Anda di halaman 1dari 10

SCESS3193 Fizik Am

TOPIK3 Daya dan gerakan

Gerakan adalah perubahan kedudukan sesuatu jasad mengikut masa dibandingkan dengan
persekitarannya. Gerakan dalam satu dimensi adalah gerakan dalam satu laluan yang lurus.
Terdapat pelbagai jenis daya yang bertindak ke atas satu jasad bergerak, samada memecut,
menyahpecut atau kekal pegun. Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari jenis-jenis daya
yang bertindak dalam ke atas suatu objek dan melukis daya-daya tersebut dalam satu rajah
jasad bebas.

Gambaran Keseluruhan

Gerakan dalam
satu dimensi

Rajah bebas
Daya
jasad

Daya geseran

Daya
tegangan

Daya normal

Daya
julangan

Daya graviti
SCESS3193 Fizik Am

Jenis-jenis Daya

Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas suatu objek yang mengakibatkan interaksi objek ini
dengan objek yang satu lagi. Bila interaksi ini berkurangan, objek ini tidak lagi merasai daya.
Daya hanya wujud hasil daripada interaksi.

Daya diukur dalam unit SI Newton. Satu Newton adalah bersamaan dengan 1kgms-2. Daya
adalah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai kedua-dua magnitud dan arah.

Beberapa daya antara objek yang akan dibincangkan adalah:

Jenis-jenis daya
Daya geseran
Daya graviti (berat)
Daya normal
Daya tegangan
Daya Julangan

Daya geseran

Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu cuba bergerak
melaluinya. Ia biasanya bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah gerakan.
Terdapat dua jenis daya geseran iaitu daya geseran statik dan daya geseran menggelongsor.

Geseran dihasilkan oleh dua permukaan ditekankan bersama, menyebabkan daya tarikan
molekul antara molekul dari permukaan berbeza. Geseran bergantung kepada jenis permukaan
dan sekuat mana bahan ditekan. Geseran maksimum boleh dikira menggunakan rumus berikut:

Fgeseran= x Fnormal
di mana = koefisien geseran

Daya graviti

Graviti adalah satu daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi. Objek yang jatuh ke
bumi tanpa pengaruh daya-daya luar (seperti rintangan udara) dikatakan sebagai jatuh bebas.
Objek yang jatuh bebas akan mengalami pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti.

Berat adalah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Jika jisim objek adalah m, pecutan graviti
adalah g, maka Berat = mg.

Daya normal

Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dangan satu permukaan.
Sebagai contoh, jika satu buku terletak di atas meja, permukaan mengenakan satu daya ke
SCESS3193 Fizik Am

atas untuk menyokong berat buku itu (Rajah 3.1a). Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara
dua objek yang bersentuh. Misalnya, seorang yang bersandar pada suatu dinding akan
mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding. Maka dinding akan mengenakan satu daya normal
ufuk ke atasnya (Rajah 3.1b).

(a)
(b)
Rajah 3.1

Daya tegangan

Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan melalui tali, benang, kabel atau wayar yang
ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua hujungnya.

Daya Julangan

Daya julangan adalah daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia kelihatan
kehilangan berat dalam bendalir (cecair atau gas). Ia juga boleh menyebabkan kapal terbang
bergerak melalui udara.

Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelbagai konteks

Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan magnitud relatif dan
arah semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek dalam suatu situasi. Rajah haruslah
mengandungi komponen-komponen berikut:

(1) Anak panah: saiz anak panah mewakili magnitud daya arah anak panah
mewakili arah daya

(2) Label daya yang bertindak: daya dilabel untuk mewakili jenis daya
(contoh, Ffric = daya geseran, Fgrav = daya graviti, Fnorm = daya normal,
Ftens = daya tegangan)

(3) Objek diwakili dengan titik atau kotak, dan daya-daya dilukis daripada pusat titik
atau kotak itu
SCESS3193 Fizik Am

Sebagai contoh:

Fnorm : daya normal


Fap : daya aplikasi
Ffric atau Fgeseran : daya geseran
Fgrav : daya graviti

Contoh-contoh:

Sebuah buku berada di atas permukaan


meja

Seorang budak perempuan duduk di atas


buaian

Sabuah buku ditolak ke kanan di atas


meja supaya ia bergerak dengan pecutan

Sebuah kereta yang bergerak kekanan


atas permukaan jalan yang kasar sedang
dinyahpecut
SCESS3193 Fizik Am

Latihan

Lukis rajah jasad bebas bagi situasi-situasi di bawah:


(a) Seorang budak sedang duduk di atas kerusi
(b) Sebiji telur sedang jatuh ke lantai
(c) Sebuah baldi berisi penuh dengan air ditarik keluar daripada perigi
(d) Sebuah budak mengayuh basikal dengan laju yang bertambah

Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa jenis daya dan
aplikasinya di
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html
http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

Rujukan
http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html
http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

APLIKASI HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sinopsis

Daya merupakan sesuatu yang kerap digunakan dalam kehidupan anda seharian. Daya-daya
boleh diklasifikasi kepada daya sentuhan dan daya yang bertindak dari jarak jauh tanpa
sentuhan. Daya memainkan peranan yang utama dalam perkembangan manusia sejak purba
kala dan alhi sains yang terkenal sekali, Isaac Newton telah membentukkan tiga Hukum tentang
daya. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada Hukum-hukum gerakan Newton dan
aplikasinya untuk membantu anda memahami banyak peritiwa melibatkan penggunaan daya
dalam kehidupan seharian.

Gambaran Keseluruhan

APLIKASI
HUKUM-HUKUM
NEWTON

Hukum-hukum Aplikasi Hukum-


Jenis Daya
Newton hukum Newton
SCESS3193 Fizik Am

Jenis-jenis Daya

Daya boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu daya bersentuhan dan daya bertindak secara
jauh.

Daya bersentuhan bertindak dalam situasi dimana satu sentuhan berlaku antara objek dengan
daya itu seperti daya geseran yang bertindak apabila dua permukaan bersentuhan.

Daya secara jauh bertindak tanpa sentuhan antara daya dengan objek berkenaan seperti daya
magnet dan graviti.

Hukum-hukum Gerakan Newton

Hukum gerakan Newton pertama

Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju seragam akan terus
kekal dalam keadaan yang sama sekiranya daya paduan bertindak pada objek itu adalah sifar.
Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum inersia.

Inersia adalah kecenderungan suatu objek untuk menentang sebarang perubahan dalam
keadaannya.
SCESS3193 Fizik Am

Hukum gerakan Newton kedua

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah
berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu. Perubahan momentum
adalah dalam arah yang sama dengan arah tindakan daya paduan itu.

Persamaan yang dihasilkan dari hukum gerakan Newton kedua adalah

Daya paduan (F) = Jisim x Pecutan (m x a)

Hukum gerakan Newton ketiga

Hukum ini menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya tindakbalas yang
bermagnitud sama tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.

Aplikasi Hukum-hukum Newton

Berat suatu objek adalah bergantung kepada pecutan graviti pada lokasi berkenaan
serta jisim benda, maka jisim kekal sama di mana juga tetapi berat boleh berubah-
ubah bergantung kepada pecutan graviti.(Hukum Newton Kedua)
Daya geseran bertindak antara dua permukaan yang bersentuhan dan ia adalah
berkadar langsung dengan daya yang merapatkan dua permukaan bersama(daya
normal).

APLIKASI HUKUM I NEWTON DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI:


1. Pen yang berada di atas kertas di meja akan tetap disana ketika kertas
ditarik secara cepat.
2. Ketika kita berdiri dalam bus yang laju, tiba-tiba bus diberhentikan, para
penumpang akan terhumban ke hadapan.
3. Demikian juga saat tiba-tiba bus dipercepatkan, para penumpang
terlempar ke belakang. Karana tubuh penumpang sedang mempertahankan
posisi dirinya.
SCESS3193 Fizik Am

4. Pada lift diam atau bergerak dengan kelajuan tetap, maka pecutannya
adalah 0. Oleh karana itu, berlaku keseimbangan gaya (hukum I Newton).
5. Benda diam yang ditaruh di meja tidak akan jatuh kecuali ada daya luar
yang bertindak pada benda itu.
6. Bola Tolak peluru : akan diam jika tidak diberikan gaya dari luar. Dalam
tolak peluru, sifat kekekalan sebuah benda terdapat pada peluru itu sendiri.
Pada saat peluru dilempar, peluru akan terus bergerak secara beraturan
setelah itu akan jatuh dan berhenti, titik dimana peluru itu akan berhenti, dan
akan terus diam jika tidak digerakkan.
7. Pada saat Dribbling : bola akan terus bergerak beraturan, dan berhenti
jika bola di pegang kedua tangan.
8. Seseorang yang turun dari sebuah bis yang masih melaju akan
terjerembab mengikuti arah gerak bis.
9. Orang yang berada diatas sebuah kereta akan terhumban ke dapan
ketika kereta-kereta tiba-tiba belok.

APLIKASI HUKUM II NEWTON DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI:

1. Gerakan di dalam lift. Ketika kita berada di dalam lift yang sedang
bergerak, daya berat kita akan berubah semasa pergerakan lift. Semasa lift
sedang bergerak ke atas, kita akan merasakan daya berat yang lebih besar
dibandingkan semasa lift dalam keadaan diam. Hal yang sebaliknya terjadi ketika
lift bergerak ke bawah. Kita akan rasa daya berat yang lebih kecil.

2. Bus dijalan raya akan mengalami pecutan apabila daya daripada enjin
ditambahkan semasa minyak ditekan.

3. Apabila kita melakukan lemparan tolak peluru akan lebih jauh dan cepat
jika diberikan lemparan yang kuat begitu sebaliknya.
4. Pada saat berlari : Menambah daya akan menghasilkan pecutan yang
lebihl. Semakin besar daya yang dikeluarkan oleh seorang atlit, semakin besar
pecutannya.
SCESS3193 Fizik Am

APLIKASI HUKUM III NEWTON DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI:


1. Ketika kita menembak, peluru ke depan(tindakan). Sebagai tindakbalas,
senapang ditolak ke belakang.
2. Ketika mendayung perahu, pada waktu mengayung, pendayung menolak air ke
belakang(aksi). Sebagai reaksi, air memberi daya pada dayung ke hadapan,
sehingga perahu bergerak ke depan.
3. Ketika seorang menendang bola, kaki memberikan daya ke bola(aksi).Reaksi :
bola memberikan daya ke kaki.
4. Ketika peluncuran roket, enjin roket menolak asap ke belakang(aksi). Reaksi :
asap menolak roket ke atas.
5. Ketika duduk di kerusi tubuh anda memberikan daya ke bawah pada kerusi dan
kerusi menolak daya ke atas pada tubuh anda.
6. Seekor ikan menggunakan sirip untuk menolak air ke belakang. hasil daripada itu
air juga menolak ikan ke hadapan.

Latihan:
Berikan 10 contoh untuk setiap hukum Newton dalam kehidupan seharian.

Fikir

Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi berkaitan


dengan berat ketara seorang menaiki lif
http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%204/Ap
parent%20Weight.swf
Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan buat nota untuk
mengaitkan Hukum Gerakan Newton dengan konsep berat ketara..

Rujukan:

Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.


(Chapter 6 Forces)

http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter%204/Apparent%20Weight.s
wf (Konsep berat ketara concept of apparent weight)

http://www.physicsclassroom.com/Class/newtlaws/index.cfm
(Hukum-hukum Gerakan Newton nota dan tutorial)

Contoh soalan
SCESS3193 Fizik Am

1. Sebuah blok dengan jisim 1 kg yang awalnya diam, diberi daya 1 Newton sehingga blok
itu bergerak dengan halaju 10 m/s selama 2 saat. Tentukan pecutan balok selama ia
bergerak.

Diketahui :
m : 1 kg
t=2s
v1 = 0 m/s
v2 = 10 m/s
F=1N
a = v/t = 10/2 = 5 m/s2

F= ma jadi a = F/m
a = 1/1
a = 1 m/s2

Anda mungkin juga menyukai