Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A (20 MARKAH)

Arahan: Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diberi dengan memilih hanya satu
jawapan yang betul sahaja.Sila isikan jawapan anda pada ruangan yang disediakan.

1. Siapakah yang mengisytiharkan pembentukan Malaysia?


A. Lee Kuan Yew B. Sir Anthony Abell
C. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj D. Tun Temenggong Jugah Anak Barieng

2. Apakah faktor pembentukan Malaysia?


A. Menjadi kuasa besar dunia B. Menjamin keselamatan negara
C. Mengamalkan sistem demokrasi D. Rakyat senang bergerak antara negeri

3. Apakah negeri yang tidak terlibat dalam pembentukan Malaysia?


A. Pahang B. Singapura C. Filipina D. Pulau Pinang

4. Di manakah referendum telah dijalankan pada tahun 1962?


A. Borneo Utara B. Sarawak C. Singapura D. Johor

5. Mengapakah sambutan Hari Malaysia penting untuk negara?


A. Mengukuhkan perpaduan B. Memantapkan ekonomi
C. Menjamin keselamatan D. Mendapat cuti umum

6. Tujuan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia adalah untuk


A. Memenuhi undangan orang tempatan B. Memberikan penerangan kepada pemimpin
C. Meninjau pendapat penduduk D. Mendapatkan dokumen dari penduduk

7. Di manakah terletaknya bandar diraja bagi negeri Johor?


A. Kuala Kangsar B. Bandar Maharani C. Pekan D. Seri Menanti

8. Perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan telah mewujudkan etnik
Cina peranakan yang juga dikenali sebagai ?
A. Baba dan Nyonya B. Babu dan Nyonya C. Baba dan Nyanya D. Babu dan Nyanya

9. Nama sembilan negeri kecil di Negeri Sembilan ialah Inas, Tampin, Ulu Muar,

Sungai Ujong, Rembau,Gunung Pasir, Jempol ………………dan……………….

A. Jasin dan Jitra B. Jelebu dan Johol


C. Jerlun dan Jertih D. Jelai dan Jerai

10. Berikut adalah negeri-negeri yang mendapat nama dan mempunyai kaitan
dengan nama pokok KECUALI negeri ?
A. Pulau Pinang B. Sabah C. Melaka D. Sarawak

11. Apakah gelaran ketua bagi negeri Melaka?


A Yang di-Pertua Negeri B Yamtuan Besar C Sultan D Raja

12. Semua yang berikut adalah benar, tentang kepentingan menghormati identiti negeri kecuali
A. Rakyat hidup bersatupadu
B. Mewujudkan masyarakat yang taat dan setia
C. Melahirkan masyarakat yang cintakan tanah air
D. Semua negeri dapat bekerjasama antara satu sama lain

13. Sebab-sebab Rukun Negara Diperkenalkan adalah seperti berikut KECUALI ?


A. Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969
B. Bagi mengawal kegiatan komunis dan kemasukan warga asing.
C. Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
masyarakat.
D. Dasar pemerintahan semasa British menyebabkan berlaku pengasingan tempat tinggal dan
pekerjaan.

14. Apakah yang akan berlaku jika kita TIDAK menghayati prinsip Rukun Negara?
A. Negara akan aman harmoni
B. Masyarakat tidak akan bersatu padu
C. Ekonomi negara semakin berkembang
D. Merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar

15. Apakah dasar pihak Britisah semasa pemerintahannya, sehingga tercetus peristiwa hitam
13 Mei 1969 ?
A. Dasar pecah tanah B. Dasar pecah dan perintah
C. Dasar tutup pintu kepada negara luar D. Dasar percukaian yang tinggi dan penindasan

16. Berikut adalah kumpulan etnik utama yang terdapat di Sarawak KECUALI ?
A. Bidayuh B. Iban C. Jakun D. Melanau
17. Apakah kegiatan ekonomi atau sumber hasil masyarakat Orang Asli ?
A. Menghasilkan makanan ternakan B. Menjalankan ternak udang dalam sangkar
C. Menebang kayu balak dan menoreh getah. D. Mencari hasil hutan, berburu dan menangkap ikan
18. Semua yang berikut merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu kecuali
A Wau B Kabbadi C Sepak raga D Permainan gasing

19. Kepercayaan berikut dalam agama Hindu dikenali sebagai

Buat baik dibalas baik.


A.Lumrah alam B. Hukum karma C. Hukum tabii D. Syarat wajib

20. Yang manakah antara berikut disarankan oleh agama Tao?


I Balas budi pemimpin II Keharmonian hidup
III Mesra dengan alam IV Suka mengembara
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

RUANGAN JAWAPAN BAHAGIAN A

1 11

2 12

3 13

4 14

5 15

6 16

7 17

8 18

9 19

10 20
BAHAGIAN B (33 MARKAH)
Arahan: Jawab semua soalan yang diberikan.

1. Tandakan (/) bagi pernyataan yang benar dan (X) bagi pernyataan yang salah.

Pembentukan Malaysia mencapai kejayaan melalui proses rundingan.

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembentukan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura masing - masing
membantah untuk bergabung membentuk Malaysia.

Cadangan Gagasan Malaysia telah diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan yang hebat daripada negara China dan
England.

Pemasyhuran Malaysia diadakan pada 31 Ogos 1957.

Langkah permuafakatan, perundingan dan proses perundangan merupakan kejayaan


dalam pembentukan Malaysia.
( 8Markah )

2. Labelkan.
1. Lorekkan atau warnakan negeri di mana kamu bersekolah sekarang
2. Tuliskan huruf A dalam bulatan, bagi negeri Sarawak .
3. Tuliskan huruf B bagi negeri di mana Bandar Dirajanya adalah Pekan.
4. Tuliskan huruf C bagi negeri di mana ketua negerinya adalah Yang di-Pertuan Besar.
5. Tuliskan huruf D bagi negeri di mana ibu negerinya adalah Ipoh.
( 5Markah )
3. Rukun Negara mengandungi lima prinsip yang menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia.
Rukun Negara merangkumi prinsip hidup bermasyarakat dan nilai kenegaraan.
Berdasarkan kenyataan di atas, senaraikan 5 prinsip Rukun Negara Malaysia.
i. ________________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________
iv. _______________________________________________________
v. _______________________________________________________
( 5 Markah )
4. Kategorikan pernyataan di bawah sama ada alat muzik atau permainan.

Tayam Sumazau Tating Lawi Sepak Manggis Ngajat

Inang Sewang Sape Veenai Seruling

Ketingting Tibau Bhagra Yangqin Sampoton

Kebudayaan Kaum dan Etnik Di Malaysia


Alat Muzik Permainan

( 10Markah )
5. Padankan dengan yang betul.

Kepercayaan Hukum Karma Islam

Wajib bersolat lima kali sehari Buddha

Bersembahyang di wat Hindu

Menekankan perikemanusiaan Tao

Mementingkan keharmonian hidup dengan alam Konfusianisme


semesta
( 5Markah )
BAHAGIAN C (6 MARKAH)
1. Nyatakan dua pengajaran yang kamu boleh ambil daripada peristiwa Pembentukan Malaysia.
i)_________________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________________
_
2) Tuliskan dua kepentingan menghormati identiti negeri masing - masing.
i)_________________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________________
_
3) Apakah dua nilai murni yang dapat kamu ambil daripada Rukun Negara?
i)_________________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________________
_

Anda mungkin juga menyukai