Anda di halaman 1dari 1

Keburukan Internet menjejaskan ekonomi negara Pada masa kini, remaja cenderung menggunakan Internet daripada melakukan aktivitI

riadah diluar. Perkara ini amat membimbangkan kerana selain daripada mereka duduk di rumah dan tidak bergaul dengan jiran tetangga, mereka juga akan terkesan dengan perkaraperkara negatif yang tersebar di dalam Internet. Internet banyak mendatangkan faedah kepada seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna khususnya para remaja masa kini kerana mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang disebarkan melalui Internet. Dengan adanya dunia tanpa sempadan ini, terdapat penyebaran bahan pornografi yang datangnya dari seluruh dunia dan ianya berleluasa. Ini akan merosakkan fikiran mahupun akhlak pengguna Internet terutama sekali remaja masa kini. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan iaitu peningkatan kadar jenayah pada masa hadapan yang juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan. Kegiatan cetak rompak juga semakin berleluasa dan ini akan melumpuhkan industri hiburan tanah air. Perkara ini membolehkan kelumpuhan pada ekonomi negara. Oleh yang demikian, masyarakat khususnya ibu bapa hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka supaya Internet ini digunakan dengan baik dan dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Remaja pula seharusnya menggunakan Internet ke arah kebaikan supaya kemudahan ini dapat digunakan dengan baik dan dapat memberi faedah dan kesan yang baik pada masa hadapan. .......................................................................................................
nternet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah. Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain permainan "online". Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan? Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu " cubit paha kanan,paha kiri terasa juga".Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Anda mungkin juga menyukai