Anda di halaman 1dari 2

Karangan 4

70 peratus daripada badan kita ialah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan
suhu badan. Selain ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga
bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang
bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.

Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan mengakibatkan penyakit seperti risiko batu karang, sakit
kepala, kesakitan sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan
berwarna kuning pekat bermakna ia jelas menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.

Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai
bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan
sebagainya.

Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan. Sebagai sumber
asli yang paling berharga, air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi tujuan
pelbagai aspek kehidupan. Tanpa air, kita mungkin tidak dapat menikmati dan meneruskan penghidupan
ini dengan selamat, selesa dan sempurna.

Perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana sumber ini adalah asas utama kemandirian tamadun
dan kehidupan. Tanpa usaha yang berterusan dan berkesan, suatu hari nanti pasti tiada lagi sumber air
yang benar-benar bersih untuk kehidupan sejagat. Mungkin suatu hari nanti air untuk kegunaan harian
terpaksa melalui satu proses kompleks untuk dijadikan air yang benar-benar bersih dan selamat.

Justeru itu, pengguna haruslah memainkan peranan utama dengan memupuk kesedaran agar kawasan
tadahan hujan dan alam sekitar kita akan terus sesuai untuk kehidupan sejagat.

Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang tanggungjawab dan tugas mereka mengenai penggunaan air.
Pengguna terutamanya sebagai pengguna utama alam sekitar harus mempunyai kesedaran yang tinggi
untuk terus memastikan bahawa generasi masa depan akan terus menikmati alam sekitar yang bersih
seterusnya bekalan air yang selamat.

Kepentingan air kepada manusia yang berikutnya ialah untuk membersihkan makanan. Sebagai
contohnya, manusia menggunakan air untuk membersihkan sayur sayuran atau buah buahan yang dibeli
di pasar dan sebagainya. Dalam konteks ini, air merupakan elemen penting bagi memastikan aspek
kebersihan. Jelaslah disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan
manusia. Saya optimis bahawa membersihkan makanan merupakan antara kepentingan air kepada
manusia.

   Kesimpulannya, air merupakan sumber penting bagi manusia. Tanpa air, hidup manusia tidak akan
sempurna. Semoga air bersih akan terus 'hidup' di muka bumi ini bagi memastikan kemandirian
tamadun kehidupan yang gemilang.

[ 392 patah perkataan ]

Anda mungkin juga menyukai