Anda di halaman 1dari 11

SINOPSIS CERPEN UMI

Cerpen Umi oleh Siti Khazina Kamarudin mengambil watak remaja, Umairah sebagai pemerhati utama terhadap penderitaan Umi, ibu mereka. Cerpen Umi memperagakan latar remaja dengan konflik keluarga yang melibatkan ibu bapa.

Cerpen dimulakan dengan kesedihan Umi pada waktu subuh diikuti dengan dialog Umi bersama-sama lima anak perempuannya yang menimbulkan banyak persoalan tentang perihal yang sebenarnya berlaku. Kesediahan Umi dihubungkan dengan ketiadaan Abi, ayah mereka yang seharusnya ada bersama-sama dalam kesedihan Umi.

Abi dalam keluarga Umairah ialah seorang ustaz lulusan al-Azhar, sering dijemput mengajar agama di madrasah dan masjid. Namun begitu, sikap Abi

samalah seperti ketam menyuruh anak berjalan betul. Abi mengherdik anak-anak dan mahukan mereka menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Sebaliknya kesenjangan hak yang dipamerkan oleh Abi apabila melepaskan tanggungjawab rumah tangga di bahu Umi seorang. Abi meletakkan kesalahn pada Umi apabila hak isteri yang diperjuangkan. Akhirnya Umairah dan adik-adik dimaklumkan Umi bahawa Abi berpoligami dan sudah berkahwin (tanpa pengetahuan Umi) dengan wanita yang lebih muda.

ANALISIS CERPEN UMI

Cerpen ini melihatkan kematangan penulisnya menyatakan pendapat terhadap isu yang dibentangkan. Kematangan ini dapat diperkuatkan lagi dengan beberapa mainan teknik, misalnya imbas kembali Umairah terhadap apa-apa yang pernah dialaminya bersama-sama Umi dan Abi. Teknik ini dapat sahaja diselitkan antara babak atau episod semasa Umi meluahkan perasaan di hadapan Umairah dan adik-adiknya yang lain. Bahasa tubuh, seperti renungan mata antara Umairah dengan Umi serta Balkis, Atikah dan Aisyah, dapat digunakan untuk memaknakan apa-apa yang bergolak dalam dada masing-masing saat itu.

Latar memujuk pembaca bersimpati terhadap Umi ditegaskan oleh Khazina dengan pengorbanan Umi untuk keluarga, antaranya memberikan sepuluh anak kepada suaminya. Umi melakukan hampir semua tanggungjawab mengurus keluarga. Begitu juga sikap Umi yang sabar dan bersedia untuk bertolak ansur terhadap poligami sekiranya Abi dapat berlaku adil. Pemilihan dialog rintihan hati Umi begitu berkesan seperti, digantung tidak bertali dan kedudukan ibu ini begitu dihargai anakanaknya, seperti kata Umairah, Umi insan sempurna dan paling istimewa. Walau apa-apapun terjadi, kami menyokong Umi. Kami masih mencari syurga di bawah telapak kaki Umi. Bangun Umi bangunlah kami.

Tetapi dalam tugasan ini, saya perlu menganalisis jenis-jenis ayat yang terkandung dalam cerpen Umi. Ada banyak penggunaan dialog dalam cerpen ini kerana untuk menunjukkan pergolakkan hati seorang isteri dan jawapan yang diperlukan oleh anak-anak dalam melihat kesedihan umi mereka.

Ayat dapat didefinisikan sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)

Dalam bahasa Melayu ayat terbina daripada Pola Ayat Dasar. Pola Ayat Dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

PENGENALAN AYAT Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Jadi, ayat terletak pada peringkat susunan yang paling bawah, seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

AYAT KLAUSA FRASA PERKATAAN

Anak orang itu sedang tidur anak orang itu sedang tidur. anak orang itu anak orang itu sedang tidur. sedang tidur

Dalam jadual di atas, bermula dari bawah, bentuk-bentuk kata anak, orang dan itu, masing-masing tergolong sebagai perkataan; demikian juga, bentuk sedang dan tidur ialah perkataan oleh sebab sifatnya sebagai bentuk yang terkecil dan bebas, yakni bentuk yang dapat berdiri sendiri dengan membawa erti atau fungsi tatabahasa. Pada peringkat kedua, kelima-lima bentuk kata atau perkataan itu boleh disusun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa: anak orang itu merupakan satu unit binaan atau konstruksi yang mengandungi hanya subjek tanpa predikat. Pada peringkat ketiga, frasa anak orang itu diperluas menjadi klausa anak orang itu sedang tidur yang mengandungi subjek anak orang itu dan predikat sedang tidur. Akhir sekali, pada peringkat tertinggi, klausa tersebut menjadi ayat yang terkandung di dalamnya satu unit pengucapan yang lengkap dengan lagu bahasa (intonasi) yang sempurna. Di bawah ini diberikan penjelasan lanjut tentang ayat berserta analisis jenisjenis ayat yang terkandung dalam cerpen pilihan saya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Mei 2009 yang bertajuk Umi. Cerpen ini ditulis oleh seorang

penulis muda iaitu Siti Nur Khazina Kamarudin.

STRUKTUR BINAAN AYAT DALAM CERPEN Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen. Perbezaan yang terdapat dalam binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat.

JENIS-JENIS AYAT DALAM CERPEN UMI

AYAT AKTIF Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

a) Ayat aktif transitif dalam cepen Umi Umairah mengajak adik-adiknya menghampiri Umi. Umairah dan adik-adik melihat genangan air jernih menuruni pipi Umi yang hilang serinya. Umairah, Balkis, Atikah, Khatimah dan Aisyah berebut menyapu air mata Umi. Umi ke hulu dan ke hilir menghantar dan mengambil kami di sekolah. Umi berkejar ke sekolah yang jauhnya sepenanak nasi.

Rumusannya, ayat aktif transitif ialah yang mengandungi kata kerja transitif, yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Setiap kata yang digarisi dalam ayat-ayat contoh yang diberikan mempunyai unsur penyambut.

b) Ayat aktif tak transitif dalam cerpen Umi. Umi menangis. Umi bersedih. Umi merintih. Umi kecewa. Umi berjeda. Umairah serba salah. Ayat-ayat contoh yang diberikan di atas merupakan ayat aktif tak transitif ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Secara ringkasnya ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja transitif yang boleh berdiri sendiri tanpa unsur atau objek penyambut.

AYAT PASIF Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:-

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi kata kerja pasif didan terContoh : Hari lahir Umairah disambut Umi dan adik-adik di rumah tanpa Abi. Abi selalu dijemput mengajar agama di madrasah dan di masjid. Kami dinasihati agar bertindak mengikut hukum dan sunah Nabi.

Semua ayat contoh yang ditunjukkan di atas menunjukkan subjek diperlakukan oleh penyambut predikat yang diterangkan selepas kata kerja yang digunakan.

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua

Untuk ayat jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di Pendedahan yang Abi dan Umi berikan terhadap kami tentang ilmu dunia dan ilmu akhirat telah banyak mendewasakan kami.

Ayat pasif jenis ini tidak banyak digunakan dalam cerpen Umi kerana cerpen ini banyak menggunakan dialog

b) Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan, Frasa nama objek boleh juga digugurkan.

Contoh : Abi sepatutnya bersyukur kerana anak-anak Umi semuanya sihat walafiat dan sempurna sifat.

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh : Abi lenyap entah ke mana. (baris 5 perenggan kedua helaian 1) Kamu tu masih budak (baris 1 helaian 2) Abi menjegilkan bola mata. (baris 3 perenggan kedua helaian 2)

Contoh ayat-ayat tunggal di atas menunjukkan sikap Abi terhadap anak-anak dan keluarga. Walaupun hanya satu subjek dan satu predikat tetapi pembaca sudah dapat membayangkan sikap dan perwatakan Abi.

AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada empat:

i)

Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.

Contoh : Abi dan Umi sudah lama tidak bertegur sapa.

(baris 7 perenggan kedua helaian 1) Ayat ini terbentuk untuk menunjukkan konflik yang berlaku dalam keluarga Umairah Umairah, Balkis, Atikah, Khatimah dan Aisyah berebut-rebut menyapu air mata Umi. (baris 1 perenggan 7 helaian 1)

Penulis menggambarkan kesatuan anak-anak Umi dalam menyelami kesedihan yang dialami umi mereka. Umairah dan adik beradik yang lain begitu memahami apa yang ditanggung oleh umi mereka. Umi tuntut hak Umi, tapi Abi tuduh Umi menderhaka pada suami.

(baris 5 perenggan 14 helaian 2)

Penggunaan tapi dalam ayat merupakan kata singkat bagi tetapi. Contoh ayat di atas lebih kepada Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan iaitu Umi mahukan hak beliau sebagai isteri dipenuhi, sebaliknya beliau pula dituduh menderhaka. Di sini penulis menggambarkan sikap ketidakpedulian seorang suami yang berstatus ustaz dalam melayan kehendak dan hak isteri.

ii)

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Contoh : Abang Long melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Madinah, Abang Ngah bekerja di Putrajaya, Abang The belajar di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur, Abang Amar belajar di Maahad Tahfiz dan Umar menadah kitab dan belajar menghafal al-Quran di madrasah. (baris 2 perenggan 8 helaian 2) Penulis membina ayat majmuk campuran ini untuk memberi penerangan tentang lima lagi adik-beradiknya (semua lelaki) yang tiada di sisi Umi yang berkemungkinan juga tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam keluarga mereka. Ini juga adalah untuk menunjukkan kesibukan anak-anak lelaki Umi pada ketika itu. Allah juga tidak akan menguji Umi sekiranya Umi tidak mampu menanggungnya (baris 1 perenggan 6 helaian 3) -

Penggunaan ayat sebegini dalam cepen Umi untuk menunjukkan simpati seorang anak terhadap Umi selain mereka mempunyai iman yang kukuh selain menyokong dan mengharapkan umi mereka kuat menghadapi dugaan. Abi sepatutnya bersyukur kerana anak-anak Umi semuanya sihat walafiat dan sempurna sifat.

(baris 9 perenggan 7 helaian 3)

Umi melahirkan kekesalan kerana Abi tidak melihat apa yang dikurniakan oleh Allah dalam keluarga mereka. Mereka dikurniakan dengan anak-anak yang sihat dan sempurna juga hasil daripada didikan dan jagaan Umi sepanjang Abi tiada di rumah.

AYAT PENYATA

Ayat Penyata merupakan ayat untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. Contoh : Umi bersedih. Suara Umi serak basah Dua tahun dia merahsiakan perkahwinan itu.

Ayat penyata yang digunakan dalam cerpen ini tidak memerlukan kita berfikir dengan lebih jauh apa, kenapa serta bagaimana berlakunya kejadian itu. Pembinaan ayat tersebut sudah menunjukkan keadaan sedih, gambaran suara orang selepas menangis, dan penjelasan tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga Umi.

AYAT TANYA

Ayat tanya berperanan untuk bertanya atau menyoal. Ayat Tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:a) Ayat tanya tanpa kata tanya Umi menangis? Umairah mendambakan jawapan Umi.

Contoh :

Umairah seperti tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Umi, maka dia melontarkan soalan segera kepada Umi kerana tidak mahu Umi bersedih sendirian tanpa sokongan sesiapa. Maksud Umi?

Sekali lagi Umairah menuntut jawapan segera daripada Umi kerana Umi sudah panjang lebar berkisah tentang perjalanan hidupnya bersama Abi tetapi belum lagi menyatakan kebenaran bahawa suaminya berpoligami tanpa pengetahuan Umi.

Kesimpulannya, ayat tanya tanpa kata tanya adalah cara untuk kita mendapatkan jawapan dengan segera tanpa mahu mendengar jawapan terperinci. Keadaan ini berlaku kerana ketidaksabaran seseorang untuk mendapatkan jawapan.

b) Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama. Contoh : Apakah yang terjadi kepada Umi? Apakah yang meruntun atma Umi? Kenapa Abi? Apakah lagi yang Abi cari? Tidak cukupkah bilangan sepuluh orang anak yang telah Umi lahirkan ke dunia ini? Ayat tanya di atas digunakan untuk mencari jawapan yang lengkap dalam konflik keluarga Umairah. Ini menunjukkan, pemerhatian seorang anak terhadap Umi dan Abi yang telah lama tidak berbaik dan hidup berjauhan. Persoalan ini sudah lama diperhatikan oleh Umairah cuma sebagai anak dia rasa tidak berhak untuk mencampuri urusan Umi dan Abi. Namun, kesediaan Umi untuk menjelaskan segalanya bermula pada suatu subuh setelah dia terdengar suara Umi menangis sekejap perlahan dan sekejap kuat dari bilik Umi.

AYAT PERINTAH

Ayat perintah bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orang kedua. Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya. Kamu tu masih budak. Jangan masuk campur hal orang tua, Umairah disergah Abi.

Ayat larangan di atas diucapkan oleh Abi. Abi memarahi Umairah serta melarang Umairah daripada mencampuri urusan mereka. Ayat larangan ini berpunca daripada soalan Umairah yang ingin mengetahui perubahan perangai Umi dan Abi yang telah lama tidak berbaik dan bertegur sapa. Tabiat Umi dan Abi macam anjing dan kucing. Pantang berjumpa, pasti bercakaran.

Sabarlah, Umi. Allah menduga Umi dengan cara begini. Pada kami, Umi insan sempurna dan paling istimewa.

Ayat di atas pula dapat dikategorikan sebagai ayat suruhan. Umairah mahukan Umi bersabar berhadapan dengan masalah yang sedang dihadapi. Sebagai anak yang berpegang teguh pada agama, dia akan sentiasa mengharapkan insan di hadapannya bersabar dan berserah kepada Allah. Umairah juga tahu Umi seorang insan yang sempurna lagi istimewa kerana selama ini Umi begitu tabah menghadapi dugaan berseorangan.

Anda mungkin juga menyukai