Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

 Secara literalnya , merujuk Kamus Dewan Edisi ke 4 (2005) manusia didefinisikan


kepada makhluk yang mempunyai akal budi, masyarakat pula membawa erti
sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan
peraturan-peraturan tertentu, negara Malaysia pula bermaksud negara yang terletak di
asia tenggara, moden dan maju menggambarkan keadaan yang baharu dan merujuk
kepada masa kini, mementingkan dan memerlukan pula merujuk sesuatu yang amat
mustahak dan akhir sekali sejarah pula merujuk kepada peristiwa yang benar-benar
berlaku pada waktu yg lampau, kisah, riwayat, atau tambo.

 Pengertian ini jika digarapkan dalam bentuk konseptual dapatlah diertikan sebagai
sekumpulan manusia yang mempunyai akal budi yang hidup bersama-sama di Malaysia
amat memerlukan sejarah atas rasional yang tertentu.

 Sejarah menurut Aristotle, sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian
sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau
juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod
atau bukti-bukti yang konkrit.

 Menurut Herodatus iaitu bapa sejarah dunia, sejarah ialah penceritaan tentang tindakan
manusia dan sebab mereka melakukan. Sejarah juga ialah satu kajian untuk
menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban.

 Menurut Muhammad Yusoff Hashim, sejarah membawa kita mengenali jati diri atau asal
usul bangsa kita.

 Secara harfiahnya, sememangnya manusia, masyarakat dan negara amat memerlukan


dan mementingkan sejarah.

KEPENTINGAN SEJARAH
Kepentingan sejarah secara umumnya dapat dibahagikan kepada 3 aspek iaitu kepentingan
sejarah kepada manusia, kepentingan sejarah kepada masyarakat dan kepentingan sejarah
kepada negara. Kepentingan sejarah dapat dilihat secara jelas melalui huraian seperti
berikut:-
1) KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA MANUSIA

 Sebagai Sumber Abstrak Dan Nyata

- Sejarah dikatakan abstrak kerana masa lampau tidak mungkin dapat di


hidupkan dari segi jasadnya mengenai sejarah yang telah berlaku. Manakala
sejarah itu di anggap nyata pula kerana manusia itu boleh menggambarkan
semula apa yang telah berlaku walaupun bukan secara keseluruhannya, tapi
dengan gambaran yang masih diingiti oleh manusia tersebut.

- Sumber ini boleh dirujuk bagi merancang masa hadapan manusia itu. Ini
dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi generasi
seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang.

- Pada keseluruhannya setiap manusia mempunyai masa lalu dan sangat


mustahil bagi manusia itu melupakan sejarah yang telah dilaluinya, melainkan
manusia itu hilang ingatan.

 Sejarah Menambahkan Ilmu Pengetahuan

- Melalui pengetahuan yang diperoleh, masyarakat akan dapat meningkatkan


keyakinan diri berdasarkan peristiwa serta sumbangan tokoh yang berlaku
sebelum ini.

- Memainkan peranan penting dalam pembinaan intelektual. Menurut F.W


Boardman JR., pembelajaran sejarah bertujuan menjadikan manusia lebih arif
dan bijaksana.

- Seseorang itu juga dapat membuat penilaian tentang kepentingan sebab dan
akibat sesuatu peristiwa.

- Misalnya, sejarah kemerdekaan negara kita, kematangan Tunku Abdul


Rahman dalam langkah mempelopori memerdekakan negara dengan
menggunakan kaedah berunding membolehkan kita mendapatkan
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah

- Menurut Sartono Kartodirdjo pula, pendidikan sejarah berperanan sebagai


alat didaktik khususnya sebagai tunjang pendidikan nasional. Dalam hal
ini,pengetahuan sejarah khususnya sejarah nasional akan membolehkan
sesuatu bangsa terutamanya generasi muda menjadi lebih prihatin terhadap
bangsa dan pembangunan negaranya.

 Sejarah Memberi Iktibar Dalam Kehidupan Harian Manusia

- Melahirkan perasaan jati diri dan membentuk keperibadian bangsa yang


cemerlang

- Menjadikan manusia lebih menghargai sejarah yang ada

- Sejarah menjadi pengajaran kepada kita untuk menghargai dan menyanjung


sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara

2) KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA MASYARAKAT

 Simbol Identiti

- Masyarakat memerlukan sejarah dan mementingkan sejarah kerana peristiwa


sejarah dapat dijadikan identiti kepada sebuah masyarakat.

- Identiti sesuatu masyarakat ini mungkin akan memberi kelebihan dan


keunikan kepada sekumpulan masyarakat berbanding masyarakat yang lain

- Sebagai contoh, masyarakat negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih


berbeza dengan masyarakat lain yang mengamalkan adat temenggung.
 Sejarah Sebagai Sumber Rujukan Kepada Masyarakat

- Arthur Marwick berkata bahawa masyarakat memang memerlukan sejarah.


Masyarakat kita yang canggih hari ini memerlukan banyak sejarah. Kita
seharusnya sentiasa memandang kepada sejarah untuk dijadikan sumber
rujukan

- Menurut kata Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengatakan bahawa kita


tidak seharusnya melupakan sejarah kerana bimbang manusia akan
mengulanginya semula . Sebagai contoh Peristiwa 13 mei tidak seharusnya
dilupakan kerana kita tidak ingin perkara tersebut akan berlaku semula akibat
kegagalan masyarakat untuk mengingati kesan peristiwa tersebut kepada
masyarakat sekeliling.

- Melalui peristiwa ini, masyarakat telah dapat hidup bersama dalam satu
negara telah mengajar masyarakat di Malaysia untuk memahami antara satu
sama yang lain dan mengetahui isu-isu sensitive yang tidak seharusnya
dibangkitkan

- Setiap manusia memerlukan masa lalunya untuk meneruskan kehidupan di


hadapan. Pengalaman masa lalu menjadikan seseorang itu menjadi lebih
matang dan akan mampu untuk mengecapi dan merancang kehidupan masa
hadapan dengan lebih baik dan cemerlang

 Sejarah Sebagai Peransang Kemajuan Kepada Masyarakat

- Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti
zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh
dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara.

- Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-
tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh
Parameswara.

- Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang


mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin
dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih
cemerlang.

- Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan


menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan
kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu
mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

3) KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA NEGARA

 Lambang Identiti Sebuah Negara

- Setiap negara mempunyai sejarah yang mengandungi keunikan tersendiri.


Sejarah sesebuah negara itu tidak seharusnya dipandang ringan dan mesti
dihargai kerana ia menjadi lambang identiti sesebuah negara

- Sebagai contoh, sejarah penciptaan bendera harus diketahui . bermula dari


siapa yang mengilhamkan penciptaan bendera sehingga tarikh bendera
tesebut pertama kali dikibarkan harus diketahui

- Hal ini demikian kerana, ia adalah melambangkan identity negara.

 Sebagai Sumber Rujukan

- Sejarah juga penting kepada sesebuah negara kerana ia akan digunakan


sebagai rujukan untuk mencerminkan keadaan masa lalu dengan masa kini.

- Mengambil satu contoh peristiwa pada 2013 apabila seorang lelaki yang
mendakwa bahawa dirinya adalah Raja Melaka yang sah
- Namun selepas dikaji berdasarkan sumber rujukan yang sah, ternyata
bahawa dakwaan lelaki tersebut adalah tidak benar.

 Sejarah Sebagai Penunjuk Wilayah Autoriti

- Sejarah juga penting kepada sesebuah negara sebagai bukti bahawa sesuatu
wilayah itu adalah hak milik sah sesebuah negara.

- Terlalu banyak peristiwa tuntutan wilayah disebabkan pertindihan wilayah


antara negara-negara

- Contoh isu pertindihan wilayah adalah isu Batu Puteh antara Malaysia dan
Singapura yang berpihak kepada Singapura. Singapura menyandarkan
tuntutan mereka kepada pendudukan secara sah oleh pihak British apabila
mereka membina rumah api Horsburgh di atas Pulau Batu Puteh yang di
katakan terra nullius (tidak bertuan) sebelum 1847.

- Malaysia dikatakan gagal mengemukakan bukti kukuh yang menunjukkan


kedaulatan Johor ke atas Pulau Batu Puteh. Kegagalan Malaysia dalam
mengemukakan surat meminta kebenaran daripada pihak British kepada
kerajaan Johor juga dibangkitkan oleh Singapura dalam hujah mereka.

- Singapura juga mengemukakan bukti bagi menunjukkan kuasa pentadbiran


dan undang-undangnya di Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya melalui
pelbagai aktiviti seperti kawalan akses dan lawatan ke Pulau Batu Puteh.

- Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa sejarah penting kepada sesebuah


negara.

KESIMPULAN

Kesimpulannya , perbahasan mengenai kepentingan sejarah sama ada kepada manusia,


masyarakat mahupun negara tidak lagi harus dipersoalkan. Sejarah memberi pelbagai
kepentingan kepada mereka yang menghargainya tidak kira secara langsung mahupun tidak
langsung.

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Arba’iyah Mohd Nor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

E.H Carr. 1990. What is History?. London: Penguin Books

Kamus Dewan. 2005. Ed.ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuntowijoyo,1999. Pengantar Ilmu Sejarah. Yogjakarta: Yayasan Bentang Budaya.

Muhd Yusof Ibrahim. 1994. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara. Jebat 22,
Kuala Lumpur

Muhd Yusof Ibrahim. 2000. Ilmu Sejarah: Falsafah,pengertian dan kaedah . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka

R. Suntralingam. 1985. Pengenalan Sejarah. Kuala Lumpur: Merican and Sons

Anda mungkin juga menyukai