Anda di halaman 1dari 15

ADAKAH ISLAM MENINDAS WANITA? (BAHAGIAN 1) Oleh: Lopa Hussain & Adnan Khan, Khilafah.

com

Burka yang menutupi hujung rambut ke hujung kaki dengan gril yang tidak berudara, bukan hanya satu instrumen penindasan, secara umum ia merupakan satu perbuatan yang mencemar dan menutupi keseksualan perempuan. Ia menjadikan seseorang wanita itu satu objek yang mencemarkan, terlalu menjijikkan untuk dilihat. Ia adalah satu pakaian yang membunuh keinginan seksualmalah menjadikan mereka makhluk yang takut untuk membuat sebarang tuntutan, juga mengundang keganasan dan penindasanVersi moden pakaian ini juga turut mempunyai impak yang sama, memberi inspirasi untuk fikiran yang menunjukkan nafsu seks yang kuat yang tidak disenangi, yang bertujuan untuk mengekang.

Polly Toynbee dalam Behind the Burka, Guardian, UK.

Pengenalan Tidak ada penghinaan yang telah diberi lebih perhatiannya oleh komentator dan penulis di seluruh dunia daripada isu mengenai pandangan Islam terhadap wanita. Imej wanita yang bertudung litup dengan vel menutupi muka-muka mereka, akan terbayang di fikiran apabila sahaja media membincangkan isu ini. Layanan terhadap wanita di dalam mana-mana masyarakat telah dijadikan satu kayu pengukur terhadap kemajuannya supaya apabila dunia Muslim dinilaikan daripada segi layanan terhadap wanita dan keterlibatannya dalam masyarakat, ia dianggap sebagai satu kegagalan daripada segi standard Barat.

Ini telah disusuli dengan berbagai-bagai serangan yang keterlaluan terhadap Islam:

Kita tahu bahawa Taliban adalah sebuah regim yang menafikan hak kesemua warganya walaupun hakhak asas manusia, dan untuk wanita perkara ini adalah sesuatu yang sangat buruk. Perkara yang wanita di negara kita ambil mudah seperti menikmati kehidupan bersama keluarga secara terbuka atau berpakaian sebagaimana yang disukai. Kesemua ini adalah dilarang. Jika anda memakai pengilat kuku di Afghanistan, kuku anda berkemungkinan akan dicabut. Ya, mungkin ini adalah contoh yang remeh, walaubagaimanapun, ia tetap satu contoh penindasan terhadap wanita dan tidak ada apa lagi yang boleh saya fikirkan sebagai satu simbol penindasan terhadap wanita selain daripada burka yang menggambarkan dengan jelas tentang peranan wanita di Afghanistan dan kami mempunyai

perbincangan yang menarik bagaimana pengalaman memakai burka dan bagaimana ia menyukarkan kehidupan harian.

dan

Islam adalah sebenarnya anti wanita. Islam adalah punca utama penindasan wanita Muslim dan terus menjadi halangan yang utama untuk perkembangan mereka. Islam sentiasa menjadikan wanita sebagai makhluk yang inferior di dalam semua perkara: daripada segi fizikal, intelektual dan moral. Pandangan negatif ini dibenarkan oleh Al-Quran, disokong oleh hadith dan diteruskan oleh ahli-ahli agama yang menjadi penjaga dogma dan kejahilan umat Muslim.

dan

Beratus-ratus wanita ditembak, dibakar, dicekik, direjam, dipenggal atau dibunuh setiap tahun di negara-negara Islam kerana saudara lelaki mereka percaya bahawa perbuatan mereka telah mencemarkan nama keluarga. Mereka terbunuh supaya maruah keluarga terjamin. Mengikut praktis keagamaan dan kesukuan ini, wanita adalah kepunyaan lelaki dan mencerminkan maruahnya. Kehormatan lelaki akan tercemar jika seseorang wanita itu berkelakuan bebas. Para pembunuh ini dan penyokong-penyokong mereka merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran yang membenarkan para suami memukul isteri isteri mereka.

dan

Para fundamentalis menuntut supaya wanita berpurdah dan diasing-asingkan di setiap peringkat dalam masyarakat, bermula dari awal baligh. Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan di antara suami dan isteri di khalayak umum juga adalah dilarang. Memukul isteri pula adalah sangat berleluasa di mana ramai yang melihatnya sebagai satu perlakuan yang normal dalam sesebuah perkahwinan. Manakala dalam hubungan kelamin, sebarang posisi di mana wanita berada di posisi atas akan dianggap haram atau berdosa. Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana kedua-dua pasangan ini dapat menikmati keintiman dalam suasana sebegini. Nazi, seperti juga fundamentalis Islam dan Kristian, sangat obses dengan perawan dan wanita harus akur hanya dengan menjadi suri rumah tangga dan ibu yang sempurna.

Kesemuanya ini hanyalah sebahagian daripada tuduhan-tuduhan yang dilabelkan oleh Barat untuk menentang Islam dan Syariah. Sementara itu, terdapat beberapa kesalah tanggapan di Barat tentang Islam dan wanita , dan pada masa yang sama kebencian terhadap Islam adalah rencana yang berterusan di dalam akhbar dan majalah di Barat.

Walau bagaimana pun, kesalah tanggapan ini tidak hanya terhad di Barat sahaja, malah dunia umat Islam juga mempunyai banyak kesalah tanggapan mengenai hubungan lelaki dan wanita secara Islami dan juga peraturan Syariah mengenai wanita. Idea-idea seperti wanita dilarang daripada mempunyai sebarang peranan dalam masyarakat, suara wanita dianggap aurat, perkahwinan paksa, pengundungan alat kelamin wanita, pembunuhan bermaruah, malah beribu-ribu wanita dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana disimbah asid akibat menolak untuk perkahwinan yang diaturkan atau perbalahan mengenai mas kahwin dan rumah tangga. Ramai yang mempunyai pandangan bahawa Syariah telah mengenepikan sebarang hak wanita kepada suami dan bapa mereka di mana kesemua ini adalah kebiasaan budaya mereka yang telah dilihat sebagai Islami.

Sebagai reaksi terhadap perkara ini, ramai wanita telah berpaling kepada Barat dan bertahun-tahun berjuang untuk mencapai kesamaan hak dengan lelaki. Malah ramai wanita yang mempunyai pengetahuan Islam juga berpaling kepada Barat sebagai penyelamat mereka dan sentiasa menuntut pemisahan dan pengasingan kepada apa-apa yang masih tersisa dalam Islam.

Tujuan buku kecil ini ditulis adalah untuk menilai perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita Barat untuk mencapai hak-hak mereka kerana keberlangsungannya akan dijadikan kayu pengukur untuk wanita-wanita dan masyarakat di seluruh dunia. Sistem sosial Islam pula akan dirujuk untuk menilai apa yang sebenarnya diperkatakan oleh Islam tentang wanita, bagaimana ia mengatur hubungan lelaki dan wanita dan kesesuaiannya sebagai model untuk wanita dan masyarakat.

9 Ogos 2009

Lopa Hussain

Adnan Khan

Kesetaraan: Dahulu dan Sekarang

Pada hari ini konsep kesetaraan masih dijadikan sebagai kayu pengukur dalam mengatur hubungan lelaki dan wanita dan juga digunakan sebagai alat untuk menuntut hak-hak wanita. Daripada perspektif sejarah, terlalu banyak signifikan dan kepentingan telah diberikan dalam perbincangan kesetaraan, dan ia membawa kepada satu pengertian yang baru oleh penulis-penulis Barat.

Teologi Kristian, tonggak raja-raja Zaman Pertengahan Eropah telah memainkan peranan utama dalam membentuk perspektif keliru Eropah terhadap wanita. Decreturn Gratiani, yang menjadi dasar kepada undang-undang Gereja selama hampir lapan ratus tahun iaitu di antara tahun 1140 dan 1917, telah mengagihkan tugas dan tanggungjawab berasaskan kepada dosa wujud di dunia ini melalui mereka (wanita) dan oleh itu, kerana asalnya berdosa, mereka (wanita) harus memperlihatkan kepatuhan mereka. Selain daripada menuduh Hawa untuk dosa yang asal dan mengecam wanita, kepercayaan bahawa Hawa telah dicipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, telah mempopularkan kedua-dua sifat mereka ini. Walaupun setelah Reformasi, sesungguhnya, usaha ahli-ahli teologi yang mendakwa bahawa wanita memiliki sifat buruk secara semulajadi, yang mana kemanusiaan mereka juga dipersoalkan, telah berjaya meyakinkan raja-raja dan paderi kanan gereja. Sokongan Pope Innocent VIII di dalam buku The Hammer of the Witches dalam tahun 1484, telah menegaskan: Apalah seorang wanita, hanya seteru kepada persahabatan, hukuman yang tidak dapat dielakkan, kejahatan yang tidak dapat tolak, daya penarik semulajadi, musibah yang mengghairahkan, bahaya dalaman, hidangan yang berbahaya, satu kejahatan semulajadi, diwarnakan dengan menarik, (The Malleus Maleficarum, 1971) telah mengakibatkan beribu-ribu wanita telah dibakar. Malah pemikir tersohor dalam ilmu pengetahuan juga berbicara tentang subjek ini dengan sifat yang menggambarkan sikap yang lebih tradisional. Rousseau dalam karangannya tentang pendidikan yang bertajuk Emile, menulis:

Lelaki dan wanita dicipta untuk satu sama lain, tetapi sifat saling kebergantungan mereka tidak sama. Kita boleh hidup lebih baik tanpa mereka, daripada mereka tanpa kita. Mereka bergantung kepada perasaan kita, dengan harga yang kita letakkan ke atas merit mereka, di atas nilai yang kita tetapkan terhadap daya tarikan dan kesucian mereka. Oleh itu, seluruh pendidikan wanita perlu dirancang berkaitan dengan lelaki. Untuk menggembirakan lelaki, berguna kepada mereka untuk memenangi rasa sayang dan hormat mereka..

Pengindustrian tidak membebaskan wanita daripada layanan yang lampau tetapi hanya menambahkan ketidakpentingan mereka di dalam masyarakat. Kekayaan yang dijana ketika zaman perindustrian telah menyebabkan pertambahan lelaki kelas pertengahan yang semakin tidak menghormati wanita. Wanitawanita meratapi layanan yang diterima mereka di tangan-tangan lelaki yang menjustifikasikan perbuatan mereka yang lazimnya mabuk dan liar disebabkan oleh tekanan akibat peningkatan persaingan dalam perdagangan dan industri, malah tidak mempedulikan urusan rumahtangga melainkan menuntut keperluan mereka dipenuhi. Sesungguhnya, situasi dalam perindustrian Eropah inilah yang melahirkan sistem masyarakat yang dikuasai lelaki yang telah menjadi bantahan para feminis darpada

dahulu lagi. Dalam konteks sejarah kesetaraan, sejak mula dicadangkan telah menjadi satu kontroversi. Tidak lama selepas itu, debat kesetaraan telah membentuk satu kerangka di mana Eropah perlu menangani kewujudan untuk menguasai wanita dan memperbetulkan ketidakseimbangan sejarah. Oleh yang demikian, membetulkan prejudis sejarah telah menjadi asas untuk menjelaskan hubungan di antara manusia.

Kerangka hari ini berasal daripada zaman ilmu pengetahuan Eropah (Europes Age of Enlightenment). Mary Wollstonecroft, yang telah dipengaruhi oleh pemikir-pemikir liberal adalah orang yang pertama menggunakan kesimpulan Enlightenment ke atas isu-isu wanita dalam Vindication of the Rights of Women dalam tahun 1971. Ini diikuti oleh penerbitan The Rights of Man oleh sahabat baiknya, Thomas Paine dan telah mencabar kezaliman domestik lelaki seperti mana Paine telah mencabar hak keTuhanan raja-raja. Setelah hampir seabad berkempen, dan melalui pergolakan Revolusi Perancis, sebuah lagi mercu tanda dalam usaha untuk mencapai hak-hak wanita, yang bertajuk The Subjugation of Women telah diterbitkan oleh John Stuart Mill.

Perspektif moden mengenai hak-hak wanita adalah berdasarkan kepada kesimpulan liberal yang pertama kali dijelaskan oleh Wollstoncraft dan yang dimaksudkan oleh Mill sebagai kritikan membina (constructivism). Para liberalis menegaskan bahawa lelaki dan wanita pada dasarnya setara (atau seperti mana yang dikatakan oleh Mill sebagai sempurna) dan menerima apa sahaja yang lebih rendah adalah untuk menggalakkan penindasan satu jantina terhadap yang lain, menjadikan subordinat yang lain lemah. Mereka juga menjelaskan bahawa perbezaan di antara lelaki dan wanita, apabila diperhatikan adalah hasil daripada keadaan yang berabad lamanya. Inilah yang menyebabkan feminis tertarik untuk membezakan di antara gender sebagai satu pembangunan sosial dan jantina.

Simone De Beuvoir, salah satu suara yang signifikan selepas Wollstonecroft, telah menulis dalam bukunya yang bertajuk The Second Sex: Seseorang itu tidak dilahirkan, tetapi rela menjadi wanita. Kesetaraan secara efektifnya bermaksud kesetaraan secara politik, ekonomi, peluang dan hak-hak sosial supaya tidak bergantung kepada yang lain dalam pendidikan, pekerjaan dan politik. Pembahagian kerja di antara perempuan sebagai suri rumahtangga dan lelaki sebagai pencari nafkah , telah menunjukkan satu simbol penaklukan dan penguasaan lelaki dan ia adalah satu kesan peningkatan ketidakadilan oleh revolusi industri. Individualisme yang liberal (mengutamakan individu daripada masyarakat), telah menjadi dasar bagi teori klasik emansipasi wanita yang diasaskan dan sekarang menjadi asas kepada persepsi moden.

Adakah Islam Menindas Wanita (Bhg 2)

Ketika kegagalan niqab (Veil Fiasco) Jack Straw, beberapa ahli politik dan media Barat telah berlumbalumba menonjolkan diri untuk menjelaskan bahawa niqab atau veil muka adalah menyusahkan masyarakat British. Tessa Jowell, Setiausaha Kebudayaan ketika itu turut memberi pendapat two pence beliau dalam perdebatan tersebut dengan memberi komen, Kita telah berjuang selama beberapa generasi untuk kesetaraan bagi wanita supaya wanita mendapat kesamaan hak dalam masyarakat. Bukan niqab sahaja yang di lihat oleh Barat sebagai pengkhianatan Islam ke atas Hakhak wanita (Women Rights) tetapi juga perundangan, tanggungjawab dan hak-hak yang berbeza diantara lelaki dan wanita dalam masyarakat; khimar (tudung) dan jilbab (pakaian luar); memberi keterangan, undangundang pewarisan dan penceraian; poligami; larangan wanita menjadi ketua negara; tugas lelaki sebagai penjaga dan pencari nafkah keluarga sementara tugas wanita sebagai pengurus dan ibu rumahtangga kepada anak-anak; mematuhi suami dalam isu-isu yang berkaitan dengan hakhak suami. Perdebatan ini sering disampaikan seolah-olah undang-undang dan tugastugas ini mendiskriminasi wanita, hanya dikuasai oleh kaum lelaki, membuat wanita kurang penting dari kaum lelaki dan memberikan wanita status sebagai warga kelas kedua dalam masyarakat, tidak berharga berbanding lelaki. Yang paling penting adalah dakwaan bahawa undang-undang ini menunjukkan perbuatan khianat terhadap kesetaraan gender (gender equality) yang dilihat oleh Barat sebagai satu jalan bagi wanita untuk memiliki status, penghormatan dan kebebasan dalam masyarakat. Dalam artikel ini kita akan meneliti kepercayaan berkaitan dengan kesetaraan gender dan mencabar tanggapan bahawa perundangan Islam menindas wanita hanya kerana tarafnya dikatakan jauh lebih rendah dari kesetaraan gender. Kesetaraan gender adalah dilahirkan oleh Barat, bukan dari pengalaman Islam.

Perkara pertama yang mesti kita perhatikan adalah konsep kesetaraan gender ini lahir dari pengalaman Barat akibat ketidakadilan yang dihadapi oleh wanita dalam masyarakat Barat. Ketidakupayaan untuk meninggalkan suami yang ganas, memulakan proses penceraian apabila berhadapan dengan masalah perkahwinan, tidak mendapat kemudahan dalam pendidikan dan pekerjaan, keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, kekurangan hak harta dalam perkahwinan dan ketiadaan hak berpolitik adalah keadaan yang dihadapi oleh wanita dalam masyarakat Barat dimana keadaan ini mencetuskan gerakan feminism yang pertama. Keadaan ini muncul dari pandangan bahawa wanita dalam masyarakat adalah kurang berharga atau bernilai daripada lelaki sebagai seorang manusia: spiritual dan intelektual. Malah, orangorang yang dianggap sebagai yang berfikiran terbuka (enlightened thinkers) dalam sejarah Barat seperti Voltaire dan Rousseau, mengambarkan wanita sebagai seseorang yang kurang rasional dari lelaki dan oleh itu tidak sesuai untuk kehidupan umum. Mereka mengemukakan ini sebagai satu hujah mengapa lelaki mesti menjadi warga dalam masyarakat manakala wanita terhad sebagai isteri dan ibu. Wanita-wanita yang berani telah berjuang menentang norma dan pandangan yang menindas ini, sebahagiannya mengorbankan kehidupan mereka untuk membebaskan persepsi yang salah ini terhadap wanita untuk mendapatkan hak asas kewarganegaraan. Mereka telah cuba mendapatkan hak-hak ini dibawah panji kesetaraan gender.

Pandangan Islam:

Sebagai perbandingan, perjuangan wanita (women struggle) adalah asing dalam sejarah Islam atas beberapa perkara. Pertama, Islam sentiasa berpandangan bahawa lelaki dan wanita mempunyai keupayaan intelektual dan nilai kepentingan yang sama sebagai manusia kerana mereka dicipta dari satu roh yang tidak mempunyai perbezaan dari sifat manusia. Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan dari keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan wanita.. *TMQ An-Nisa : 1]

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang Muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, lak-laki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. *TMQ Al-Ahzab:35]

Kedua, banyak sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang mengangkat status wanita dalam masyarakat, melupuskan status rendah wanita sebagai warga kelas kedua, yang memperhambakan diri kepada laki-laki di Arab dan perkara-perkara yang lain dalam masyarakat, sebelum kedatangan Islam. Beliau Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, Barangsiapa yang yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan melindungi mereka, memberikan apa yang dikehendaki mereka dan menunjukkan belas kasihan kepada mereka, akan mendapat syurga. Seorang laki-laki diantara orang ramai bertanya, Dan jika ada dua, wahai Rasullullah? Dan baginda berkata, Ya, walaupun mereka ada dua. Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, Seorang yang benar-benar beriman itu adalah seorang yang mempunyai pekerti yang terbaik dan yang terbaik diantara kamu adalah orangorang yang berbuat baik kepada wanita-wanita mereka. Beliau Sallallahu Alaihi Wa Sallam berkata, Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. Dalam khutbah terakhirnya, baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam berkata, Takutlah Allah berhubungan dengan wanita kerana mereka adalah amanah ditangan kamu. Oleh itu, inilah pandangan terhadap wanita dan rasa tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta adalah langkah utama untuk mencegah dari tidak menghormati, mendiskriminasi dan mencederakan wanita.

Ketiga, hak-hak seperti pendidikan, bekerja dan memberikan pekerjaan, memiliki harta, menyewa tanah, bekerja sebagai ahli perniagaan atau professional, memilih pemerintah dan menyuarakan pandangan politik mereka, memulakan proses penceraian dan memiliki kemewahan bagi seorang wanita sebagai seorang warganegara telah termaktub dalam teks-teks Islam dan telah terjamin semenjak permulaan tamadun Islam. Bulan Julai ini menandakan ulangtahun ke-80 Equal Franchise Act apabila wanita di Britain memenangi hak mengundi seperti lelaki, manakala bulan Disember ini pula, akan menandakan 1,430 tahun semenjak Islam memberikan wanita hak mengundi yang sama seperti lelaki. Manakala wanita di Eropah mengikat diri mereka dijeriji dan melakukan mogok lapar untuk menuntut suara berpolitik, Islam telah mewajibkan wanita untuk aktif berpolitik dalam masyarakat. Apabila akhirnya wanita yang telah berkahwin dalam banyak masyarakat Barat dibenarkan untuk menguruskan akaun bank mereka dan segala urusan kewangan mereka tinggal berasingan dari suami-suami mereka pada tahun 1960an, wanita Islam yang telah berkahwin mahupun bujang, telah pun diberikan kekuasaan mutlak keatas kekayaan dan harta benda mereka lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Dilema Kesetaraan Gender:

Jika kita meneliti konsep Kesetaraan Gender, ironinya kita akan dapati bahawa ia adalah satu konsep yang mana lelaki yang menguasai kerana ia meletakkan lelaki sebagai seorang yang menjadi ketua pada nama sahaja atau pun satu matlamat yang ingin dicapai oleh wanita. Lebih beberapa generasi, ramai feminis Barat telah mendapati bahawa ia juga menimbulkan beberapa kontradiksi dan dilema yang tersendiri, Contohnya, dilema dimana seorang wanita yang menyeru kepada kesetaraan turut menyangkal kepentingan gender dalam kehidupan umum tetapi pada masa yang sama turut menyeru kepada hak-hak kehamilan atau waktu kerja yang lebih fleksibil berdasarkan kepada perbezaan gender. Idea kesetaraan gender yang menjejaskan apresiasi perbezaan gender ditempat kerja dan masyarakat, lebih menghalang dari memudahkan pencapaian untuk hak-hak asas yang akan turut membuka pintu diskriminasi. Seruan kearah undang-undang keneutralan gender yang tidak mengiktiraf perbezaan yang ketara antara jantina, berkemungkinan akan menyebabkan ketidakadilan terhadap wanita, dimana majikan akan mengharapkan komitmen kerja yang sama berkaitan masa dan aktiviti fizikal bagi wanita yang hamil ataupun yang mempunyai anak-anak kecil. Tambahan pula, secara teorinya konsep kesetaraan gender akan melahirkan have it all woman, tetapi realitinya akan melahirkan do it all woman seseorang yang bukan sahaja akan sentiasa dibebani dengan tanggungjawab rumahtangga tetapi juga dibebani dengan tanggungjawab kewangan keluarga dengan bersusah payah memelihara kerjaya yang mencabar. Dengan dirantai di sinki dapur (being chained to the kitchen sink) dengan pantasnya akan diganti dengan dirantai di pasaran ekonomi (being chained to the economic market).

Tambahan pula, diskriminasi gender dan kesulitan untuk meningkat maju (glass ceilings) masih wujud dalam masyarakat Barat sama seperti keganasan rumahtangga dan penderaan terhadap wanita dua

abad setelah lahirnya laungan kesetaraan gender. Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan rang undangundang kesetaraan (Equalities Bill) baru yang membahaskan isu-isu seperti perbezaan gaji dan meluluskan rang undang-undang mengenai diskriminasi terhadap wanita bagi menangani masalah diskriminasi yang berterusan terhadap wanita ditempat kerja isu-isu dasar tentang hak-hak wanita yang berterusan melanda persekitaran tempat kerja dan kehidupan umum dalam masyarakat sekular Barat. Tambahan pula, baru-baru ini sebuah laporan dari Home Office telah mendapati lebih 650,000 kes-kes keganasan rumahtangga telah dilaporkan pada tahun lepas di United Kingdom ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda dari tahun sebelumnya.

Apa yang nyata adalah dengan memperolehi kesetaraan peranan, tanggungjawab dan hak dalam perkahwinan dan masyarakat, tidak bererti secara automatik wanita mendapat jaminan tentang kehormatan, anti-diskriminasi dan perlindungan sama seperti peranan, tanggungjawab dan hak-hak lelaki dan wanita yang berbeza dalam Islam akan melahirkan penindasan, ketidakhormatan dan bahaya terhadap wanita pada umumnya. Layanan terhadap wanita bergantung kepada pandangan dan nilainilai yang telah dipropagandakan oleh mana-mana masyarakat sama seperti kepentingan dan penghargaan terhadap wanita. Dalam masyarakat liberal sekular, malah terdapat satu jurang antara seruan kearah memberi penghormatan dan penghargaan yang setara terhadap wanita dengan konsep kebebasan yang membolehkan lelaki untuk berpandangan dan melayan wanita seperti mana yang diingininya.

Pandangan Islam.

Kesetaraan gender bukanlah satu konsep yang terkandung dalam Islam. Islam tidak membandingkan wanita dengan lelaki atau melihat apakah yang terbaik untuk wanita berlawanan dengan apakah yang terbaik untuk lelaki apabila menerangkan hak dan tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga ataupun bermasyarakat. Lebih tepat ia melihat kepada keperluan lelaki dan wanita sebagai manusia dan apakah yang terbaik untuk kehidupan keluarga dan komuniti keseluruhannya untuk mencapai kesejahteraan. Oleh itu, dalam beberapa bidang, hak-hak dan peraturan-peraturan adalah serupa, contohnya hak sebagai warganegara termasuk hak keadilan, hukuman yang serupa untuk jenayah yang serupa, hak untuk mengundi ketua negara dan suara berpolitik dalam masyarakat. Dalam beberapa bahagian, tanggungjawab adalah sama, contohnya solat, puasa, mengerjakan haji, membayar zakat, dan muhasabah pemerintah.

Walaubagaimanapun, dalam beberapa isu, hak dan peranan antara lelaki dan perempuan adalah berbeza, contohnya dalam proses penceraian, kod berpakaian, harta warisan, mahar yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pengantin wanita dalam perkahwinan, poligami, memerlukan 2 orang saksi

wanita untuk memberi saksi di mahkamah berbanding dengan hanya seorang bagi lelaki, hak penjagaan anak serta peranan dan hak dalam perkahwinan dan kehidupan berkeluarga.

Oleh itu, dalam sesetengah perkara, Allah Subhanahu wa Taala telah memberikan lelaki hak-hak tertentu yang tidak mungkin mampu dipikul oleh wanita dan dalam isu yang lain Dia Subhanahu wa Taala pula telah memberikan wanita hak-hak yang tidak mungkin mampu dipikul oleh lelaki. Islam tidak melihat perbezaan sebagai masalah atau diskriminasi kerana ia tidak melihat satu peranan atau hak dalam sesuatu perkara itu mengatasi yang lain. Contohnya, dalam kehidupan berkeluarga, Islam menerangkan bahawa tanggungjawab lelaki sebagai pencari nafkah manakala wanita sebagai pengurus dan ibu rumahtangga kepada anak-anak. Allah Subhanahu wa Taala berfirman,

Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang maaruf *TMQ AlBaqarah:233]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, Setiap kamu adalah penjaga, dan setiapnya bertanggungjawab keatas setiap orang dibawah jagaannya. Seorang pemerintah adalah penjaga; seorang lelaki adalah penjaga keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami dan anakanaknya. Dan setiap dari kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab keatas jagaannya. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Satu peranan mengatasi peranan yang lain, akan tetapi kedua-duanya adalah penting untuk memastikan kelangsungan fungsi sebuah keluarga dan kemajuan masyarakat amnya. Bagi masyarakat Barat, sebarang perbezaan hak dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita dalam Islam sering ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan kesetaraan dan oleh itu, ia serta merta dianggap tidak adil dan menindas tanpa meneliti apakah yang ingin dicapai oleh hukum-hakam Islam dalam kehidupan berkeluarga atau masyarakat. Contohnya, Islam telah menetapkan peranan penjaga dan pemimpin keluarga kepada lelaki, bukan kerana lebih tinggi kedudukannya tetapi untuk tujuan pengurusan kehidupan berkeluarga. Sesungguhnya, Mary Astell, salah seorang diantara feminis English yang awal, telah membuat kesimpulan bahawa seorang isteri mesti mematuhi suami, bukan atas dasar lebih tinggi kedudukannya tetapi untuk pengurusan kehidupan rumahtangga. Dari segi kewangan dalam Islam, wanita sepatutnya dibiayai oleh ahli keluarganya yang lelaki, komuniti serta negaranya. Oleh itu, walaupun seorang wanita itu dibenarkan untuk bekerja, tidak harus ada tekanan masyarakat dan kewangan keatasnya jika dia memilih untuk tidak berkompromi akan tugas utamanya sebagai seorang isteri dan ibu serta mengasuh pemikiran dan tingkah laku generasi akan datang. Kekayaan yang diperolehi oleh seorang wanita dari bekerja atau warisan boleh dibelanjakan sesuka hatinya tanpa mengambil kira keperluan kewangan keluarganya. Walau bagaimanapun, lelaki bertanggungjawab untuk membelanjakan pendapatannya dan

sebarang warisan bukan sahaja untuk membiayai isteri dan anak-anaknya tetapi juga saudara wanitanya jika diperlukan. Sesungguhnya ia adalah satu hujah yang aneh dimana ia menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga tidak adil keatas wanita. Walhal, ini adalah satu keringanan baginya kerana bebanan kewangan untuk keluarganya tidak lagi terletak dibahunya. Ia juga satu pandangan yang tidak rasional keatas wanita, seolaholah buta keatas ketidakadilan yang diletakkan di bahu superwoman yang bertungkus-lumus setiap hari untuk mengimbangi tanggungjawab ke atas keluarga dan mencari nafkah. Wallahu alam bisshawab.

Adakah Islam Menindas Wanita (Bahagian Akhir)

Undangundang dan hak-hak lain yang membezakan lelaki dan wanita di dalam Islam perlu juga dibincangkan dan difahami dengan lebih lanjut. Walaupun proses perceraian di antara lelaki dan wanita berbeza di dalam Islam, perundangan Syariah tidak membiarkan wanita untuk terus hidup dalam perkahwinan yang tidak gembira atau ganas, sebaliknya membenarkan suami atau isteri untuk memulakan proses perceraian. Pada hari ini, ramai wanita terpaksa hidup di dalam perkahwinan yang sengsara, tetapi bukan kerana Islam, sebaliknya adalah kerana tradisi budaya timur dan ketiadaan sistem pentadbiran Islam yang menjamin hak-hak Islami mereka. Berhubung dengan kod pakaian bagi lelaki dan wanita di dalam masyarakat adalah merupakan salah satu undang undang yang menjamin akhlak dan kesucian masyarakat. Bukan sahaja kod berpakaian berbeza di antara jantina tetapi juga keadaan fizikal kedua-dua jantina. Berkenaan undang-undang testimoni, memang benar di dalam sesetengah kes, dua saksi wanita diperlukan berbanding satu saksi lelaki. Ini bukan bererti Islam melihat kecerdikan wanita kurang separuh daripada kecerdikan lelaki sepertimana yang dicanangkan oleh Barat, tetapi ia hanyalah undangundang Islam yang termaktub di dalam kitab-kitab Islam tanpa sebarang alasan. Sesungguhnya, wanita boleh menjadi seorang hakim dan membuat keputusan ke atas keterangan yang diberi oleh saksi lelaki di dalam sesuatu kes atau wanita juga adalah perawi hadis yang menjadi sebahagian daripada sunnah dan sumber perundangan, telah menyangkal dakwaan ini.

Satu lagi perundangan Islam yang selalu digunakan untuk melabelkan Islam mendiskriminasi wanita adalah wanita tidak dibenarkan untuk memegang jawatan sebagai pemerintah seperti yang termaktub dalam kitab-kitab Islam. Mereka yang gagal untuk mengkaji kitabkitab Islam dengan mendalam, mendakwa ini terjadi kerana Islam mempunyai pandangan bahawa wanita adalah kurang cerdik daripada lelaki dan oleh kerana itu wanita dilarang untuk menjawat tugas sebagai pemerintah. Islam tidak pernah menjadikan ini satu alasan tetapi memang melarang perbuatan ini kepada wanita. Di dalam hukum Islam, ini bukanlah satu jawatan yang berprestij tetapi satu tanggungjawab. Seorang pemerintah

tidak bererti lebih tinggi tarafnya daripada seorang ibu - kedua-duanya mempunyai tugas yang mesti dipenuhi untuk memastikan masyarakat berkembang maju. Oleh itu, adalah sukar untuk memahami mengapa wanita yang diringankan daripada bebanan yang besar ini kepada masyarakat dan kebertanggungjawaban yang besar kepada Sang Pencipta yang membuat peraturan ini dianggap satu pandangan yang tidak adil melainkan ia adalah satu kerelaan. Tambahan pula, di dalam masyarakat Sekular-Barat, wanita sering bersaing untuk memiliki kedudukan dalam pemerintahan supaya dapat menjamin dan memelihara hak asas wanita sebagai warganegara melalui penglibatan di dalam proses penggubalan undangundang Negara. Walau bagaimanapun, di dalam Islam, pemerintah tidak menggubal undangundang, tetapi hanya menerapkan perundangan Islam ke atas masyarakat. Oleh itu, hak-hak wanita sebagai warganegara di dalam Islam telah ditentukan dengan jelas di dalam kitabkitab Islam, yang mana wanita tidak perlu mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan bagi menjamin hakhaknya tetapi hanya perlu mempunyai keupayaan untuk memuhasabah pemerintah di dalam penerapan undang-undang Islam melalui beberapa mekanisme negara. Oleh itu, idea wanita perlu berjuang untuk mendapatkan kedudukan dalam pemerintahan adalah sebenarnya indikmen ke atas sistem demokrasi satu sistem di mana wanita telah dipaksa berlumba dengan lelaki untuk menjamin atau memelihara hakhak asas, yang seharusnya diperolehi secara percuma daripada negara.

(1) Impak berbahaya Kesetaraan Gender keatas peranan sebagai ibu dan kehidupan berkeluarga.

Dari segi sejarah, perjuangan Barat untuk Kesetaraan Gender (Gender Equality) dan kebangkitan feminisme telah menjadikan kehidupan umum dan peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah melebihi peranan dalam kehidupan peribadi, peranan sebagai ibu dan pengurus rumahtangga. Ramai feminis berhujah bahawa penghargaan dan kebebasan terhadap wanita tidak setaraf dengan kebergantungan ekonomi terhadap suami atau tanggungjawab terhadap rumahtangga. Oleh yang demikian, ia bukanlah satu perkara yang mudah bagi wanita memiliki hak bekerja tetapi keperluan untuk bekerja. Christabel Pankhurst, seorang feminis radikal dan ahli kumpulan wanita yang pada awal abad ke 20 berkempen di Britain untuk mendapat hak mengundi untuk wanita, berkata bahawa tanggungjawab kehidupan berumah tangga adalah satu bebanan yang terlalu berat untuk ditanggung oleh wanita yang telah berkahwin, membuang masa dan tenaga daripada aspek ekonomi, percuma dan tidak diiktiraf. Sesungguhnya peranan sebagai ibu dan kehidupan berumahtangga sering dilihat sebagai halangan kepada wanita untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam urusan kehidupan umum dan satu rintangan kepada keupayaan wanita untuk berlumba dengan lelaki di dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan politik.

Sebenarnya, meletakkan peranan sebagai pencari nafkah keluarga atau mengejar kerjaya lebih utama daripada peranan sebagai pengurus rumahtangga akan merendahkan nilai keibuan dan ia memberi satu kesan yang berbahaya kepada kehidupan berkeluarga. Hari ini, satu daripada konsekuensi Kesetaraan Gender adalah terciptanya masyarakat di mana wanita bukan sahaja mempunyai hak untuk bekerja

tetapi juga diharapkan untuk bekerja termasuk ibuibu tunggal yang bersendirian untuk memelihara dan membesarkan anak-anak. Ibu-ibu tunggal atau kedua-dua ibubapa di dalam sebuah keluarga yang bersedia untuk berkongsi memainkan peranan sebagai pencari nafkah keluarga akan sentiasa bergelut mencari masa untuk anak-anak atau untuk menjadikan perkahwinan bertambah kukuh. Dalam banyak kes, suasana sebegini telah membawa kepada pengabaian anak-anak di dalam masyarakat, juga menyumbang kepada masalah tabiat anti-sosial di kalangan remaja dan hilangnya fungsi hubungan ibubapa dan anak. Asas kesetaraan gender itu menyatakan bahawa tanggungjawab di antara lelaki dan wanita di dalam masyarakat adalah sama atau melihat daripada segi apakah yang lebih baik bagi wanita berlawanan dengan apakah yang lebih baik bagi lelaki, juga boleh menyebabkan apakah yang lebih baik untuk satu perkahwinan yang kukuh, anak-anak, keluarga dan keseluruhan masyarakat amnya akan terlepas pandang.

Seterusnya, merendahkan nilai keibuan juga telah membawa kepada situasi di mana seorang wanita yang hamil atau mempunyai anak-anak yang masih kecil, sering dilihat sebagai satu bebanan kepada syarikat, bukannya sebagai satu aset kepada masyarakat. Satu kajiselidik yang dilakukan ke atas 98 buah syarikat pada tahun 2005 oleh the Recruitment and Employment Confederation mendapati tiga per empat daripada syarikatsyarikat tersebut lebih rela melanggar undang-undang daripada mengambil wanita hamil atau seseorang yang berada di tahap usia yamg membolehkan kehamilan satu fakta yang diketahui oleh ramai wanita dan sehinggakan wanita lebih memilih untuk menangguhkan kehamilan atau kekal tidak mempunyai anak daripada menghadapi penalti kesuburan (fertility penalty) ke atas pendapatan atau kerjaya mereka.

Pandangan Islam.

Berbanding dengan kebanyakan masyarakat Sekular-Barat yang merendahkan martabat keibuan di mana ramai ibu-ibu yang duduk di rumah merasa direndahkan oleh masyarakat, manakala ibu-ibu yang bekerja pula menghadapi diskriminasi kerana mempunyai anak akibat perbezaan konsep kesetaraan gender, Islam pula mencari jalan untuk membina cara berfikir tentang hebatnya status keibuan di dalam kehidupan umum, tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya. Syurga dibawah tapak kaki ibu adalah sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) yang sering menjadi sebutan. Seorang lelaki pada zaman Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) datang kepada baginda dan berkata, Aku telah mengendong ibuku bersendirian menggelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan adakah ini dapat membalas kebaikan yang ditunjukkan olehnya ketika aku masih kecil? Rasulullah ((Sallallahu Alaihi Wa Sallam) menjawab, Itu tidak akan dapat membalas satu kesakitan pun ketika melahirkan anak. Juga telah diriwayatkan pada satu majlis, seorang wanita yang bernama Salamah berkata kepada Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam), Wahai Pesuruh Allah, engkau membawa berita gembira kepada lelaki tetapi tidak kepada perempuan. Baginda bersabda, Adakah teman-teman wanita kamu menyuruh kamu bertanyakan aku soalan itu? Dia berkata, Ya, benar. Baginda (Sallallahu Alaihi Wa Sallam)

bersabda, Adakah di antara kamu yang tidak gembira jika kamu dihamilkan oleh suami kamu dan dia berpuashati dengan kamu dan kamu menerima pahala seperti seorang yang berpuasa dan solat kerana Allah? Dan, apabila kesakitan untuk bersalin datang, tidak ada satu pun yang di syurga dan di dunia mengetahui apa yang tersembunyi di dalam rahimnya dapat menenangkannya. Dan apabila dia melahirkan, tidak seteguk air susu yang mengalir darinya dan tidak ada dari setiap hisapan anaknya tetapi dia menerima, untuk setiap teguk dan hisapan, ganjarannya satu pahala. Dan, jika dia berjaga malam kerana anaknya, dia menerima ganjaran seperti seorang yang memerdekakan tujuh puluh hamba kerana Allah. (Tabarani)

Kesemua sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wa Sallam) malah banyak lagi yang memberikan peranan ibu dan pengurus rumah tangga status yang hebat dan oleh sebab itu, wanita Muslimah yang memegang tanggungjawab ini tidak perlu merasa direndahkan berbanding dengan lelaki yang telah diberi peranan untuk mencari nafkah. Ini tidak bermakna bahawa seorang ibu tidak boleh bekerja atau tidak boleh mempunyai kehidupan umum yang aktif tetapi Islam menegaskan bahawa apa jua tanggungjawab yang digalas oleh wanita dalam kehidupan, dia tidak harus berkompromi dengan peranan yang penting ini. Seorang penyair pernah berkata, Ibu adalah sekolah: jika kamu menyediakannya dengan sempurna, kamu akan menyediakan keseluruhan manusia denagan keperibadian yang baik; ibu adalah guru yang pertama, kedudukan paling utama di antaranya, dan guru yang terbaik. Ini pemahaman yang Islam tegaskan bahawa ibu terletak di tengah-tengah jantung keluarga dan oleh yang demikian, ia merupakan tonggak kepada masyarakat. Satu impak dari pandangan ini adalah walaupun di tempat kerja, pemahaman, nilai dan fleksibiliti untuk tanggungjawab berkeluarga seharusnya menjadi penghargaan yang lazim di antara majikan dibandingkan jika dipaksa oleh undangundang. Ringkasnya, Islam tidak melihat peranan sebagai seorang ibu atau tanggungjawab berumahtangga sebagai halangan kepada kehidupan umum tetapi sebagai peranan yang mustahak dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan sehingga dapat menyediakan satu tulang belakang yang kuat kepada masyarakat.

Kesimpulan

Persepsi Islam menindas wanita timbul akibat sebahagian daripada hukum-hakamnya bertentangan dengan idea kesetaraan gender. Walau bagaimanapun, konsep kesetaraan gender adalah satu konsep yang lahir daripada sejarah Barat dan ia telah dibuktikan mempunyai banyak kesilapan daripada aspek intelektual dan daripada segi impaknya ke atas masyarakat. Tambahan pula, pandangan Islam biasanya berdasarkan kepada pemerhatian yang teliti terhadap perundangan Syariah secara individu, berasingan daripada kerangka perundangan Islam secara keseluruhannya untuk kehidupan berkeluarga dan masyarakat keseluruhannya. Di dalam Islam, peranan dan hak lelaki mahu pun wanita tidak berdasarkan kepada kesetaraan gender. Mereka saling melengkapi berbanding saling kompetitif dan berdasarkan

kepada yang terbaik untuk komuniti, bukan pandangan lelaki yang sempit berlawanan dengan perspektif wanita. Ia yakin kepada kerjasama di antara satu sama lain, berbanding saling bersaing daripada segi gender di mana lelaki dan wanita saling berasa iri hati dengan hak, tanggungjawab dan peranan satu sama lain dalam masyarakat. Allah (Subhanahu wa taala) berfirman,

Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang Allah kurniakan kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.(Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan *Surah An-Nisa : 32]

Pandangan terhadap lelaki dan wanita boleh diillustrasikan dengan cantik dengan sebuah analogi yang disampaikan dalam Surah Al-Yasin dimana Allah (Subhanahu wa taala) berfirman, Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing masing beredar pada garis edarnya. *Surah Yasin : 40+

Tanpa ragu-ragu, perdebatan yang perlu diadakan bukanlah bererti apakah Islam menindas wanita tetapi apakah sistem dan undang-undang yang berharga yang boleh menjamin kesejahteraan di dalam hubungan lelaki dan wanita dalam masyarakat, menjadikan struktur keluarga kukuh dan memberi status penghargaan yang sewajarnya bagi setiap wanita. Kekuatan perdebatan ini oleh komuniti Muslim bergantung kepada persembahan model Islami yang unik dan cantik mengenai peranan dan hakhak sebenar lelaki dan wanita dalam masyarakat tanpa menyerah kepada tekanan yang meminta penggubalan undang- undang Islam, hanya untuk menuruti idea sekular Barat yang bathil seperti Kesetaraan Gender.

Anda mungkin juga menyukai