Anda di halaman 1dari 6

KESALAHAN-KESALAHAN UMUM DALAM

KARANGAN
Kesalahan serius yang kerap dilakukan pelajar semasa menulis karangan.

Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh pelajar. Jumlah kesalahan tatabahasa yang
banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda.
Oleh itu, jangan memandang ringan terhadap kesalahan-kesalahan.

• Kesalahan Ejaan Kesalahan


• Penggunaan Kata ialah Dan adalah
• Kesalahan Penggunaan Kata ia
• Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
• Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana
• Kesalahan Frasa Nama
• Kesalahan Frasa Kerja Kesalahan Frasa Adjektif
• Kesalahan Frasa Jamak
• Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan
• Kesalahan Kata Kerja Berapitan diper-…i,ber-…-an (jumlah subjek yang banyak), Kata Kerja Berapitan memper-
…-i
• Kesalahan Bahasa Kerana Meninggalkan Imbuhan
• Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
• Kesalahan Penggunaan Ungkapan Yang Mana Dan Di Mana Sebagai Kata Hubung
• Kesalahan Kerana Menggunakan Ungkapan Ini Kerana Pada Permulaan Ayat
• Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif
Contoh :

1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :


Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
 
2. Ayat tergantung.
( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat.
Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan….bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa.


„bah‟membawa maksud „banjir‟.
 
 
4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata
kerja„memberikan‟ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala „memberi‟ diikuti
objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. Sepatutnya. Hal/ Perkara ini
menunjukkan……
 
6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…

 7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. „justeru‟ ialah kata hubung yang
membawa maksud „malahan‟ atau „bahkan‟.
 
 
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan…..„banyak‟
bukannya objek. „banyak‟ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama.
Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…
 
9. Kata pemeri ialah dan adalah digunakan sesuka hati. Ialah perlu diikuti kata nama nama.
adalah perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata
  pemeri „adalah‟. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah
menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/
adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan…
antara kata

Anda mungkin juga menyukai