Anda di halaman 1dari 22

Institut Methodist Pilley (MPI)

MPU 2163 Pengajian Malaysia

Program : Diploma Perakaunan


Semester : July-November 2019
Tajuk Tugasan : Terangkan Tentang Konsep Keluhuran Perlembagaan Dalam Menjamin
Keharmonian Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia .
Nama Pelajar NO . Kad Pengenalan Kursus Tandatangan
Wang Siew Shuang 001211-13-0492 Diploma Perakaunan
Su Ching Ching 010424-13-0546 Diploma Perakaunan
Emily Lau Hui Yi 010310-13-0310 Diploma Perakaunan
Thah Ang Ting 990430-13-6182 Diploma Perakaunan
Law Rong Siew 000822-13-1174 Diploma Perakaunan

Tarikh Serahan :

Tandatangan Penerima :
Nama Pensyarah : Jacqueline Lynn Rinit Anak Juweek
Markah :
1.0 Pengenalan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan

dan undang-undang yang paling tinggi dan penting bagi pemerintah dan pentadbiran sesebuah

negara . Perlembagaan ini bermula sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 .

Peranannya adalah untuk membentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat serta menentukan

bidang kuasa pemerintahan . Ia juga dijadikan asas yang signifikan untuk menjamin kestabilan

politik dan keharmonian negara .

Pada realitinya , memang dapat kita katakan bahawa perlembagaan dapat memupuk

semangat patriotisme dan menjamin sikap taat setia rakyat kepada negara mereka . Hal ini

demikian kerana semua rakyat akan mengikut perlembagaan . Ia juga mendatangkan pentadbiran

yang adil , jujur dan cekap . Perlembagaan juga menerangkan banyak kuasa yang dipunyai oleh

pelbagai anggota negara itu serta pelbagai hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan

perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah . Suruhanjaya Reid yang

diketuai oleh Lord Reid, Sir William Mckell (Australia) , Sir Ivor Jenning, Hakim A.Hamid dan

B.Malik telah mengubal Perlembagaan Persekutuan .

Di samping itu , Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai

kebebasan asasi , kerajaan negeri , pilihan raya , peruntukan kewangan , kehakiman ,

kewaganegaraan , dan sebagainya . Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengasaskan

Perlembagaan Malaysia telah digubal dan dikemukakan oleh Lord Reid yang mengetuai

Suruhanjaya Reid .
Sebagaimana yang kita ketahui , Perlembagaan sentiasa dikatakan amat significant

kerana perlembagaan dapat menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran . Misalnya , Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960 .

Tujuan Perlembagaan adalah Perlembagaan dapat mewujudkan satu bentuk pemerintahan

yang adil . Kewujudan ini dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum seperti hak

istimewa orang Melayu , agama Islam , Bahasa Melayu dan lain-lain . Peruntukan Bahasa

Melayu sebagai Bahasa rasmi negara (perkara 152) mempunyai kelonggarannya apabila bahasa-

bahasa lain juga boleh digunakan .Selain itu , perlembagaan memperuntukkan agama Islam

sebagai agama rasmi atau agama persekutuan Negara bahagian [Bahagia 1 , perkara 3(1)] agama

lain juga bebas diamalkan di Malaysia .

Akhirkulum, mengawal pergerakan kerajaan juga ialah tujuan perlembagaan.

Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja kepada rakyat melalui asasi dan hak orang

Melayu tetapi juga memperuntukkan kuasa kepada pemerintah .


1.1 Definisi Konsep

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah negara.

Setiap individu haruslah mematuhi dan mengikut keluhurannya. Seterusnya , perlembagaan juga

dianggap sebagai panduan mengatur serta menyesuaikan pemerintahan sesebuah negara. Tiada

undang-undang lain yang boleh menyelesaikan peristiwa-peristiwa dalam perlembagaan adalah

konsep ketertinggian perlembagaan dan ini telah dikenali sebagai keluhuran perlembagaan dalam

sesebuah negara. Perlembagaan juga membabitkan dengan langkah-langkah keputusan awam

dicapai.

Pada tahun 1980 , Ibrahim telah melakukan sebuah kajian yang menumpukan kepada soal

penghayatan identiti-identiti nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum antara lain

mendapati kebanyakan kaum bukan Melayu kurang mempunyai sikap yang positif dalam proses

pembinaan negara bangsa. Lebih mengejutkan kajian tersebut juga mendapati kaum Melayu juga

menunjukkan sikap negatif terhadap bangsa atau elemen-elemen kebangsaan bila mana

menyifatkan Hari Kebangsaan adalah hari cuti umum semata-mata.

Menurut Thock Ker Pong dalam Sarjit dan Lee memperuntukkan bahawa meskipun

Malaysia memiliki satu model politik yang berkesan pada tahun 2008 . Hal ini adalah untuk

masyarakat majmuk bertunjangkan gabungan parti-parti politik , namun hakikatnya stabiliti yang

wujud dalam negara sebenarnya rapuh . Selain itu , hal ini dikatakan menepati kajian yang

pernah dilakukan oleh Arend Lijphart pada tahun 1977 iaitu keseimbangan yang dicapai dalam

negara majmuk tanpa penguasaan akan bersifat sementara dan bakal membahayakan hubungan

etnik dimasa hadapan . Ini telah dibuktikan apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dahulu.
Selepas itu muncul pula situasi kekuasaan Melayu iaitu satu hakikat yang sukar diterima oleh

orang-orang Cina di Malaysia . Hal ini masih dirasakan sehingga sekarang dan juga dikatakan

antara menjadi faktor kemenangan banyak kerusi parti pembangkang Cina terutama DAP

(Democractic Action Party) semasa pilihan raya umum tahun 2008.

Pada tahun 2010 , Denison Jayasuria telah menekankan bahawa perpaduan nasional

merupakan ‘tema utama’ dalam pembinaan negara terutamanya setelah negara merdeka. Dengan

mempunyai masyarakat yang pelbaga , topik yang berkaitan dengan perkongsian kuasa telah

dikatakan sebagai antara mekanisma utama . Hal ini adalah untuk mencapai perpaduan tersebut.

Peranan kerajaan yang memerintah adalah penting demi menganjur atau menggerakkan program

merangsang minda rakyat supaya rakyat lebih memahami dan menjelaskan matlamat sesuatu

dasar atau program .

Dalam hubungan ini, Sivamurugan Pandian telah menyatakan bahawa generasi muda

negara perlu lebih memahami aspirasi negara, sanggup berkorban dan memberi fokus pada tahun

2010 . Hal ini adalah untuk mengisi era pembangunan negara dimasa yang akan datang.

Kumpulan ini mesti menghayati prinsip-prinsip rukun negara, perlembagaan serta dasar-dasar

yang dilaksanakan oleh kerajaan yang dilihat ingin membawa negara ini ke arah yang lebih baik .

Selain itu , dengan mempunyai nilai-nilai patriotik merupakan sesuatu yang sangat dituntut

daripada generasi muda ini . Beliau menegaskan bahawa tidak dapat disangkal lagi , generasi

muda Malaysia adalah mereka yang akan mewarisi negara ini pada masa hadapan jesteru

pemikiran dan tindakan yang betul oleh generasi ini amat dituntut supaya pengharapan boleh

terus diletakkan terhadap mereka.


2.0 Konsep Keluhuran Perlembagaan Dalam Menjamin Keharmonian Masyarakat

Pelbagai Kaum Di Malaysia

2.1Agama Dan Kepercayaan

Agama merupakan sistem yang menyusun tata keimanan dan peribadatan kepada Tuhan

Yang Mahakuasa. Ia juga adalah salah satu pedoman serta pemimpin untuk membawa dan

membimbing manusia ke arah kehidupan yang aman dan harmoni. Agama melibatkan

sebuah komuniti manusia. Oleh itu , agama amat penting dalam kehidupan manusia pada

masa kini.

Kepercayaan memberi tindakan kepada seseorang untuk bertolak pada orang lain apabila

kita memiliki keyakinan padanya. Kepercayaan hanya melibatkan seorang insan yang

lumrah dan tidak dianggap sebagai sesebuah agama.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai kebebasan untuk mangamalkan kebudayaan

masing-masing. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri

daripada berbilang kaum dan pelbagai agama. Sebagai analoginya , agama Islam , agama

Kristian dan agama Buddha. Pada 6 Ogos tahun 610 M , Allah s.w.t telah mewahyukan

agama Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Terdapat beberapa pertentangan telah berlaku

daripada orang Quraisy Makkh dalam proses penyebaran agama Islam. Justeru , Baginda

terus menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah pada 12 September , 622 M. Hal ini

adalah untuk mengawal Islam daripada terus dihimpitkan.

Selain itu , agama Kristian dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan

Islam. Hal ini mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa sebagai anak Tuhan yang digelar

Jesus Kristus. Hari Krismas dan Hari Esther dirayakan oleh agama Kristian. Manusia yang
beragama Kristian bersembahyang di gereja. Namun demikian, kaum Cina meganuti agama

Buddha dan mereka merayakan Hari Wesak dan merayakan Pesta Kuih Bulan. Manusia yang

beragama Buddha mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai “ong” dan “feng shui”.

Di samping itu , setiap kaum juga mempunyai kepercayaan dan fahaman yang tersendiri.

Mereka tidak menganjurkan pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi kejahilan pengikut

dalam sesuatu agama. Mereka menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum

dan agama. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan

faham serta menjamin keharmonian masyarakat di dunia ini. Sebagai contoh , setiap kaum

boleh mengadakan aktiviti rumah terbuka kepada semua kaum agar kaum lain boleh

mengunjungi rumah kaum lain. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu

sama lain walaupun mereka terdiri daripada latar belakang yang tidak sama dan kaum yang

berbeza. Bukan itu sahaja , mereka juga akan lebih memahami antara satu sama lain melalui

aktiviti rumah terbuka.

Jadi , agama dan kepercayaan adalah sangat penting di sesebuah negara untuk menjamin

keamanan dan keharmonian masyarakat walaupun berbeza kaum.


2.2Menjamin Hak Asasi Manusia

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang tertinggi di Malaysia. Pada tahun

1955 , Jawatankuasa kerja telah mendrafkan perlembagaan ini. Selepas itu , draf itu didalami

oleh Suruhanjaya Reid yang mendatangkan kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia , hak asasi manusia telah disenaraikan dan hak

ini juga mengandungi 9 fasal.

Hak asasi merupakan satu konsep yang meliputi setiap agama , bangsa , kaum , budaya

dan kepercayaan serta memberi kebebasan kepada setiap individu untuk melaksanakan apa-

apa perkara yang tidak mencabuli undang-undang. Ia juga merupakan prinsip-prinsip asa

dalam kehidupan berpolitik sesebuah masyarakat. Sebagai contoh , hak kebebasan

beragama , hak kebebasan bergerak dan hak kebebasan bercakap. Hak ini juga adalah salah

satu hak yang tidak boleh kita dipisahkannya bagi setiap individu. Oleh itu , maruah dan

harga diri manusia terus dilindungi.

Namun demikian, terdapat pelbagai konsep dan definisi yang menimpa hak asasi

manusia. Hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai hak yang wajib diterima dengan sama

rata dan saling bergantung. Misalnya , hak untuk mendapat pendidikan dan pelindungan yang

bijak , hak asasi wanita , hak asasi kanak-kanak dan lain-lain. Hak asasi manusia bersifat

sejagat, saling bergadung dan tidak boleh dibagikan. Jadi , hak manusia dapat dijaminkan.

Di samping itu , hak asasi manusia disebut oleh Perlembagaan Persekutuan untuk

menjadi rujukan utama kepada semua manusia. Misalnya , semua kes mahkamah yang

melanggar hak manusia ini , perlembagaan nagara akan memberi hukuman yang sesuainya.
Seterusnya , institusi yang penting dalam memperkenalkan pendidikan hak asasi munusia

kepada rakyat Malaysia ialah SUHAKAM iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Badan ini

bersikap positif apabila melaksanakan program pendidikan hak asasi manusia. Hal ini supaya

individu dapat mengetahui hak-hak mereka terutamanya masyarakat di luar Bandar.

Oleh itu , hak asasi manusia adalah sangat mustahak kepada semua rakyat. Ia dapat

menjaga hak-hak manusia dan juga boleh menjamin keharmonian masyarakat di Malaysia

walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum , agama , budaya dan bangsa.
2.3 Alat Untuk Menyelesaikan Masalah

Perlembagaan telah menjadi perundangan yang utama dalam sesebuah negara. Ia juga

merupakan rujukan yang utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.

Hal ini demikian kerana banyak masalah dan konflik dapat diselesaikan dalam perlembagaan

dan ini dapat mengurangkan pergaduhan atau perselisihan faham. Oleh itu , ini dapat

melahirkan masyarakat yang sempurna dan harmoni di sesebuah negara. Sebagai contoh ,

terdapat banyak masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman

kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan. Jadi , perlembagaan adalah

amat penting dalam menyelesaikan masalah.

Bukan itu sahaja , perlembagaan juga boleh melahirkan masyarakat yang aman dan

harmoni kerena ia teleh mengatasi banyak masalah pada masa kini. Justeru itu , dengan

adanya perlembagaan juga dapat menunjukkan perlembagaan merupakan rujukan yang

tertinggi bagi undang-undang yang bertentangan. Ia dapat menyelesaikan konflik yang

berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah. Dengan menyelesaikan masalah dan

konflik di sesebuah negara dapat kita katakan , perlembagaan dapat meningkatkan imej

negara kerana telah melahirkan masyarakat yang harmoni dan sempurna.

Namun demikian , banyak masalah dapat diselesaikan kerana semua individu mematuhi

perlembagaan. Justeru ,
2.4 Menjamin Kedaulatan Dan Keselamatan Negara

Kehuluran Perlembagaan merupakan undang-undang yang paling tinggi dan perlu

dipatuhi dalam menentukan halatuju sesebuah negara. Jadi , ia dapat menjaga kedaulatan dan

keselamatan negara. Jika sesebuah negara mempunyai perlembagaan negara, rakyat dapat

berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk

memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.

Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk dengan pelbagai kuam, agama dan

budaya. Tujuan kedaulatan negara ialah mempertahankan kedaulatan semua negara untuk

mengambil cara-cara yang selesai dan mengutamakan perancangan rapi dari pelbagai sudut.

Ia juga memastikan negara menuntut sesuatu kepentingan yang akan masyarakat. Selain itu,

kedaulatan negara adalah suatu yang perlu dijaga dan dikekalkan. Negara yang masih dijajah

secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan

kelemahan masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahan

maruah negara dan bangsa tersebut pada mata dunia.

Jika negara kita menjadi negara yang berdaulat, rakyat dapat membebaskan daripada

penjajahan kuasa asing. Negara kita akan mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir

negara tanpa pengaruh kuasa-kuasa luar dan mempunyai perlembagaan sendiri seperti

keluhuran perlembagaan. Menjadi negara yang berdaulat dapat diiktirafkan oleh negara luar

kewibawaanya dan mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar. Akhirnya, juda akan

mempunyai identity sendiri seperti ideologi bendera dan jata sendiri.

Bukan itu sahaja, keluhuran perlembagaan juga dapat menjamin keselamatan negara.

Keselamatan negara merujuk kepada keselamatan negara yang dipelihara menempuh


pertahanan sendiri untuk membenarkan tidak dimonopoli oleh kuasa-kuasa luar dari segi

politik, ekonomi dan budaya. Keselamatan negara merujuk kepada tujuan dan cara

bagaimana sesebuah negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya

mengekalkan nilai teras negara tersebut.


2.5 Mewujudkan Pemerintahan Yang Adil

Sistem pemerintahan yang terbentuk di Malaysia sejak tercapainya kemerdekaan, amat

menarik diperhatikan. Pada hakikatnya, sistem pemerintahan di Malaysia adalah berasaskan

prinsip rasional-legal kerana sistem ini dibangunkan berdasarkan sebuah Perlembagaan yang

digubal oleh pakar undang-undang dan governans yang sangat arif.

Konsep keluhuran perlembagaan dalam mejamin keharmonian masayarakat pelbagai

kaum di Malaysia termasuklah mewujudkan pemerintahan yang adil. Hal ini demikian kerana

mampu bertoleransi antara pelbagai kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang

melayu , bahasa melayu , agama islam dan sebagainya. Contohnya , agama Islam sebagau

agama rasmi negara namun agama lain juga bebas diamalkan.

Selain itu, Suruhanjaya Pasukan Polis juga termasuk dalam kumpulan yang berwibawa

menjalankan penyiasatan sekat-imbangan. Dan dalam era teknologi digital ini, pihak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut memainkan peranan menyemak

perbuatan penyebaran maklumat secara atas talian. Pendeknya, sistem pemerintahan Malaysia

yang dibentuk oleh Perlembagaan Persekutuan akan terus berfungsi dan berwibawa dengan baik

dan berupaya membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Namun begitu, sistem pemerintahan Malaysia perlu menyusun dan memantapkan sistem

semak-imbangannya supaya permainan kuasa dan kuat kuasa di bawah sistem demokrasi

berparlimen dan raja berperlembagaannya boleh berjalan dengan baik tanpa melalui kejutan-

kejutan yang merugikan negara.


2.6 Memudahkan Perpaduan Nasional Dan Pembangunan Negara

Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang

mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus

memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran

kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Semua kaum sepatutnya mempunyai semangat perpaduan untuk menjamin keharmonian

masyarakat di Malaysia. Dengan ini,perlembagaan melidungi kepentingan semua kaum dalam

sebuah negara supaya dapat menjaga hak keistimewaan semua kaum. Perlembagaan juga

menjamin keadilan social antara kaum-kaum. Dalam konteks ini , perpaduan nasional dapat

dipupuk serta pembangunan negara juga dapat dipentingkatkan.

Perpaduan nasional dan penbangunan negara sentiasa dititikberatkan kerana dengan

bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya

sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi

yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Tambahan pula, konsep 1 Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara

pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan

cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama

telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial

dan juga politik negara berkenaan.


2.7 Menjamin Keamanan Dan Kestabilan Negara

Antara konsep keluruhan perlembagaan dalam menjamin keharmonian masyarakat pelbagai

kaum di Malaysia ialah kita mesti menjamin keamanan dan kestabilan negara.Hal ini dikatakan

demikian kerana pelbagai kaum tidak akan bergaduh dan boleh hidup bersama.

Pertama sekali, kita harus terlebih dahulu memahamai budaya, adat istiadat, tabiat hidup

mereka. Kita mesti bercakap yang bersopan dengan pelbagai kaum. Sebagaimana yang kita sedia

maklum, kata-kata yang digunakan untuk bercakap seharusnya baik mengelakkan mencari

pertikaian.

Perlembagaan merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan

undang-undang. Elemen-elemen perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di

antara kaum.Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang

Melayu dan pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan,

ketelusan dan kelicinan pentadbiran.

Bekerja keras untuk membiasakan diri dengan aktiviti dan peraturan keselamatan negara,

menurut perangkaan, terdapat lebih daripada 100 undang-undang, peraturan, dan peraturan

mengenai keamanan dan kerahsiaan negara. Misalnya, kita harus memahami apa-apa yang

berkesan, apa-apa yang haram, apa-apa yang boleh dilakukan, apa-apa yang tidak boleh

dilakukan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dengan pelbagai kaum. Kita boleh menziarahi

kawan yang bangsa lain apabila hari perayaan. Sebagai contoh, Sambutan Hari Raya Aidilfitri

dan lain-lain.
Apabila menziarahi mereka dapat mengelakkan pergaduhan. Jikalau,negara tidak

keselamatan, tidak akan ada kelangsungan hidup, pembangunan negara dan individu, tidak

kestabilan sosial, tidak akan ada pembaharuan dan pembangunan yang berterusan. Antara adalah

seperti pelancong tidak mahu melawat ke negara kita apabila negara tidak keselamatan, huru-

hara. Hal ini dikatakan demikian kerana ekomoni negara kita akan semakin mundur.

Apabila negara kita dalam keadaan aman dan sentosa, raya negara tinggal dengan selamat

dan gembiran. Tegasnya, kita mesti menjamin keamanan dan kestabilan negara termasuklah

konsep keluruhan perlembagaan dalam menjamin keharmonian masyarakat pelbagai kaum di

Malaysia.
2.8 Menjamin Taat Setia Rakyat Kepada Negara

Kita mesti termasuklah kita mesti menjamin taat setia rakyat kepada negara. Hal ini

dikatakan demikian kerana negara lain tidak akan berperang di negara kita apabila taat setia

rakyat kepada negara. Misalnya, kita hendaklah jangan mengkhianati negara kita.

Selain itu, kita boleh membeli sebuah kereta domestik untuk membantu ekonomi negara. Hal

ini dikatakan demikian kerana ekonomi negara kita akan semakin meningkatkan. Contonhnya,

kita boleh membeli Proton Saga,Toyota dan lain-lain. Lebih-lebih lagi, rakyat sanggup berkorban

untuk negara. Kita boleh membantu perjuangan negara kita dan memenangi negara. Tamsilnya,

raykat menyertai berbarisan sambutan Hari Kebangsaan dan pekerjaan yang menunjukkan sikap

berkorban untuk negara.

Seterusnya, kerajaan telah bersusah payah membangunkan negeri jadi kita hendaklah

menghargai setiap usahanya. Oleh itu, rakyat mestilah taat setia kepada negara. Sebagai contoh,

kerajaan membantu kami membina bangunan dapat negara yang mewah dan membiarkan pelajar

sekolah rendah dan menengah pergi ke sekolah. Usaha kerajaan dalam memupuk sikap taat setia

kepada raja dan negara. Kerajaan boleh melancarkan pelbagai program untuk tingkatkan

semangat patriotik dalam kalangan rakyat seperti bulan patriotik.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sekolah boleh mengadakan kraf tangan tentang taat

setia kepada negara. Lain daripada itu, peringkat sekolah yang boleh mengadakan aktiviti untuk

melahirkan taat setia kepada negara. Misalnya, kerajaan sekolah menyambutan bulan

kemerdekaan di 31 Ogos dan menyanyikan lagu kebangsaan Kerajaan sekolah juga boleh

membaca ikrar Rukun Negara dalam Majlis Perhimpunan Mingguan.


Di samping itu , raykat mestilah mematuhi undang-undang kepada negara kita. Contohnya,

rakyat menghormati perlembagaan dengan kerajaan. Pelajar boleh belajar bersungguh-

bersungguh untuk menyumbang bakti dan kepakaran kepada negara. Konklusinya, kita mesti

termasuklah kita mesti menjamin taat setia rakyat kepada negara termasuklah konsep keluruhan

perlembagaan dalam menjamin keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


2.9 Kepentingan Perlembagaan Persekutuan

Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.

Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan

kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi

rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan

dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti

hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan.

Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi

kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini

dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini

demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik

negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti

politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.
3.0 Kesimpulan

Pada tahun 1957, Kemerdekaan Malaysia setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah

penjajahan kuasa asing dan negara telah mengecapi kemerdakaan hampir mencecah 62 tahun.

Contohnya, British dan Jepun mempunyai pemerintahan kuasa asing yang meninggalkan

implikasi kepada negara secara tidak langsung. Sebagai menggulung segala yang telah

diperkatakan di atas , sememangnya terdapat banyak konsep Keluhuran Perlembagaan dalam

menjamin keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia . Sebagai analoginya, kaum

Melayu, Cina dan India merupakan tiga etnik yang utama di Malaysia.

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat

besar dan sangat tinggi dalam membentuk perjalanan pemerintahan di sesebuah negara. Bukan

itu sahaja , perlembagaan juga merupakan tunjang kapada keamanan dan perpaduan kaum di

sesebuah negara. Oleh itu , seluruh strata masyarakat haruslah melangkah sederap dengan pihak-

pihak ataupun agensi-agensi yang lain untuk menjamin keharmonian masyarakat yang pelbagai

kaum di negara kita . Contohnya mematuhi prinsip Rukun Negara. Usaha tersebut haruslah

dititikberatkan dan tidak boleh dipandang enteng . Jika usaha tersebut tidak dititikberatkan ,

terdapat pertelingkahan dan perselisihan faham akan berlaku di negara kita .

Semoga usaha yang murni ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Melalui perlembagaan , setiap warganegara sama pemerintah atau rakyat akan mendapat hak

masing-masing dan pembalaan yang sewajarnya. Justeru itu, sesebuah negara harus membuat

perancangan dengan bijak. Kebolehan sesebuah negara dapat menghadapi cabaran-cabaran yang

sempurna supaya dapat memajukan dan memakmurkan negara pada masa hadapan. Biar
matahari terus bersinar , biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gilang-

gemilang di persada antarabangsa hingga ekal abadi .

Anda mungkin juga menyukai