Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Penyuntingan didefinisikan sebagai satu kegiatan membaca kembali sambil mencari

kesalahan dalam sebuah tulisan atau manuskrip. Penyuntingan juga ditugaskan untuk

menyediakan karya atau sekumpulan karya orang lain untuk diterbitkan. Selain itu,

penyuntingan sendiri juga bertugas untuk menyediakan sendiri manuskrip bagi

diterbitkan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), penyuntingan merupakan proses

menyunting buku, makalah, akhbar dan lain-lain. Oleh itu, penyunting perlu membaca

dan menyemak ejaan atau kata yang meragukan dengan merujuk kamus.

Aktiviti penyuntingan dilakukan bagi memastikan penulisan yang dihasilkan

tidak melewah dan lebih bermutu dari segi teknikal, tatabahasa, wacana dan

sebagainya. Oleh itu seorang penyunting perlu mempunyai kemahiran penggunaan

tatabahasa untuk menyunting sebuah buku kerana ianya akan memberikan kesan

terhadap bahan bacaan yang dihasilkan. Buku yang dihasilkan juga perlulah

mempunyai ayat dan maklumat yang tersusun. Ini kerana proses penyuntingan ini

dapat mengenal pasti sama ada ayat-ayat yang digunakan mempunyai kesilapan.

Secara umumnya, pengetahuan tentang penyuntingan memang dapat diperoleh

melalui pembacaan. Selain itu, dalam Gaya Dewan Edisi Ketiga (2005) juga boleh

digunakan sebagai bahan rujukan untuk menyunting sebuah buku. Proses

penyuntingan ini amat penting bagi memastikan penulisan yang dihasilkan adalah

bermutu dari segi semua aspek penulisan agar dapat menarik pembaca dan memberi

kesan kepada pembaca yang membaca penulisan tersebut.

Editorial pada umumnya merupakan karangan utama dalam surat khabar atau

majalah. Teks editorial ini adalah penjelasan fakta atau pendapat secara ringkas,

secara logik, menarik dari bentuk penulisan dan bertujuan untuk mempengaruhi atau

1
menyampaikan tafsiran berita yang berpengaruh. Inti pati editorial ini adalah ruangan

khusus dalam surat khabar yang berkaitan dengan tanggapan media tentang sesuatu

peristiwa. Selain itu, editorial ini juga berkaitan dengan penyuntingan, kerja-kerja

editor, termasuklah menyusun, menyemak, menyunting sesebuah buku, makalah atau

penulisan sebelum diterbitkan.

Kerja-kerja penyuntingan ini kebiasaannya dilakukan oleh seorang editor.

Editor merupakan individu yang bertanggungjawab bagi memastikan buku yang

diterbitkan dapat memuaskan hati semua pihak. Tugas-tugas editor adalah seperti

membetulkan kesalahan ejaan, mengenalpasti kesalahan teknikal, memilih jenis

ilustrasi dan sebagainya. Antara syarikat-syarikat yang yang bertanggungjawab dalam

bidang penyuntingan ini adalah seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Institut

Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Publications dan Distirbutors Sdn Bhd

(PTS), Oxford Fajar Sdn Bhd dan sebagainya.

Oleh itu, tugasan ini memfokuskan kepada tugas dan cabaran seorang editor.

Dalam tugasan ini pengkaji telah menembual seorang editor dari Institusi Terjemahan

dan Buku Malaysia iaitu Cik Basitah Binti Rashid yang merupakan pengurus projek

terjemahan di Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia. Institut Terjemahan dan Buku

Malaysia (ITBM) merupakan sebuah syarikat terjemahan di Malaysia yang

mengendalikan hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu

di semua peringkat sama ada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. ITBM juga

bertanggungjawab bagi memperkasakan dan memperbanyakkan karya asli penulisan

tempatan bagi merancakkan industri buku di Malaysia.

2
2.0 BIODATA EDITOR

Basitah Binti Rashid atau dikenali sebagai Cik Bast dilahirkan pada 15 Oktober 1990

di Kuala Lipis Pahang dan berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Beliau memulakan

pendidikan diperingkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Padang

Tengku Kuala Lipis, Pahang. Setelah tamat tingkatan lima, beliau meneruskan

persekolahannya di tingkatan enam dengan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Pada dasarnya, beliau mempunyai asas dalam bahasa arab, namun disebabkan beliau

sering didedahkan dengan buku-buku terjemahan dari kecil lagi, beliau menjadi lebih

berminat dalam bidang terjemahan. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi beliau sering

mencari kesempatan untuk ke pesta-pesta buku seperti jualan gudang Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) untuk mencari buku-buku terjemahan. Bagi beliau, membaca buku

terjemahan merupakan satu tiket yang paling murah untuk beliau mengembara kerana

dari situ beliau dapat belajar budaya dan bahasa masyarakat lain.

Setelah tamat zaman persekolahan, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke

peringkat Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Kebangsaaan Malaysia dalam

Sarjana Muda Sains Sosial dalam bidang Linguistik. Disebabkan minat dalam bidang

terjemahan, beliau telah memohon untuk menjalankan latihan industri sebagai pelajar

praktikal di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Kemudian pada tahun 2011

3
beliau mula bekerja di Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia dan pada tahun 2012

beliau telah ditawarkan jawatan tetap sebagai pengurus projek terjemahan. Walaupun

beliau dilantik sebagai pengurus projek tetapi kerja-kerja penyuntingan juga

merupakan salah satu tanggungjawab beliau dalam syarikat tersebut.

Beliau telah menceburi bidang editor terjemahan ini hampir sembilan tahun iaitu

pada tahun 2011 sehingga kini. Walaupun beliau dilantik sebagai pengurus projek

tetapi kerja-kerja penyuntingan juga merupakan salah satu tanggungjawab beliau

dalam syarikat tersebut. Hal ini kerana beliau bertanggungjawab untuk memastikan

semua buku-buku terjemahan akan disunting agar sebuah buku tersebut lebih bermutu

dalam segi aspek penulisan seperti tatabahasa, wacana, semantik dan sebagainya.

3.0 TUGAS EDITOR TERJEMAHAN

Berdasarkan hasil temu bual bersama editor Institut Terjemahan Buku Malaysia, Cik

Basitah Rashid, beliau menyatakan bahawa tugas editor bukanlah sekadar penyunting

semata-mata. Terdapat banyak proses yang perlu dilalui bagi menghasilkan sesebuah

buku. Peringkat yang pertama adalah penerimaan buku yang ingin disunting daripada

hak cipta. Beliau merupakan seorang pengurus projek dan setelah mendapat tugasan

tersebut, beliau akan melantik penterjemah. Kemudian, penterjemah akan

menterjemah karya tersebut dari kulit ke kulit. Setelah manuskrip tersebut diterjemah,

beliau akan membuat semakan bagi memastikan setiap apa yang ada di dalam

manuskrip asli tersebut turut ada di dalam manuskrip yang telah diterjemah. Semakan

akan dibuat dari konteks ayat, bahasa, semantik, pragmatik dan keseluruhan isi

manuskrip yang diterjemah. Selain itu, beliau menegaskan bahawa editor terjemahan

perlulah menguasai kedua-dua bahasa yang digunakan sewaktu proses terjemahan.

4
Bagi editor bahasa lain selain English, mereka akan menggunakan penutur naratif

sebagai penterjemah bagi memastikan manuskrip yang diterjemahkan berkualiti tinggi

dan menepati budaya mengikut negara masing-masing. Antara tugas utama yang perlu

dilakukan oleh Cik Basitah Rasyid adalah seperti menterjemahkan buku kanak-kanak,

menghasilkan buku Pendidikan khas kanak-kanak, dan menyunting manuskrip dari

bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

3.1 TUGAS UMUM SEORANG EDITOR

Setiap editor mempunyai tugasan dan peranan yang besar di dalam dunia penulisan.

Tugasan ini perlu dilakukan dengan baik demi memastikan buku-buku dan hasil

penulisan yang dikeluarkan adalah benar-benar berkualiti. Oleh yang demikian, setiap

editor perlulah bertanggungjawab akan setiap tugasan yang telah diberikan kepada

mereka.

3.1.1 Membetulkan Kesalahan Ejaan

Antara tugasan yang dianggap paling penting kepada editor adalah membetulkan

kesalahan ejaan. Hal yang demikian adalah bagi memastikan bahan bertulis yang

dikeluarkan benar-benar berkualiti. Kesalahan ejaan akan menyebabkan terganggunya

proses pembacaan dan berlakunya salah faham. Hal yang demikian akan berlaku

sekiranya maksud yang ingin disampaikan tidak jelas apabila berlakunya kesalahan

ejaan. Jadi, seorang editor perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas

terutamanya dari aspek tatabahasa bagi memastikan manuskrip-manuskrip yang

disunting menjadi sebuah manuskrip yang berkualiti tinggi.

5
3.1.2 Menyesuaikan Gaya Bahasa Mengikut Keperluan

Antara tugas editor adalah menyesuaikan gaya bahasa mengikut keperluan. Sebagai

contoh, seorang editor perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami apabila

membuat suntingan bahan cerita kanak-kanak. Ia bertujuan untuk memudahkan

pemahaman kanak-kanak selaras dengan umurnya. Selain itu, editor juga perlulah

memahami istilah-istilah khusus yang digunakan di dalam sesebuah penulisan. Hal ini

adlaah kerana setiap bidang mempunyai gaya bahasa dan larasnya yang tersendiri dan

tidak boleh dicampuradukkan. Sekiranya laras ini tidak diikut, maka kekeliruan akan

terjadi dan akan menyukarkan proses pembacaan. Oleh yang demikian, setiap editor

perlulah mahir dan peka didalam penggunaan gaya bahasa agar sesebuah manuskrip

yang disunting berkuliti tinggi.

3.1.3 Memperbaiki Kesalahan Yang Terlihat Dari Mata Kasar

Kesalahan-kesalahan yang terlihat dari mata kasar adalah kesalahan yang perlu

dielakkan dari terlepas pandang. Kesalahan ini akan menjejaskan sesebuah penulisan

kerana ia tidak sepatutunya berlaku apatah lagi diulang. Kesalahan ini merupakan

kesalahan yang perlu diminimumkan oleh seseorang penulis kerana ia akan

menyukarkan kerja-kerja penyuntingan. Antara kesalahan yang boleh dinampak oleh

mata kasar adalah kesalahan tanda baca, kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf

kecil, kesalahan ejaan dan tatabahasa, pengulangan perkataan yang serupa dan

sebagainya. Kesalahan-kesalahan ini, wlaaupun kecil, namun ianya mampu

memberikan impak yang negatif di dalam sesebuah penulisan. Oleh yang demikian,

adalah menjadi tugas penyunting bagi membetulkan kesalahan-kesalahan ini bagi

mendapatkan sebuah penulisan yang sempurna.

6
3.1.4 Menghindari Pengulangan

Pengulangan ayat atau perkataan yang sama maksud akan menyebabkan berlakunya

pelewahan. Hal ini akan menjadikan maklumat atau isi yang hendak disampaikan

kepada pembaca menjadi sebuah karya yang membosankan. Pembaca tidak akan

tertarik untuk menyudahkan pembacaan akibat ayat yang melewah dan berbelit-belit.

Selain itu, ayat yang mudah dan ringkas akan cepat difahami oleh pembaca

berbanding ayat yang panjang. Oleh yang demikian, seorang editor perlulah pandai

menggunakan kata-kata bagi menarik hati pembaca dan menjadikan sesebuah

penulisan itu ringkas namun padat.

3.1.5 Memperbaiki Judul

Judul adalah perkara yang paling utama di dalam sesebuah penulisan. Hal ini adalah

kerana apabila pembaca atau pembeli ingin membeli buku, mereka akan mencari

judul terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak

sesebuah buku itu. Judul yang menarik akan dapat membuatkan pembaca terasa ingin

membeli buku tersebut. Jadi, judul sesebuah buku haruslah menarik dan perlulah

mempunyai kesinambungan dengan isi buku didalamnya. Hal ini adalah kerana judul

merupakan gambaran keseluruhan tentang isu didalam sesebuah buku. Oleh yang

demikian, pemilihan sesebuah judul perlu dititikberatkan kerana judul merupakan

faktor utama untuk mempengaruhi pembaca atau pembeli supaya memiliki sesebuah

buku atau karya tersebut.

7
3.1.6 Menyemak Isi Karya

Setelah mendapat sesebuah manuskrip untuk diedit, seorang editor perlulah membaca

keseluruhan manuskrip tersebut sama ada isi didalamnya bertepatan dengan apa yang

cuba disampaikan oleh penulis. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab editor bagi

menyemak kembali kesahihan sesebuah fakta didalam manuskrip yang telah

dihasilkan. Editor mempunyai hak untuk memotong, menambah, memperbaiki

sesebuah karya bagi menjamin karya tersebut sesuai dengan piawaian pihak penerbit.

Namun begitu, editor tidak perlu mengubah manuskrip tersebut secara keterlaluan

sehingga menyebabkannya berlainan dengan manuskrip asli.

3.1.7 Menterjemahkan Hasil Karya Sesuai Dengan Budaya

Apabila editor terjemahan mendapat tugas untuk membuat suntingan dan

menterjemahkan sesebuah manuskrip bahasa asing kepada bahasa Melayu, editor

tersebut hendaklah memyesuaikan manuskrip tersebut seiring dengan budaya di

Malaysia. Hal ini adalah kerana budaya di Malaysia adalah bertentangan dengan

budaya di Barat. Sebagai contoh, perkataan minuman arak akan ditukar kepada

minuman bergas, perkataan babi ditukar kepada khinzir bagi menampakkan

kesopanan di dalam penggunaan bahasanya. Selain itu, editor itu juga perlu

mendapatkan persetujuan dan memaklumkan kepada pemegang hak cipta untuk

menukar istilah-istilah terbabit. Oleh yang demikian, seseorang editor itu perlulah

menguasai bahasa dan budaya di Malaysia agar buku-buku yang disunting

bersesuaian dengan budaya di Malaysia yang penuh dengan adat resam.

8
3.1.8 Memastikan Manuskrip Siap Mengikut Tempoh Masa Yang Ditetapkan

Setiap bahan-bahan yang perlu diedit akan diserahkan kepada editor. Bahan tersebut

mempunyai banyak proses seperti semakan hasil penulisan, tanda pruf dan sebagainya.

Proses-proses ini juga melibatkan pelbagai editor seperti editor penterjemahan, editor

penyuntingan dan sebagainya. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab editor di bahagian

masing-masing untuk menyiapkan tugasan mereka mengikut tempoh masa yang telah

ditetapkan. Hal ini adalah kerana jika tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan,

proses penerbitan sesebuah buku akan terjejas. Oleh yang demikian, kerja-kerja

penyuntingan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap

editor bahagian masing-masing perlulah memahami tanggungjawab masing-masing

demi memastikan kelangsungan sesebuah penerbitan.

3.1.9 Membuat Semakan Berulangkali

Proses penyuntingan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hal ini adalah

kerana proses ini memerlukan ketelitian dan pemahaman yang jelas. Proses semakan

perlu dilakukan berulangkali demi meminimumkan kesalahan-kesalahan di dalam

sesebuah penulisan. Editor perlu membuat semakan dan membuat rujukan dengan

menggunakan bahan rujukan yang sahih seperti kamus bagi memastikan tidak

berlakunya kesalahan dari segi ejaan, makna mahupun ayat. Kamus adalah amat

penting bagi membuat rujukan terutamanya apabila melibatkan penggunaan dua

bahasa yang berbeza. Hal ini adalah kerana ketepatan amat diperlukan di dalam

penghasilan karya yang bermutu tinggi.

9
3.1.10 Melengkapi Tulisan Dengan Subjudul

Selain tugas membetulkan judul sesebuah karya, seorang editor juga boleh melakukan

kerja-kerja penyuntingan dengan memecahkan tulisan kepada beberapa subjudul.

Tujuannya adalah untuk memudahkan para pembaca terutamanya bahan-bahan

pembacaan bersifat ilmiah. Namun begitu, seorang editor perlu bertanggungjawab dan

memastikan isi karya tersebut tidak berubah. Subjudul adalah penting bagi

memperkenalkan pembaca kepada isi-isi seterusnya. Selain itu, subjudul juga akan

memudahkan pembaca untuk menelaah dan membuat rujukan.

3.1.11 Membuang Fakta Yang Salah

Seorang penulis yang beretika adalah penulis yang menghasilkan sesebuah karya

berpandukan fakta yang sahih. Namun begitu, di dalam bidang penulisan, terdapat

juga segelintir penulis yang tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Oleh yang

demikian, adalah menjadi tugas editor bagi menyemak semula penulisan yang telah

diterima. Seorang editor perlu memastikan kesahihan sesebuah penulisan agar

maklumat yang sampai kepada pembaca adalah maklumat yang benar dan bukan

sekadar rekaan semata-mata.

3.1.12 Mengenalpasti Ketidaktepatan Aspek Teknikal

Di dalam penghasilan sesebuah manuskrip, aspek ketepatan teknikal adalah amat

penting bagi memastikan keseragaman penulisan terutamanya bahan penulisan ilmiah.

Sekiranya aspek ini tidak dipatuhi, sesebuah manuskrip kelihatan tidak kemas dan

susah untuk dibaca. Menjadi tanggungjawab editor bagi menyemak aspek teknikal

10
dan memastikan aspek ini dipatuhi sepenuhnya. Namun begitu, terdapat juga bahan

bacaan ringan yang tidak memerlukan ketepatan seratus peratus dari aspek teknikal

seperti buku bukan fiksyen, bahan bacaan kanak-kanak dan bahan bacaan bersifat

santai.

3.1.13 Memastikan Bahan Penulisan Mematuhi Undang-undang

Setiap penulisan yang ingin diterbitkan sememangnya tertakluk kepada

undang-undang negara Malaysia. Oleh yang demikian, sebarang bentuk penulisan

yang ingin diterbitkan perlulah mematuhi undang-undang. Jadi, tugas utama editor

adalah menyemak manuskrip-manuskrip yang dihasilkan dan memastikannya bebas

dari sebarang unsur plagiat, fitnah, hasutan, ugutan dan sebagainya. Sekiranya

didapati buku yang diterbitkan tersebut menyalahi undang-undang, karya yang

diterbitkan berisiko untuk disaman dan didakwa atas kesalahan-kesalahan yang telah

dilakukan.

3.1.14 Berhubung Dengan Pihak Yang Terlibat

Seorang editor perlulah berhubung dengan pihak yang terlibat sepanjang proses

penerbitan buku berlangsung. Hal ini adalah bagi memastikan kesemua pihak yang

terlibat seperti penulis, penerbit, pelukis berpuas hati dengan hasil penerbitan tersebut.

Hal ini juga akan turut mempengaruhi hasil dan kualiti sesebuah buku tersebut.

Sekiranya tiada persefahaman di antara mereka, ianya akan menjejaskan proses

penerbitan buku atau karya yang ingin diterbitkan.

11
4.0 CABARAN

Setiap individu perlu mempunyai jati diri untuk menghadapi segala rintangan yang

dilalui ketika bekerja. Hal ini kerana, setiap pekerjaan mempunyai cabaran-cabaran

tertentu. Namun begitu, setiap individu perlu juga bersiap sedia untuk menghadapi

pelbagai masalah serta sentiasa sabar dan kuat bagi menangani masalah tersebut. Oleh

itu, kerjaya sebagai editor juga mempunyai cabaran-cabaran tertentu terutama ketika

melakukan kerja penyuntingan. Berikut merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi

sebagai seorang editor.

4.1 Kekangan Masa

Setiap editor pasti mengalami cabaran seperti kekangan masa. Hal ini kerana, setiap

buku yang diterbitkan perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan

oleh pihak penerbit. Seterusnya semasa menghasilkan buku, beliau juga mengalami

kekangan masa. Pada tahun 2015, beliau menghadapi masalah apabila pada mulanya

beliau bercadang untuk mengolah buku-buku lama kepada buku baru namun begitu

cadangan beliau itu ditolak kemudian beliau terpaksa membuat satu buku yang baru

berbanding mengolah balik buku-buku tersebut. Hal ini demikian, beliau diberi

tempoh untuk menghasilkan buku dalam masa tiga bulan. Buku-buku yang dihasilkan

perlu dibawa ke Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa (BCBF) di Bologna, Itali.

Oleh itu, beliau telah menghadapi kekangan masa kerana beliau perlu mencari

bahan-bahan bersesuaian dan mengejar masa untuk menyiapkan buku baru tersebut.

12
4.2 Tekanan Di Tempat Kerja

Bidang penyuntingan merupakan satu bidang yang bukan mudah untuk diceburi. Hal

ini kerana, setiap bidang pasti banyak cabaran dan tekanan yang bakal ditempuhi

khususnya dari segi emosi dan sebagainya. Sebagai seorang editor, mereka perlu

mengawal emosi agar penulisan dapat dihasilkan dengan baik dan berkesan tanpa

mengikut emosi. Menurut beliau lagi, untuk mengawal emosi semasa bergelar seorang

editor adalah sangat susah pada awalnya, namun demikian lama-kelamaan ia menjadi

perkara yang sudah biasa dihadapinya. Cik Basitah juga menyatakan, selama beliau

menceburi bidang kerjaya ini kadangkala beliau terpaksa berhadapan dengan tekanan

semasa bekerja. Beliau menyatakan pada tahun 2011 sehingga 2015 beliau

menghadapi tekanan kerja yang sangat teruk. Hal ini kerana, pada tahun tersebut

Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) kekurangan pekerja terutamanya editor

bahagian terjemahan. editor. Pada tahun 2011 sehingga 2015, pihak ITBM perlu

menerbitkan 300 buku setahun dan buku-buku yang diterbitkan adalah daripada

pelbagai jenis buku tetapi mereka kekurangan pekerja. Namun begitu, masalah ini

dapat diatasi apabila pihak ITBM menambah jumlah pekerja. Selain itu, mereka turut

mengambil inisiatif untuk saling bekerjasama sewaktu proses penghasilan buku.

Bukan itu sahaja, antara tekanan kerja yang dihadapi oleh Cik Basitah adalah dengan

kehadiran penulis secara tiba-tiba untuk meminta bantuan daripada beliau. Antaranya

adalah meminta beliau untuk mengedit buku yang ingin dibawa oleh penulis ke

majlis-majlis perasmian seperti pesta buku dan sebagainya.

13
4.3 Masalah Kesihatan

Menjadi seorang editor bukanlah perkara mudah. Hal ini kerana, terdapat pelbagai

cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang mereka melakukan kerja penyuntingan.

Antara cabaran yang mereka hadapi sepanjang membuat proses penyuntingan adalah

mereka mempunyai masalah kesihatan. Menurut editor yang ditemu bual iaitu Basitah

Rashid menyatakan sepanjang beliau dalam bidang pekerjaan ini beliau mempunyai

masalah kesihatan seperti masalah kesihatan mata atau dikenali sebagai Computer

Vision Syndrome atau sindrom penglihatan penggunaan komputer. Masalah kesihatan

ini terjadi akibat terdedah kepada penggunaan komputer untuk tempoh yang kerap

dan berpanjangan. Hal ini kerana, beliau mengalami sindrom ini disebabkan beliau

kerap menghadap komputer sehingga lapan jam ke sembilan jam dalam satu hari.

Akibat daripada sindrom tersebut beliau selalu mengalami keletihan mata, mata

kering, kadangkala penglihatan beliau menjadi kabur serta mengalami kesakitan di

bahagian tengkuk dan juga belakang badan. Bukan itu sahaja, Cik Basitah Rashid juga

mempunyai masalah kesihatan tangan yang dikenali sebagai Sindrom Tunnel Carpal

(CTS). Beliau mengalami masalah pergelangan tangan atau CTS ini disebabkan

terlalu lama menaip untuk melakukan proses penyuntingan. Kesan daripada masalah

tersebut menyebabkan beliau susah untuk menulis dan Cik Basitah juga terpaksa

memakai kaca mata bagi mengurangkan masalah tersebut.

4.4 Kepakaran Ilmu Yang Lain

Cabaran yang sering dihadapi oleh seorang editor adalah apabila mereka perlu

menghasilkan sesebuah buku. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi

sepanjang menjadi seorang editor. Cik Basitah juga pernah menyatakan banyak

cabaran yang perlu dihadapi oleh beliau untuk menghasilkan pelbagai buku. Selain itu,

14
beliau perlu mempunyai kepakaran ilmu yang lain selain membuat kerja penyuntingan.

Hal ini kerana, sebagai editor mereka juga melakukan kerja seperti memilih

gambar-gambar yang sesuai, pemilihan teks juga perlu sesuai dengan genre buku.

Sebagai contoh, buku kanak-kanak yang dihasilkan perlu mempunyai gambar yang

menarik dan sesuai. Pemilihan tulisan juga perlu sesuai seperti penggunaan tulisan

calibri atau tulisan yang jenis bulat-bulat. Hal ini kerana, Cik Basitah juga mengambil

kira kanak-kanak yang berkeperluan khas seperti kanak-kanak disleksia, kanak-kanak

autism dan sebagainya. Beliau menyatakan, jika tulisan tidak sesuai maka

kanak-kanak tersebut susah untuk membaca buku-buku itu. Di samping itu, Cik

Basitah juga mengatakan bahawa bagi menghasilkan buku dewasa, beliau

menggunakan tulisan yang lebih serif dan sebagainya. Sebagai seorang editor juga

mereka perlu berfikir, buku yang diterbitkan hendak ditujukan dan disasarkan kepada

pembaca yang bagaimana. Oleh itu, kerja penyuntingan ini bukan mudah dan kerja ini

juga mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

Seterusnya, editor yang bekerja di Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)

perlu menguasai lebih daripada satu bahasa. Hal ini kerana, sebagai editor di ITBM

mereka menghadapi cabaran seperti menterjemah buku-buku mengikut bidang

tertentu. Sebagai contoh, beliau pernah menghasilkan buku Indonesia Karya Mochtar

Lubis dalam bahasa Melayu. Cabaran yang dihadapi ketika menghasilkan buku ini

apabila beliau perlu memahami bahasa tersebut walaupun bahasa Melayu dan

Indonesia hampir sama namun terdapat juga beberapa perkataan yang maksudnya

tidak sama dengan bahasa Melayu. Beliau juga menyatakan cabaran lain yang mereka

hadapi ketika melakukan kerja penyuntingan ialah mereka perlu memahami budaya

sesuatu masyarakat itu supaya maksud yang disampaikan adalah jelas dan bersesuaian

dengan budaya masyarakat Melayu.

15
4.4 Perubahan Cara Penyuntigan

Setiap editor perlu mengambil berat tentang perubahan penyuntingan. Hal ini kerana,

perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan cara sesuatu

penyuntingan itu juga berubah. Menurut Cik Basitah, mereka menggunakan dua cara

penyuntingan iaitu cara lama dan cara baru. Cara penyuntingan lama yang

dimaksudkan oleh beliau adalah melalui cara penulisan di atas kertas dan cara

penulisan dalam komputer. Cik Basitah menyatakan penulisan di atas kertas lebih

mudah. Hal ini kerana, penyuntingan melalui kertas dapat disemak dengan lebih teliti.

Selain itu, bagi editor yang mengalami masalah kerabunan yang tinggi mereka lebih

sesuai menyunting menggunakan cara di atas kertas berbanding menggunakan

perisian penyuntingan yang ada didalam komputer. Seterusnya, beliau juga

menyunting hasil penulisan dengan menggunakan perisian penyuntingan melalui

komputer. Cik Basitah menyatakan dengan menggunakan perisian penyuntingan,

kerja-kerja penyuntingan yang dilakukan dapat menjimatkan masa. Beliau juga

menyatakan dengan adanya perisian penyuntingan ia lebih mudah digunakan. Hal ini

demikian kerana, melalui perisian penyuntingan segala ejaan dan kesalahan yang

dilakukan dapat di semak dan dibetulkan secara automatik. Walau bagaimanapun,

mereka juga tidak mengharapkan penggunaan penulisan menggunakan komputer

kerana beliau menyatakan bahawa mesin tidak setanding dengan keupayaan manusia

jika di dalam penyuntingan. Contohnya seperti kesalahan yang biasa dilakukan

sewaktu menggunakan mesin adalah masalah “double spacing” yang biasa terjadi

tetapi jika tulisan di atas kertas kebiasaannya hanya mempunyai permasalahan di

dalam ejaan sahaja.

16
5.0 PENCAPAIAN

Cik Basitah binti Rashid atau lebih selesa dikenali sebagai Cik Bast telah bekerja

sebagai editor selama Sembilan tahun di Institusi Penterjemahan Buku Malaysia.

Sebelum beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang editor, beliau telah tamat

belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Linguistik selama tiga tahu

tempoh pengajiannya. Beliau mula melangkah ke bidang editor ini sewaktu menjalani

latihan industri di Institut Penterjemahan Buku Malaysia tersebut. Beliau telah diberi

peluang utuk menjalani latihan industri sebagai editor di dalam bidang penterjemahan.

Beliau diberi kesempatan untuk berada di bidang penterjemahan berikut kerana

mempunyai latar belakang Sijil Tinggi Agama (STAM) dan beliau mampu menguasai

dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Setelah tamat tempoh latihan industrinya selama tempoh lebih kurang tiga bulan

tersebut, beliau telah diserap untuk terus berkerja di Institut Penterjemahan Buku

Malaysia. Beliau secara rasminya mula bekerja pada tahun 2011 dan pada tahun 2012

beliau memperolehi jawatan tetapnya sebagai pengurusan projek terjemahan buku. Di

samping itu juga beliau merupakan seorang editor buku-buku terjemahan daripada

bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Seterusnya, sepanjang beliau bekerja di Institut Penterjemahan Buku Malaysia

tersebut beliau sering diundang sebagai tetamu khas di pesta-pesta buku peringkat

kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa sebagai tetamu yang telah banyak

menterjemahkan buku cerita kanak-kanak. Menurut Cik Bats juga beliau sering ke

luar negara atas urusan menterjemahkan buku cerita kanak-kanak daripada luar negara.

Beliau pernah ke Indonesia atas urusan menterjemahkan buku cerita kanak-kanak

17
Indonesia kepada bahasa Melayu. Buku yang diterjemahkan tersebut adalah buku

bertajuk “Harimau-Harimau!” iaitu penulis asalnya adalah Mochtar Lubis.

Menurut Cik Bats lagi sewaktu kerja-kerja terjemahan buku tersebut dilakukan,

beliau diberikan waktu selama sebulan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Walau

bagaimanapun, beliau telah berjaya menyelesaikan terjemahan buku tersebut kurang

tempoh daripada sebulan. Seterusnya lagi beliau meneruskan tugasnya sebagai

penyunting untuk menyunting buku tersebut.

Beliau juga pernah dibawa ke Pesta Buku Kanak-kanak Antarabangsa (BCBF)

di Bologna, Italy untuk bertugas sebagai penterjemah dan sekaligus menyunting

semua buku yang diterjemah tersebut sehingga siap. Tempoh masa yang telah

diberikan untuk menyelesaikan tugas tersebut adalah selama tiga bulan dan tugas itu

berjaya disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Terdapat lagi beberapa buah buku yang telah diterjemahkan oleh beliau dan

buku-buku tersebut telah disunting sendiri oleh beliau. Kebanyakkan buku-buku yang

terjemahkan tersebut adalah buku hasil penulisan daripada luar negara. Antara

buku-buku yang telah disiapkan adalah “Kehidupan di Sekolah” oleh Vicki Yates,

“Kongsi Ketakutan, Tulis Cerita Seram Kamu Sendiri” oleh Nancy Loewen dan buku

“Kraf Menarik daripada Kemeja-T Lama” oleh Carol Sirrine.

18
Gambar 1: Buku bertajuk Kraf Menarik daripada Kemeja-T Lama

19
Gambar 2: Buku bertajuk Kongsi Ketakutan

20
Gambar 3: Buku Terjemahan oleh Basitah Rashid

21
Gambar 4: Buku bertajuk Dahulu Dan Sekarang Kehidupan Di Sekolah

22
Gambar 5: Sesi temu bual bersama Cik Basitah Rasyid di Institut Terjemahan Buku

Malaysia

23
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, menjadi seorang editor bukanlah sesuatu yang mudah. Kerja dan

tugas editor bukanlah sekadar penyunting semata-mata. Penyunting perlulah

bertanggungjawab sepenuhnya akan manuskrip yang disunting. Selain itu, pelbagai

tugasan dan cabaran perlu dilalui bagi memastikan proses penerbitan buku dapat

berjalan dengan lancar. Setiap editor perlu bijak membahagikan masa bagi

memastikan manuskrip siap pada tempoh yang telah ditetapkan. Mereka perlu

mengorbankan masa peribadi mereka demi memastikan manuskrip yang

diterjemahkan siap pada tarikh yang ditetapkan. Selain itu, mereka perlu memastikan

manuskrip yang disunting benar-benar berkualiti tinggi. Oleh yang demikian, jelaslah

bahawa untuk menjadi seorang editor memerlukan kecekalan dan ketabahan hati agar

proses penerbitan sesebuah karya berjaya dilakukan mengikut tarikh yang telah

ditetapkan.

24

Anda mungkin juga menyukai