Anda di halaman 1dari 1

Karangan PT3 : Peranan remaja dalam pembangunan negara

Remaja bermaksud golongan yang berumur antara 15 hingga 25 tahun itu.


Biasanya, golongan ini meliputi pelajar sekolah, pelajar universiti, dan mereka
yang baru menceburi alam pekerjaan. Maka, golongan muda ini mempunyai
banyak tugas untuk pembangunan negara tersebut.
Tugas utama remaja ialah mereka perlulah memiliki jati diri yang tinggi dalam
kehidupan. Jati diri ini melibatkan akhlak yang mulia, pegangan agama, dan nilai
diri yang positif. Sebenarnya, jati diri yang lengkap ini akan menjadikan remaja kita
bebas daripada sebarang gejala sosial yang boleh memusnahkan kehidupan
remaja itu.
Selain itu, peranan remaja juga melibatkan usaha mencari ilmu pengetahuan yang
banyak untuk masa depan mereka. Ilmu ini boleh diperoleh menerusi pendidikan
di sekolah, kolej, dan universiti yang harus dihadiri oleh remaja tersebut. Jelaslah,
remaja yang berilmu tinggi akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti
pembangunan untuk negara Malaysia.
Tambahan pula, remaja yang bertanggungjawab akan menyumbangkan pelbagai
idea dan pendapat yang mampu memajukan Malaysia. Golongan muda ini
mempunyai pelbagai idea yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara
terutama menerusi penggunaan internet. Jadi, idea yang baru ini akan
memudahkan aktiviti membangunkan negara daripada aspek politik, sosial, dan
ekonomi.
Remaja juga boleh membantu negara dalam bidang pembangunan apabila
golongan ini menjaga imej negara dan masyarakatnya. Mereka bukan sahaja tidak
terlibat dalam aktiviti negatif tetapi turut mengharumkan nama negara apabila
berjaya meraih sesuatu kejayaan seperti dalam acara sukan. Akibatnya, semua
pihak terutama negara asing akan mengenali Malaysia setelah melihat kejayaan
remaja kita di persada dunia tersebut.
Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat penting
dalam pembangunan negara itu. Mereka perlulah sanggup berkorban jiwa dan
masa untuk memastikan negara ini terus maju dan moden dalam tempoh yang
terdekat itu. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung membuktikan
bahawa remaja memiliki tugas berat dalam merealisasikan wawasan negara ini.

Anda mungkin juga menyukai