Anda di halaman 1dari 1

Laporan AJK Tugas-tugas Khas

Pada 6 Oktober 2010, satu lawatan penanda arasan ke Kolej Tunku Dato Haji
Bujang telah dilaksanakan oleh guru pelatih PISMP Matematik ambilan Januari
2008. Program ini adalah bertujuan untuk memenuhi salah satu syarat kelulusan
bagi setiap guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu di bawah
program Bina Insan Guru. Lawatan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada
pukul 1 tengahari.

Sebagai AJK Tugas-tugas Khas, peranan yang dimainkan oleh saya tidaklah
begitu penting namun, saya tetap memberikan sepenuh kerjasama serta usaha yang
gigih untuk memastikan program yang telah dirancang Berjaya dilaksanakan dengan
sempurna. Tanggungjawab yang dipikul oleh saya meliputi tugas-tugas dalam
memastikan segala persiapan, persediaan, serta pelaksanaan program dapat
berjalan dengan lancar dari awal sehinggalah ke akhir. Ini termasuklah penyediaan
cenderamata, melantik pengerusi majlis, dan juga menyediakan ‘ roset’.

Secara keseluruhannya, program ini telah banyak memberi pendedahan serta


pengalaman baru yang amat berharga kepada saya terutama sekali dalam
menjalankan tugas-tugas yang dipikul oleh seseorang individu yang memgang
jawatan sebagai AJK Tugas-tugas Khas dalam sesuatu organisasi.

Anda mungkin juga menyukai