Anda di halaman 1dari 95

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Oleh: Ab. Rahim bin Md. Yasin Institut Perguruan Teknik KUALA LUMPUR
abry/iptkl/05 1

Pengertian sintaksis
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
abry/iptkl/05 2

Binaan ayat
Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiap ayat. Tanpa subjek, tidak mungkin kita dapat membina ayat. Subjek ialah sesuatu yang menjadi hal atau judul (benda) percakapan, dan predikat ialah sesuatu yang menerangkan (cerita) perkara itu.
abry/iptkl/05 3

SUBJEK

PREDIKAT

Rashid Sidek Guru itu

pemain badminton terkaya di Malaysia. sedang mengajar.

abry/iptkl/05

GOLONGAN AYAT
Ayat Tunggal - Ayat tunggal atau ayat dasar mengandungi hanya satu klausa. Yakni hanya ada satu subjek dan satu predikat
Ayat Majmuk - Ayat majmuk atau ayat terbitan mengandungi lebih daripada satu klausa
abry/iptkl/05 5

Ayat tunggal Dia penyanyi.

Ayat majmuk Dia penyanyi tetapi adiknya pensyarah. Kami sampai ketika budak itu sedang menangis.

Budak itu sedang menangis.

abry/iptkl/05

Jenis Ayat
Ayat penyata Ayat perintah Ayat tanya Ayat seruan

abry/iptkl/05

AYAT TUNGGAL DAN POLA AYAT DASAR


Ayat tunggal - Ayat tunggal terbina daripada satu subjek dan satu predikat. Contohnya : i. Datuk Seri Najib / Timbalan Perdana Menteri kita. ii. Mereka / sedang berlatih.
abry/iptkl/05 8

Pola ayat dasar dalam bahasa Melayu


Frasa Nama + Frasa Nama + Frasa Nama + Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi
9

abry/iptkl/05

POLA
Subjek + Predikat
Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Kerja

CONTOH AYAT
Subjek / Predikat
Guru saya/Encik Ismail. Budak kecil itu sedang tidur.

Frasa Nama + Frasa Adjektif Pekerja itu/sangat rajin. Frasa Nama + Frasa Sendi Saya dari Kota Bharu.

abry/iptkl/05

10

SUBJEK
Frasa nama i. Buku itu mahal. ii. Malaysia negara berbilang bangsa. Kata ganti, kata kerja, dan kata adjektif i. Saya mempengerusikan majlis itu. ii. Memasak menjadi kegemarannya. iii. Merah lambang keberanian.
abry/iptkl/05 11

PREDIKAT
Ayat tunggal boleh terdiri daripada unsur-unsur yang berikut : (a) Frasa Nama (b) Frasa Kerja (c) Frasa Adjektif (d) Frasa Sendi Nama
abry/iptkl/05 12

FRASA
Unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa mengandungi hanya subjek atau hanya predikat Frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri

13

Contoh frasa
Burung merpati terbang melayang. Anak kecil itu sedang tidur. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman. Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

14

Frasa sebagai binaan daripada satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.
Frasa

burung seekor burung burung merpati seekor anak burung seekor anak burung merpati
15

(a) Frasa Nama


Contoh ayat Predikat

1. Itu harimau bintang. harimau bintang 2. Yang ini rumah rumah Ketua Pengarah Ketua Pengarah. 3. Petunjuk-Nya suatu suatu peringatan peringatan.

abry/iptkl/05

16

(b) Frasa Kerja


Contoh ayat Predikat

1. Mereka tertidur. tertidur 2. Orang tua itu sedang sedang berehat. berehat. 3. Kami akan akan berbincang esok berbincang esok.
abry/iptkl/05 17

(c) Frasa Adjektif

Contoh ayat 1. Rumah itu cantik. 2. Keretanya besar sungguh. 3. Bangunan itu tidak berapa tinggi.

Predikat cantik besar sungguh

tidak berapa tinggi

abry/iptkl/05

18

(d) Frasa Sendi Nama


Contoh ayat Predikat

1. Mereka dari ibu pejabat. 2. Semua hadiah ini untuk adiknya. 3. Kami ke Ipoh kelmarin.

dari ibu pejabat untuk adiknya ke Ipoh kelmarin

abry/iptkl/05

19

KLAUSA
Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Terbahagi kepada kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas

abry/iptkl/05

20

Klausa bebas dan klausa tak bebas


Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap Klausa terikat tidak dapat berdiri sendiri Contoh : dia berjaya (klausa bebas) kerana dia tekun berusaha (klausa tak bebas)
abry/iptkl/05 21

AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa, kata relatif yang, tanda koma dan tambahan keterangan.
abry/iptkl/05 22

JENIS AYAT MAJMUK


Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk campuran Ayat majmuk pasif
abry/iptkl/05 23

(a) Ayat majmuk gabungan


Terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggal boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
abry/iptkl/05 24

i. Jika fakta-fakta seragam, kata hubung seperti dan, lalu, serta dan sambil digunakan
Ia menjerit lalu menangis. Melukis dan menulis menjadi kegemarannya. Kakak menyanyi sambil menari. Abang serta rakannya memancing ikan di sungai.
abry/iptkl/05 25

ii. Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi, sebaliknya dan padahal digunakan

Pegawai itu sombong tetapi pemurah. Emak pemarah tetapi baik hati. Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya.
abry/iptkl/05 26

(b) Ayat majmuk pancangan


Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu/beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk
abry/iptkl/05 27

Tiga jenis ayat majmuk pancangan


Ayat majmuk pancangan relatif Ayat majmuk pancangan komplemen Ayat majmuk pancangan keterangan
abry/iptkl/05 28

i. Ayat majmuk pancangan relatif


Ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti berikut : (a) Saya membeli baju yang berwarna merah. (b) Mereka menonton wayang yang amat lucu itu. (c) Budak yang membaca majalah itu anak saya. (d) Bas yang dinaiki oleh adik saya itu rosak.
abry/iptkl/05 29

ii. Ayat majmuk pancangan komplemen


Ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk Beberapa kata hubung digunakan untuk mencantumkan klausa kecil dengan klausa induk. Yang lazim ialah bahawa dan untuk seperti yang digunakan dalam contoh-contoh berikut : (a) Wanita itu mengatakan bahawa suaminya tidak ada di rumah. (b) Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan ini.
abry/iptkl/05 30

iii. Ayat majmuk pancangan keterangan


Ayat jenis ini ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu klausa induk dan satu klausa kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contohnya : (a) Imran telah besar semasa saya meninggalkan kampung itu. (b) Saya akan berpuasa tujuh hari sekiranya saya berjaya dalam ujian itu.
abry/iptkl/05 31

Jenis ayat majmuk pancangan keterangan


Ayat keterangan musabab Ayat keterangan akibat Ayat keterangan syarat Ayat keterangan waktu Ayat keterangan pertentangan Ayat keterangan harapan Ayat keterangan cara Ayat keterangan tujuan Ayat keterangan perbandingan
abry/iptkl/05 32

Ayat majmuk pancangan keterangan


Jenis keterangan musabab - kerana, lantaran, oleh sebab Jenis keterangan akibat - hingga, sehingga Jenis keterangan syarat - sekiranya, andai kata, jikalau, jika, harus Jenis keterangan waktu - sejak, semenjak, setelah, sewaktu, semasa, sementara, tatkala, ketika Jenis keterangan pertentangan - walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan
abry/iptkl/05 33

sambungan
Jenis keterangan harapan - supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau Jenis keterangan cara - dengan Jenis keterangan tujuan - untuk, demi, bagi Jenis keterangan perbandingan - seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak
abry/iptkl/05 34

(c) Ayat majmuk campuran


Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk
abry/iptkl/05 35

Contohnya :
(a) Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidur. Dalam ayat ini, terdapat ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada dua klausa, iaitu : Klausa (a) : Dia mengambil buku. Klausa (b) : (Dia) masuk ke bilik tidur. Kata hubung gabungan : lalu Polis melaporkan bahawa satu kemalangan telah berlaku oleh sebab hujan turun dengan lebatnya. Dalam ayat ini tedapat ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek dan ayat majmuk pancangan keterangan sebab. Klausa induk : Polis melaporkan (sesuatu) Klausa komplemen : Satu kemalangan telah berlaku Kata hubung komplemen : bahawa Binaan ayat majmuk keterangan ialah : Klausa induk : Satu kemalangan telah berlaku Klausa keterangan : Hujan turun dengan lebatnya Kata hubung keterangan musabab : oleh sebab
abry/iptkl/05 36

(b)

JENIS AYAT
Ayat penyata Ayat tanya Ayat perintah Ayat seruan

37

Ayat penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu penyataan. Mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal Biasa disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan
38

Contoh ayat penyata


Nadiah jurutaip. Dia wartawan. Ayah sedang tidur. Pesakit itu berada di hospital. Musa menjadi pegawai polis.

39

Ayat tanya
Ayat yang digunakan untuk tujuan menyatakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu : (a) Ayat tanya tanpa kata tanya (b) Ayat tanya dengan kata tanya
40

(a) Ayat tanya tanpa kata tanya


Ayat yang lazimnya diucapkan dengan suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?)

41

Contoh ayat :
Encik Ali pengurus syarikat itu? Puan Mariam guru sekolah? Adik masih menangis? Emak membasuh kain? Abu menjadi pelukis? Rumag di atas bukit itu besar?
42

Ayat jenis ini boleh disertai partikel kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat
(a) Dia ke sekolah? Dia ke sekolahkah? (b) Mereka berlepas pagi tadi? Mereka berlepas pagi tadikah? (c) Istana raja itu cantik? Istana raja itu cantikkah?
43

(b) Ayat tanya dengan unsur tanya


Ayat tanya yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan sejak bila. Terbahagi kepada tiga golongan, iaitu : (a) dengan kata tanya (b) dengan kata ganti nama diri tanya (c) dengan frasa sendi nama tanya

44

(a) Ayat tanya dengan kata tanya

Keadaan ayahnya sesudah pembedahan bagaimana? Hari perkahwinan bila? Harga barang ini berapa? Adiknya tidak mahu pergi mengapa? Awak datang lambat kenapa?
45

Lazimnya mengalamai proses pendepanan untuk menghasilkan ayat berikut.


Bagaimana keadaan ayahnya sesudah pembedahan? Bila hari perkahwinan? Berapa harga barang ini? Mengapa adiknya tidak mahu pergi? Kenapa awak datang lambat?
46

Perlu menerima partikel kah dalam bahasa tulisan


Bagaimanakah keadaan ayahnya sesudah pembedahan? Bilakah hari perkahwinan? Berapakah harga barang ini? Mengapakah adiknya tidak mahu pergi? Kenapakah awak datang lambat?
47

(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya


Terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. Contoh :
(a) Benda itu apa? (b) Gurunya siapa? (c) Adik awak mana?
48

Boleh mengalami proses pendepanan predikat :


Contoh :
(a) Apa benda itu ? (b) Siapa gurunya ? (c) Mana adik awak ?

49

Dalam bentuk bahasa tulisan, ayatayat tersebut perlu menerima partikel kah?
Contoh :
(a) Apakah benda itu ? (b) Siapakah gurunya ? (c) Manakah adik awak ?

50

(c) Ayat tanya dengan FSN tanya

Terdiri daripada ayat yang didahului oleh FSN tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya. Dalam susunan biasa, FSN tanya hadir dalam predikat.
51

Contoh :
Tuan tinggal di mana? Mereka datang dari mana? Ali hendak ke mana? Penyakit ini merebak sejak bila? Ali boleh memegang jawatan itu sampai bila? Anak Encik Ali berkahwin dengan siapa?
52

Ayat di atas boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan partikel kah untuk menghasilkan ayat berikut
Di manakah dia tinggal? Dari manakah mereka datang? Ke manakah Ali hendak pergi? Sejak bilakah penyakit itu merebak? Sampai bilakah Ali boleh memegang jawatan itu? Dengan siapakah anak Encik Ali berkahwin?
53

Ayat Perintah
Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dsbnya.
54

Jenis ayat perintah


Ayat suruhan Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaan

55

(a) Ayat suruhan


Ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah, atau arahan. Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan dsbnya.

56

Contoh ayat suruhan


Keluar dari bilik ini! Pergi dari sini! Jaga barang-barang ini. Awak siapkan kerja itu sekarang. Engkau tunggu dia di sini. Pujuk budak yang menangis itu.
57

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.
Keluarlah dari bilik ini! Pergilah dari sini! Jagalah barang-barang ini. Awak siapkanlah kerja itu sekarang. Engkau tunggulah dia di sini. Pujuklah budak yang menangis itu.
58

(b) Ayat larangan


Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

59

Contoh ayat larangan


Jangan ambil harta orang. Kamu jangan beritahu dia. Usah kaupedulikan dia. Usah dikenangkan perkara yang lalu. Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi. Awak tak usah datang lagi.
60

Ayat di atas dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel lah seperti yang berikut :
Janganlah ambil harta orang. Kamu janganlah beritahu dia. Usahalah kaupedulikan dia. Usahlah dikenangkan perkara yang lalu. Tak usahlah kauambil tahu akan hal aku lagi. Awak tak usahlah datang lagi.
61

(c) Ayat silaan


Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat
62

Contoh ayat silaan


Sila datang ke rumah saya. Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Sila serahkan borang ke pejabat. Jemput datang ke majlis sukan hari ini. Jemput minum teh yang terhidang itu. Jemput masuk. Jemput naik.

63

Ayat-ayat di atas boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas lah


Silalah datang ke rumah saya. Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Silalah serahkan borang ke pejabat. Jemputlah datang ke majlis sukan hari ini. Jemputlah minum teh yang terhidang itu. Jemputlah masuk. Jemputlah naik.
64

(d) Ayat permintaan


Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan

65

Contoh ayat permintaan


Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. Minta tuan benarkan kami masuk. Minta kamu semua bertenang. Tolong tutup pintu itu. Tolong selesaikan pergaduhan itu. Tolong hantarkan jawapan sebelum esok.
66

Ayat seruan
Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dsb. Ditandai oleh tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dsb.
67

Contoh ayat seru


Ibu! Anakku! Comelnya! Oh, Tuhanku! Amboi, garangnya! Wah, besarnya rumah awak! Cis, terimalah tikamanku! Eh, Ali rupanya yang datang!
68

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam bahasda Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.

69

Ayat Aktif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif
70

Ayat aktif transitif


Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
71

Predikat Subjek Guru Besar Merekla Dia Raja Siam Ibu bapa Banjir Ahmad KK Transitif memanggil membaiki membeli melantik harus mengambil melanda mengarang Objek saya. jalan itu. buah durian. wakilnya. anak-anak mereka. pekan kami. buku itu. 72

Ada segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi. Predikat Objek tepat
saya ibu anaknya pahlawan adiknya

Subjek
Siti Abang Halimah Baginda Gadis itu

KK Transitif
membawakan membeilkan menghadiahi menganugerahi menjahitkan

Objek sipi
secawan kopi.. seutas rantai. sebuah.basikal. bintang kehormatan sehelai baju.
73

AYAT PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal (objek dalam binaan ayat aktif) sebagai perkara atau unsur yang diterangkan manakala subjek asalnya tidak diutamakan. Contoh : (a) Dia menyediakan laporan itu (Ayat aktif) (b) Laporannya itu disediakan olehnya (Ayat pasif).
74

(a) Ayat pasif dengan kata kerja berimbuhan di dan ter


Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. Pokok itu telah ditebang oleh ayah pagi tadi. Meja tidak terangkat olehnya. Batu besar itu terpikul oleh Badang.

75

(b) Ayat pasif dengan kata kerja berimbuhan ber dan kean
Mereka ketinggalan bas. Mak Temah kehabisan beras semalam. Bajunya berjahit dengan benang sutera. Surat awak belum berjawab lagi.

76

(c) Ayat pasif dengan kata ganti nama orang pertama dan kedua
Kertas kerja itu sudah saya siapkan semalam. Persetujuannya harus awak sampaikan dengan segera. Beban ini akan kita tanggung bersamasama.

77

WACANA
Unit bahasa yang melebihi batas ayat. Terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku, dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Wacana lisan atau tulisan diujarkan bagi tujuan menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik.
78

HIERARKI WACANA DALAM TATABAHASA


wacana
ayat

Klausa

Frasa

Perkataan
79

CIRI UTAMA WACANA


Kohesi (tautan) Koheren (runtutan)

80

Kohesi
Keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama.
81

Contoh kohesi
(a) Ali dan adiknya pulang ke kampug. (b) Mereka pergi ke sana untuk berhari raya.
* Kohesi antara ayat (a) dengan Ayat (b) wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana.
82

Koheren
Dikenali sebagai runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.

83

Contoh koheren
Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh dunia, ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris.
84

Koheren dalam ayat tersebut


Kesinambungan idea terjalin melalui perkataan dan frasa teknologi maklumat dalam ayat pertama, bahasa asas dan tersebar luar ke seluruh dunia dalam ayat kedua, dan berlaku penyesuaian dan penggunaan bahasa lain dalam ayat ketiga. Ketiga-tiga ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren dan bermakna.
85

Penanda Wacana
Digunakan untuk wujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana Terdapat 5 jenis, iaitu : (i) penanda penghubung (ii) penanda rujukan (iii) penanda penggantian (iv) penanda leksikal (v) penanda elipsis atau pengguguran
86

(i) Penanda penghubung


Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Terdapat 4 jenis, iaitu : (a) penghubung tambahan (b) penghubung tentangan (c) penghubung musabab (d) penghubung tempoh
87

(a) Penghubung tambahan


Penghubung yang memberikan makluat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Misalnya, dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya

88

Contoh:
Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, malahan menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur, dan saksama. Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, san penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.
89

(b) Penghubung Tentangan


Perhubungan yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama.
Penanda wacananya ialah tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, dan walau bagaimanapun
90

Contoh dalam ayat


Morfem boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang wujud bersamasama morfem lain. Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun tersebut. Namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya.
91

(c) Penghubung musabab


Penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu Contohnya ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh demikian, dengan itu, dan maka itu
92

CONTOH KESALAHAN SINTAKSIS DALAM AKHBAR


10 perompak tetak, ikat jaga 40 pelajar sekolah diselamat Drebar tidur maut dikelar 60 jam bawah runtuhan Lelaki menyamar polis, samun pelajar ditahan Sindiket seludup parabola tumpas
abry/iptkl/05 93

CONTOH-CONTOH LAIN
Sirim anjur program untuk usahawan 4 lagak graduan sebelum samun Dewan serbaguna sekolah runtuh Jumaat lalu bukan dibina JKR Bayi lelaki ditemui dalam kotak Polis gagalkan cubaan 9 lelaki samun rumah
abry/iptkl/05 94

abry/iptkl/05

95

Anda mungkin juga menyukai