Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera...

 
Alhamdulilah, marilah kita melafaskan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan
kurnianya, maka dapat kita hadir pada pagi ini, bagi mengadakan Mesyuarat Agong PIBG SKSR dengan lancar dan
jayanya.
 

Pertamannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah
banyak memberi kerjasama kepada barisan ahli jawatan kuasa PIBG untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mewakili ibu bapa di SKSR.
 

Saya sangat berbesar hati, atas kehadiran ibu bapa pada majlis hari ini. Lebih-lebih lagi mesyuarat pada
pagi ini dihadiri oleh seorang tetamu khas iaitu wakil kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Hj. Tosrin Bin Javanthi selaku Pegawai Penerangan di
Jabatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
 

Dengan kehadiran Tuan Haji Tosrin Bin Javanthi ,sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat
kepada keluarga dan para pelajar di SKSR.
 

Sebagai ibu bapa kepada generasi pelapis Negara, kita perlu bersiap siaga melengkapkan diri dengan ilmu
keibu bapaan agar dapat menangkis dan menampan anasir liar yang galak meggoda anak-anak kita yang masih
mentah lagi jiwanya.
 

Sebagai guru, kita perlu bertanggungjawab menyampaikan ilmu dengan lebih kreatif dan inovasi untuk
melahirkan insan-insan yang berilmu dan berdaya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran kehidupan seharian.
 

Akhir kata, sya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan kepimpinan PIBG, guru-guru, ibu bapa
dan seluruh warga SKSR yang telah memberi komitmen sehingga terlaksananya Mesyuarat Agong PIBG pada tahun
ini. Semoga apa yang kita laksanakan mampu menyambut cabaran gagasan 1 Malaysia di Simpang Renggam
seterusnya mengekalkan tradisi kecemerlangan dalam semua bidang.
 

Sekian, terima kasih.


 

Anda mungkin juga menyukai