidikan dam
kesihatan menjadikan kadar kematian semakin berkurang. Kaum Bumiputera merupakan kumpulam
tertinggi dengan jumlah 14 248 179 orang meningkat kepada 17 523 508 orang pada tahun 2010.

Kaum Cina pada tahun 2000 berjumlah 5 691 908 orang meningkat sebanyak 700 728 orang ' pada
tahun 2010. Manakala kaum India meningkat sebanyak 227 695 orang menjadikan bilangan pada tahun
2010 seramai 1 907 827 orang.

Untuk kaum-kaum lain, bilangan semakin berkurang dalam tempoh berkenaan, iaitu seramai 269
697 orang pada tahun 2000 menjadi 189 385 orang pada tahun 2010. Pengurangan ini berlaku
kemungkinan kerana penghijrahan keluar golongan ini ke negara lain.

Manakala penduduk bukan warganegara juga mempunyai bilangan yang ramai, iaitu 1 384 774
orang yang mewakili 5.9 peratus penduduk Malaysia pada tahun 2000. Keperluan tenaga kerja dalam
pelbagai sektor menyebabkan bilangan mereka bertambah lagi sebanyak 936 005 orang pada tahun
2010. Kehadiran warga asing di negara ini mendatangkan pelbagai kesan positif dan negatif yang perlu
ditangani dengan bijaksana.

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,


Buku Maklumat Perangkaan Malaysia 20/I, halaman 4)
110

64. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam pctikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia
Berhad (CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis
skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.

CGC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat dalam perkara-perkara teknikal sahaja namun turut
memberikan jaminan kredit kepada usahawan PKS yang sering berhadapan dengan masalah ketiadaan
penjamin dalam permohonan pinjaman mereka kepada pihak bank. Jumlah jaminan kredit oleh CGC
pada tahun 2004 bernilai RM3007.6 juta. Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 12.1%
berbanding dengan tahun 2003, dengan bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8452 orang.
Daripada jumlah RM3007.6 juta itu, sebanyak RM 1822.90 juta diberikan kepada usahawan PKS yang
menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan yang mendapat jaminan kredit untuk jenis perniagaan
ini adalah yang paling banyak, iaitu 5624 orang.
Usahawan PKS yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan sektor pembuatan merupakan
golongan kedua terbanyak yang menerima jaminan kredit daripada syarikat ini, iaitu bernilai RM766.11
juta. Perniagaan yang berkaitan dengan sektor pertanian pula mencatat nilai terkecil, iaitu hanya
RM28.81juta. Jumlah yang selebihnya adalah untuk jaminan kredit kepada usahawan yang menjalankan
jenis perniagaan lain.

Skim jaminan kredit yang diberikan oleh CGC pada umumnya dapat dibahagikan kepada lima skim,
iaitu Skim Jaminan Utama Baharu, Skim Jaminan Laluan Terus, Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan
Usahawan Kecil, dan Skim Jaminan Lain. Skim Jaminan Utama Baharu mencatat angka tertinggi dari
segi nilai jaminan, iaitu RM 1061.68 juta diikuti oleh'Skim Jaminan Laluan Terus yang mencatat nilai
RM962.88 juta. Skim Jaminan Anjal pula mencatat 27.14% daripada jumlah keseluruhan nilai jaminan
kredit yang diberikan oleh syarikat, manakala bagi Skim Jaminan Usahawan Kecil, nilainya berjumlah
RM44.03 juta. Jumlah selebihnya ialah nilai jaminan yang diberikan kepada Skim Jaminan Lain.

(Sumber: Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, November 2005)


111

65. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tahun 2002
dan tahun 2003.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek. Jumlah perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM2000 juta daripada tahun 2002
yang berjumlah RM70 000 juta.
Pada tahun 2002, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek emolumen, iaitu merangkumi
30% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan, manakala perbelanjaan mengurus yang terkecil adalah
bagi objek bayaran balik, iaitu sebanyak RM1792 juta atau 2.6 %. Objek bekalan dan perkhidmatan
menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan pada tahun 2002,
iaitu sebanyak RM11 269 juta atau 16.1% daripada perbelanjaan keseluruhan.
Perbelanjaan mengurus objek pemberian kepada badan-badan berkanun ialah sebanyak RM6361 juta,
manakala perbelanjaan bagi bayaran khidmat hutang ialah RM7135 juta lebih daripada perbelanjaan
bagi pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2534 juta. Objek pencen dan
ganjaran pula berjumlah RM5134 juta atau 7.3%. Pemberian subsidi merupakan usaha kerajaan untuk
membantu rakyat dan sejumlah RM3677 juta telah dibelanjakan pada tahun 2002 untuk tujuan ini.
Perbelanjaan mengurus objek lain-lain berjumlah RM8564 juta atau 12.2%.
Pada tahun 2003, perbelanjaan mengurus ernolumen masih merupakan perbelanjaan mengurus yang
terbesar, iaitu 25 daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan, diikuti oleh perbelanjaan mengurus
bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM14 781 juta atau 20.5%. Perbelanjaan mengurus bayaran
khidmat hutang telah menurun sebanyak RM801 juta berbanding dengan tahun 2002, manakala
perbelanjaan mengurus objek lain-lain telah mengambil tempat yang ketiga terbesar dalam perbelanjaan
mengurus, iaitu sebanyak RM9899 juta atau 13.7%.
Objek perbelanjaan mengurus bayaran balik pada tahun 2003 telah bertambah sebanyak RM939 juta
berbanding dengan tahun 2002. Di samping itu, objek perbelanjaan mengurus subsidi dan pemberian
kepada badan-badan berkanun turut mengalami peningkatan dengan masing-masing mencatatkan
jumlah RM3925 juta dan RM6854 juta. Objek pencen dan ganjaran telah mengalami penurunan
sebanyak RM726 juta berbanding dengan tahun 2002. Perbelanjaan mengurus yang terkecil pada tahun
2003 ialah pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri, jumlah ini tidak berubah daripada tahun
sebelumnya.
Berdasarkan penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan telah meningkat.
Hal ini selaras dengan dasar fiskal mengembang dan pakej rangsangan fiskal tambahan yang
dilaksanakan sejak bulan Mei 2003.
(Sumber: Disesuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2003/2004, Kuala
Lumpur)

112

66. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia mengikut jenis media terpilih
pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Pelbagai media yang wujud di Malaysia telali memberi sumbangan yang besar khususnya dalam
pengiklanan. lndustri pengiklanan di negara ini telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun
2007 dengan peningkatan jumlah perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM701,831 juta berbanding
dengan tahun 2006 yang mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM4,761,371 juta.
Pada tahun 2006, media cetak terutamanya akhbar terus menguasai pasaran iklan di Malaysia apabila
mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM2,746,617 juta atau 57.7% daripada jumlah
keseluruhan perbelanjaan. Media elektronik, iaitu televisyen juga merupakan media yang amat efektif
untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kerana televisyen ditonton oleh lebih kurang
20 juta orang penonton pada setiap hari. Kelebihan ini menyebabkan perbdanijaan pengiklanan di
televisyen mencecah RM1,477,554 juta atau 31.%.
Perbelanjaan pengiklanan di radio berjumlah RM203,815 juta, iaitu RM48J41 juta lebih Ibanyak
daripada perbelanjaan pengiklanan di majalah. Media iklan luar pula mencatatkan perbelanjaan
pengiklanan sebanyak RM 109,327 juta manakala perbelanjaan pengiklanan menerusi media (terminal
jualan ialah RM60,483 juta kurang daripada perbelanjaan menerusi media iklan luar. Media terakhir
yang menjadi pilihan pengiklan ialah panggung wayang yang mencatatkan perbelanjaan pengiklanan
terendah, iaitu sebanyak RM 19,540 juta sahaja berbanding dengan media lain pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, semua media mencatatkan peningkatan perbelanjaan pengiklanan kecuali media iklan
luar. Iklan di akhbar masih mencatatkan perbelanjaan terbesar, iaitu sebanyak RM3,065,218 juta atau
56.1%, daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan pada tahun 2007. Perbelanjaan
pengiklanan di televisyen dan radio turut memperlihatkan peningkatan prestasi yang kukuh dengan
masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak RM320,894 juta dan RM37,273 juta berbanding
dengan tahun 2006.
Seterusnya, media majalah mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM 166,164 juta tetapi
peratusannya menurun kepada 3.0% daripada 3.3% pada tahun 2006. Media iklan luar pula
mencatatkan penurunan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM1,165 juta kepada RM108,162 jutg
perbelanjaan pengiklanan bagi media terminal jualan adalah sebanyak RM57,855 juta manakala
perbelanjaan pengiklanan menerusi media panggung wayang mencatatkan peningkatan sebanyak
34.43% berbanding dengan tahun 2006. Usaha promosi menerusi media terpilih tersebut telah
membuka peluang yang lebih luas kepada para pengiklan untuk lebih berdaya saing baik di dalam
negara mahu pun di luar negara.
(Sumber: Disesuaikan daripada Berita Harian, 14 Februari 2008)

113

66. Berdasarkan maklumat dalam pctikan di baxvah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan kedudukan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia pada tahun 2005.

Berikutan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada penghujung abad ke-20, pelbagai usaha gigih
telah diambil oleh kerajaan untuk mendorong pertumbuhan guna tenaga dalam negara. Keadaan ini
dapat dlbuktikan apabila kadar pertumbuhan guna tenaga negara pada sekitar tahun 2000-an
memperlihatkan pertumbuhan yang pesat dalam beberapa sektor utama seperti pembuatan dan
perkhidmatan swasta. perkembangan yang positif ini berjaya mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan dan menyebabkan jumlah guna tenaga negara mencecah 11 821.8 ribu prang pada tahun
2005.
Walaupun sektor pertanian masih penting dalam agenda pembangunan ekonomi negara, didapati
sumbangan guna tenaga oleh sektor ini agak kecil berbanding dengan sektor pembuatan dan
perkhidmatan swasta. Bilangan guna tenaga dalam sector ini menduduki tempat ketiga dengan geramai
1385.7 ribu orang atau hampir 11.7% daripada jumlah guna tenaga negara pada tahun 2005. Guna
tenaga dalam sektor perlombongan pula mencatatkan angka yang paling kecil, iaitu hanya 42.6 ribu
orang atau 0.4% daripada jumlah guna tenaga ftegara.
Tumpuan kerajaan dan peningkatan pelaburan asing dalam sektor pembuatan telah mendorong
pertumbuhan guna tenaga yang ketara dalam sektor tersebut. Sektor pembuatan menduduki tempat
kedua dari segi sumbangan guna tenaga selepas sector perkhidmatan lain. Pada tahun 2005, bilangan
guna tenaga dalam sektor pembuatan ialah 2990.4 ribu orang, manakala sektor perkhidmatan swasta
menyumbang sebanyak 10.7% atau 1265.2 ribu orang.
Dalam sektor pembinaan, bilangan guna tenaga terus berkembang pesat sejajar dengan peningkatan
projek pembinaan kediaman dan infrastruktur awam. Bilangan guna tenaga dalam sektor ini
berkembang pesat sehingga mencapai 775.3 ribu orang pada tahun 2005.
Sementara itu, sektor perkhidmatan lain merupakan penyumbang guna tenaga terbesar dalam bidang
perkhidmatan dengan saiz guna tenaga sebanyak 3035.6 ribu orang atau 25.7% daripada jumlah guna
tenaga negara pada tahun 2005.
Seterusnya, bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan juga agak besar, iaitu
menyumbang hampir 9% daripada jumlah guna tenaga negara. Sungguhpun pihak kerajaan berusaha
untuk mengurangkan saiz guna tenaga dalam perkhidmatan awam, namun bilangan guna tenaga dalam
sektor ini mencecah 1052.8 ribu orang pada tahun 2005.
Bilangan guna tenaga dalam sektor lain pula meliputi lebih 10% daripada jumlah guna tenaga negara
apabila terdapat 1274.2 ribu orang pekerja pada tahun 2005.
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)

114
67. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan eksport barangan terpilih Malaysia bagi tahun 2004.

Nilai eksport beberapa barangan terpilih bagi tahun 2004 berjumlah RM126 641 juta. Daripada jumlah
tersebut, 9.84% atau RM12 463 juta merupakan bahan mentah yang tidak boleh dimakan seperti kayu
balak dan kelapa sawit. Bahan mentah yang tidak boleh makan dieksport ke beberapa buah negara,
contohnya Pakistan merupakan negara pembeli utama kelapa, manakala Korea Selatan merupakan
negara pembeli Utama getah Malaysia. Kayu-kayan Malaysia pula dieksport ke Thailand, Singapura,
Jepun dan Korea Selatan.
Sementara itu, nilai eksport bahan makanan, minuman dan tembakau ialah RM11 654 juta, iaitu kurang
RM809 juta berbanding dengan nilai eksport bahan mentah yang tidak boleh dimakan. Bahan makanan
termasuk bahan makanan yang telah diproses §gperti buah-buahan dalam tin, biskut dan sebagainya.
permintaan yang tinggi terhadap bahan makanan taencerminkan harga pasaran barangan tersebut yang
berdaya saing. Antara negara yang menjadi pasaran eksport bahan makanan Malaysia termasuk
Amerika Syarikat, Singapura, China dan negara-negara Kesatuan Eropah.
Eksport minyak dan sayur-sayuran mencatatkan nilai yang melebihi sekali ganda, iaitu RM14 873 juta
lebih banyak berbanding dengan nilai eksport bahan makanan, minuman dan tembakau pada tahun
2004. Negara pembeli utama sayur-sayuran Malaysia ialah Singapura.
Di samping itu, nilai eksport bahan kimia ialah RM29 965 juta, manakala kelengkapan pengangkutan
menyumbangkan nilai eksport yang paling rendah, iaitu RM5324 juta pada tahun 2004. Sebaliknya,
barangan pembuatan menyumbangkan nilai eksport tertinggi dengan RM40 708 juta berbanding dengan
eksport barangan terpilih lain.
Secara keseluruhannya, pada tahun 2004, prospek eksport barangan terpilih tersebut adalah lebih baik
daripada prospek eksport barangan yang sama pada tahun 2003. Eksport barangan terpilih ini menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport keseluruhan negara pada tahun 2004.
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2005,
Jabatan Perangkaan Malaysia)

115
68. Berdasarkan maklumat dalarn petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan negara yang mengimport barangan Malaysia bagi tahun 2005 dan 2006.

Sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Suruhanjaya Selatan-Selatan, pasaran eksportnya
kini lebih tertumpu kepada Negara-negara Selatan.
Walaupun demikian, Malaysia masih lagi mengekalkan hubungan dengan rakan dagangan import yang
lama. Contohnya, Malaysia masih mengeksport banyak barangan elektrik dan elektronik ke Amerika
Syarikat, terutama komponen komputer. Pada tahun 2005,nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat
ialah 11.5% daripada jumlah eksport Malaysia yang bernilai RM137.33 bilion. Pada tahun 2006 pula,
nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah RM16.25 bilion itau 11.07% daripada jumlah eksport
Malaysia yang telah mencapai angka RM 146.84 bilion.
Singapura merupakan rakan dagangan Malaysia yang banyak mengimport barangan makanan seperti
sayur-sayuran, ikan dan daging daripada negara ini. Malaysia turut mengeksport tekstil, perabot dan
bahan binaan kepada negara jiran ini. Pada tahun 2005, nilai eksport Malaysia ke Singapura ialah
RM15.53 bilion. Angka ini meningkat kepada RM18.42 bilion pada tahun 2006.
Negara-negara Kesatuan Eropah termasuk Jerman, Britain, Itali, Perancis dan Belanda telah
mengimport barangan Malaysia bernilai RM35.15 bilion pada tahun 2005, manakala nilai eksport
barangan Malaysia termasuk pakaian, buah-buahan, minyak kelapa sawit dan kereta ke negara-negara
ini telah meningkat sebanyak RM3.04 bilion pada tahun 2006.
Malaysia juga mengeksport barangan ke Jepun yang masih menjadi rakan dagangannya. Eksport
barangan Malaysia ke Jepun bernilai RM14.28 bilion pada tahun 2005 dan mengalami sedikit kejatuhan
pada tahun 2006 dengan nilai RM12.83 bilion.
Kini, Malaysia berjaya meneroka pasaran baru di Negara-negara Selatan. Negara-negara ini lebih
berminat tneiigimpOFl barangan periftdustrian seperti minyak kelapa sawit, jentera dan kereta buatan
Malaysia. Oleh itu, Malaysia telah mengeksport barangan bernilai RM48.34 bilion ke negara-negara
tersebut pada tahun 2005 dan angka ini meningkat kepada RM54.73 bilion pada tahun 2006.
Malaysia juga mengeksport barangan ke negara lain termasuk negara ASEAN (selain Singapura), Rusia
dan China. Pada tahun 2005, nilai eksport Malaysia ke negara lain ialah RM8.24 bilion, dan angka ini
menurun sedikit kepada RM6.42 bilion pada tahun 2006.
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)

116

69. Berdasarkam maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan bilangan pelancong ke Malaysia mengikut negara asal bagi tahun 2002
dan 2007.

Keindahan alam semula jadi dan keadaan yang aman s.erta harmoni di Malaysia telah berjaya menarik
minat para pelancong luar untuk datang ke negara ini. Pada lahun 2002, jumlah pelancong asing yang
berkunjung ke -negara kita ialah 11 474.59 ribu orang. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak
kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini. Kesannya, jumlah pelancong asing
yang berkunjung ke negara ini telah bertambah sebanyak 3095.11 ribu orang pada tahun 2007.
Pelancong dari negara ASEAN meliputi 88% atau 10 097.65 ribu orang daripada jumlah keseluruhan
pelancong ke Malaysia pada tahun 2002. Bilangan pelancong dari negara ASEAN pada tahun 2007
bertambah sebanyak 3244.45 ribu orang berbanding dengan tahun 2002.
Walaupun benua Eropah agak jauh dari negara kita dari segi kedudukan geografi, namun keadaan ini
tidak menghalang kehadiran pelancong dari benua tersebut ke negara ini. Pada tahun 2002, bilangan
pelancong dari benua Eropah ialah 337.35 ribu orang. namun, menjelang tahun 2007, bilangan
pelancong eropah ke Malaysia mengalami kemerosotan yang katara, iaitu sebanyak 78.46% atau 264.7
ribu orang berbanding dengan tahun 2002.
Pada tahun 2002, kehadiran pelancong dari China ialah 557.66 ribu orang atau 4.86% daripada jumlah
keseluruhan pelancong. Walaupun faktor geografi bukan faktor yang menghalang kehadiran pelancong
dari China ke negara ini, namun bilangan pelancong dari China telah merosot sebanyak 24.41 ribu
orang pada tahun 2007.
Sikap prejudis rakyat Amerika Syarikat jelas terbukti apabila hanya 1.11% atau 127.37 ribu orang
pelancong yang melawat negara kita pada tahun 2002. Namun, daya tarikan kepelbagaian budaya di
negara ini berjaya meningkatkan bilangan pelancong dari negara maju tersebut sebanyak 28.52 ribu
orang kepada 155.89 ribu orang pada tahun 2007.
Budaya orang Jepun yang gemar melancong mendorong peningkatan bilangan pelancong dari negara
matahari terbit tersebut ke negara ini pada tahun 2007, iaitu sebanyak 111.25 ribu orang berbanding
dengan tahun 2002. Pada tahun 2002, bilangan pelancong dari Jepun ialah 354.56 ribu orang atau
3.09% daripada jumlah keseluruhan pelancong.
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2002 dan 2007)

117

70. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut bidang utama di Malaysia bagi tahun 2004 dan 2005.

Jumlah guna tenaga dalam pelbagai bidang telah menunjukkan perkembangan yang positif. Jumlah
guna tenaga pada tahun 2005 ialah 11 215.56 ribu orang, iaitu pertambahan sebanyak 1511.36 ribu
orang berbanding dengan tahun sebelumnya yang berjumlah 9704.2 ribu orang. Pertambahan ini
memberi petanda yang baik kepada kumpulan pencari kerja aktif.
Pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat memperluas kegiatan pengeluaran di negara ini,
terutamanya dalam bidang pengeluaran makanan halal. Guna tenaga dalam bidang pengeluaran
mencatatkan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 2911.5 ribu orang pada tahun 2004 dan bertambah
sebanyak 854.93 ribu orang pada tahun 2005.
Bidang profesional dan teknikal turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan
ekonomi negara. Pada tahun 2004, 766.7 ribu orang telah berkhidmat dalam bidang profesional dan
teknikal. Bilangan ini bertambah sebanyak 210.19 ribu orang pada tahun 2005.
Bidang pentadbiran dan pengurusan kini semakin diminati sejajar dengan perkembangan ekonomi
negara. Hal ini terbukti apabila terdapat peningkatan guna tenaga yang tinggi pada tahun 2005, iaitu
kepada 21.29 ribu orang berbanding dengan 271.70 ribu orang pada tahun 2004.
Dalam bidang perkhidmatan pula, bilangan guna tenaga mengalami penurunan sebanyak 29.71 ribu
orang pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004 yang mencatatkan bilangan guna tenaga
sebanyak 1261 ribu orang. Hal ini berlaku kerana kebanyakan firma perkhidmatan pada hari ini
mengaplikasikan teknologi maklumat dalam operasi harian.
Bidang perkeranian menyumbang 951.1 ribu orang guna tenaga atau 9.8% daripada jumlah keseluruhan
guna tenaga pada tahun 2004. Bilangan ini meningkat sebanyak 300.01 ribu orang kepada 1251.11 ribu
orang pada tahun 2005.
Di samping itu, pertambahan premis jualan dan kegiatan jualan langsung berjaya mewujudkan peluang
pekerjaan untuk rakyat negara ini. Pada tahun 2004, bidang ini mempunyai guna tenaga sebanyak
1504.2 ribu orang, dan bilangan guna tenaga meningkat sebanyak 241.69 ribu orang pada tahun 2005.
Bidang pertanian turut mengalami perubahan yang besar selaras dengan pelaksanaan Dasar Pertanian
Negara yang bertujuan memajukan sektor pertanian di negara ini. Hal ini menggalakkan pengusaha
pertanian menggunakan jentera moden untuk menggantikan tenaga manusia. Oleh demikian, bilangan
guna tenaga dalam bidang ini telah merosot kepada 1622.66 ribu orang pada tahun 2005 berbanding
dengan 2038 ribu orang pada tahun 2004.
(Disesuaikan daripada Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010)

118

Anda mungkin juga menyukai