Anda di halaman 1dari 4

ISL 2

Baca dan kumpul maklumat tentang konsep-konsep asas hubungan etnik seperti berikut:

i) Etnik, etnisiti dan etnosentrisme

Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan
bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan
dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat
majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah
sistem politik yang sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri
budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina,
kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih
utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun
berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan
etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga
membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan
kaca mata etnik sendiri.

ii) Ras, rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi dan segregasi

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan
oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan
Austroloid.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata,
warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang
menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini
berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu


kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka
melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap
seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku
kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu
merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Konsep prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara
terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau
mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain.
Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu
yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis
disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Konsep stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu


kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah
gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau
lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif
dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini
mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang
lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat
perkauman yang menebal.

Konsep diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif


oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan
membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-
ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam
kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam
sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau
kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja,
serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau
sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-
1994.

iii) Akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi

Akomodasi ialah sekumpulan sosial sedar perbezaan yang wujud tetapi menghormati
norma dan nilai kumpulan sosial yang lain seperti setiap kumpulan sosial atau etnik
melibatkan diri dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan. Proses akomodasi jelas
kelihatan dalam pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalma
bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan. Switzerland ialah Negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali
saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi ialah sekumpulan sosial mengalami proses penerimaan unsur kebudayaan


dalam kalangan individu atau kalangan daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza
tanpa mengubah identititi asal. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza
sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan
sendiri seperti Orang Cina dan India di Malaysia.

Asimilasi sekumpulan sosial minoriti mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majority
untuk mengurangkan batas etniknya sehingga proses pencantuman ini membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama seperti masyarakat Cina Kelantan,
Baba dan Nyonya. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti
Amalgamasi sekumpulan sosial mengalami proses percampuran budaya dan ras melalui
kaedah biologi (perkahwinan campur) sehingga membentuk jenis budaya dan ras baharu
seperti perkahwinan campur antara etnik seperti golongan mualaf.

Anda mungkin juga menyukai