Anda di halaman 1dari 3

KSSR adalah kurikulum standard sekolah rendah dan KSSM adalah kurikulum standard

sekolah menengah.Dalam subjek sejarah dengan kurikulum yang baharu ini , kebanyakan isi
kandungan mata pelajaran adalah bertujuan untuk menyemaikan nilai-nilai bersatu padu dan
mencintai tanah air sendiri. Terdapat banyak nilai yang disemai.Nilai kesetiaan terhadap
negara adalah antara nilai utama yang diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah KSSR dan
Sejarah KSSM. Kesetiaan terhadap negara dapatlah dikonotasikan sebagai keteguhan hati
terhadap negara yang meliputi kesetiaan terhadap bangsa, agama serta raja atau pemimpin.
Laksamana Hang Tuah telah dilabelkan sebagai ikon yang menjunjung nilai kesetiaan
sehingga sanggup menikam sahabat baiknya Hang Jebat demi kesetiaannya terhadap Sultan
Melaka. Hang Tuah bukanlah membunuh sahabatnya apatah lagi memusuhi Hang Jebat
kerana dendam. Kesetiaannya itu, pada zaman ini disebut sebagai bersikap profesional.
Kesetiaannya terhadap Sultan Melaka dan Kerajaan Melaka telah menyelamatkan Melaka
daripada kehancurannya di tangan Hang Jebat. Jika Hang Tuah memilih untuk membela Hang
Jebat mungkin kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka akan lenyap begitu sahaja. Malah,
mungkin tidak akan wujud kerajaan Malaysia seperti hari ini yang pada dasarnya dimulai oleh
golongan penjajah seperti penjajah Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Oleh itu,
bersemangat setia negara itu amatlah penting untuk menjamin kedaulatan negara.Apabila
telah wujud nilai kesetiaan itu, perpaduan dalam sesebuah masyarakat itu akan lahir dengan
sendirinya kerana mempunyai pegangan yang sama.

Seterusnya, kedua-dua Sejarah KSSR dan Sejarah KSSM menitikberatkan nilai


kekitaan dalam kurikulum tersebut. Nilai kekitaan yang dimaksudkan adalah dapat hidup
bersepadu, bertolak ansur , bersefahaman, hidup muhibah, berbangga dengan Hari
Kemerdekaan serta meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Rasa kekitaan
dan kebersamaan itu harus wujud dalam diri kita sebagai bangsa Malaysia. Keengganan
penduduk tempatan menerima kehadiran pemerintah kerajaan kolonial British dalam
mentadbir Sarawak telah mengundang semangat nasionalisme secara terang-terangan.
Gerakan anti-penyerahan telah bangkit menyelubungi majoriti penduduk Sarawak dengan
kemuncaknya peristiwa serangan berani mati, Rosli Dhobi pada tahun 1949 yang
mengakibatkan kematian Gabenor Sir Duncan. Gerakan anti-cession semakin hebat dengan
penglibatan kakitangan kerajaan terutamanya golongan guru yang sama-sama meniup
semangat anti-penyerahan sehingga Circular No.9 dikeluarkan oleh British. Semangat
kekitaan rakyat dalam Gerakan Anti- Cession ini penting untuk diambil iktibar oleh murid.
Dengan itu, murid sedar akan kepentingan ataupun hak dalam masyarakat dapat kita
perjuangkan bersama-sama jika semangat kekitaan itu kuat.Disamping itu, nilai hormat-
menghormati yang ditekankan dalam Sejarah KSSM dan Sejarah KSSR perlulah dihayati
dengan sebaiknya oleh murid.
Nilai hormat-menghormati yang dimaksudkan adalah menghormati raja dan pemimpin,
lambang negara, dan menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Isu-isu
sensitif yang melibatkan isu perkauman dan agama yang sering dibangkitkan sejak-sejak
akhir-akhir ini amat merunsingkan.Perkara buruk akan tercetus jika tiada lagi persefahaman
antara kita rakyat Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan detik hitam sejarah
negara yang tidak perlu diulang lagi. Kita seharusnya cuba mendalami kebudayaan dan
kepercayaan orang lain dalam erti kata untuk mengetahui sejarahnya seterusnya
menimbulkan rasa hormat dalam diri supaya kita tidak akan memperlekehkan bangsa lain.
Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan
secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya
merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh
pemimpin-pemimpin dahulu.

Selain itu, nilai bertanggungjawab turut dititikberatkan dalam kedua-dua mata


pelajaran tersebut. Murid perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai
warganegara. Apabila berbicara soal tanggungjawab sebagai warganegara, antara perkara
utama yang harus kita fokuskan adalah pemilihan pemimpin yang berwibawa. Memilih
pemimpin yang terbaik adalah amat perlu untuk membentuk sebuah masyarakat yang
harmoni. Hal ini terbukti apabila peruntukan mengadakan pilihan raya telah termaktub dalam
Perjanjian Persekutuan 1948. Ia merupakan tindakan awal pihak British dalam proses
menyerahkan secara beransur-ansur status berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu.
Dalam pada itu, generasi muda seharusnya memahami tanggungjawab mereka sebagai
individu yang mencorak masa depan negara. Pendidikan adalah perkara pokok yang harus
dilihat dalam melahirkan generasi pemimpin.Sudah termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bahawa kerajaan berhasrat untuk melahirkan individu yang mempunyai intelek
yang tinggi, berketerampilan serta dapat menyumbang kepada kemakmuran negara. Hal ini
dicapai melalui kurikulum-kurikulum yang dibentuk.

Penambahbaikan kurikulum dapat kita lihat dari semasa ke semasa mengikut


kesuaian dan tuntutan zaman itu. Maka, dengan itu, akan lahirlah pemimpin berwibawa yang
akan mengekalkan perpaduan rakyat.Bukan itu sahaja, nilai yang terkandung dalam mata
pelajaran Sejarah tersebut menuntut kita agar berbangga dan menghormati lambang-
lambang dan simbol negara. Jangan kita persenda dan perlekehkan lambang-lambang dan
simbol-simbol kebanggaan yang menjadi tanda wujudnya Malaysia. Setiap butir-butir
mengenai maksud di sebalik, sejarah, pencipta,atau sumber ilham terhadap simbol-simbol
atau lambang-lambang negara perlulah diketahui.. Malah mungkin ramai yang tidak
mengetahui kenyataan bahawa bunga raya dipilih menjadi Bunga Kebangsaan setelah
bersaing dengan enam bunga lain iaitu bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka,
bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung pada akhir tahun 1958. Hari ini, pemilihan
bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada
padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga
dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai