Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN INDIVIDU

 
NAMA SUBJEK:          BAHASA KEBANGSAAN A
KOD SUBJEK:            
 
ARAHAN: Pilih SATU (1) soalan sahaja.
 
 
1. Apakah peranan utama yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia? Anda dikehendaki
melakukan temubual dengan salah seorang kakitangan yang terlibat dalam
perlaksaan program di atas (surat rasmi dari kolej akan diberikan setelah
anda berjaya menetapkan tarikh temubual tersebut). Sila sertakan 10 keping
gambar sebagai bukti kajian lapangan telah dilakukan.
Untuk tugasan pembentangan anda dikehendaki untuk menyenaraikan 10
langkah terbaik untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia
khususnya di IPT.
 
2. Pilih sebuah cerpen bahasa Inggeris (berhalaman lebih kurang 20 muka
surat) terjemahkannya ke dalam bahasa Melayu formal.
Untuk tugasan pembentangan anda dikehendaki menyatakan watak yang
anda minati atau kagumi dalam cerpen berkenaan.
3. Anda dikehendaki pergi ke lapangan, sila catatkan kesalahan-kesalahan yang
terdapat pada:
1. papan tanda jalan
2. papan tanda kedai
3. menu atau nama makanan
4. resipi (buku masakan)
-Beri komen anda mengapa hal sedemikian berlaku serta buat  pembetulan
terhadap kesilapan-kesilapan tersebut. Sertakan foto sebagai bahan bukti
kajian ini telah dilaksanakan oleh anda.
4. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian dan keunikkan
bahasa terutamanya penggunaan dialek daerah.
a. Apakah yang dimaksudkan dengan dialek daerah?.
b. Berikan contoh-contoh dialek daerah, misalnya yang dituturkan oleh orang
di negeri Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan seumpamanya.
c.  Terjemahkan dialek-dialek daerah yang disenaraikan pada bahasa Melayu
yang sebenar
Tajuk pembentangan: Pada pandangan anda perlu atau tidak dialek daerah ini
dipertahankan. Jelaskan jawapan anda.
 
Nota: Sebarang plagiat dari sebarang sumber seperti buku, majalah, internet dan
seumpamanya, markah 0 akan diberikan secara automatik.
Format Tugasan
FORMAT TUGASAN
• Tulisan Times New Roman atau Arial.
• Saiz tulisan 12.
• Jarak baris antara tulisan/line spacing  adalah 1.5 dan susunan perenggan  selari/justify.
• Pastikan setiap halaman kertas mengandungi jumlah muka surat.
• Setiap bahan rujukan yang diambil mestilah disertakan nota kaki/footnote
  pada setiap halaman.
• Format memasukkan nota kaki: Click references click end note (taip senarai rujukan).
• Contoh format penulisan nota kaki/footnote:
   Nama Pengarang, (Tahun Terbitan), Tajuk Buku, Penerbit, Tempat     Terbitan.
Muka Surat.
   Mok Soon Sang (2007), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.   Subang
Jaya.Hlm20.
• Bibliografi (senarai keseluruhan bahan rujukan) hendaklah dinyatakan pada  halaman
yang terakhir.
• Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya DUA buku rujukan.
 
SKIMA PEMARKAHAN TUGASAN (20 MARKAH):
• Kulit hadapan = 1 markah
• Pengenalan, Isi, huraian dan contoh ayat = 14 markah
• Lampiran (contoh petikan akhbar) = 2 markah
• Senarai rujukan dan nota kaki = 2 markah
• Bibliografi = 1 markah
  JUMLAH: 20 MARKAH
• Setiap kesalahan ejaan akan dipotong markah
• Contoh kulit hadapan tugasan:
 
 

KOD KURSUS BAHASA KEBANGSAAN A


 
TAJUK TUGASAN:
 
NAMA PELAJAR:
 
ID PELAJAR:
 
NAMA PENSYARAH:
 
TARIKH SERAHAN:
Kerja Kursus
TAJUK TUGASAN DAN PEMBENTANGAN KUMPULAN

ARAHAN:
1. Sila pilih salah satu dari peribahasa yang disenaraikan.
2. Beri kupasan tentang peribahasa yang berkenaan (contoh: definisi, maksud
istilah-istilah yang digunakan)
3. Nyatakan sebab-sebab orang Melayu zaman dahulu menggunakan ungkapan
tersebut (asal-usul atau kebiasaan kehidupan atau persekitaran flora fauna
masa itu).
4. Nyatakan tujuan peribahasa tersebut dicipta.
5. Nyatakan pengajaran-pengajaran di sebalik peribahasa tersebut.
6. Berikan contoh situasi
7. Ulaskan sama ada peribahasa tersebut masih relavan atau sebaliknya dalam
kehidupan kita masa kini.
8. Berikan contoh (kalau ada) kejadian (dalam konteks peribahasa berkenaan)
yang pernah berlaku di Malaysia
9. Berikan contoh (kalau ada) peribahasa lain yang seumpama atau yang sama
maksud.
FORMAT TUGASAN
1. Saiz kertas A4, langkau baris 1½, jenis huruf bebas namun mesti seragam di
semua halaman, nombor halaman.
2. Halaman depan – nama subjek, tajuk, semester, tarikh, nama pelajar, nama
pensyarah
3. Halaman dua – pengenalan, definisi, peristilahan
4. Halaman tiga, empat, dan seterusnya – kupasan tentang peribahasa
5. Halaman akhir – lampiran (jika ada, senarai rujukan)
6. Pemarkahan (maksimum 15%) diberikan berdasarkan format tugasan,
kekemasan kerja tugasan, rujukan yang dilakukan, olahan yang baik dengan
tatabahasa yang baik, kupasan yang bernas dan analitis, contoh yang menarik.
HARI PEMBENTANGAN DAN SERAHAN TUGASAN
1. Bermula pada minggu ke-7.
PEMARKAHAN

1 Kerja kursus (berkumpulan) 15%

2 Pembentangan (individu) 15%

3 Ujian lisan (individu) 10%

FORMAT KUMPULAN
 Maksimum dua (2) orang setiap kumpulan.
 Bebas memilih anggota kumpulan masing-masing.
 Kumpulan yang sama akan menyediakan tugasan dan kemudian membuat
pembentangan.
FORMAT PEMBENTANGAN
1. Pemarkahan diberikan secara individu berdasarkan kelancaran ujaran, gaya
persembahan yang menarik, kupasan yang tidak lari dari tajuk.
2. Kumpulan yang membuat pembentangan adalah kumpulan yang sama yang
menyediakan tugasan.
3. Tajuk kerja kursus akan menjadi tajuk pembentangan.
4. Persembahan perlu menggunakan bahasa Melayu baku sepenuhnya.

UJIAN LISAN
1. Ujian lisan dijalankan semasa pelajar membuat pembentangan kerja kursus.
2. Markah ujian lisan – 10%
3. Pemarkahan adalah secara individu
4. Ujian lisan dijalankan dalam format soal-jawab dengan menggunakan bahasa
baku dan sebutan baku sepenuhnya.

Pilihan Peribahasa
1. Bagai kaduk naik junjung.
2. Benang jangan putus, tepung jangan terserak.
3. Bercerai tidak bertalak, rujuk tidak berkadi.
4. Bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau.
5. Berhakim kepada beruk.
6. Berkail berumpan, berkata bertipuan.
7. Berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.
8. Berkemudi di haluan, berhilir ke buritan.
9. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.
10. Bermain air basah, bermain api lecur.
11. Berniaga buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap.
12. Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk.
13. Bertanam tebu di mulut, bertanam peria di hati.
14. Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun.
15. Sumur di tepi jalan.
16. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
17. Bukan sigai yang menampar enau.
18. Daripada hidup bergelumang tahi, lebih baik mati bertimbun bunga.
19. Jerat tidak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk akan lupa pada jerat.
20. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
21. Harapkan pagar, pagar makan padi.
22. Kalau panjang biar beruas, kalau pendek beri berbuku.
23. Karam berdua, basah seorang.
24. Kecek berlauk-lauk, makan dengan sambal lada.
25. Kecil anak besar onak.
26. Kelik-kelik dalam baju, musuh dalam selimut.
27. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi

Anda mungkin juga menyukai