Anda di halaman 1dari 2

Konsep Go Green dalam pertanian bandar

SECARA umumnya, pemanasan global adalah proses peningkatan suhu atmosfera,


lautan dan daratan.
Punca utama fenomena itu berlaku ialah peningkatan kesan rumah kaca yang
terjadi di bumi.
Dalam hal ini, peningkatan suhu permukaan bumi mengakibatkan perubahan iklim
yang sangat ekstrem.
Akibatnya, hutan dan ekosistem lain terganggu dengan kemampuannya untuk
menyerap karbon dioksida di atmosfera juga kian berkurangan.
Hasil daripada kesedaran yang timbul, para ilmuwan dan pakar dari seluruh dunia
telah bekerja keras untuk mengurangkan kesan pemanasan global. Satu
daripadanya ialah dengan menggerakkan usaha Go Green.
Program Go Green bertujuan untuk memberi kesedaran ke atas pemuliharaan alam
sekitar atau boleh dikatakan sebagai gerakan back to basic ke arah kesedaran
terhadap alam sekitar.
Secara sistematik, ada beberapa prinsip asas yang menjadi semacam acuan dalam
gerakan Go Green di seluruh dunia. Prinsip itu diringkaskan dalam simbol yang
mudah untuk diingati iaitu 4R yang mewakili Reduce, Reuse, Recycle, Replace atau
mengurangkan, mengguna semula, mengitar semula dan menggantikan.
Dalam hal ini, Reduce adalah keperluan mengurangkan barang atau material yang
biasa digunakan bagi meminimumkan jumlah penghasilan sampah dalam kegiatan
seharian.
Reuse pula boleh diamalkan dengan cara membeli barang-barang yang bukan untuk
sekali kegunaan sahaja, sebaliknya sesuatu barangan itu boleh digunakan berulang
kali.
Bagi Recycle, banyak cara untuk dapat memanfaatkan sampah menjadi barang
kitar semula yang bernilai. Dengan cara seperti ini, kita dapat mengurangkan
sampah dan menjadikannya barang berguna manakala Replace adalah usaha
menggantikan barang yang boleh mencemar alam sekitar dengan material mesra
alam.
Bercucuk tanam
Justeru itu, konsep Go Green akan menjadi lebih berkesan apabila pelaksanaannya
sejajar dengan aplikasi 4R.
Usaha itu dapat dijalankan melalui kaedah dan amalan baik seperti aktiviti
pertanian bandar.
Pertanian Bandar adalah program yang bertujuan untuk menggalakkan penduduk
bandar menanam sendiri sayur-sayuran atau tanaman makanan di sekitar kediaman
mahupun komoditi mereka.
Melalui program ini, mereka dapat menghasilkan makanan sendiri, menjana
pendapatan sampingan, menggalakkan interaksi sosial, meningkatkan kualiti
persekitaran dan mesra alam.
Konsep Go Green ini dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan program pertanian
bandar melalui aktiviti menanam tanaman makanan mengikut keperluan mereka
sendiri bagi mengelakkan pembaziran dan mengurangkan sisa buangan.
Selain itu, mengitar semula sisa dapur untuk dijadikan baja organik antara amalan
yang digalakkan dalam program pertanian bandar dan menggunakan semula
barangan terpakai sebagai bekas tanaman.
Amalan sebegini dapat mempertingkatkan kualiti alam sekitar serta tahap kesihatan
yang baik jika diuruskan secara terancang.
Justeru itu, konsep Go Green dapat membantu menyelamatkan dan melindungi
bumi daripada bahaya pemanasan global serta isu alam sekitar lain.
Dalam pada itu, penghijauan semula hendaklah digalakkan selain masyarakat perlu
menjalani gaya hidup yang mesra alam.
Kosmo August 22, 2016

Anda mungkin juga menyukai