Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MELAYU

KSSM
TATABAHASA

Sintaksis
(AYAT MAJMUK)
MAKSUD DAN DEFINISI
SINTAKSIS
• Sistem yang mengkaji peraturan dan
kategori dalam asas pembentukan ayat
dalam sesuatu bahasa.
• Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses
pembinaan ayat.
• Mengkaji peraturan dan susunan kata
dalam satu ayat.
JENIS AYAT MAJMUK

• Ayat majmuk gabungan


• Ayat majmuk pancangan
• relatif
• komplemen
• keterangan
• Ayat majmuk campuran

rujuk modul : nota muka surat 10 dan


11
Ayat Majmuk Gabungan
Dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi
dan sebagainya.

Contoh:
Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisipiln.
Encik hendak ke mesyuarat atau menghadiri
seminar?
Jenis Gabungan
Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni
satu demi satu.
Contoh:
Beliau memandang saya sambil tersenyum.
Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula
disampaikan dengan cara yang tidak menarik.
Gabungan yang susunannya
memberikan maksud pertentangan
fakta. Contoh:

• Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya


tidak berminat langsung.
• Televisyen yang dibelinya mahal, padahal
ada yang lebih murah.
Ayat Majmuk Pancangan
• Ayat utama atau ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan dalam ayat induk. Tiga
jenis seperti yang berikut:
• Ayat relatif
• Ayat komplemen
• Ayat keterangan
Ayat Relatif
• Ayat yang
menggunakan kata
yang.
Contoh:
• Lelaki yang memakai
kemeja biru itu ketua
baru saya.
Jenis-jenis Ayat Komplemen
• Ayat Komplemen frasa nama
• Ayat Komplemen frasa kerja
• Ayat Komplemen frasa adjektif
Ayat Komplemen
Contoh ayat :
Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
• (a) Perkara itu amatlah senang.
• (b) Dia lulus ujian.
Contoh ayat
• Dia cuba menerangkan bahawa perkara itu
tidak benar
• (a) Dia cuba menerangkan
• ( b) Perkara itu tidak benar
Kata hubung komplemen : untuk , bahawa
Ayat Keterangan
• Ayat majmuk yang terdiri daripada satu
ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih
yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat.
Contoh:
• Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis
membuat pemeriksaan.
• Anak itu menangis kerana dia lapar.
Ayat Majmuk Campuran
• Ayat yang mengandungi
lebih daripada satu jenis
ayat, yakni terdiri
daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat
majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat
majmuk. Contoh:
• Richard sedang
membaca buku, tetapi
kawan-kawannya yang
sudah letih lesu telah
lama tidur.

Anda mungkin juga menyukai