Anda di halaman 1dari 5

MODUL BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Kesalahan Sintaksis dalam Karangan Bahasa Melayu STPM

1. Ayat tidak mempunyai subjek


Contoh:
i) Bagi golongan miskin mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.
Sepatutnya : Bagi golongan miskin, mereka mengharapkan bantuan kewangan
daripada kerajaan.

2. Ayat tidak mempunyai predikat


Contoh:
Misalnya, Nokia, Samsung, Iphone, dan Sony.
Sepatutnya: Misalnya, jenama telefon bimbit yang menjadi kegemaran remaja ialah
Nokia, Samsung, Iphone, dan Sony.

3. Ayat yang dimulakan dengan kata hubung gabungan


Contoh:
i) Dan kami bertindak mengikut arahan pihak berkuasa.
Sepatutnya: Kami bertindak mengikut arahan pihak berkuasa.
ii) Manakala hal itu masih belum kami bincangkan.
Sepatutnya: Hal itu masih belum kami bincangkan.
iii) Tetapi, kesalahan yang sama tetap diulanginya.
Sepatutnya: Kesalahan yang sama tetap diulanginya.

4. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif tetapi tidak diikuti oleh objek
Contoh:
i) Mereka meningkatkan lagi usaha mereka dengan bersungguh-sungguh.
Sepatutnya: Mereka meningkatkan usaha mereka dengan bersungguh-sungguh.
ii) Pasukan mereka menjuarai dalam acara maraton.
Sepatutnya: Pasukan mereka menjuarai acara maraton.
iii) Mereka membincangkan tentang masalah mereka.
Sepatutnya: Mereka membincangkan masalah mereka.

5. Salah binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga


Contoh:
Buku itu telah mereka beli minggu lepas.
Sepatutnya:
Buku itu telah dibeli oleh mereka minggu lepas.

6. Salah binaan ayat pasif kata ganti nama diri pertama/kedua


Contoh:
Perkara itu saya belum putuskan.
Sepatutnya:
Perkara itu belum saya putuskan.
7. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit (kata hubung berulang-ulang/banyak
kata hubung)
Contoh:
Antara cadangan yang diperlukan dibincangkan ialah ibu bapa, pensyarah-
pensyarah dan sikap pelajar itu sendiri yang perlu menggalakkan dan menasihati
pelajar-pelajar agar meminati membaca dan menghayati buku-buku ilmiah.

8. Ayat tanya yang dijadikan ayat penyata.


Contoh:
Dia tidak tahu mengapa ayahnya marah-marah.
Sepatutnya: Dia tidak tahu sebab ayahnya marah-marah.

9. Ayat yang mengandung unsur lewah


Contoh:
Kebanyakan buku-buku yang dijual merupakan buku terjemahan.
Sepatutnya: Kebanyakan buku yang dijual merupakan buku terjemahan.

10. Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung yang salah


Contoh:
i) Dia memberitahu kami yang dia masih belum bersedia. (Ayat Majmuk
Pancangan Komplemen, kata hubungnya ‘bahawa’ dan ‘untuk’)
Sepatutnya:
Dia memberitahu kami bahawa dia masih belum bersedia.
ii) Beberapa orang disyaki menjadi anggota kumpulan haram telah ditangkap oleh
polis. (Ayat Majmuk Pancangan Relatif, kata hubungnya ‘yang’)
Sepatutnya:
Beberapa orang yang disyaki menjadi anggota kumpulan haram telah ditangkap
oleh polis.

11. Ayat yang tidak menggunakan kata sendi nama sedangkan kata sendi nama
perlu hadir dalam ayat tersebut
Contoh:
i) Kami berbincang perkara itu. Sepatutnya: Kami berbincang tentang perkara itu.
ii) Dia melihat ke atas dan bawah. Sepatutnya: Dia melihat ke atas dan ke bawah.

12. Ayat yang mengandung pengaruh Bahasa Inggeris


Contoh: Ini kerana negara kita akan mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Sepatutnya: Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita akan mencapai status
negara maju pada tahun 2020.

13. Ayat yang salah penggunaan penanda wacana


Contoh:
Sehubungan itu, ada sesetengah pelajar masih tidak mengambil berat akan
aspek kesihatan.
Sepatutnya:
Sehubungan dengan itu, ada sesetengah pelajar masih tidak mengambil berat
akan aspek kesihatan.
14. Ayat yang menggunakan kata hubung berpasangan tanpa pasangannya/salah
pasangan
Contoh:
Mereka sedang membincangkan hal sama ada hendak balik dan berehat.
Sepatutnya: Mereka sedang membincangkan hal sama ada hendak balik atau berehat.
Bukan sahaja...malah/tetapi sama ada...atau
sungguhpun...namun Baik...mahupun/atau
biar...jangan semakin...semakin
bukan sahaja...tetapi juga/malahan sedangkan...tambahan pula

15. Kesalahan struktur frasa – Tidak mematuhi Hukum D-M


Contoh: Dia bekerja di Syed Restoran.
Sepatutnya: Dia bekerja di Restoran Syed.

16. Tidak boleh digunakan untuk memulakan perenggan isi karangan.


Contoh: bukan itu sahaja, tambahan pula, tambahan lagi

17. Ayat tersebut tertinggal kata hubung yang sepatutnya ada dalam ayat

18. Penggunaan kata hubung “dan” dan “serta”. Jika calon guna “serta” tanpa ada
“dan”, maka ayat tersebut dianggap kesalahan sintaksis.

19. Kesalahan semantik (makna ayat)

20. Isi faktor; x boleh mulakan ayat dengan faktor penebangan…

21. Membimbangkan dalam (X)

22. Memberi ancaman (x)

23. Senarai ahli jawatankuasa (x)

24. Serta…dan (X)

25. Berkaitan ancaman (X)

26. Langkah-langkah mengatasi (x)

27. Peka dengan (x)

28. Adalah disebabkan (X) Contoh makanan segera ialah (kn) cantik (ka) adalah
dengan

29. Justeru itu, (awal ayat)

30. Hubungan silaturrahim (pilih salah satu)

31. Ianya (x) ia


32. Mengelak daripada (x)

33. Malahan (di awal ayat)

34. Ialah sentiasa (x)

35. Membantu untuk (x)

36. Sekiranya ingin (x) sepatutnya… sekiranya (objek) ingin

37. Di kalangan

38. Menghulur

39. Saling tolong-menolong (lewah)

40. Di pagi yang indah ini

41. Melalui (di awal ayat)

42. Hal ini kerana - x

43. Adalah dapat

44. Mengenali dan sepaptutnya mengenali +objek

45. Dipercepatkan – memperbesarkan X – memperbesar memper (ka) xkan

46. Diperolehi - diperoleh

47. Memberi manfaat kepada pengguna

48. Negara luar sepatutnya negara dr luar

49. Ialah dapat

50. Akhir sekali - akhirnya

51. Pada abad ini – pada era pemodenan x pada era globalisasi

52. Seterusnya di awal ayat

53. Mencungkil minat

54. Mengasah minat


Penanda Wacana
Yang betul:
1. Selain itu, / Selain
2. Di samping itu,
3. Oleh hal yang demikian,
4. Sehubungan dengan itu,
5. Namun demikian, / Namun begitu,
6. Hal ini dikatakan demikian kerana,
7. Hal ini disebabkan

Yang salah:
1. Selain dari itu, / Selain daripada itu,
2. Oleh yang demikian,
3. Sehubungan itu,
4. Namun,
5. Justeru, / Justeru itu,
6. Ini kerana, / Ini adalah kerana / Hal ini kerana
7. Hal yang demikian kerana

Kata Hubung Berpasangan yang betul:


1. Bukan sahaja...malah
2. Sama ada...atau
3. Baik...mahupun

Unsur-unsur lewah
- antara langkah-langkah - adalah merupakan
- pada masa kini - hanya produk ini sahaja
- dalam kalangan para pelajar - di samping itu juga,
- mengeksport ke luar negara - seseorang individu
- faktor penebangan hutan

‘SESUNGGUHNYA MANUSIA HARUS BELAJAR DARIPADA KESILAPAN


UNTUK MEMPERBAIKI KEKURANGAN’

Anda mungkin juga menyukai