Anda di halaman 1dari 8

Folio Biologi

Tajuk: Bab 10 Kelestarian Alam Sekitar


Nama: Chong Khai Sheng
Tingkatan: 5 Sains
Isi Kandungan
Perkar Tajuk Muka Surat
a
1 Pendahuluan

Kelestarian Alam Sekitar bermaksud keadaan alam sekitar yang kekal


sama tanpa mengalami masalah kekurangan atau penurunan sumber
semula jadi dan kualiti alam sekitar yang terjamin untuk satu tempoh
masa yang panjang. Kelestarian alam sekitar memastikan keperluan
masa ini dipenuhi tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang.
Kesejahteraan alam sekitar akan terganggu jika kelestarian diabaikan.
Pertambahan populasi manusia telah menimbulkan konflik antara
keperluan untuk memenuhi kehendak manusia dengan keperluan untuk
memelihara alam sekitar. Penggunaan tong kitar semula merupakan
salah satu strategi melestarikan alam sekitar. Strategi ini dapat
mengurangkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui.
2 Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera , saya telah menyiapkan kerja
khusus ini dengan sempurna dan menyelesaikan tugasan ini tepat pada
waktunya. Kerja khusus ini berkaitan dengan Kelestarian Alam Sekitar.

Kelestarian alam sekitar berkait rapat dengan penciptaan manusia


sebagai khalifah di muka bumi. Sebagai pemimpin, manusia
mempunyai hak dan tanggungjawab dalam memastikan alam sekitar
sentiasa dipelihara dengan baik. Sebaliknya, mutakhir ini, telah wujud
pelbagai pencemaran dan kerosakan yang berpunca daripada tindakan
manusia sendiri. Bagi mengatasi masalah ini, teknologi hijau telah
diwujudkan sebagai usaha untuk meneutralkan kembali alam semula
jadi dengan penciptaan peralatan yang berasaskan hijau. Selain
menjamin kelestarian alam sekitar, teknologi hijau juga menjimatkan
penggunaan tenaga. Konsep teknologi hijau saling berkaitan dengan
tenaga hijau. Aktiviti yang melibatkan tenaga hijau dilihat sebagai
medium untuk membantu manusia melihara kelestarian alam sekitar
yang direalisasikan melalui industri teknologi hijau. Pembentukan
teknologi hijau bertujuan merawat penyakit alam yang sedia ada
melalui penglibatan manusia. Prinsip Islam berkaitan hubungan
manusia dan alam merupakan asas kepada penggunaan tenaga hijau
yang lestari.
3 Ancaman Alam Sekitar
Ancaman alam sekitar berpunca daripada aktiviti manusia terhadap
ekosistem. Ancaman dan kemusnahan alam sekitar berlaku secara
berterusan dan memberi kesan negatif kepada kehidupan.

Contoh-contoh ancaman alam sekitar


1 Penyahhutanan
-Kesan: hakisan tanah, tanah runtuh, banjir kilat
2 Pembuangan sampah di laut
-Kesan: hidupan laut mengalami kepupusan, pencemaran laut
3 Perindustrian
-Kesan: pencemaran udara, fenomena hujan berasid
4 Pembuangan sisa domestic
-Kesan: pencemaran udara, wabak penyakit, banjir kilat
3.0 Perubahan Iklim dan Pemanasan Global
Perubahan iklim merupakan perubahan suhu bumi, taburan hujan dan
perubahan angin secara drastik. Perubahan ini dapat dilihat daripada
fenomena kesan rumah hijau.

Kesan Rumah Hijau dan Mekanisme Kesan Rumah Hijau


 Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku akibat
pencemaran udara.
 Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi
Perindustrian.
 Pada zaman ini, manusia menggunakan bahan api fosil secara
meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.
 Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi.
 Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai
gelombang haba dan diserap oleh udara, terutamanya oleh karbon
dioksida.
 Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca di dalam
rumah hijau
 Konsep asal di dalam rumah hijau diterjemahkan ke atmosfera dan
dinamakan sebagai kesan rumah hijau
Gas-gas Kesan Rumah Hijau
 Klorofluorokarbon (CFC)
 Karbon dioksida (CO2)
 Nittogen oksida (N2O)
 Gas Metana (CH4)
 Ozone (O3)

Pemanasan Global
 Pemanasan global merupakan peningkatan suhu atmosfera bumi
secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau

Punca dan Kesan Pemanasan Global


 Punca Semula Jadi & Manusia
-Tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh bumi
-Pembakaran bahan api fosil
-Pembersihan hutan dan tanah
 Kesan
- Peningkatan Paras Laut
- Ancaman Hidupan Laut
- Kerosakan Cuaca
- Ancaman Kesihatan Manusia

Langkah mengatasi Kesan Pemanasan Global


 Menghadkan pembebasanCO2
3.1 Penyahhutanan dan Kehilangan Biodiversiti
Penyahhutanan merupakan penebangan pokok secara besar-besaran.
Penyahhutanan merupakan penyebab utama kepada kehilangan biodiversiti.
Kehilangan habitat akibat penyahhutanan bagi akitiviti pembangunan dan
pertanian telah menyebabkan kepupusan banyak spesies flora dan fauna.
Tujuan Akitiviti Penyahhutanan Kesan Negatif Akitiviti Penyahutanan
 Memperoleh balak untuk tujuan  Hakisan tanah
pembinaan, pembuatan perabot dan  Banjir kilat
kertas  Perubahan iklim
 Melombong mineral  Kehilangan biodiversiti
 Membuka Kawasan untuk  Mengganggu kitar nitrogen, kitar air
menjalankan aktiviti pertanian dan kitar karbon
 Membina kawasan perumahan dan  Kehilangan kawasan tadahan air
jalan raya

Kehilangan Biodiversiti

Anda mungkin juga menyukai