Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 1: Penulisan Esei (75%)

Peraturan agama adalah berdasarkan rukun dan prinsip yang terdapat dalam sesuatu agama.

Sejauh manakah perkaitan moral dan agama. Apakah agama mempengaruhi moral
seseorang. Adakah orang tidak beragama kurang bermoral.

Berikan hujah anda dengan mengemukakan contoh prinsip yang terdapat dalam agama Islam,
Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh.

_________________________________________________________________________

1
Hubungan Moral dan Agama terhadap Perkembangan Individu
Pengenalan

Moraliti yang berhasil daripada adunan unsur keagamaan serta nilai-nilai murni
merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang
terutamanya dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum (Haslina Ibrahim, 2016).
Universaliti dan sifat kesejagatannya secara langsung telah mendasari pembentukan
kebudayaan pluralisme agama dan moral masyarakat Malaysia. Namun, sehingga kini,
kepelbagaian moral yang merangka pembangunan kognitif, metafizik dan perilaku
masyarakat masih menjadi wacana perbincangan hangat keagamaan berikutan daripada
perkembangan trend komtemporari serta kekurangan persefahaman (Mohamad Abdullah,
2017). Oleh itu, dalam artikel ini, hubungan moral dan agama terhadap perkembangan
individu akan dibincangkan dengan mengambil kira kesepaduan antara agama Islam, Kristian,
Hindu, Buddha, Sikh untuk menjawab persolan berikut secara terperinci.

i. Sejauh manakah perkaitan moral dan agama?


ii. Adakah agama mempengaruhi moral seseorang?
iii. Adakah orang tidak beragama kurang bermoral?

Perkaitan Moral dan Agama

Moral yang berasal daripada bahasa Latin, mores bererti etika atau adat kebiasaan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa (2010) , moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik
sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa
yang betul atau adil. Ia juga merujuk kepada suatu sistem perlakuan berdasarkan prinsip-
prinsip yang dianggap benar. Agama, dari segi terminologinya, pula merupakan suatu sistem
kepercayaan kepada Tuhan yang dianuti oleh sekelompok manusia dan selalau berintraksi
dengan-Nya mengikut ideologi berkenaan (Mardiya Aziz, 2013). Keluwesan moral yang tinggi
dan bersifat “multi-dimensional” telah membolehkan proses integrasi serta asimilasi berlaku
dalam metakognitif seseorang lalu membentuk peraturan ideal yang menjadi piawai perlakuan
diri di bawah pengaruh pluralisme agama Malaysia.

Perkaitan agama boleh dinilai dengan meneliti kewujudan konsep moral dan moraliti
dalam perspektif agama yang berbeza. Dalam kerangka fahaman relativisme ini, nilai dan
pandangan hidup adalah relatif dan tertakluk kepada konteks tertentu sahaja (Ahmad Dahlan,
2013). Oleh yang demikian, kemoralan mempunyai identiti yang berlainan dalam semua
ajaran agama tetapi dengan ideologi yang sama di mana kebaikkan diberi penekanan dari
segi intelek, amalan dan kesedaran nurani. Dari perspektif Islam, kesedaran moral dalam
bahasa Arab boleh disebut dengan qalb atau fu’ad yang mencakup tiga perkara iaitu wajib

2
bertindak secara bermoral, melakukan perbuatan rasional dan objektif yang dapat diterima
secara umum serta bebas dikelolakan (Rizqi Isnaeni Fajri, 2018). Dalam agama Buddha pula,
pengertian norma moral ialah sila. Yang merangkumi semua perilaku dan sifat-sifat baik yang
termasuk dalam ajaran moral serta etika agama Buddha.

Sekirannya dilihat dari sumber dan sifatnya, moraliti bersumberkan dari budaya
sekular serta teks-teks agama yang berorientasikan duniawi. Cotohnya, dalam agama samawi
yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan Nabi Muhammad s.a.w. dengan berbekalkan
sebuah al-Qur’an sebagai sumber ajaran agama. Orang Islam akan diikat dengan
kepercayaan moral Enam Rukun Iman dan direalisasikan melalui Lima Rukun Islam yang
menjadi tunjang ibadah meraka kepada Allah (Ali Suradin, Baharom Mohamad, & Za’aba
Helmi Khamisan, 2015). Jika diteliti dalam sejarah penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu,
maka faktor dalaman Islam itu sendiri telah berjaya menarik ramai masyarakat menerima
Islam secara sukarela disamping faktor-faktor lain seperti perkahwinan, perdagangan dan
sebagainya. Keadaan yang sama juga boleh didapti dalam agama Buddha yang menjadikan
Jalan Mulia Lapan Lapis tuntuntan utama kemoralan penganutnya.

Dalam konteks prinsip moral yang diamalkan oleh agama Hinduism pula, terdapat dua
bidang yang diklasifikasikan iaitu; Yamas – moral diri sendiri; dan Niyamas – moral untuk
kepentingan masyarakat umum. Ternyata sifat yang dituntut adalah bersifat sejagat dan
mempunyai nilai moral yang sama. Agama Kritstian yang bersumberkan Bible pula
mengandungi “Old Testament” dan “New Testament” yang menunjukkan sistem nilai dan etika
melalui 'The Ten Commandments' (Rizqi Isnaeni Fajri, 2018). Maka, jelaslah moral dan agama
mempunyai perkaitan yang mendalam dan saling bergantung untuk melengkapkan nilai atau
cara seseorang memperlihat dan mempersoalkan pelbagai isu yang berhubung dengan
perbuatan tingkah laku berdasarkan persoalan betul dan salah.

Pengaruh agama terhadap Moral seseorang

Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan umat sejagat kerana ia


memainkan dimensi perdana manusia yang asas. Agama juga menanam, menjaga dan
berusaha untuk memenuhi keperluan spiritual yang sukar dipernuhi oleh keperluan meterial
dan sekular termasuk sains dan teknologi. Moral sebagai aturan kesusilaan mengenali budi
pekerti manusia yang bersumberkan agama berkembang seiring dengan pemupukan dan
penyutikkan nilai intrinsik. Oleh itu, dengan mengambil kira taburan agama di Malaysia iaitu
agama Islam 60.4%, Buddha 19.3%, Kristian 9.1%, Hindu 6.2%, Sikh 0.8 % dan lain-lain
sebanyak 3.2%, pengaruh setiap agama terhadap moral seseorang akan dibincangkan
secara teliti (Nur Azuki Yusuff, 2013).

3
Agama Islam

Agama Islam sebagai agama dominan Malaysia yang mencorakkan budaya


masyarakat Melayu adalah agama yang sempurna (syumul) dan bersifat sederhana (wasatiy)
(Ali Suradin, Baharom Mohamad, & Za’aba Helmi Khamisan, 2015). Kedatangan agama Islam
ke Alam Melayu membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban masyarakatnya dengan
penekanan nilai bersopan-santun, berakhlak mulia dan munafik. Aspek kepercayaan dalam
agama Islam merupakan perkara asas yang wajib diimani dan diyakini oleh setiap individu
muslim. Keimanan dan kepercayaan ini adalah diasaskan kepada kebenaran yang mutlak dan
bukannya kepada kesesatan atau kebatilan. Terdapat enam aspek kepercayaan yang tertera
dalam Rukun Iman seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu beriman kepada
Allah S.W.T, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akirat, Qadak dan Qadar. Pegangan akidah yang
kuat dan kukuh telah menjadi asas kepada kebangkitan masyarakat Melayu bukan sahaja
dari segi perubahan struktur zahir masyarakat Melayu bahkan perubahan tersebut sampai ke
struktur batin atau jiwa mereka (al-Attas 1972).

Dengan mengadaptasikan Trilogi agama sebagai teras ajaran agama Islam iaitu
akidah, syariah dan akhlak, nilai-nilai sebegini berupaya untuk memberi pedoman kepada
umat untuk betulkan yang biasa dan biasakan unsur-unsur keimanan yang betul. Penekanan
Islam kepada kehidupan yang dinamik, progresif, berkesedaran sosial, terbuka, rasional,
penyayang, mengutamakan persaudaraan telah diterjemahkan kepada asas kehidupan yang
kukuh. Sejajar dengan kenyataan itu, dasar ajaran Al-Qur’an adalah moraliti yang
memancarkan titik beratnya terhadap tauhid dan keadilan sosial (Mardiya Aziz, 2013). Sangat
jelas bahawa Islam telah dapat mengubah dan merevolusi diri dan jiwa orang Melayu malah
menemukan orang Melayu dengan identiti dan jati diri yang amat serasi, sangat bernilai dan
paling hakiki melalui pegangan hukum atau aturan-aturan yang harus dipegang teguh oleh
pemeluknya.

Agama Buddha

Agama Buddha pula mengemukakan ajaran moral yang bersifat lembut dengan
menekankan belas kasihan, kasih sayang dan kesamarataan kepada semua makhluk. Hal ini
bertujuan untuk membantu semua penganut agar memahami lalu berkebolehan untuk
menjauhi penderitaan fizikal, mental dan psikologikal dengan mengamalkan sila ataupun
moral yang tinggi seperti mengawal nafsu, mengelakkan dosa besar dan pergorbanan
berdarah. Dhamma yang merujuk kepada ajaran-ajaran dasar Buddishime Ajaran
merangkumi ‘Empat Kebenaran Mulia’ iaitu dukka, Sambudaya, Nirodha dan Marga.
Kehidupan ini disifatkan sebagai suatu penderitaan (dukka). Kelahiran, usia tua, mendapat
penyakit, kematian dan kelahiran semula merupakan penderitaan (Tanumihardja, Sapardi, &

4
Heryno, 2016). Samudaya pula merupakan punca atau penyebab pembawa kepada
penderitaan. Contohnya api keinginan, cinta, nafsu, gila kekayaan dan sebagainya. Nirodha
ialah penghapusan atau ‘pemadaman nafsu’. Manakala Marga ialah jalan atau pun cara untuk
memadamkan nafsu bagi mencapai tahap “Nirwana” lalu bebaskan diri daripada circle of
suffering.

Proses mengawal nafsu boleh dicapai dengan mengamalkan lapan prinsip berikut
yang membolehkan manusia berhidup dengan bermaruah dan berasaskan etika kehidupan
yang sempurna dengan memperkenalkan Jalan Mulia Lapan Lapis (Noble Eighfold). Tiga
kelompok moral yang diketengahkan dalam Jalan tersebut merangkumi Akhlak (Sila),
perkembangan mental (Samaddi) dan Kebijaksanaan (Panna). Kelapan prinsip hidup tersebut
terdiri daripada Pemahaman yang Betul (samma-ditthi), fikiran yang Betul (samma-sankappa),
Pertuturan yang Betul (samma-vaca), Perbuatan yang Betul (samma-kammanta), Pekerjaan
yang Betul (sammaajiva), Usaha yang Betul (samma-vayama), Kesedaran yang Betul
(samma-sati) dan Tumpuan yang Betul (samma-samadhi). Secara langsung, nilai-nilai yang
digariskan dalam Pancasila akan dapat membangunkan sifat-sifat mulia secara serentak iaitu
metta (loving-kindness) yang melibatkan pengamalan emosi kongruen dari hati yang ikhlas
dan panna, kecerdasan dalam membuat keputusan (Hsing Yun, 2011). Dengan ini, nilai
rasional, kasih sayang dapat dikembangkan dalam sanubari seseorang.

Agama Hindu

Agama Hindu dalam konteks Malaysia berasal dari India, terutama dari India Selatan
telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan
boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran. Mereka percaya
dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini
bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan
seterusnya di alam yang lain. Maka, perlakuan baik dan berhemah amat digalakkan dalam
ajaran Hindu. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara
Atman (iaitu, roh diri) dengan Brahman (Roh Agung). Dalam ajaran Hindu, Kitab Rig Veda
mengungkapkan “Loka Samastha Sukino Bhavantu” (Ucapan doa setiap hari beribadat)
bermaksud semoga semua makhluk dunia hidup bergembira dan bebas. Matlamat utama
penganut Hindu ialah mencapai Moksha (kebebasan dari putaran kelahiran dan kematian)
melalui jalan Raja Yoga (tafakur), Jnana Yoga (ilmu suci kebenaran alam), Bakhti Yoga (cinta
kasihkan Tuhan) dan Karma Yoga (akhlak sempurna).

Ajaran ini menitikberatkan lima prinsip utama iaitu: Kewujudan Tuhan yang tunggal,
Manusia itu suci, Perpaduan melalui percintaan, Harmoni agama, Pengetahuan tentang
sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci. Sepuluh disiplin yang universal ialah

5
kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak
(asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab
(swadhyaya), penjimatan (tapas) dan doa (pooja) (Kalaivani a/p Kalimutu, 2017). Kajian
Clifford Geertz (1983) di Jawa dan Bali menunjukkan hal yang sama iaitu masyarakat yang
taat beragama Hindu dan hidup soleh memiliki etos kerja yang tinggi (Mardiya Aziz, 2013). Ini
terbukti kerana beberapa daerah yang terkenal dengan pusat industri, perdagangan dan
pertukangan seperti Pekalongan, Kudus, Majalaya adalah daerah-daerah yang majoriti
penduduknya terdiri daripada kaum santri (alim). Perkara ini adalah disebabkan oleh
pengamalan nilai-nilai moral dalam ajaran Hinduisme yang menekankan amalan berjimat-
cermat agar mempunyai tabungan untuk perkembangan selanjutnya. Nilai yang sama juga
amat diperlukan untuk memperkasa moral belia kini agar tidak terjebak dalam krisis kewangan
sehingga berhadapan dengan keadaan muflis.

Agama Kristian

Ajaran Kristianiti adalah bersumberkan kepada Bible yang menjadi kitab suci penganut
agama Kristian, mengandungi 'Old Testement' dan 'New Testement'. Kedua-dua lembaran ini
mengandungi system nilai dan etika yang tersendiri yang berkaitan dengan kehidupan. Dalam
konteks perbincangan ini, hanya sistem nilai dan etika yang berkaitan sahaja yang akan
dikemukakan merangkumi 'The Ten Commandments' dalam Old Testement dan Akhlak
kehidupan seharian dalam New Testement. Asas ajaran agama Kristian ialah yang
mempunyai hubungan nilai murni kasih sayang kepada tuhan, rakan, keluarga, saudara-mara,
jiran dan malah musuh (Kevin Fernandez, Nur Azuki Yusuff, Tan, C.H. & Yohan Kurniawan,
2014). Penganut yang mempunyai kejujuran iaitu orang yang bercakap benar dan jujur akan
bersama-sama Tuhan di akhirat. Penganut Kristian hendaklah selalu bersyukur dan berpuas
hati terhadap apa yang dipunyai dan jangan mementingkan keduniaan. Ajaran Kristian juga
melarang penganutnya berdendam dan haruslah memaafkan orang lain.

Nilai keadilan juga hendaklah diambil kira dalam membuat keputusan atau menilai
sesuatu, bertanggungjawab terhadap tugas, pekerja bawahan, dan tidak harus
membandingkan tindakan mereka dengan orang lain. Hal ini kerana setiap insan ciptaan
Tuhan mempunyai kemampuan yang berbeza malah diversiti ini harus dihargai dan diterima
sebagai penghargaan terhadap insan tersebut. Seterusnya, seseorang itu harus cekap dalam
menjalankan tugas, jangan membuang masa, rajin dan tekun menjalankan tanggungjawab
dengan sepenuh hati dan berdedikasi, bersemangat dan berinisiatif serta patut melakukan
tugas hariannya dengan tujuan untuk mendapatkan balasan baik (Arifuddin Ahmad, 2016).
Agama Kristian menekankan aspek-aspek keberanian, kekayaan dan optimistik. Impaknya
kepada perkembangan moral perorangan boleh didapti bahawa ramai penganut Kristian

6
bersifat mesra, terbuka, ekstrovert dan mempunyai kemahiran interpersonal dan insaniah
yang tinggi dalam melayan orang lain dengan menunjukkan keteramplian yang
menyenangkan.

Agama Sikh

Sikh merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Ia dianuti oleh sebahagian


besar daripada 90 ribu etnik India berketurunan Punjabi di negara ini. Agama Sikh banyak
menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar
belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat. Agama Sikh merupakan agama
monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu
bersifat nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat
menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan
Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan (Kevin Fernandez, Nur Azuki
Yusuff, Tan, C.H. & Yohan Kurniawan, 2014). Kitab suci agama ini dikenali sebagai Sri Guru
Granth Sahib Ji yang menjadi sumber rujukan utama dalam kehidupan penganut Sikh. Isi
kandungannya mengandungi ajaran agama Sikh dan mazmur bagi tujuan keagamaan
termasuk nasihat untuk panduan kehidupan.

Granthi Sahib membaca kitab suci dan menyanyikan kirtan (mazmur) serta
menyampaikan katha (syarahan) tentang ajaran agama Sikh dalam bahasa Punjabi. Upacara
keagamaan ini diakhiri dengan bacaan ardas (doa) dengan cara penganut Sikh berdiri sambil
merapatkan kedua-dua belah tapak tangan yang bertujuan memanjatkan kesyukuran,
meminta maaf, berterima kasih atau pun meminta sesuatu hajat daripada Waheguru dengan
penuh keikhlasan. Penganut Sikh mementingkan seva (kerja amal) kepada umat manusia
tanpa mengira agama (Haslina Ibrahim, 2016). Sehubungan itu, ajaran agama ini telah
memberi peluang kepada umatnya dalam melakukan kerja sosial dan mengambil bahagian
sebagai salah seorang ahli masyarakat yang aktif serta berupaya untuk menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti setempat. Sifat ini akan memangkinkan perkembangan positif individu
dari segi mental dan sikap tanggungjawabnya untuk sentiasa peka dan prihatin terhadap
perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Korelasi Agama dan Moral Perseorangan

Agama dan perkembangan moral individual mempunyai perkaitan yang signifikan


tetapi tidak mempunyai satu perkaitan yang mutlak dalam mempengaruhi pandangan dunia
(Worldwide view) seseorang (Ahmad Dahlan, 2013). Memadangkan pandangan setiap
individu adalah subjektif, fenomelogikal dan berubah berdasarkan interaksi pengetahuan dan
pengalaman yang dialami, maka unsur ketidakpastian tentu akan wujud dalam proses
menentukan keputusan muktamad. Tetapi, persoalannya, adakah orang yang tidak beragama

7
kurang bemoral? Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Rizqi Isnaeni Fajri (2013), agama
dan perkembangan moral tidak mempunyai korelasi positif dengan nilai koefisien korelasi
sebanyak -0.012 tetapi agama masih merupakan satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan
daripada 96% responden yang beragama berbeza. Hal ini kerana agama ialah keperluan
asas setiap manusia yang telah dipersetujui oleh kebanyakkan pengkaji sejarah keagamaan.
Oleh sebab itu, tiada sebuah masyarakat pun di dunia ini yang tidak mempunyai agama.

Namun begitu, jika melihat dalam konteks yang meluas, pernyataan ini disokong
kerana kebanyakkan orang yang terlibat dengan kes-kes unsur jenayah besar sehingga ke
tahap durskha biasanya melibatkan free thinker seperti yang dinyatakan dalam ..........
Buktinya, dalam kajian Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi
Mohamad, Noremy Md Akhir & Salina Nen (2015) menyatakan bahawa pengetahuan agama
dapat membentuk kalangan remaja bermasalah tingkah laku ke arah akhlak remaja sejahtera.
Dalam hasil kajian ini mendapati bahawa semakin tinggi pengetahuan agama, maka semakin
rendah kecenderungan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan
menyalahi undang-undang negara. Dalam kajian ini juga menunjukkan perkembangan yang
positif terhadap kesediaan mereka untuk berubah dan dibimbing menjadi insan yang sejahtera.
Hal ini adalah disebabkan oleh kesatuan intitusional yang menggariskan kekuatan agama
dalam memangkinkan dan membentuk pandangan penganutnya.

Rumusan

Secara keseluruhannya, ajaran yang dinyatakan di atas telah membuktikan bahawa


prinsip-prinsip agama dapat memberi impak langsung kepada pemupukkan nilai moral dalam
kehidupan harian penganutnya seperti nilai toleransi, kasih sayang, hormat dan taat kepada
anggota keluarga, kepercayaan kepada tuhan, kesedarhanaan dan sebagainya. Hal ini
kerana agama dan moral mempunyai perkaitan yang rapat dan tidak boleh dipisahkan
memandangkan agama mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pola hidup
seseorang. Meskipun nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang subjektif dalam riwayat hidup
seseorang, namun sekiranya nilai moral rohaniah diketepikan maka pembangunan insan yang
komprehensif tidak akan tercapai lalu mengundang impak negatif kepada kerangka
perhubungan manusia sesama manusia secara bersepadu. Justeru, nilai murni yang
bersumberkan nilai rohaniah dan keagamaan telah menjadi formula terbaik untuk mendidik
masyarakat mengenai nilai-nilai fitrah kemanusiaan yang murni, menyedarkan manusia
mengenai hak dan tanggungjawab sosial lain.

8
Rujukan
Ahmad Dahlan. (2013). Ilmu, Etika, dan Agama: Representasi Ilmu Ekonomi Islam. Jurnal
Studi Islam dan Budaya, 71-90. Didapatkan Februari 28, 2018, daripada
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=49128&val=3909

Ali Suradin, Baharom Mohamad, & Za’aba Helmi Khamisan. (2015). Peranan Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral dalam Membina ahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan
Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia.
Didapatkan Feb 28, 2018, daripada http://eprints.uthm.edu.my/2327/1/4B-
PERANAN_PENDIDIKAN.pdf

Arifuddin Ahmad. (2016). Etika dan moral perspektif agama: implementasinya dalam profesi
dokter gigi. Retrieved Februari 28, 2018, from
http://pdgimakassar.org/journal/file_jurnal/1607030304401arifudin-7.pdf

Azizi Yahaya. (2012). Keluarga dalam Pembenatukan Moral. Retrieved Februari 28, 2018,
from http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf

Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad, Noremy Md
Akhir & Salina Nen. (2015). Memperkasakan pengetahuan agama dalam kalangan
remaja bermasalah tingkah laku: Ke arah pembentukan akhlak remaja sejahtera.
Journal of Personalized Learning, 1(1) 2015, 77-84., 7(1), 77-84.

Haslina Ibrahim. (2016). Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah
Perkembangan. Retrieved Februari 28, 2018, from
http://irep.iium.edu.my/2473/1/PLURALISME_AGAMA.pdf

Hsing Yun. (2011). The Five Percepts. Hua Lien: Fo Guang Shan.

Kalaivani a/p Kalimutu. (2017). Pengajaran Hinduism secara Menyeluruh. Retrieved from
http://Hinduism_2017_%openaccess-jounal

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kevin Fernandez, Nur Azuki Yusuff, Tan, C.H. & Yohan Kurniawan. (2014). Perpaduan
Berpaksikan Titik Kesamaan Fungsi pelbagai Agama Dengan Mengambilkira Islam
Sebagai Agama Rasmi di Malaysia. Didapatkan Feruari 28, 2018, daripada
http://umkeprints.umk.edu.my/6131/1/PERSIDANGAN%20PEMANTAPAN%20CITR
A%20KENEGARAAN%204%20%28COSNA4%29.pdf

Mardiya Aziz. (2013). Memahami Perkembangan Nilai Moral Keagamaan pada anak.
Didapatkan Februari 28, 2018, daripada

9
http://www.kulonprogokab.go.id/v21/files/Memahami-Perkembangan-Moral-
Keagamaan-pada-Anak.pdf

Mohamad Abdullah. (2017, Julai 6). Agama Tonggak Kesejahteraan Masyarakat. Utusan
Online. Retrieved Februari 28, 2018, from
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/agama-tonggak-kesejahteraan-
masyarakat-1.499565

Nur Azuki Yusuff. (2013). Isu Dan Permasalahan Hubungan Antara Agama Di Malaysia Kini
Dan Jalan Penyelesaiannya. Didapatkan Februari 28, 2018, daripada
http://umkeprints.umk.edu.my/6256/1/Isu%20Dan%20Permasalahan%20Hubungan
%20Antara%20Agama%20Di%20Malaysia.pdf

Rizqi Isnaeni Fajri. (2018). Hubungan Antara Religiusitas dengan Perkembangan Moral
Pada Santriwati. Didapatkan Februari 28, 2018, daripada
http://eprints.ums.ac.id/26690/11/02._Naskah_Publikasi.pdf

Tanumihardja, E., Sapardi, S., & Heryno, M. (2016). Pendidikan Agama Buddha. Indonesia:
Kementerian Riset, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi.

10

Anda mungkin juga menyukai