Anda di halaman 1dari 3

#COVID19

#Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan

Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan
saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan
laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.

Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai
sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama
manusia(human to human tranmission).

Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak
diketahui dan masih di dalam siasatan.

#Simptom dan Tanda Novel Coronavirus

Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:

Demam

Batuk

Sesak nafas

Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom
tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan
simptom.

#Bagaimana coronavirus berjangkit?

Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan
seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.

Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes
MERSCoV atau pun SARS.

Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan
juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan
tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.

Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini
disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.

Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS
dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.

Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia
dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.

#Ujian pengesahan

Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah,
sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR)
untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.

#Pencegahan dan rawatan

Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk
mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.

Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan
penyebaran penyakit melalui udara seperti:

Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’

Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor

Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)

Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit

Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.

Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.

#Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami
jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu
dengan sendirinya.

Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus

Rujukan:

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html

https://www.who.int/health-topics/coronavirus

sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/

Anda mungkin juga menyukai